Followers

Carian dalam Blog ini

Showing posts with label Aktiviti Kajang High School. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti Kajang High School. Show all posts

04 August 2010

Ladap KHS 3 Kursus Membina Blog untuk rakan setugas


Bersama PK, Guru PSS, S/U PMR, GKMP Bahasa

08 March 2010

LADAP 2, 2010 :Kajang High School

Program Perkongsian Ilmu berkaitan penyediaan Jadual Spesifakasi Ujian (JSU) telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang pada hari Sabtu 6/3/2010 di Pusat Sumber sekolah.



Mr. Ng Kok Lye sedang memberikan ilmunya kepada rakan setugas.



Sebahagian guru yang hadir...

25 February 2010

Pasukan Bolasepak Kajang High School terus mantap....



Pemain Sekolah Tunku Ampuan Durah (STAD), Seremban.



Taklimat taktikal, Chief Coach KHS



Kapten KHS Mohammad Syafiq Azwad bertukar cenderahati dengan kapten STAD.



Barisan Pemain KHS (oren) dan STAD ( striking green)

Perlawan persahabatan telah di adakan pada 24/2/2010 di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Negeri Sembilan. Pasukan U15 dan U18 KHS berjaya mengalahkan pasukan STAD dengan jaringan 1-0 dan 2-1. Tahniah dan syabas kepada KHS Football Team 2010.

Majlis Perlantikan Pengawas & PRS Kajang High School 2010





Ikrar Pengawas dan PRS



Menunggu Ikrar



Menerima watikah perlantikan

Majlis disempurnakan oleh YDP PIBG Prof. Madya Dr Ebil b Yussof, 23/2/2010

13 February 2010

Road Run Kajang High School 2010



PK Hem memerhati pengagihan Number Program Road Run KHS 2010.



Sebahagian perserta menunggu acara di mulakan.

Juara keseluruhan 5 tahun berturut2 , Rumah Sukan Low Ti Kok di bawah bimbingan cikgu Mas anak Bachek. Tahniah dan teruskan kecemerlangan ini moga VISI KHS terbilang 2010 tercapai.

10 February 2010

Program "Road Run" Kajang High School 2010



Setiausaha sukan KHS memyampaikan taklimat pada program mengenal trek acara "Road Run" KHS 2010 bagi persediaan Larian pada 12/2/2010, Jumaat -10/2/2010, 8.oo pagi.





Sebahagian peserta larian mendengar taklimat.

09 February 2010

Kajang High School Boleh !!!!!



Sujeewa Gunaratne gigih menerangkan strategi kepada pemain SMK Tinggi Kajang, semalam sebagai persiapan memikul Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

SMK Tinggi Kajang yakin beri kejutan

KAJANG - Walaupun senang dianggap pasukan tanpa pilihan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang yakin berupaya memberi kejutan ke atas pasukan pilihan pada Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran anjuran Persatuian Kriket Melayu Malaysia yang bermula Sabtu ini.

Pengurus pasukan, yang juga Penolong Kanan Kokurikulum sekolah tersebut, Ali Suman berkata, pasukan kriket sekolah berkenaan yang mula dipilih dalam program Projek Kriket Nasional kendalian Kriket Melayu sejak tahun 2008, tidak rela menjadi pasukan belasahan.

Katanya, pasukannya yakin memberi tentangan ke atas pasukan pilihan, yang juga juara bertahan, SMK Penang Free serta SMK Victoria, Kuala Lumpur.

"Pada kejohanan tahun lalu, kami belum dapat menandingi kegarangan kedua-dua pasukan yang sudah lama bergiat dalam kriket.

''Untuk tahun ini, kami menjanjikan kejutan kepada kedua-dua pasukan juara itu.

"Kami telah membuat persiapan rapi iaitu sejak awal bulan lalu untuk menghadapi kejohanan kali ini,'' katanya ketika ditemui di padang SMK Tinggi Kajang, semalam.

SMK Tinggi Kajang akan memulakan cabaran menentang SMK Victoria pada Sabtu dan Ahad di Oval Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Sementara itu, jurulatih SMK Tinggi Kajang yang dibawa khas oleh Kriket Melayu dari Sri Lanka, Sujeewa Gunaratne berkata, skuadnya mempunyai kelebihan kerana memiliki barisan pemain berkaliber.

"Kami mempunyai enam pemukul yang hebat, dengan empat dari mereka pernah mendapat pendedahan di luar negara.

"Selain itu, saya yakin dengan kekuatan mental pemain akan menjadi kelebihan pasukan kami," katanya.

SMK Tinggi Kajang mempertaruhkan harapan di bahu pemain serba boleh, Azwan Idris yang merupakan antara tonggak skuad bawah 16 negara ke Piala Asia di Nepal bulan depan.

Arkib Utusan Malaysia, 4/2/2010

10 January 2010

LADAP 1 2010 KAJANG HIGH SCHOOL


En Shashim Shah bin Harun
Pegawai Khas Timbalan Menteri KPM
Menyampaikan ceramahnya dengan penuh semangat



Barisan Pentadbir KHS 2010
Bertarikh: 9/1/2010
Tempat: Dewan Tan Sri Kadir Shamsudin
KHS telah menjalankan LADAP 1 2010 bertajuk Etika Dalam Perkhidmatan : Ke arah Guru Berkesan
Antara intipati yang dapat dijadikan panduan guru;
1. Sebarang pelaksanaan aktiviti di sekolah dan luar sekolah perlu ada kebenaran ibubapa/pejaga.
2. Guru-guru perlu menjalankan tugas dengan penuh amanah dan melaksanakannya dengan sempurna.
3. Bertindak mengikut arahan dan peraturan yang di benarkan dalam menguruskan murid.
4. Menghormati hak pentadbir untuk mengurus dan membuat keputusan. Guru hanya mencadang, memberi pandangan dan melaksanakan arahan.
5. Mengutamakan bidang tugas melebihi dari kepentingan hal peribadi.
KHS Terbilang 2010

16 November 2009

Majlis Makan Malam Asrama Tun Dr Abdul Aziz

Salam 1 Malaysia:


Ambo baru balik dari majlis makan 'male' asrama Tun Dr Abdul Aziz, SMK Tinggi Kajang.
Tahniah dan syabas kepada AJK Pelaksana majlis yang di ketuai Oleh Muhammad Syafiq Azwad. Moga kalian akan berjaya dalam akademik dan kokurikulum.

Majlis diadakan bagi mengingati sumbangan guru-guru kepada pelaja yang tinggal di asrama. Pelbagai program yang di rancangkan telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.


Pengerusi Majlis: Muhammad Akmal Arif bin Zulkafli




Ketua Murid Asrama : Amir Syafiq b Masruddin menyampaikan ucapan



Sebahagian warga asrama



Persembahan Nasyid yang menghiburkan.

Terima kasih kepada AJK kerana sudi jemput cikgu.....

Pasukan Bolasepak SMK Tinggi Kajang

Salam 1 Malaysia;

Satu program membentuk pasukan bolasepak 2010 telah di jalankan oleh Unit Sukan SMK Tinggi ke Kedah dan Perlis dari 13-15 November 2009.
Ambo, Cikgu Saari dan Cikgu Ronzi membawa pasukan 2010 mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan Pasukan Pusat Sukan negeri Kedah dan Perlis.
Melalui program ini banyak kekuatan dan kelemahan pasukan dapat dikenalpasti bagi membetuk pasukan yang mantap untuk kejohanan sepanjang 2010.
Semoga Visi Sekolah "Kajang High School Terbilang 2010" dapat direalisasikan.

24 October 2009

Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas SMK Tinggi Kajang 2009



YDP PIBG Menyempurnakan Majlis Graduasi kali ke 9.



Kumpulan Koir 6 Atas



Menyampaikan Lagu Kau Ilhamku



Pemuzik mengiringi Koir di ketuai oleh Sdri Tan Yin Ying (Keyboard)



Ikrar Azam dan Setia


Taniah dan syabas kepada AJK pelaksana Majlis Graduasi Tingkatan 6 Atas 2009 yang pada ambo melaksanakan tugas dengan cemerlang sekali.
Terima kasih kepada rakan-rakan guru yang hadir kerana sokongan anda semua kepada Majlis Sekolah dan anak didik STPM 2009.
Semoga Majlis kali ini menjadi pembakar semangat kepada anda semua pelajar STPM 2009 untuk cemerlang dalam peperiksaan nanti...cikgu doakan.





03 October 2009

Kajang High School Kekalkan Rentak Cemerlang

Satu Perlawawanan Persahabatan Bolasepak U14 Tahun antara Kajang High School dan SMK Guar Perahu telah di adakan di Stadium Kajang, 8.30 pagi, 3/10/2009. KHS mengekalkan rentak kecemerlangan dengan memenangi perlawanan berkenaan dengan jaringan gol 3-2.






Pemain KHS Mendapat Taklimat dari Chief Coach Sa'ari




Pasukan SMK Guar Perahu, P. Pinang.