Followers

Carian dalam Blog ini

17 February 2010

Madah Bercabai 9 : Lelaki Sedarlah..

Salam,

Statistik menunjukkan lelaki ramai menghuni di tempat bertembok batu dan bertirai besi serta pusat-pusat serenti dan pemulihan akhlak. Dibuktikan pula lelaki bandar gemuk dan berpenyakit. Sedarlah kaum lelaki ..!!!!!!

********************************************************************

KUALA LUMPUR - Lelaki bandar gemuk dan berpenyakit!

Itulah hasil kajian Persatuan Andrologi Malaysia dan Kajian Penuaan Lelaki (MSASAM) yang mendapati 77 peratus lelaki yang berusia di antara 40 dan 70 tahun mengalami berat badan berlebihan di negara ini.

Ekoran daripada masalah tersebut juga sebanyak 48 peratus daripada golongan itu menghidapi darah tinggi, kencing manis (28 peratus) penyakit jantung (12 peratus), prostat (30 peratus) dan 59.4 peratus mengalami disfungsi ereksi (ED) atau mati pucuk.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, (KPWKM), Datuk Dr. Ng Yen Yen berkata, walaupun kajian tersebut diadakan di Subang dan Kelana Jaya, Selangor, tetapi ia merupakan gambaran sebenar tahap kesihatan lelaki di Malaysia.

"Ini punca jangka hayat lelaki lebih singkat berbanding wanita iaitu kira-kira lima hingga tujuh tahun dan berdasarkan penyelidikan ini mendapati, sikap kaum lelaki terhadap kepentingan menjaga kesihatan juga menjadi punca kepada masalah itu.

"Keengganan untuk mendapatkan bantuan dan bimbang dianggap lemah turut menyebabkan tahap kesihatan yang rendah, malah Akademi Pakar Perubatan Keluarga Amerika mengesahkan terdapat 30 sikap yang boleh menyebabkan mereka berisiko mendapat penyakit," katanya.

No comments: