Followers

Carian dalam Blog ini

13 February 2010

Wabak Denggi makin Serius

Salam to all,

Wabak ni kita semua tahu merebak melalui gigitan nyamuk. Persoalannya adakah kita semua bergerak, bertindak, berusaha menghapuskan tempat nyamuk ini membiak atau menjadi "penternaknya"? Adakah sistem perparitan di semua lokasi kes yang dilapurkan diselenggara dengan baik oleh PBT?

Kerajaan perlulah melalui peruntukan akta/perundangan sedia ada bertegas dengan PBT berkaitan penyelenggaran sistem perparitan yang pada hemat saya menjadi tempat spesies nyamuk pembawa wabak ini membiak.

******************************************************************************

Kementerian akui wabak denggi makin serius

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mengakui penularan wabak denggi dalam negara semakin serius apabila bilangan kematian akibat penyakit itu sehingga kini mencecah 18 orang.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata bilangan kes demam denggi yang diterima pihaknya dalam tempoh lima minggu ini sejak Januari lalu adalah 1,103 kes.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke Klinik 1Malaysia di PPR Desa Rejang, Setapak di sini, sebentar tadi.

BH, 13/2/2010

No comments: