Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

02 March 2010

Orang mati pon nak dihina!!!! ishhh.....

Salam to all,

Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya, "...dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...". Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?

Dalam pengenalan beliau mengenai Surah al-Hujurat ini, Abdullah Yusuf Ali, dalam terjemahan al-Qurannya menyebut bahawa, surah ini menyentuh tentang adab yang perlu dipatuhi oleh ahli masyarakat Islam. Selain melarang mengaibkan orang, surah ini juga memerintahkan agar: ketua dihormati; khabar angin diselidiki; damaikan dua pihak yang berkelahi; manusia lain jangan dicemuh atau diperlekehi; jangan label orang dengan perkataan yang buruk; jauhi prasangka; jangan mencari salah dan keaiban manusia; jangan mengumpat; dan, berkenal-kenalanlah sesama manusia.

Amat malang sekali bila mana umat Islam yang telah dipandu tentang cara bagaimana untuk hidup bermasyarakat, telah tidak mengambil manfaat dari panduan itu, sebaliknya mengambil sikap yang sama sekali bertentangan dengannya. Maka, salah siapa kalau masyarakat kita banyak cacat-celanya? Salah siapa kalau masyarakat kita tidak jauh buruk akhlaknya berbanding masyarakat Barat atau Timur yang tiada "kompas" penunjuk jalannya?

Petikan tulisan Siti Fatimah Abdul Rahman
Fellow Kanan IKIM
12/2/2010

*********************************************************

UMNO Ampang buat laporan polis hina kematian Haslinda

02/03/2010 2:31pm

KUALA LUMPUR 2 Mac - UMNO Bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial, Facebook yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain baru-baru ini.

Ketuanya, Datuk Ismail Kijo berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh lelaki itu biadab dan tidak boleh dimaafkan dan menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya.

"Saya merasakan kenyataan itu biadab, manusia yang tidak bertamadun telah menghina seorang ketua Puteri yang telah banyak berjuang dalam parti dan telah kembali ke rahmahtullah dan beliau sendiri tidak berkemampuan untuk meminta maaf,” katanya kepada pemberita sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Katanya, beliau tidak mengenali lelaki tersebut dan lelaki itu mendakwa adalah ahli Pas dan berasal dari Pasir Tumboh, Kelantan.

Sementara itu, pemangku Ketua Puteri bahagian itu, Salwa Yunus berkata, beliau menerima panggilan pada Sabtu lalu daripada seorang wakil Puteri peringkat negeri memaklumkan mengenai perkara itu.

"Saya yang meragui perkara itu telah cuba menyemak komen tersebut pada pagi ini namun telah dipadamkan oleh lelaki terbabit pada Ahad lalu kerana mendapat kecaman hebat daripada orang ramai,” katanya.

Haslinda, 37, meninggal dunia pada Rabu lalu akibat sakit jantung dan beliau telah menjadi Ketua Puteri UMNO Bahagian Ampang sejak penubuhannya pada tahun 2001. - Bernama



No comments: