Followers

Carian dalam Blog ini

09 February 2010

Kajang High School Boleh !!!!!



Sujeewa Gunaratne gigih menerangkan strategi kepada pemain SMK Tinggi Kajang, semalam sebagai persiapan memikul Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran.

----------------------------------------------------------------------------------------------------

SMK Tinggi Kajang yakin beri kejutan

KAJANG - Walaupun senang dianggap pasukan tanpa pilihan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Kajang yakin berupaya memberi kejutan ke atas pasukan pilihan pada Cabaran Kriket Piala Ketua Pengarah Pelajaran anjuran Persatuian Kriket Melayu Malaysia yang bermula Sabtu ini.

Pengurus pasukan, yang juga Penolong Kanan Kokurikulum sekolah tersebut, Ali Suman berkata, pasukan kriket sekolah berkenaan yang mula dipilih dalam program Projek Kriket Nasional kendalian Kriket Melayu sejak tahun 2008, tidak rela menjadi pasukan belasahan.

Katanya, pasukannya yakin memberi tentangan ke atas pasukan pilihan, yang juga juara bertahan, SMK Penang Free serta SMK Victoria, Kuala Lumpur.

"Pada kejohanan tahun lalu, kami belum dapat menandingi kegarangan kedua-dua pasukan yang sudah lama bergiat dalam kriket.

''Untuk tahun ini, kami menjanjikan kejutan kepada kedua-dua pasukan juara itu.

"Kami telah membuat persiapan rapi iaitu sejak awal bulan lalu untuk menghadapi kejohanan kali ini,'' katanya ketika ditemui di padang SMK Tinggi Kajang, semalam.

SMK Tinggi Kajang akan memulakan cabaran menentang SMK Victoria pada Sabtu dan Ahad di Oval Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Sementara itu, jurulatih SMK Tinggi Kajang yang dibawa khas oleh Kriket Melayu dari Sri Lanka, Sujeewa Gunaratne berkata, skuadnya mempunyai kelebihan kerana memiliki barisan pemain berkaliber.

"Kami mempunyai enam pemukul yang hebat, dengan empat dari mereka pernah mendapat pendedahan di luar negara.

"Selain itu, saya yakin dengan kekuatan mental pemain akan menjadi kelebihan pasukan kami," katanya.

SMK Tinggi Kajang mempertaruhkan harapan di bahu pemain serba boleh, Azwan Idris yang merupakan antara tonggak skuad bawah 16 negara ke Piala Asia di Nepal bulan depan.

Arkib Utusan Malaysia, 4/2/2010

No comments: