Followers

Carian dalam Blog ini

03 June 2010

SOALAN PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

942/2

GEOGRAFI 2

3 Jun 2010

3 Jam


UNIT PEPERIKSAAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI KAJANG






PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN

2010

TINGKATAN 6 ATAS

GEOGRAFI MANUSIA

3 JAM


1. KERTA SOALAN INI MENGANDUNGI 3 HALAMAN BERCETAK.

2. BACA SEMUA SOALAN DENGAN TELITI.

3. JAWAP EMPAT SOALAN SAHAJA.

4. TULIS JAWAPAN ANDA PADA HELAIAN YANG BERLAINAN BAGI SETIAP SOALAN YANG DIJAWAP.


1. a) Nyatakan perbezaan antara migrasi dalaman dan migrasi antarabangsa.( 5m )

b) Huraikan jenis-jenis migrasi dalaman yang berlaku dalam mana-mana sebuah negara yang anda kaji. ( 8m )

c) Bincangkan faktor-faktor utama yang mempengaruhi migrasi dalaman sesebuah negara. ( 12m )


2. a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk? ( 5m )

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia. ( 10m )

c) Jelaskan kesan taburan penduduk yang padat dan tidak padat ke atas eskploitasi sumber alam di Malaysia. ( 10m )


3. Dengan merujuk kepada sebuah negara di Asia Tenggara,


a) Jelaskan mengapa aktiviti pembalakan dijalankan dengan giat di negara itu.

( 9 m )

b) Jelaskan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal di negara tersebut (8m )

c) Huraikan langkah-langkah yang diambil oleh pihak berkuasa untuk mengurangkan kesan aktiviti pembalakan terhadap alam sekitar fizikal di negara tesebut. ( 8m )


4. a) Dengan merujuk kepada mana-mana sebuah negara di Asia Tenggara, kenal pasti lima aktiviti ekonomi yang turut maju seiring dengan kemajuan industri pelancongan. ( 5m )

b) Huraikan sumbangan industri pelancongan kepada ekonomi negara berkenaan. ( 10m )

c) Jelaskan jenis pelancongan yang berkait rapat dengan alam sekitar fizikal di negara berkenaan. ( 10 m )

5. a) Apakah yang di madsukkan dengan pembandaran desa. ( 5m )

b) Huraikan pelbagai bentuk hubungan desa dengan bandar. ( 10m )

c) Jelaskan kesan transformasi desa dan pembandaran terhadap alam sekitar fizikal. (10m)


6. a) Nyatakan nama pertubuhan negara-negara Asia tenggara dan nama-nama negara yang menganggotainya. ( 5m )

b) Mengapa pertubuhan tersebut perlu ditubuhkan oleh negara-negara Asia Tenggara. ( 12m )

c) Jelaskan halangan utama yang di hadapi oleh negara Asia Tenggara dalam usaha meningkatkan perdagangan antara mereka.


7. a) Huraikan maksud pemanasan global. ( 5 m )

b) Jelaskan bagaimana aktiviti ekonomi boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global. ( 10m )

c) Huraikan kesan-kesan pemanasan global terhadap persekitaran fizikal dan manusia. (10m )


8. Berdasarkan kajian luar yang telah anda jalankan di suatu kawasan pelancongan,

a) Huraikan bukti-bukti yang menunjukkan kawasan tersebut menjadi tarikan pelancong. ( 9 m )

b) Jelaskan kesan aktiviti pelancongan terhadap alam sekitar fizikal di kawasan tersebut, dan ( 8m )

c) Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak berkuasa untuk mengatasi masalah

pencemaran kawasan tersebut. ( 8 m ).


Soalan Tamat

No comments: