Followers
Carian dalam Blog ini
02 November 2014
Pengurusan Lestari Hutan Menyelamatkan Bumi
19 May 2013
Tentang Cerun - PBS Geo
02 September 2011
14 July 2010
Perkahwinan elak Malaysia dihuni warga tua
KADAR kelahiran bayi di Malaysia yang dijangka terus menurun sehingga ke paras bawah dua peratus dalam tempoh 20 tahun akan datang boleh menyebabkan struktur kependudukan negara menuju kepada peningkatan golongan warga tua.
Ketika ini peratusan kadar kelahiran bayi adalah 2.2 peratus berbanding 2.6 peratus pada 2000. Angka itu akan terus menurun di bawah dua peratus pada 2030. Peningkatan warga tua berbanding golongan muda bukan sahaja akan memberi kesan kepada pertumbuhan penduduk tetapi juga daya maju negara.
Sesuatu yang bersifat subjektif dan peribadi ialah keputusan untuk berkahwin atau tidak, melambatkan perkahwinan dan sekiranya sudah berkahwin, berapa anak yang diinginkan.
Ada yang melihat faktor utama wanita berkahwin lewat bukanlah disebabkan terlalu taksub dengan kerjaya, tetapi tidak menganggap perkahwinan sebagai cita-cita yang perlu dipenuhi terlebih dulu berbanding perkara lain.
Persoalan juga timbul, apakah kecenderungan untuk berkahwin atau tidak banyak dipengaruhi oleh faktor seperti perubahan struktur penduduk, keadaan dan keperluan wanita seperti melanjutkan pelajaran dan bekerja membantu keluarga.
Kesukaran mendapat pasangan sesuai atau sepadan serta alasan ekonomi atau masalah peribadi juga dilihat antara faktor penyumbang kepada senario kahwin lewat. Memandangkan bahawa jumlah lelaki dan wanita yang berkahwin lewat semakin ramai, ia dilihat sebagai masalah sepunya masyarakat dan bukannya bersifat individu lagi.
Melalui keadilan gender dari aspek pendidikan dan kerjaya, ia banyak mempengaruhi pembabitan wanita dalam sektor pekerjaan apalagi yang memegang jawatan profesional. Secara tidak langsung ia menggalakkan keadaan untuk berkahwin lewat dan mempunyai sedikit anak untuk terus berlaku.
Bukan mudah untuk berhadapan pandangan negatif masyarakat seperti dipandang serong hanya kerana diri belum atau tidak berkahwin. Dalam menukar minda dan sikap terhadap kecenderungan berkahwin lewat, kita perlu bersandarkan nilai agama dan budaya orang Timur. Agama Islam, contohnya menuntut umatnya berkahwin awal bagi menghindarkan maksiat.
Perkahwinan adalah satu syariat dan tuntutan dalam membina masyarakat yang unggul dan penting kepada setiap individu bagi menghasilkan keturunan agar dunia tidak kepupusan makhluk daripada bangsa manusia.
Kahwin pada usia lewat tanpa alasan kukuh hanya akan memberi lebih banyak kesan negatif dari positif kepada individu dan orang sekeliling. Adalah penting untuk keluarga terutama ibu dan teman rapat memberi sokongan psikologi dan emosi kepada individu berminat untuk berkahwin. Kita juga hendaklah memberi peluang dan jangan terlalu mengharapkan bakal pasangan akan sempurna kerana diri sendiri juga belum tentu sesempurna untuk pasangan kita.
Ada pandangan yang berpendapat syarat berpoligami dilonggarkan dalam usaha mengatasi masalah wanita berkahwin lambat kerana Islam membenarkan perkara terbabit. Ada yang melihat pandangan ini sukar diterima wanita yang sering melihatnya sebagai perkara negatif.
Seperti mana kata, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Heng Seia Kie, bagi menangani isu kadar kelahiran bayi yang rendah, pelbagai pihak termasuk agensi kerajaan dan swasta harus bekerjasama dalam menyediakan sistem sokongan kepada pekerja agar mereka dapat menyeimbangkan antara kerjaya dan keperluan berkeluarga.
Prof. Madya Dr. Sapora Sipon
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
17 April 2010
Global Warming
Effects of Global Warming
- Ice is melting worldwide, especially at the Earth’s poles. This includes mountain glaciers, ice sheets covering West Antarctica and Greenland, and Arctic sea ice.
- Researcher Bill Fraser has tracked the decline of the Adélie penguins on Antarctica, where their numbers have fallen from 32,000 breeding pairs to 11,000 in 30 years.
- Sea level rise became faster over the last century.
- Some butterflies, foxes, and alpine plants have moved farther north or to higher, cooler areas.
- Precipitation (rain and snowfall) has increased across the globe, on average.
- Spruce bark beetles have boomed in Alaska thanks to 20 years of warm summers. The insects have chewed up 4 million acres of spruce trees.
- Sea levels are expected to rise between 7 and 23 inches (18 and 59 centimeters) by the end of the century, and continued melting at the poles could add between 4 and 8 inches (10 to 20 centimeters).
- Hurricanes and other storms are likely to become stronger.
- Species that depend on one another may become out of sync. For example, plants could bloom earlier than their pollinating insects become active.
- Floods and droughts will become more common. Rainfall in Ethiopia, where droughts are already common, could decline by 10 percent over the next 50 years.
- Less fresh water will be available. If the Quelccaya ice cap in Peru continues to melt at its current rate, it will be gone by 2100, leaving thousands of people who rely on it for drinking water and electricity without a source of either.
- Some diseases will spread, such as malaria carried by mosquitoes.
- Ecosystems will change—some species will move farther north or become more successful; others won’t be able to move and could become extinct. Wildlife research scientist Martyn Obbard has found that since the mid-1980s, with less ice on which to live and fish for food, polar bears have gotten considerably skinnier. Polar bear biologist Ian Stirling has found a similar pattern in Hudson Bay. He fears that if sea ice disappears, the polar bears will as well.
Global Warming Solutions
10 April 2010
09 April 2010
El-Nino: Hasil minyak sawit diramal susut?
KUALA LUMPUR 8 April - IOI Corporation Bhd. (IOI) meramalkan pengeluaran minyak sawit tempatan menyusut pada tahun ini dan harganya mencecah sehingga RM2,800 satu tan berikutan fenomena kemarau El-Nino.
Namun, permintaan terhadap minyak sawit mentah di pasaran antarabangsa dijangka masih kukuh.
Pengerusi eksekutifnya, Tan Sri Lee Shin Ching berkata, bagaimanapun harga minyak sawit susut sejak bulan lepas berikutan pengukuhan ringgit berbanding dollar Amerika Syarikat.
"Pembeli membuat transaksi dalam dolar Amerika Syarikat yang menyebabkan kadar tukarannya menjadi rendah berikutan kelemahan dolar Amerika Syarikat pada waktu ini.
"Bagi mereka, harga minyak kelapa sawit kita murah dan kita menerima lebih aliran masuk mata wang dolar Amerika Syarikat,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian bank cawangan Hong Leong Bank Bhd. (HLBB) Bandar Puteri di sini hari ini.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengarah Urusan Kumpulan HLBB, Yvonne Chia.
Ketika ditanya adakah hasil pengeluaran IOI menyusut pada tahun ini, Shin Ching berkata, pihaknya meramalkan penyusutan sebanyak lapan peratus berbanding tahun lalu berikutan kemarau.
Utusan Online
08 April 2010
Kita membunuh terumbu karang
PARA saintis dan kerajaan di seluruh dunia sedang mempertimbangkan apa akan berlaku sekiranya terumbu karang pupus dari muka bumi ini.
Idea tersebut melahirkan perasaan menakutkan dan bakal memberi impak serta kesan yang besar kepada masyarakat dunia.
Terumbu karang merupakan sebahagian daripada asas rantaian makanan lautan dan hampir semua spesies marin di dunia mendapatkan sumber makanan serta menjadikan khazanah samudera tersebut sebagai habitat.
Jika terumbu karang itu lenyap, pakar berkata, kelaparan, kemiskinan dan ketidakstabilan politik boleh berlaku. Apakah kaitannya?
"Seluruh negara di dunia akan terancam jika bercakap mengenai ancaman kewujudan terumbu karang," kata Carl Gustaf Lundin dari Kesatuan Antarabangsa Pemuliharaan Alam Semula Jadi.
Banyak kajian meramalkan terumbu karang kini menuju ke arah kepupusan di seluruh dunia. Sebahagian besar daripada ancaman ini disebabkan oleh pemanasan global, pencemaran dan pembangunan di pesisiran pantai.
Ia juga berpunca daripada kerosakan yang disebabkan penyeretan di dasar laut oleh bot-bot nelayan. Itu tidak lagi menyentuh tentang industri perdagangan barang kemas dan cenderamata antarabangsa yang diperbuat daripada terumbu karang.
Menurut Pentadbiran Hidupan Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA), Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya 19 peratus daripada terumbu karang dunia sudah pupus.
Ini tidak termasuk lebih kurang 50 peratus lagi mengalami nasib yang sama di Kepulauan Caribbean dan tambahan 15 peratus lagi akan pupus dalam masa 20 tahun.
Profesor Kent Carpenter dari Universiti Old Dominion, Virginia, Amerika Syarikat yang merupakan pengarah bancian spesies marin seluruh dunia, memberi amaran bahawa jika pemanasan global berterusan dan tidak dapat disekat, kesemua terumbu karang akan pupus dalam tempoh 100 tahun.
"Keruntuhan keseluruhan ekosistem marin akan terjadi dan ia adalah satu satu malapetaka akibat kehilangan terumbu karang. Anda akan melihat kesan lata yang hebat untuk semua hidupan dalam lautan." kata Carpenter.
Eksotik dan berwarna-warni, terumbu karang bukanlah batu-batu mati tetapi ia terdiri daripada rangkaian hidupan yang mengumuhkan satu rangka luar kalsium karbonat keras. Apabila ia mati, struktur-struktur batu itu akan menghakis sekali gus membataskan peluang peneluran dan lokasi pemakanan ikan di dasar lautan.
Langkah yang boleh dilakukan manusia adalah mengurangkan pengeluaran karbon di muka bumi. Itu dapat melambatkan proses kenaikan suhu dan pengasidan air lautan.
Dalam pada itu, mewartakan kawasan terumbu daripada aktiviti memancing, menyelam dan pengawalan pembangunan pesisiran pantai serta pencemaran dapat mengekang ancaman terhadap khazanah lautan ini.
Bayangkan, sekiranya terumbu karang pupus, spesies kerapu dan tenggiri yang biasanya menjadi tarikan pengguna akan menjadi kenang-kenangan sahaja. Begitu juga dengan tiram, kepah serta lain-lain hidupan yang penting dalam diet orang ramai, juga akan terjejas.
Senario lebih teruk daripada itu terjadi apabila industri perikanan komersial boleh lumpuh akibat gagal memenuhi keperluan dan kehendak pengguna untuk menikmati makanan laut.
"Ikan akan menjadi barangan mewah," kata Cassandra deYoung dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Terdapat berbilion-bilion orang sedang berdepan dengan masalah kelaparan dan khabar buruk dari laut ini hanya akan menambah keperitan situasi. Kita tidak mampu mengekalkan keselamatan sumber makanan di seluruh dunia.," tambahnya.
Menurut PBB, ekonomi akan terjejas dengan teruk sekali. Perikanan lautan menyediakan pekerjaan untuk kira-kira 38 juta penduduk di seluruh dunia dan 162 juta orang terlibat secara tidak langsung dalam industri ini.
Lokasi terumbu karang pada hari ini mampu menarik penyelam-penyelam skuba, dan pelancong-pelancong untuk bercuti di resort-resort tepi laut seperti di Pulau Hawaii, AS, Asia Tenggara serta Kepulauan Caribbean.
Tanpa terumbu karang ini, hotel-hotel, restoran-restoran dan pusat peranginan di kawasan pesisiran pantai serta kepulauan mungkin akan mengalami masalah kewangan.
"Dunia tanpa terumbu karang tidak dapat dibayangkan," kata Ketua Ahli Biologi NOAA, Jane Lubchenco.
"Terumbu merupakan sesuatu yang amat berharga kepada sumber makanan, perubatan dan sumber pendapatan untuk beratus ribu orang di seluruh dunia. Nilai anugerah alam ini terlalu tinggi hingga menjadikan ia khazanah global." jelasnya.
Kosmo Online, 8/4/2010.
14 March 2010
Potensi kegunaan sumber air tanah
Oleh Habsah Dinin dan Mona Ahmad
bhnews@bharian.com.my
2010/03/14
KEBANYAKAN negara maju di dunia kini mengurangkan kebergantungan kepada air sungai, tasik dan takungan empangan dan punca air sungai untuk kegunaan harian berikutan pelbagai faktor yang lebih banyak mengundang keburukan terutama kepada kesihatan manusia dan alam sekitar di samping bagi meningkatkan jaminan bekalan air.
Kajian mendapati air permukaan lebih mudah tercemar kerana pembangunan kawasan sekitar yang membabitkan pembinaan tangki septik, sistem pembetungan dan bahan kimia dari kawasan industri; penggunaan baja dan racun dalam aktiviti pertanian; serta air melarut resap atau licit daripada tempat pelupusan sampah yang mengalir masuk ke dalam air permukaan. Semua faktor ini menyebabkan pencemaran yang serius dan sukar dielakkan terhadap air permukaan tadi.
Pengarah Pusat Kajian Geohidrologi, Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Dr Saim Suratman, berkata selain daripada faktor pencemaran yang menjejaskan kesihatan pengguna, air permukaan juga akan mudah kering jika berlaku kemarau panjang.
“Apabila kemarau, air permukaan yang menjadi cetek menyebabkan kadar pencemaran semakin tinggi disebabkan oleh penurunan keupayaan pencairan ke atas pencemar.
“Sementara itu, pembinaan empangan untuk menakung air permukaan turut menyebabkan penebangan pokok yang berleluasa sekali gus memusnahkan flora dan fauna.
“Dalam keadaan tertentu, pada musim tengkujuh yang berlarutan, air empangan yang terlalu banyak boleh menyebabkan banjir dan empangan terdedah kepada keretakan hingga mengancam keselamatan penduduk dan hidupan hilirnya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Seri Kembangan, Selangor baru-baru ini.
Beliau menambah, kebanyakan negara maju seperti Amerika, Jerman, Korea, Switzerland dan Denmark sudah meminggirkan pembinaan empangan baru berikutan aspek keselamatan dan kesedaran untuk kualiti alam sekitar.
Katanya, sebagai alternatif, mereka mempergiatkan pencarian sumber air tanah di samping meningkat kecekapan perkhidmatan bekalan air dan kesedaran jimat guna air.
Kaedah imbuhan buatan air tanah digunakan secara meluas di negara maju di mana air sungai yang berkualiti rendah diserap ke dalam tanah melalui kaedah lembangan dan perigi imbuhan.
Air ini akan mengalir ke dalam tanah dan seterusnya keluar melalui telaga. Umpamanya kaedah ini digunakan di Loji Rawatan Air Weisbaden Jerman sejak 1958.
“Kaedah imbuhan buatan air tanah ini yang sesuai digunakan dalam akuifer aluvium bertujuan merawat air permukaan secara semula jadi dan pada masa sama menambah kandungan mineral penting ke dalam air itu agar ia lebih berkhasiat.
“Selain menyihatkan ia juga selamat untuk terus diminum daripada paip di rumah tanpa perlu dimasak,” katanya.
Sejak zaman berzaman, masyarakat di negara ini sudah menggunakan air tanah dari telaga di kawasan rumah tetapi penggunaannya berkurangan dengan meningkatnya liputan air awam. Keadaan ini menyebabkan kebaikan air tanah dipandang ringan orang ramai.
Ini ditambah pula dengan sungai yang banyak, taburan hujan yang tinggi di negara ini menyebabkan kepentingan air tanah tidak langsung diambil peduli.
Keperluan air tanah tidak boleh dipandang ringan di negara ini.
Ini kerana, permintaan air yang tinggi berikutan peningkatan kepadatan penduduk, perluasan kawasan pertanian dan industri, pencemaran sumber air per-mukaan dan kekangan sumber air permukaan terutama di musim kemarau, memerlukan sumber air tambahan.
Lebih 90 peratus sumber air tawar di Malaysia terdapat di dalam tanah sehingga mampu memenuhi permintaan keseluruhan bekalan air di negara ini.
Potensi sumber air tanah adalah bagi kegunaan bekalan air awam, industri dan pengairan adalah tinggi.
07 March 2010
Nota Geografi 942/2 Tema 4 : Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau (edit dari PPT)
Tema 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU
Konsep Globalisasi Ekonomi
• Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat.
• Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan.
• Menerusi ledakan dan kemajuan dlm ICT segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran R&D, informasi pasaran dan perdagangan blh menembusi mana-mana negara yg mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan.
• Kecanggihan teknologi menjadikan segala urusniaga menjadi cepat dan mudah.
• Pada masa kini arus globalisasi bergerak dari negara maju ke negara dunia ketiga atau negara sedang membangun.
Istilah dalam Globalisasi Ekonomi
1. Liberalisasi ekonomi
• Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.
• Persaingan pasaran dan ekonomi menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk modal dan perdagangan sesebuah negara tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan.
• Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kpd kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran.
2. Deregulisasi ekonomi
• Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.
Kesan Globalisasi Ekonomi ke atas Negara Asia Pasifik
1. Kesan Positif
a. Menambah keupayaan modal dalam negara
• Negara Asia Pasifik tidak mempunyak keupayaan modal yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan.
• Suntikan modal asing membolehkan industri berkembang pesat, mewujudkan peluang pekerjaan, kurangkan pengangguran, tingkatkan taraf hidup dan memutuskan lingkaran kemiskinan negara membangun.
b. Menggalakkan pemindahan teknologi
• Melalui globalisasi kemasukkan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan ekonomi moden negara membangun.
• Rakyat tempatan dikehendaki mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usahasama dlm konteks R&D tenaga manusia.
• Akhirnya rakyat tempatan dpt menguasai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Cth, teknologi HITEC, teknologi rekabentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran pengurusan dll.
c. Perluasan Pasaran
• Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kpd produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yg sama rata.
• Keadaan ini krn globalisasi memberikan kuasa mutlak kpd kuasa pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan.
• Di Asia Tenggara, pengenalan AFTA merupakan satu realisasi drp arus globalisasi . Melalui AFTA barangan dlm kalangan negara ASEAN dpt memasuki pasaran negara anggota dgn lbh mudah dan mendapat faedah pasaran bersama.
2. Kesan Negatif
a. Kegawatan ekonomi
• Aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dlm negara serantau Asia Pasifik menyebabkan kewangan negara serantau menjadi lebih mudah ubah.
• Keadaan ini berlaku krh wang boleh bergerak dgn hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dgn hanya menekan butang komputer shj.
• Dgn penarikan keluar modal asing secara mendadak dr sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut menjadi muflis, operasi industri boleh terhenti, pengangguran bertambah, beban hutan luar meningkat dan ekonomi negara gawat.
b. Serangan spekulator
• Kegawatan ekonomi berpunca drp kejatuhan nilai mata wang dan pasaran saham akibat mainan spekulator.
• Apabila nilai matawang jatuh, keyakinan pelabur turut hilang menyebabkan pelabur menarik keluar modal utk menggelakkan kerungian dlm jangka masa pjg.
• Kesannya negara mundur akan muflis dan berterusan bergantung kpd negara maju utk menjalankan ekonominya.
• Kesan dari kegawatan memaksa negara terlibat mengamalkan dasar kewangan yg ketat, menaikan kadar faedah, rantaian perniagaan lemah, pelaburan domestik merosot dan permintaan domestik terjejas.
c. Tekanan ekonomi dan bebanan kpd golongan miskin
• Globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kpd golongan miskin yg di amalkan utk melindungi rakyat.
• Bila subsidi dihapuskan berlaku peningkatan dlm harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup. Yg miskin terus menderita dan memungkinkan berlaku kegawatan politik.
• Isu rumah terpaksa berhadapan dgn masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, merosotkan kutipan cukai dan mengurangkan kewangan kerajaan.
• Wujud keadaan monopoli bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing.
d. Penjajahan baru ekonomi
• Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara.
• Kekayaan ekonomi negara sedang membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing.
• Mengekploitasi tenaga kerja tempatan dgn kadar upah yg rendah.
• Keadaan ini dinamakan penjajahan ekonomi.
Kepentingan Saling Bergantung Antara Negara
• Dlm sistem ekonomi global, tiada negara yg mempunyai ekonomi yg lengkap.
• Setiap negara perlu bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar ekonomi lebih pantas berkembang.
• Kekurangan dlm sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada di negara yg lain.
1. Perkongsian sumber alam khususnya sumber bahan mentah dan sumber tenaga
• Sesetengah negara tidak mempunyai bekalan tenaga yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi.
• Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kpd negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut.
• Cthnya, Jepun bergantung kpd negara teluk bagi memperoleh bekalan petroleum.
2. Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta inovasi baru dlm pelbagai bidang
• Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya disesebuah negara boleh dimajukan.
• Cthnya, industri HITEC di Malaysia, negara bergantung kpd permindahan teknologi dari negara Jepun.
3. Perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau kawasan
• Kerjasama serantau membolehkan sesebuah negara memperluaskan pasaaran barangan dan perkhidmatan mereka ke kws dan negara lain.
• Faedah drp perkongsian pasaran akan dpt dinikmati kususnya drp segi pertambahan permintaan kuasa beli pengguna.
• Cthnya, barangan negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Aemerika dan begitulah sebaliknya.
4. Perkongsian modal
• Kekurangan modal dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada drp pelaburan kerajaan ataupun swasta melalui perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau perlaburan silang.
• Cthnya, pelaburan swasta mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kws setiga pertumbuhan ASEAN di IMT-GT, IMS-GT, EAGA_BIMP.
• Rakyat mendapat limpahan pembangunan manakala pihak swasta memperolehi keuntungan melalui pegangan ekuiti.
5. Perkongsian buruh dan tenaga pakar
• Kekurangan buruh & tenaga pakar dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yg berlebihan tenaga buruh. Cthnya Malaysia bergantung kpd buruh dari negara Indonesia dlm sektor perladangan dan pembinaan.
• Kemasukan buruh Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dgn pesatn Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk wang hasil gaji warganya.
• Selain itu perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju. Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.
Kajian kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dgn negara lain.
• Malaysia amat bergantung kpd sumber bhn mentah, sumber kuasa & sumber makanan dari negara-negara lain. Cthnya, Malaysia bergantung kpd Thailand utk mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.
• Bergantung kpg Filipina utk bekalan gula.
• Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dll utk sektor perindustrian. Malaysia pula membekalkna minyak sawit & getah asli.
• Malaysia bergantung kpd pasaran luar negara sperti AFTA, USA, Eropah, Asia Pasifik dll. Cthnya, produk alat hawa dingin Malaysia amat bergantung kpd pasaran negara Timur Tengah.
• Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia utk menggerak dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dll.
• Tnapa modal asing malaysia tidak mempunyai modal yg cukup utk memperkasakan ekonominya.
• Negara maju yg byk melabur di Malaysia ialah seperti Jepun, Korea, USA, England, Jerman dll disamping pelaburan dari negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.
05 March 2010
TEKNOLOGI NANO
Teknologi Nano, revolusi terkini yang membawa kepada kemajuan dunia dalam abad ke-21 ini. Ia berasal daripada perkataan Latin, dengan cirinya yang bersaiz KECIL - 1 nanometer = 0.000000001 meter.Ini jelas menunjukkan betapa kecilnya saiz nano, sehingga mencapai 1000 kali ganda lebih kecil daripada diameter rambut manusia.
Penggunaan TEKNOLOGI NANO
Menjelang era teknologi yang baru, Teknologi Nano luas diaplikasikan dalam pelbagai industri seperti perubatan, maklumat teknologi sehingga ke bidang elektronik dan komputer. Sebagai contohnya, sekeping disk bernano mampu menyimpan jumlah maklumat sehingga 10,000,000 kali ganda berbanding disk yang biasa. Ini turut membuktikan bahawa penggunaan Teknologi Nano bukan sahaja meningkatkan kualiti produk, malahan ia menambahkan kapasiti dan kebaikannya serta dapat mengurangkan pembaziran
Nanoteknologi mampu jana hasil pertanian
Oleh DR. SAIFOLLAH ABDULLAH dan DR. MOHAMAD RUSOP
IDEA nanoteknologi telah diutarakan lebih 50 tahun yang lalu oleh seorang ahli fizik, Richard Feyman.
Walau bagaimanapun idea ini telah mendapat perhatian semula pada awal tahun 1991, dengan penemuan tiub karbon bersaiz nano oleh saintis dari Jepun, Iijima. Nanoteknologi merupakan kajian dan pemfabrikasian peranti pada skala nanometer iaitu satu per bilion meter pada ukuran panjang.
Nanoteknologi dijangka digunakan secara meluas menjelang 2015. Berbagai industri akan mendapat manfaat dari nanoteknologi misalnya farmaseutikal, teknologi maklumat dan komuniasi (ICT), elektronik dan tidak terkecuali bidang pertanian.
Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang rancak mempergiatkan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) mestilah memanfaatkan bidang nanoteknologi ini. Bagi sebuah negara yang ingin menjadi cemerlang, gemilang dan terbilang ia tidak harus ketinggalan dalam membangunkan infrastruktur penyelidikan dalam bidang nanoteknologi dan memberi perhatian khusus setanding dengan negara-negara lain. Malaysia yang kini sedang memberi tumpuan dalam bidang pertanian dan industri asas tani dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) mestilah memanfaatkan teknologi ini.
Nanoteknologi dijangka banyak memberi manfaat dalam bidang ini meliputi bidang penanaman dengan penghasilan baja dan zat penggalak, sistem kawalan menggunakan nanoteknologi, keselamatan makanan, sistem kawalan penyakit, kawalan alam sekitar dan lain-lain.
Terdapat banyak produk berasaskan nanoteknologi berkaitan dengan pertanian dan industri asas tani sedang dibangunkan dan ada di antaranya telah memasuki pasaran. Baja pelepasan perlahan yang berkecekapan tinggi telah digunakan secara meluas dalam bidang pertanian di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Taiwan. Beberapa syarikat perladangan besar di Malaysia juga telah mula berminat dalam penggunaan baja jenis ini. Baja jenis ini dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian yang memberangsangkan di samping menjimatkan perbelanjaan.
Bahan pengaktif-nano atau perangsang-nano yang berfungsi sebagai perangsang penghasilan buah juga merupakan di antara produk nanoteknologi yang telah dipasarkan dan mendapat permintaan tinggi dalam pertanian moden. Ia dikatakan dapat meningkatkan hasil pertanian dari 20 peratus sehingga 50 peratus.
Alat penderia-nano jenis penderia-kimia berasaskan bahan berstruktur-nano telah diguna bagi menentukan keberkesanan penggunaan baja dalam sektor perladangan. Selain dari itu juga alat pengesan ini digunakan bagi memantau sisa racun serangga di dalam air, ia amat berfaedah bagi memastikan pencemaran air di kawasan pertanian dan persekitarannya. Penggunaan
zarah-nano dalam sistem pengangkut di dalam tanah, air dan pokok juga merupakan teknologi yang mesti diterokai bagi mengembangkan lagi penggunaan nanoteknologi.
Nutrien
Penggunaan zarah-nano bersalut nutrien yang digunakan bersama makanan ternakan amat diperlukan kerana ia memberi kesan yang pantas. Ia amat berguna dalam bidang ternakan seperti ayam dan lembu serta ternakan air seperti ikan dan udang.
Selain sektor pertanian dan perladangan nanoteknologi juga amat berguna dalam meningkatkan nilai tambah hasil-hasil pertanian. Para penyelidik dari Institut Sains, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara misalnya telah berjaya menghasilkan tiub karbon bersaiz nano atau lebih dikenali sebagai ‘CNT’s’ dari bahan buangan hasil pertanian.
Tiub karbon bersaiz nano biasanya di hasilkan dari bahan berasaskan hidrokarbon. Bahan nano ini amat berpotensi dalam pelbagai kegunaan dari perkakasan kegunaan harian sehinggalah kepada teknologi tinggi seperti penapis udara dan air, peranti elektronik dan optoelektronik, sumber tenaga dan penyimpan tenaga dan lain-lain lagi.
Industri pembuatan ubat-ubatan tradisional dan makanan kesihatan berasaskan hasilan semula jadi amat popular di Malaysia sejak akhir-akhir ini. Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan pokok herba bermutu bagi tujuan perubatan berasaskan hasilan semula jadi mestilah memanfaatkan keunggulan nanoteknologi. Berasaskan teori nanosains bahawa kesan nanoteknologi dapat dirasai apabila serbuk atau bahan mencapai saiz sekecil kurang dari 100 nanometer atau sekecil rambut kita jika dibelah sehingga 50,000 kali.
Oleh itu dengan menghasilkan ubat-ubatan dari hasilan semula jadi atau makanan kesihatan dalam bentuk serbuk bersaiz nano, berkemungkinan besar ia akan memberi kesan yang lebih baik, cepat dan berkesan.
Industri makanan yang banyak bergantung kepada industri pertanian dan asas tani juga akan mendapat manfaat besar dari nanoteknologi. Mengikut satu sumber Nanotechnology in Agriculture and Food Production-Anticipated Applications yang ditulis oleh Jennifer Kuzma dan Peter VerHage, September 2006, nanoteknologi akan menyumbang sebanyak AS$20 bilion menjelang 2010 dalam industri makanan. Ia merangkumi industri pembuatan makanan sehinggalah kepada pembungkusan dan penyimpanan makanan dari hasil pertanian.
Sebenarnya banyak lagi yang perlu dikaji, dibincang dan diterokai bagi memanfaatkan nanoteknologi dalam industri pertanian dan asas tani negara.
* PENULIS ialah pensyarah Institut Sains, Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi Mara.
Sumber: Blog Cikgu Hiyatul.