Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

30 November 2010

Ayam II

Ayam II

Ayam dalam taman
terkurung agaknya tiada laman
bau udara kurang menyenangkan
angin tak ingin nak bertiupan
diblok hutan batu berderetan
kesian
ini kerja menyalahi undang-undang
boleh adu sama kementerian perumahan
jiran-jiran kurang kepekaan
keselesaan tetanga kiri kanan depan belakang
kurang didikan sivik bukan alasan
tak hormat hak orang
malang!!!

Cikgunikmie

24/11/2010

11.41 am

Ayam

Ayam

Bermacam ragam
tidur dalam reban
bawah pohon durian
pagi-pagi cari makan
keliling kampung mengawan
berkokok megah tanda kekuasaan.

Bertelur sebiji riuh sakan
tapi kesian
telur diambil orang
buat telur mata bukan nama telur mata ayam
telur mata kerbau dinamakan.

Musim raya kesian ayam
jadi bahan buat rendang
masa ini lari lintang pukang
dihambat orang sampai ke jamban
akhirnya jadi sembelihan.

Ayam! Ayam! Ayam!
ada maruah bukan murahan
ada "ayam kota" tak duduk bersarang
jual 'daging mentah' secara haram
dilaknat Tuhan
haram jadah minta dijauhkan.

Cikgunikmie

24/11/2010

10.03 am

Berniaga

Berniaga

Amalan Rasul kita
mulia di sisi agama
banya rezeki datang dari niaga
haruslah kaya yang gigih berusah
jangan dikhianati timbangan niaga
berlebihlah dengan niat menyedekahkannya
ingat sebahagiannya bukan hak kita
cukup haul keluarkan zakat cuci harta
bantu yang kurang berada
pahala berganda
murah rezeki sepanjang masa
rahmat dikurnia
dari punca tak disangka-sangka
atas kehendak yang Esa.

Cikgunikmie

24/11/2010

10.58 am

Kunci Kejayaan II

Kunci Kejayaan II

Dah belanja teh secawan
ghairah nak kongsi tips pun datang
tetapkan matlamat untuk dijulang
biarlah patut dan tidak hanya angan-angan
siapkan rangka perancangan
fikirkan jalan-jalan kecemerlangan
tanpa rasa bimbang akan kegagalan
susun strategi pelaksanaan
rujuklah pakar-pakar yang berpengalaman
tentu ada panduan yang diberikan
tidaklah kita tergelincir dari landasan
cuma masa yang akan menantukan
kejayaan pasti digenggam
teruskan berusaha dengan keyakinan
tiada kegagalan
hanya kejayaan belum datang
pastikan usaha berterusan
demi sebuah kejayaan
boleh ke tuan?.

CNM, 28/11/2010, 7.59 am

Kunci Kejayaan

Kunci Kejayaan

Manusia mana tak inginkan kejayaan?
kunci kejayaan lebih kurang begini tuan;
disiplin diri yang mapan
mengatur diri menjalani kehidupan
tidak leka dengan segala hiburan
menilai buruk baik sesuatu perbuatan
mengambil segala peluang
mengkaji segala kelemahan
mengunakan segala kelebihan
mengatasi segala halangan
belajar dari kesilapan
tiada rasa putus harapan
tidak mengalah sebelum berjuang
boleh pakai tak tuan-tuan?
nilailah sebelum buang
kalau betul belanja teh secawan.

CNM, 27/11/2010, 23.21 pm

Kunci Bahagia

Kunci Bahagia

Kita manusia impikan bahagia
menjelma pada setiap detak masa
tunjang jiwa kena bajai dengan syariat agama
kukuh mantap peribadi mulia
boleh meredhai ketetapan yang Esa
menerima takdir dengan terbuka
menerima pasangan seadanya
kekurangan saling ditampung bersama
masalah dibincangkan segera
tiada rahsia antara
InsyaAllah bahagia.

CNM, 27.11.2010, 19.35 pm