Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

07 March 2010

Nota Geografi 942/2 Tema 4 : Globalisasi Ekonomi dan Kerjasama Serantau (edit dari PPT)

Tema 4: GLOBALISASI EKONOMI DAN KERJASAMA SERANTAU

Konsep Globalisasi Ekonomi


Merujuk kpd sempadan ekonomi negara-negara di dunia yg semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yg blh dihubungkan dgn cepat, mudah, pantas dan rapat.

Globalisasi juga dikenali sbg dunia tanpa sempadan.

Menerusi ledakan dan kemajuan dlm ICT segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran R&D, informasi pasaran dan perdagangan blh menembusi mana-mana negara yg mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan.

Kecanggihan teknologi menjadikan segala urusniaga menjadi cepat dan mudah.

Pada masa kini arus globalisasi bergerak dari negara maju ke negara dunia ketiga atau negara sedang membangun.


Istilah dalam Globalisasi Ekonomi


1. Liberalisasi ekonomi

Dasar pasaran bebas yg memberikan peluang kpd sesiapa shj termasuk pemodal asing memasuki & menguasai pasaran & ekonomi sesebuah negara tanpa batas.

Persaingan pasaran dan ekonomi menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar masuk modal dan perdagangan sesebuah negara tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan.

Liberalisasi ekonomi bergantung sepenuhnya kpd kuasa pasaran iaitu kuasa permintaan dan penawaran.

2. Deregulisasi ekonomi

Dasar penghapusan segala peraturan & sekatan ekonomi yg diamalkan olh sebuah negara yg selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengaliran dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan, pasaran barangan, perkhidmatan dan lain-lain. Cth, penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tarif dll.


Kesan Globalisasi Ekonomi ke atas Negara Asia Pasifik


1. Kesan Positif


a. Menambah keupayaan modal dalam negara

Negara Asia Pasifik tidak mempunyak keupayaan modal yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi moden khususnya industri dan perkhidmatan.

Suntikan modal asing membolehkan industri berkembang pesat, mewujudkan peluang pekerjaan, kurangkan pengangguran, tingkatkan taraf hidup dan memutuskan lingkaran kemiskinan negara membangun.


b. Menggalakkan pemindahan teknologi

Melalui globalisasi kemasukkan teknologi moden dan pemindahan kepakaran dari negara maju dapat membangunkan ekonomi moden negara membangun.

Rakyat tempatan dikehendaki mempelajari kaedah pengendalian teknologi melalui latihan lanjutan dan usahasama dlm konteks R&D tenaga manusia.

Akhirnya rakyat tempatan dpt menguasai kepakaran asing dan memajukan negara sendiri. Cth, teknologi HITEC, teknologi rekabentuk, kawalan mutu, teknologi komunikasi, kepakaran pengurusan dll.


c. Perluasan Pasaran

Penghapusan dasar Perlindungan dan Sekatan Tarif (GATT), penghapusan stok penimbal, serta provokasi pasaran akan memberikan peluang kpd produk negara sedang membangun menembusi pasaran negara maju dengan hak yg sama rata.

Keadaan ini krn globalisasi memberikan kuasa mutlak kpd kuasa pasaran iaitu permintaan dan cita rasa pengguna dlm urusniaga barangan dan perkhidmatan.

Di Asia Tenggara, pengenalan AFTA merupakan satu realisasi drp arus globalisasi . Melalui AFTA barangan dlm kalangan negara ASEAN dpt memasuki pasaran negara anggota dgn lbh mudah dan mendapat faedah pasaran bersama.


2. Kesan Negatif


a. Kegawatan ekonomi

Aliran masuk modal antarabangsa yang begitu besar ke dlm negara serantau Asia Pasifik menyebabkan kewangan negara serantau menjadi lebih mudah ubah.

Keadaan ini berlaku krh wang boleh bergerak dgn hanya keluar merentasi sempadan sesebuah negara dgn hanya menekan butang komputer shj.

Dgn penarikan keluar modal asing secara mendadak dr sesebuah negara akan menyebabkan negara tersebut menjadi muflis, operasi industri boleh terhenti, pengangguran bertambah, beban hutan luar meningkat dan ekonomi negara gawat.


b. Serangan spekulator

Kegawatan ekonomi berpunca drp kejatuhan nilai mata wang dan pasaran saham akibat mainan spekulator.

Apabila nilai matawang jatuh, keyakinan pelabur turut hilang menyebabkan pelabur menarik keluar modal utk menggelakkan kerungian dlm jangka masa pjg.

Kesannya negara mundur akan muflis dan berterusan bergantung kpd negara maju utk menjalankan ekonominya.

Kesan dari kegawatan memaksa negara terlibat mengamalkan dasar kewangan yg ketat, menaikan kadar faedah, rantaian perniagaan lemah, pelaburan domestik merosot dan permintaan domestik terjejas.


c. Tekanan ekonomi dan bebanan kpd golongan miskin

Globalisasi turut mengakibatkan penghapusan hak-hak keistimewaan dan subsidi kpd golongan miskin yg di amalkan utk melindungi rakyat.

Bila subsidi dihapuskan berlaku peningkatan dlm harga barangan, perkhidmatan dan kos sara hidup. Yg miskin terus menderita dan memungkinkan berlaku kegawatan politik.

Isu rumah terpaksa berhadapan dgn masalah inflasi berikutan kejatuhan kadar upah, merosotkan kutipan cukai dan mengurangkan kewangan kerajaan.

Wujud keadaan monopoli bank tempatan oleh syarikat gergasi dan kawalan ekonomi oleh pelabur asing.


d. Penjajahan baru ekonomi

Pembukaan pintu ekonomi dan pasaran membolehkan monopoli ekonomi berlaku di sesebuah negara.

Kekayaan ekonomi negara sedang membangun akan dikaut keluar oleh pemodal asing.

Mengekploitasi tenaga kerja tempatan dgn kadar upah yg rendah.

Keadaan ini dinamakan penjajahan ekonomi.


Kepentingan Saling Bergantung Antara Negara

Dlm sistem ekonomi global, tiada negara yg mempunyai ekonomi yg lengkap.

Setiap negara perlu bergantung antara satu sama lain demi mewujudkan keadaan saling melengkapi agar ekonomi lebih pantas berkembang.

Kekurangan dlm sesebuah negara akan ditampung oleh kelebihan yang ada di negara yg lain.


1. Perkongsian sumber alam khususnya sumber bahan mentah dan sumber tenaga

Sesetengah negara tidak mempunyai bekalan tenaga yg cukup utk mengerakkan sektor ekonomi.

Oleh sebab itu negara terpaksa bergantung kpd negara luar bagi memperoleh sumber kuasa tersebut.

Cthnya, Jepun bergantung kpd negara teluk bagi memperoleh bekalan petroleum.


2. Perkongsian dan pemindahan teknologi, penyelidikan dan pembangunan (R&D), serta inovasi baru dlm pelbagai bidang

Melalui pemindahan dan perkongsian teknologi moden maka bidang-bidang seperti pembangunan sumber manusia, sumber tenaga, perindustrian, sumber marin, pelancongan, pertanian dan sebagainya disesebuah negara boleh dimajukan.

Cthnya, industri HITEC di Malaysia, negara bergantung kpd permindahan teknologi dari negara Jepun.


3. Perluasan pasaran dan perdagangan antara negara atau kawasan

Kerjasama serantau membolehkan sesebuah negara memperluaskan pasaaran barangan dan perkhidmatan mereka ke kws dan negara lain.

Faedah drp perkongsian pasaran akan dpt dinikmati kususnya drp segi pertambahan permintaan kuasa beli pengguna.

Cthnya, barangan negara Asia Tenggara boleh dijual di pasaran Eropah dan Aemerika dan begitulah sebaliknya.


4. Perkongsian modal

Kekurangan modal dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain sama ada drp pelaburan kerajaan ataupun swasta melalui perkongsian bijak seperti kaedah pelaburan bersama atau perlaburan silang.

Cthnya, pelaburan swasta mempercepatkan proses pembangunan ekonomi di kws setiga pertumbuhan ASEAN di IMT-GT, IMS-GT, EAGA_BIMP.

Rakyat mendapat limpahan pembangunan manakala pihak swasta memperolehi keuntungan melalui pegangan ekuiti.


5. Perkongsian buruh dan tenaga pakar

Kekurangan buruh & tenaga pakar dlm sesebuah negara boleh ditampung oleh negara lain yg berlebihan tenaga buruh. Cthnya Malaysia bergantung kpd buruh dari negara Indonesia dlm sektor perladangan dan pembinaan.

Kemasukan buruh Indonesia membolehkan sektor pembinaan berkembang dgn pesatn Indonesia memperolehi keuntungan melalui pengaliran masuk wang hasil gaji warganya.

Selain itu perkongsian pakar juga berlaku dgn meminjam tenaga pakar dari negara maju. Keuntungan di perolehi melalui latihan dan R&D.


Kajian kes: Ciri saling bergantung antara Malaysia dgn negara lain.

Malaysia amat bergantung kpd sumber bhn mentah, sumber kuasa & sumber makanan dari negara-negara lain. Cthnya, Malaysia bergantung kpd Thailand utk mendapatkan bekalan beras, sumber perikanan, sayur-sayuran, buah-buahan.

Bergantung kpg Filipina utk bekalan gula.

Teknologi moden dari negara maju seperi Jepun, Korea, USA, Rusia dll utk sektor perindustrian. Malaysia pula membekalkna minyak sawit & getah asli.

Malaysia bergantung kpd pasaran luar negara sperti AFTA, USA, Eropah, Asia Pasifik dll. Cthnya, produk alat hawa dingin Malaysia amat bergantung kpd pasaran negara Timur Tengah.

Pelaburan modal asing juga di perlukan oleh Malaysia utk menggerak dan memajukan sektor ekonomi seperti perindustrian, perkhidmatan, pelancongan dll.

Tnapa modal asing malaysia tidak mempunyai modal yg cukup utk memperkasakan ekonominya.

Negara maju yg byk melabur di Malaysia ialah seperti Jepun, Korea, USA, England, Jerman dll disamping pelaburan dari negara Asean seperti Thailand, Indonesia, Singapura, Vietnam dan Filipina.

No comments: