Followers

Carian dalam Blog ini

19 February 2010

Madah Bercabai 10 : Gajah gedebak depan mata tak nampak...

Salam to all,

Janganlah Mr O**** sibuk duk meneropong kuman di seberang pakai teleskop mikron kalau gajah depan mata tak boleh nampak. Perbetulkan dulu "cermin mata sendiri".. siapa makan cabai dia rasa pijarnya......

*************************************************************

Pengangguran AS kekal tinggi


Rakyat Amerika Syarikat sedang mendapatkan peluang pekerjaan di salah sebuah pusat pencarian kerja ketika jumlah pengangguran meningkat sekali gus mencetuskan kebimbangan berulangnya kemelesetan ekonomi di negara itu. - REUTERS

Utusan Online, 19/2/2010

WASHINGTON 18 Feb. - Kadar penggangguran di Amerika Syarikat (AS) dijangka kekal tinggi dalam tempoh dua tahun lagi berikutan kebimbangan terhadap berulangnya kemelesetan ekonomi menyebabkan pemulihan ekonominya berada di tahap sederhana, kata Bank Pusat negara itu.

Rizab Persekutuan AS berkata, negara diramal mengambil masa sedikit untuk mengembalikan keadaan ekonomi dan pasaran kerja seperti sediakala, tetapi tidak menyatakan sebarang unjuran masa.

''Sebelum ini dicadangkan ia mungkin mengambil masa lima atau enam tahun bagi mengembalikan keadaannya.

''Bagaimanapun, sekumpulan minoriti berpendapat Kerajaan AS akan mengambil masa lebih daripada itu,'' kata Bank Pusat itu.

Mengenai unjuran terkini ekonomi, Rizab Persekutuan berkata, kadar pengangguran tahun ini berada sekitar 9.5 hingga 9.7 peratus manakala tahun depan dianggar antara 8.2 dan 8.5 peratus.

''Menjelang 2012, kadar pengangguran itu adalah antara 6/6 peratus hingga 7/5 peratus,'' tambahnya.

Kadar normal bagi pengangguran pada sekitar 5.5 dan enam peratus.

Para pembuat dasar persekutuan itu menjangkakan proses pemulihan ekonomi di kekang oleh ketidaktentuan isi rumah dan perniagaan.

Di sebaliknya, hanya terdapat pemulihan yang berperingkat-peringkat dalam pasaran buruh dan peningkatan perlahan kredit dalam sektor perbankan.

Berbanding penurunan itu, Rizab Persekutuan mengunjurkan ekonomi AS kembali tumbuh antara 2.8 peratus dan 3.5 peratus tahun ini dan 3.4 peratus dan 4.5 peratus pada 2011 dan 2012.

Para penganalisis ekonomi pula berpendapat AS perlu mengembangkan pertumbuhan ekonomi sekurang-kurangnya lima peratus setahun untuk menangani kadar pengangguran. - AP

No comments: