Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

18 June 2010

Bowling



Bolanya berat padu
Salah golek haru biru
Dulunya asing bagi ku
Sekali cuba menambat hati ku
Inilah sukan baru ku
Anak beranak semua setuju
Satu acara tak perlu tunggu
Ada masa belasah sampai lesu

Tengok orang golek senang
Sendiri golek lintang pukang
Golek bola masuk longkang
Pin tegak satu tak tumbang

Bowling

Bola golek nama melayu mu
Main sendiri tak jemu jemu
Cari strike tak ketemu
Perfect game jadi impian ku

Bina skil kena berlajar
Berguru adatnya belajar
Jangan main lane berpagar
Masuk longkang jangan digusar

Abg Dollah guru ku
Dari tak tahu sudah maju
Golek perlahan strike bertalu
Masuk league sambil berguru
Golek melulu kalah sudah tentu
Kalah tak apa katanya guru
Boleh dapat ilmu dari seteru

Hati senang badan sihat cergas
Golek bola jangan di hempas
Pin melayang jatuh menghempas
Score mencanak jadi teratas

Bola golek kegemaran ku
Selamat tinggal bola sepak ku

Usah cemburu
Antara kamu dua-dua jadi sebahagian hidupku...

Cikgunikmie
18 June 2010
4.45 pm

No comments: