Followers

Carian dalam Blog ini

09 February 2010

Diskaun tol boleh mengundang bahaya?

Salam 1 Malaysia;

Dalam minggu ini kita dilaporkan dengan berita kemalangan maut yang ngeri yang melibatkan kenderaan berat di lebuhraya Plus. Ada komen dari pengguna di ruangan forum akhbar harian bawawa PLUS hanya lepas tangan, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas setiap kali kemalangan maut berlaku.

Pihak yang mengendalikan konsesi lebuhraya pula menawarkan diskaun tol musim perayaan kali ini yang pada saya boleh mengundang bahaya kepada penggguna lebuhraya kerana masa perjalanan perlu dibuat untuk mendapat diskaun tol ialah pukul12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi.

Dengan pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan tawaran seperti ini mungkin menambahkan lagi bilangan kemalangan maut musim perayaan kali ini.

Fikir-fikirkan...

*************************************************************************************

PLUS Expressways Bhd (Plus) menawarkan diskaun tol kumulatif hampir 20 peratus bagi kenderaan Kelas 1 yang menggunakan Lebuh raya Utara-Selatan, Lebuh raya Seremban-Port Dickson, Elite dan Linkkedua sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid, berkata tawaran diskaun itu bagi tempoh antara jam 12 tengah malam dan 7.30 pagi pada 10,11,12,17,18 dan 19 Februari.

Metro Online 9/2/2010





No comments: