Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

30 June 2010

Nak setaraf dengan Lelaki!!!

30 Jun, 2010 10:14 AM

Iklan Rokok Bawa 'Bencana' Kepada Wanita

Oleh Sakina Mohamed

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Setiap tahun, industri tembakau terpaksa mencari rekrut-rekrut baru bagi mengganti mereka yang telah 'meninggalkan' pasarannya.

Istilah 'meninggal' di sini adalah dalam ertikata mati disebabkan penyakit-penyakit kronik yang dibawa oleh tabiat merokok.

Dan industri ini telah menjumpai satu kumpulan besar yang agak mudah di pengaruhi, iaitu wanita.

Usaha mereka nampaknya berjaya hinggakan statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia WHO) menunjukkan jumlah perokok wanita di negara maju dan membangun telah meningkat dibandingkan dengan angka bagi perokok lelaki yang semakin menurun.

Menurut WHO, kadar perokok wanita di seluruh dunia dijangka meningkat sekali ganda pada tahun 2025, dari 9.0 peratus pada tahun 2007. Bagi perokok lelaki pula, kadar masa kini iaitu 40 peratus sudah sampai pada puncaknya dan semakin menurun.

Jurang antara remaja lelaki dan wanita yang mula merokok juga semakin rapat dengan kadar 7.0 peratus bagi remaja wanita dan 12 peratus remaja lelaki di seluruh dunia.

Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2006 menunjukkan remaja perempuan (13-18 tahun) mula merokok pada umur purata 14.1 tahun berbanding remaja lelaki yang mula merokok pada umur purata 13.6 tahun.

"Kita menyaksikan peningkatan trend perokok wanita di Malaysia dan aspek yang membimbangkan adalah umur mereka yang mula merokok adalah semakin muda", kata Ketua Institut Perubatan Respiratori Datin Dr Aziah Ahmad Mahayiddin pada perasmian majlis sambutan "Hari Tanpa Tembakau Dunia" di sini baru-baru ini.

"Pelajar sekolah wanita mula merokok biasanya kerana pengaruh rakan sebaya dan adalah penting bagi kita menawarkan sokongan serta kepakaran bagi membantu mereka meninggalkan tabiat itu."

Menurut WHO, wanita merupakan 20 peratus daripada perokok di dunia yang berjumlah 1.0 bilion. Ini adalah sebanyak 200 juta dan angka ini semakin meningkat kerana epidemik tembakau juga semakin meningkat di beberapa negara.

KUMPULAN SASARAN TERBESAR

Menurut Dr Aziah wanita adalah kumpulan sasaran terbesar industri tembakau pada hari ini kerana mereka dianggap sebagai "potensi pasaran yang belum diterokai".

"Wanita pada hari ini adalah lebih maju secara sosial, berpelajaran serta berjaya dalam kerjaya mereka. Mereka mempunyai kuasa membeli yang lebih tinggi serta kebebasan dalam membuat keputusan jika dibandingkan dengan masa lampau. Jika kena dengan teknik pemasaran, mereka rasa boleh merokok tidak kira pada masanya," kata beliau.

Syarikat tembakau menyedari hakikat ini dan menghujani golongan wanita dengan iklan yang 'memujuk' kaum tersebut menganggap rokok adalah simbol bagi kebebasan, glamor dan tarikan seks.

Sebenarnya strategi pemasaran menumpu pada rasa tidak yakin wanita seperti perlunya mereka mempunyai bentuk badan yang langsing, bergaya serta sepadan dengan rakan sejawat lelaki.

"Tiada keindahan serta kecanggihan dalam merokok. Hanyalah keburukan serta penyakit yang dibawanya," kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ketika merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Dunia.

Katanya, wanita dihidangkan dengan iklan yang mempunyai model langsing seolah-olah atau kononnya merokok adalah satu cara 'mengawal' berat badan.

"Tetapi iklan-iklan ini tidak menyatakan kesan buruk yang mengiringi tabiat merokok," kata Rosnah.

Tambah beliau walaupun jumlah perokok lelaki adalah lebih besar daripada perokok wanita, golongan wanita menanggung tanggungjawab lebih besar kerana mereka akan menjadi ibu serta akan menjaga anak mereka.

KESAN BURUK BAGI WANITA

Penekanan terhadap perokok wanita muncul dengan kebimbangan sejagat setelah didapati jumlah perokok dari kumpulan ini meningkat begitu ketara dan kemudaratan yang menimpa adalah lebih berat daripada lelaki.

Dr Aziah yang bersetuju dengan pandangan Rosnah berkata: "Pendedahan kepada rokok membahayakan wanita lebih daripada lelaki. Selain daripada kanser serta masalah jantung dan pernafasan, wanita juga akan mendapat masalah kesuburan dan akan menghadapi risiko semasa mengandung dan kelahiran".

Menurutnya risiko seperti keguguran, bayi tidak cukup umur atau bayi mati dalam kandungan adalah lebih tinggi bagi wanita yang merokok ketika mengandung. Merokok juga meningkatkan risiko bagi menghidapi kanser buah dada serta kanser rahim sebelum mencapai menopos (putus haid).

Perokok wanita juga menghadapi risiko tinggi terhadap COPD (masalah pulmonari obstruktif kronik) yang menyebabkan kadar kematian lebih tinggi dibandingkan dengan HIV/AIDS serta kanser paru-paru/buah dada setiap tahun di dunia.

STATISTIK MEMBINBANGKAN

Menurut Dr Aziah, NHMS 2006 melaporkan daripada 2.7 juta perokok pasif di Malaysia yang berumur dari 18 tahun ke atas, 24 peratus terdiri daripada golongan wanita.

Kajian yang dijalankan setiap 10 tahun itu juga menunjukkan bahawa daripada 5.0 juta perokok di Malaysia, 0.7 peratus adalah wanita berumur antara 13 dan 18 tahun iaitu 35,000 orang.

Kata Dr Aziah, satu lagi ancaman terhadap wanita adalah asap dari perokok lain terutama lelaki.

Statistik WHO memberi gambaran yang lebih suram. Di seluruh dunia terdapat 600,000 kematian setahun disebabkan pendedahan terhadap asap rokok dan 64 peratus daripada angka tersebut adalah wanita.

Dengan ketagihan terhadap tembakau merupakan penyebab kedua kematian di dunia selepas penyakit tekanan darah tinggi, pandangan serta langkah bersungguh-sungguh perlu diambil terhadap pemasaran tembakau yang menyasarkan golongan wanita.

Seperti kata Ketua Pengarah WHO Dr Margaret Chan: "Melindungi dan menjaga kesihatan wanita adalah penting bagi pembangunan, bukan hanya bagi generasi hari ini malahan masa akan datang".

-- BERNAMA

29 June 2010

Tips Score A STPM 11

Tips 11: Buat ulangkaji dari awal dan konsisten , elakkan ulangkaji saat akhir.

27 June 2010

Bila dah tiada baru nak menghargai..

Salam to all,

Saya perhatikan sejak dulu lagi golongan seni tanahair kurang mendapat penghargaan dari pihak kerajaan. Bila seseorang tokoh sudah tiada baru mereka ini di beri sedikit penghargaan. Anehnya golongan ini selalunya mendapat peniktirafan pihak-pihak luar. Apa salahnya kerajaan menerusi agensinya memberi ruang atau mengunakan ketokohan tokoh-tokoh ini untuk membentuk, mendidik, mengajar dan memodelkan diri kepada golongan muda yang matlamat/arah tuju hidup mereka tidak jelas.Berikanlah pengiktirafan kepada tokoh2 yang terbukti kehebatannya semasa hayatnya masih ada.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Samad Said merajuk mahu bawa karya seni ke New Zealand
Oleh Muhammad Hatim Ab Manan

2010/06/27

MELAKA: Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said berhasrat menempatkan khazanah sastera yang dimilikinya di sebuah rumah seni di New Zealand selepas kecewa terhadap layanan diberikan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dalam menyediakan penempatan untuk khazanah seni itu.

Katanya, menerusi rundingan bersama beberapa temannya di Negara Kiwi itu, beliau mendapati New Zealand lebih menghargai segala usaha penggiat seni, termasuk sasterawan.

Katanya melalui pemerhatian bersama temannya yang bermastautin di negara itu juga mendapati golongan seni di sana lebih dihargai berbanding di negara ini yang disifatkan seperti tidak mahu kewujudan khazanah yang sudah dicipta menerusi golongan sasterawan.

Saya sebenarnya sudah memberi peluang kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan untuk terus menerima khazanah saya, namun nampaknya tiada sebarang tindakan yang boleh dipegang setakat ini.

Mereka (kementerian) ada menghubungi saya sejak setahun lalu dan sudah melihat hasil kerja saya, tetapi sehingga kini tiada lagi hubungan (susulan) dilakukan. Saya menganggap bahawa mereka tidak mahu. Oleh itu, saya berpendapat pihak berkenaan berasakan khazanah ini tidak penting dan selepas ini jangan salahkan saya pula, katanya selepas majlis perasmian Pameran Kata Luhur anjuran Perbadanan Muzium Melaka (Perzim) dan Pelita House of Art di Muzium Sejarah dan
Etnografi di Bandar Hilir dekat sini, semalam.

Majlis dirasmikan Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Othman Muhamad. Hadir sama, Pengerusi Lembaga Pengarah Perzim, Datuk Wira Hamdin Abdollah dan Pengurus Besar Perzim, Khamis Abas.
Mengulas lanjut, A Samad berkata, beliau juga berasakan New Zealand sememangnya mempunyai kawasan penempatan untuk dibangunkan sebagai khazanah Melayu.

Jika rundingan bersama teman saya berjalan lancar, tidak mustahil ia akan menjadi kenyataan tidak lama lagi. Jadi, selepas ini mereka berminat untuk mendekati atau mahu tahu mengenai hasil cipta, sumbangan, diari, manuskrip dan lukisan saya selepas ini, mungkin terpaksa ke sana, katanya.

Sementara itu, A Samad berkata, pameran lukisan secara solonya bertajuk Kata Luhur yang menempatkan 64 hasil karya ciptaannya itu mula dipamerkan sejak 19 Jun hingga 31 Julai ini.

Beliau berkata, semua karya yang dipamerkan itu dihasilkan dengan bahan berasaskan dakwat atas kertas melalui penggunaan elemen indian ink iaitu warna merah dan hitam yang turut disertakan puisi ciptaannya.

Kata Luhur dalam pameran ini membawa maksud bercakap jujur dan ia penting dalam seni termasuk setiap tindakan dan sikap seseorang, katanya.

24 June 2010

Marcapada Dan Pemanasan Sejagat

7 Jun, 2010 11:57 AM

Oleh Melati Mohd Ariff

Artikel sebanyak enam siri ini merungkai beberapa isu alam sekitar seperti pemanasan sejagat, kepentingan air, sistem ekologi, kepelbagaian biologi dan Ekonomi Hijau.

Ini bahagian pertama daripada enam siri.


KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pemanasan sejagat kini menjadi satu daripada ancaman alam sekitar paling kritikal kurun ke-21.

Meskipun amat membimbangkan, perubahan iklim nampaknya akan menjadi sebagai tetamu yang tidak diundang kerana ia adalah proses penyesuaian semulajadi bumi.

S. Piarapakaran, aktivis alam sekitar menjelaskan bahawa pada hakikatnya bumi terdedah kepada perubahan iklim sejak kewujudannya tetapi ia berlaku secara perlahan-lahan dan membolehkan penghuni bumi menyesuaikan diri dengan perubahan itu.

Kendatipun, jika perubahan iklim berlaku dengan kadar yang pantas, ia tidak akan memberi peluang untuk manusia dan hidupan lain membuat penyesuaian.

Bahang perubahan iklim bumi semakin mula terasa dengan ledakan Revolusi Perindustrian yang bermula dari abad ke-18 hingga ke-19. Perubahan besar begitu ketara dalam bidang pertanian, pembuatan, perlombongan dan pengangkutan.

Pertumbuhan pesat dalam kegiatan manusia menyumbang besar kepada jumlah haba yang diperangkap oleh gas rumah hijau di atmosfera.

"Lama kelamaan, ia mungkin akan memusnahkan kita semua. Semuanya ini adalah angkara manusia. Tatkala bumi menyesuaikan diri dengan perubahan ini, sukar untuk kita menghentikan kesannya secara serta merta. Semua langkah yang kita lakukan sekarang sekadar melindungi kehidupan generasi masa depan," katanya.

MALAYSIA DAN PERUBAHAN IKLIM

Impak perubahan iklim ke atas Malaysia dilaporkan akan berlaku dalam beberapa cara iaitu musim kemarau atau banjir yang melampau, peningkatan paras air laut dan hakisan kawasan pantai.

Dari segi peningkatan suhu, analisis ke atas rekod suhu Malaysia menunjukkan ianya konsisten dengan arah alir pemanasan sejagat. Secara purata, suhu negara ini telah menambah 1.1 darjah celcius dalam tempoh 50 tahun lepas.

Piarapakaran, Pengurus Kanan (Alam Sekitar, Tenaga & Air) Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) memberitahu Bernama bahawa perubahan iklim negara ini akan juga disertai dengan cuaca melampau yang lain seperti taufan, angin kencang dan cuaca pelik.

Ini sudah dapat dilihat dalam kadar yang kecil di samping insiden terpencil. Bagi beliau, impak seumpama itu tidak dapat dikurangkan memandangkan litupan hutan yang semakin mengecil yang turut menjejaskan alam semula jadi.

"Litupan hutan memperlahankan aliran air hujan ke sungai. Bagaimanapun, proses urbanisasi dan penebangan hutan telah mengganggu proses ini.

"Negeri-negeri seperti Kelantan paling teruk terjejas akibat jenis tanah yang tidak menyerap air sepantas yang perlu. Oleh itu, banjir kerap berlaku. "Tambahan pula, keadaan akan menjadi lebih teruk sewaktu musim kemarau kerana kehilangan air di kawasan hutan," jelasnya.

LEBIH BANYAK BANJIR

Anthony Tan, Pengarah Eksekutif Pusat Alam Sekitar, Teknologi dan Pembangunan (Cetdem) mengenang banjir besar 2007 yang melanda Johor, Pulau Pinang dan Melaka.

"Banjir besar terakhir melanda Melaka berlaku pada 1971. Ketika itu saya dalam darjah satu. Salah satu kawasan yang dilanda banjir pada 2007 ialah Melaka Sentral, yang sebelumnya adalah sawah padi.

"Apakah banjir itu berpunca dari pemanasan global atau banjir yang berlaku setiap 40 tahun? Ada juga yang berpendapat ia berlaku kerana musim tengkujuh atau perantaraan musim tengkujuh," katanya.

Tan bagaimanapun berkata sejak kebelakangan ini, tiada tempoh yang jelas untuk musim hujan dan musim kemarau di Malaysia.

Bagi beliau, keadaan itu adalah penunjuk perubahan iklim, sambil merujuk juga kepada banjir kilat yang berlaku setiap kali hujan lebat melanda negara ini.

DASAR PERUBAHAN IKLIM

Tan yang menyifatkan dirinya sebagai ahli alam sekitar yang praktikal turut mengulas pendirian serius kerajaan Malaysia mengenai isu-isu perubahan iklim.

"Perdana Menteri kita membuat kenyataan di Persidangan Perubahan Iklim PBB di Copenhagen tahun lalu dan membuat ikrar akan mengurangkan pelepasan ketumpatan sebanyak 40 peratus.

"Bagaimanapun ianya masih berkait rapat dengan penjanaan tenaga. Bagaimana hendak menterjemahkannya kepada dasar kerajaan dan bagaimana sektor industri dan perniagaan akan bertindak? Bagaimana juga pembabitan rakyat? " soal beliau.

Tan berpendapat apa yang perlu kerajaan lakukan sekarang ialah untuk berganding bahu dengan pertubuhan bukan kerajaan seperti Cetdem dalam melaksanakan program yang lebih jitu.

"Ia bukan sekadar mencetuskan kesedaran tetapi juga menunjukkan kepada rakyat tindakan praktikal yang boleh mereka lakukan untuk menangani perubahan iklim," katanya.

Menurut Tan beliau mendapat tahu pihak kerajaan sedang menyiapkan dasar perubahan iklim dan ia akan dibentangkan kepada kabinet tidak lama lagi.

"Mengadakan dasar ini adalah satu permulaan yang baik. Ia menyeluruh dan bukan sahaja membabitkan sebuah kementerian untuk menjadi peneraju tetapi semua kementerian difahamkan mempunyai peranan masing-masing," kata Tan.

PANDANGAN YANG BERUBAH

Satu lagi perkembangan positif ialah tanggapan masyarakat umum di negara ini mengenai isu perubahan iklim berbanding di awal milennium.

Tan berkata ketika itu tidak ramai yang berminat untuk mendengar ceramah perubahan iklim walaupun diadakan secara percuma.

"Nak dapat 50 orang pun susah tetapi sekarang semakin ramai yang mula menghargai isu ini.

"Setiap kali saya memberi ceramah saya dapat lihat rasa terkejut yang terpancar di wajah peserta. Baru mereka sedar yang mereka juga turut menyumbang kepada perubahan iklim.

"Satu daripada perkara yang saya beritahu mereka ialah untuk setiap satu jam kilowat elektrik yang digunakan di Semenanjung Malaysia, ini bersamaan dengan melepaskan sekilogram karbon dioksida di stesen janakuasa.

"Bagi setiap liter disel atau petrol yang digunakan, anda melepaskan dua setengah kilogram karbon dioksida. Jadi jika anda memandu dan katakan anda menggunakan 200 liter sebulan, anda sebenarnya menyumbang 500 kilogram karbon dioksida," kata Tan.

"Jika penyumbang tertinggi gas rumah hijau ialah bahan bakar, jadi bukankah kita perlu mencari jalan untuk mengurangkan penggunaan peribadi dan mula lebih menggunakan pengangkutan awam," kata Tan.

PENGGUNAAN MAPAN

Bagi Piarapakaran, yang juga Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Air dan Tenaga Malaysia (WECAM), pengeluaran dan penggunaan mapan (SCP) perlu ditimbangkan sebagai sebahagian daripada penyelesaian penyesuaian kepada perubahan iklim.

Menurut beliau, kebanyakan proses pengilangan di Malaysia hanya membabitkan penghasilan, proses, membuat, mengguna dan membuang. Ini, katanya proses linear.

"Ini bukannya cara mapan menggunakan apa juga sumber. Kita akan hanya mengguna dan menghabiskan tanpa menyimpan atau menambah.

"Proses mapan membabitkan kitaran iaitu pengurangan bahan, pengoptimuman, penggunaan semula atau mengitar semula termasuk sisa buangan.

"Inisiatif mudah ini boleh membantu mengurangkan kebergantungan kepada bahan mentah terus dari persekitaran," tegasnya.

Ketika marcapada bergelut dengan bahang pemanasan sejagat, rakyat Malaysia perlu juga bingkas mengamalkan cara hidup yang mesra alam.

Kita sebenarnya tidak perlu pergi jauh. Kita boleh menjadikan leluhur kita sebagai contoh teladan. Mereka telah hidup dalam keadaan penuh kesederhanaan dan menghormati serta menghargai alamiah.

"Kita bukan meminta rakyat Malaysia membuat pilihan tinggal di atas pokok atau di dalam gua. Kita hanya mahu mereka buat perubahan mudah dalam tingkah laku mereka. Lakukan perkara-perkara mudah seperti mengurangkan penggunaan bahan bakar dengan menjadi cekap tenaga.

"Mengamalkan prinsip mengurang, mengguna semula dan kitar semula (3R) dalam dalam pengurusan sisa buangan, beli apa yang perlu sahaja, lebih kerap menggunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan, menuai air hujan dan banyak lagi perkara yang boleh dilakukan.

"Dengan membuat perkara-perkara mudah ini, 28 juta rakyat Malaysia boleh melakuan kelainan. Saya yakin dengan kemampuan mereka. Saya yakin Malaysia Boleh!" kata Piarapakaran.

Bernama.

Kumpulan Soalan Geografi STPM 1997-2009

Soalan Geografi 942 STPM

Tips Score A STPM 10

Tips 10: Anda perlu 'menangkap' pelajar yang terbaik dalam sesuatu subjek untuk mengajar anda tentang sesuatu tema/topik yang kurang difahami sehingga anda menguasai topik berkenaan.

Tips Score A STPM 9

Tips 9: Anda hendaklah belajar menjadi guru dan mengajar rakan-rakan tentang sesuatu topik.

Tips Score A STPM 8

Tips 8: Menjawap soalan hendaklah seperti mana kehendak soalan bukan seperti kehendak anda menjawap .

23 June 2010

Tips Score A STPM 7

Tips 7: Biasakan menjawap soalan latihan dalam jangka waktu seperti diperuntukkan peperiksaan sebenar.

22 June 2010

Kuatkan daya ingatan


PERMAINAN yang memerlukan daya strategi seperti catur boleh menajamkan fikiran dan memori.


OTAK merupakan satu bahagian anatomi tubuh yang hebat fungsinya kerana mampu merakam segala perkara dan peristiwa. Meskipun begitu, masalah kelemahan daya ingatan boleh terjadi kerana kita tidak melatih diri mengulang ingat sesuatu maklumat.

Tidak mustahil jika ramai di antara kita pernah mengalami situasi tidak dapat mengingati barang yang baru sahaja diletakkan. Ada sesetengah pula yang tidak dapat mengingati tempat kenderaan diletakkan ketika hendak pulang dari pusat beli-belah.

Insiden itu sering membuatkan seseorang cuba mengaitkannya dengan faktor usia dan penuaan.

Namun hakikatnya, ingatan boleh diumpamakan sebagai otot dalam tubuh kita. Semakin kita menggunakannya, semakin kuat otot tersebut.

Sebagai remaja khususnya pelajar, memiliki daya ingatan amat penting untuk menentukan kecemerlangan dan kejayaan dalam peperiksaan. Daya ingatan ini berkait rapat dengan keupayaan mental dan fizikal yang sihat.

Daya ingatan yang bagus juga membantu seseorang melontarkan pandangan atau pendapat yang jitu dan bernas dalam perbincangan serta pembelajaran.

Dalam membina daya ingatan itu, terdapat beberapa aspek yang ditekankan. Mungkin panduan yang disenaraikan oleh genK dapat membantu dalam memastikan daya ingatan sentiasa di tahap optimum.

* Tidur yang mencukupi

Seperti kita memerlukan oksigen, tidur yang mencukupi dan berkualiti turut memberi manfaat kepada kita. Tidur ini bukan sahaja mampu meningkatkan daya ingatan, malah memberikan kesan yang menakjubkan iaitu membantu meningkatkan penumpuan dan kecekapan kerja, menulihkan fungsi tubuh dan juga meningkatkan kesejahteraan emosi.


TIDUR yang berkualiti menjana upaya pemikiran yang lebih baik.


Namun, dalam gaya hidup semasa, ada sesetengah orang yang suka tidur lewat atau mengabaikan waktu tidurnya. Keletihan itu hanya akan mengganggu maklumat atau data yang disimpan oleh otak di samping menjejaskan kemampuan untuk mempelajari sesuatu yang baru. Seeloknya rancang waktu tidur anda.

* Mengawal tekanan dan kemurungan

Ada sesetengah perkara dalam hidup ini kita tidak mampu mengubahnya meskipun telah berusaha keras. Berhadapan dengan hal-hal yang yang datang secara tidak direlakan atau diduga ini menyebabkan berlaku tekanan dalam hidup. Tekanan ini hanya membuatkan jiwa kita tidak tenteram dan mencetuskan kemurungan dalam hidup.

Dengan ini kita tidak dapat berfikir dengan jelas seterusnya menjejaskan daya ingatan. Oleh itu, kawal tekanan melalui bermeditasi, membaca al-Quran, beriadah, mengunjungi sauna, menggunakan aromaterapi dan sebagainya.

* Pengambilan ubat

Sesetengah daripada kita terlampau taksub untuk menjadi seorang yang bijak pandai dengan berusaha mendapatkan daya ingatan yang kuat. Ia ditambah dengan bisikan daripada rakan-rakan yang telah mencuba pelbagai kaedah sampingan. Keadaan ini membuatkan seseorang sanggup membelanjakan wang untuk produk-produk kesihatan yang kononnya dapat meningkatkan daya ingatan.

Namun, ada sesetengah produk yang dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan penerimaan sistem tubuh hinggakan memberi kesan sampingan yang memudaratkan. Sebaiknya kita mendapatkan rujukan terlebih dahulu daripada pakar perubatan yang bertauliah sebelum membelinya untuk kebaikan kita.


SENAMAN adalah antara cara terbaik untuk mendapatkan minda dan fizikal yang sihat.


* Bersenam

Seperti kata pepatah, otak yang cerdas bermula daripada badan yang sihat. Bagi membina badan yang sihat semestinya daripada aktiviti yang dapat menggerakkan anggota tubuh yang melancarkan peredaran darah ke otak.

Otak itu sendiri memerlukan oksigen yang mencukupi bagi memastikan tubuh dapat berfungsi ke tahap optimum.

Kekurangan bekalan oksigen hanya akan menyebabkan kita mudah mengantuk seterusnya menjejaskan kecergasan dan keaktifan otak. Luangkan masa untuk bersenam walaupun sekadar berjalan kaki dalam jarak tertentu.

* Aktiviti yang mencabar

Otak kita sentiasa perlu diaktifkan untuk meningkatkan fungsi dan memanjangkan keupayaannya. Otak yang sentiasa aktif akan menajamkan daya ingatan agar tidak dimakan usia.

Dalam mengalakkan otak berfikr secara keseluruhannya aktiviti seperti permainan catur, sudoku, sahibba dan monopoli boleh merangsang pemikiran kita.

Permainan yang berunsur mengatur strategi dan bermain dengan angka ini mampu membuatkan penumpuan dan daya kreativiti kita terserlah. Secara tidak langsung ia membantu mengembangkan minda dan menajamkan daya ingatan.

Kosmo Online 22/6/2010


Tips Score A STPM 6

Tips 6: Membaca sekurang-kurangnya satu akhbar setiap hari untuk pengukuhan & infomasi terkini khasnya untuk subjek Pengajian AM.

Tips Score A STPM 5

Tips 5: Belajar secara kumpulan - gunakan kelebihan rakan-rakan untuk memantapkan penguasaan anda...

Tips Score A STPM 4

Tips 4: Anda perlu ada jadual ulangkaji yang konsisten dan memilih waktu ulangkaji yang paling sesuai dgn diri anda, contoh pada awal pagi ketika sesuatu hening...

Tips Score A STPM 3

Tips 3: Buat catatan ringkas/peta minta/peta konsep berkaitan sesuatu konsep pengajaran dan pembelajaran anda.

Tips Score A STPM 2

Tips 2: Buat bacaan/penyelidikan sebelum sesuatu tema/topik di ajar.

Tips Score A STPM 1

Tip2 1: Buatlah persediaan mental dan fizikal.

Mental: Penuhi memori anda dengan informasi yang berkaitan subjek yang ada ambil.

Fizikal: Jaga kesihatan diri ada sebelum dan semasa peperiksaan sebenar.

21 June 2010

Skema Soalan Pertengahan Tahun GEO 942/2 KHS

Skema Geo 2 6 Atas Mid Exam 2010


Soalan 1


a) Yang membezakan migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa ialah sempadan.


b) Ada beberapa jenis migrasi dalaman;

b1 desa ke bandar,

b2 bandar ke bandar,

b3 bandar ke desa,

b4 desa ke desa.


c) Faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman.


Faktor penolak

c1 Kemiskinan

c2 kepadatan penduduk

c3 kekurangan sumber

c4 kurang peluang pekerjaan/pengangguran

c5 kurang kemudahan asas

Faktor penarik

c6 banyak peluang pekerjaan di bandar

c7 banyak kemudahan asas

c8 peluang pendidikan


Soalan 2


a) Pola taburan penduduk merujuk kpd sebaran penduduk di sesuatu kawasan di muka bumi. Terdapat tiga jenis pola taburan iaitu padat ( bandar spt. KL), sederhana ( pekan kecil ) dan jarang (pedalaman, berpaya, berbukit).


b) Faktor mempengaruhi taburan penduduk

b1 faktor ekonomi- perindustrian, pertanian, perlombongan, pembalakan

b2 faktor pembandaran

b3 faktor sumber alam

b4 faktor bentuk muka bumi

b5 faktor sejarah


c) kesan taburan penduduk yang padat

c1 kepupusan dan kehabisan sumber alam

c2 pertambahan bilangan kenderaan- kesesakan, pencemaran udara

c3 pembinaan bangunan-meningkatkan suhu setempat/pulau haba bandar

c4 kemusnahan hutan/penyahutanan

c5 gangguan kepada ekosistem

c6 saingan guna tanah

c7 penyebaran wabak penyakit


Soalan 3


a) Sebutkan negara ( Malaysia, Indonesia, Thailand)

a1 Sumber eksport

a2 Memenuhi permintaan yg tinggi

a3 Menyediakan peluang pekerjaan


b) Kesan kpd alam sekitar fizikal

b1 kemusnahan flora dan fauna

b2 kerosakan kepada ekosistem/ekologi

b3 menjejaskan rantaian makanan

b4 kehilangan kesuburan tanah

b5 meningkatnya hakisan dan kejadian tanah runtuh

b6 Pencemaran sungai-ancaman kepada hidupan akuatik

b7 peningkatan suhu mikro

b8 menjejaskan kawasan tadahan air/simpanan air bawah tanah


c) Langkah menangani kesan pembalakan

c1 Langkah perundangan

- Akta berkaiatan menghalang aktiviti pembalakan haram (AKAS 1974)

- Pemantauan pihak berkaiatan ( jbt perhutanan)

- Laporan EIA

c2 Pengurusan strategik

- Mewartakan kawasan rizab hutan

- Sistem penebangan

- Penghutanan semula

- Guna sumber alternatif/gantian: cth kayu getah

c3 Kempen kesedaran

- Formal

- Tak formal


Soalan 4


a) Negara yang dirujuk ialah Malaysia


b) Sumbangan industri pelancongan kpd ekonomi negara Malaysia

b1 Sumbangan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK)

b2 Menambah peluang pekerjaan

b3 Meningkatkan pendapatan penduduk terlibat

b4 memajukan ekonomii wilayah terlibat

b5 mempelbagaikan ekonomi negara

b6 menggalakkan perkembangan industri berkaitan


c) Jenis pelancongan yang berkait rapat dgn alam sekitar fizikal:

c1 Ekopelancongan – pelancongan berkaitan alam semulajadi

c2 Pelancongan pinggir laut/pantai

c3 Pelancongan tanah tinggi

c4 pelancongan pulau luar pantai

c5 pelancongan air

c6 pelancongan hutan lipur/gua/taman negara


Soalan 5


a) Melengkapkan kawasan desa dengan kemudahan asas serta perkhidmatan bandar yang asas.


b) Desa dan bandar saling berhubung dengan pelbagai bentuk;

b1 bandar sebagai pusat permintaan dan penawaran

b2 menjual produk desa dan membeli produk bandar

b3 aliran maklumat dan barangan dari bandar ke desa

b4 ulang alik penduduk untuk bekerja di bandar atau di desa

b5 perkhidmatan bandar dan ketenangan desa


c) Kesan trandformasi desa dan pembandaran terhadap alam sekitar

c1 pencemaran air

c2 pencemaran udara

c3 hakisan tanah

c4 pamanasan global

c5 kehilangan biodiversiti


Soalan 6

a) Nama pertubuhan negara2 Asia Tenggara ialah ASEAN (Association of Southeast Asian Nations). Sepuluh negara anggota oalah: Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura, Brunei, Vietnam, Kemboja, Laos dan Mynmar.


b) Antara sebab penubuhannya ialah;

b1 Ingin kerja sama dlm bidang ekonomi: tingkatkan perdagangan, luaskan pasaran, kongsi pelaburan dan buruh

b2 Kerjasama dlm menjaga alam sekitar

b3 Mewujudkan kestabilan politik antara negara anggota

b4 Mengawal bersama ASEAN daripada pencerobohan luar

b5 Kerjasama dlm pelbagai bidang spt pendidikan, penyelidikan dsb.


c) Halangan dlm meningkatkan perdagangan.

c1 Tahap pembangunan yang tidak seimbang antara negara

c2 Konflik politik wilayah di sempadan antara negara

c3 Persaingan antara kepentingan negara dgn serantau

c4 Keselamatan serantau


Soalan 7


a) Mrjk kepada peningkatan suhu dunia yg diakibatkan olh kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon. Gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida, CFC, halon dan metana membentuk selimut atmosfera yang memerangkap bahangan bumi naik ke angkasa. Oleh itu, suhu di permukaan bumi meningkat. Gas-gas itu dihasilkan drp aktiviti perkilangan, kenderaan bermotor, pembersihan hutan dan pembakaran terbuka.

b) Aktiviti ekonomi yang boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global:

b1- perindustrian: pembebasan asap

b2- pengangkutan: pembakaran bahan api fosil

b3- pembalakan dan pembersihan hutan: pembakaran hutan

b4- pembakaran terbuka: sampah domestik/sisa pepejal

b5- pertanian: penggunaan racun aerosol

b6- Penggunaan alat pendingin

c) kesan-kesan pemanasan global terhadap persekitaran fizikal dan manusia dari segi:

i) Alam sekitar fizikal

c1- mempercepatkan fenomena penggurunan

c2- pencairan ais

c3- menggalakkan kejadian el-nino

c4- kebakaran hutan

c5- kejadian pulau haba

c6- gangguan kpd kitar hidrologi

c7- gangguan kpg sistem ekologi

ii) Alam sekitar manusia

c8- Gangguan kesihatan

c9- Gangguann kpg bekalan air

c10- Menjejaskan aktiviti pertanian

c11- Risiko kebakaran


Soalan 8


a) menyatakan kawasan kecil terkenal, sebut nama kws tertentu.

Faktor tarikan kws

a1- tarikan fizikal spt pulau, pantai, hutan dan sbgnya.

a2- tarikan khusus spt bandar, pusat perdagangan, tempat bersejarah

a3- kemudahan pengangkutan dan perhubungan sprt feri, penerbangan, k/api

a4- kemudahan yang disediakan di lokasi pelancongan: penginapan, restoran, riadah

a5- promosi dan galakan terutama oleh kerajaan spt pesta, sukan.


b) Kesan aktiviti pelancongan thdp a/sekitar fizikal di kws tersebut

b1- perubahan lansdskap drp s/jadi kpd buatan manusia

b2- kesan hakisan di cerun-cerun

b3- pencemaran air laut/sungai akibat pengaliran sisa kumbahan

b4- gangguan kpd ekosistem daratan akibat penebangan hutan

b5- perubahan suhu mikro terutama kws tanah tinggi

b6- pencemaran persekitaran spt longgokan sampah sarap dan sisa makanan di tempat perkelahan


c) Langkah2 yg blh diambil phk berkuasa utk m’gatasi masalah pencemaran kws tersebut.

C1- langkah perundangan

C2- amalan pengurusan terutama sisa buangan spt rawatan dan pelupusan

C3- kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kpd pengusaha pelancongan