Followers

Carian dalam Blog ini

02 June 2010

SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

942/1

GEOGRAFI 1

1 Jun 2010

2 1/4 jam

UNIT PEPERIKSAAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG


PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

2010

TINGKATAN 6 ATAS

GEOGRAFI FIZIKAL

2 1/4 JAM

1. KERTA SOALAN INI MENGANDUNGI 2 HALAMAN BERCETAK.

2. BACA SEMUA SOALAN DENGAN TELITI.

3. JAWAP TIGA SOALAN SAHAJA.

4. TULIS JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN YANG BERLAINAN BAGI SETIAP SOALAN YANG DIJAWAP.








1. a) Apakah yang di maksudkan dengan tenaga? (5m)

b) Huraikan bagaimana penerimaan tenaga suria yang berbeza memberi kesan kepada;

i) kejadian siang dan malam, (4m)

ii) kejadian empat musim. (6m)

c) Jelaskan pengaruh kejadian soltis musim panas dan soltis musim sejuk kepada aktiviti manusia di kawasan sederhana dunia. (10m)


2. a) Nyatakan proses pemindahan tenaga dari matahari ke permukaan bumi. (5m)

b) Huraikan kesan bahangan suria terhadap proses fizikal yang berlaku di atmosfera bumi. (12m)

c) Jelaskan kepentingan tenaga suria terhadap tumbuhan dan haiwan. (8m)


3. a) Apakah yang dimaksudkan dengan gempa bumi? (5m)

b) Huraikan hubungan antara kejadian gempa bumi dasar laut dengan kejadian tsunami. (10m)

c) Jelaskan kesan tsunami terhadap alam sekitar manusia. (10m)


4. a) Nyatakan tiga perbezaan antara luluhawa kimia dengan luluhawa fizikal. (6m)

b) Huraikan tiga proses luluhawa kimia di kawasan tropika lembap. (7m)

c) Jelaskan tiga faktor yang menyebabkan tanah runtuh sering berlaku di kawasan tropika lembap dan huraikan tiga langkah mengatasinya. (12m)


5. a) Takrifkan maksud tekanan udara. (5m)

b) Huraikan tiga kaitan antara perubahan tekanan udara dengan proses pembentukan edaran umum

atmosfera. (12m)

c) Jelaskan empat kesan siklon terhadap manusia. (8m)


6. a) Takrifkan konsep hujan asid. (5m)

b) Jelaskan bagaimana aktiviti manusia mempengaruhi fenomena hujan asid. (8m)

c) Huraikan kesan kejadian hujan asid terhadap alam sekitar fizikal dan alam sekitar manusia.(12m)


SOALAN TAMAT


* 25% markah diambil dari laporan kajian luar 2010

No comments: