Followers

Carian dalam Blog ini

19 March 2010

Dah dedah baru nak serbu... apa ni!!!

Salam to all,

Saya selalu perhatikan jika sesuatu isu didedahkan di media cetak/eletronik barulah pihak penguatkuasa mula bertindak. Adakah ini budaya penguatkuasaan di negara kita? Mengikut laporan akhbar arus perdana YAB Menteri KDN terkejut dan tidak menyangka alat/gajet seks ada dijual secara terbuka di KL. Mungkin YAB sibuk fikir pasal isu besar yang lain. Bagaimana dengan pihak DBKL/Datuk Bandar /pihak berotonomi yang bertanggungjawab memantau aktiviti dalam jajahan "takluknya"? Tidak adakah jawatankuasa yang bertindak memantau dibentuk? Tidak bolehkah YBhg Datuk merujuk kepada alim ulama berkaitan hukum penjualan alat ini sebelum didedahkan di akhbar/media lain?

Takkan semua perkara nak ditegur YAB PM atau YDPA baru nak bergerak....!!!

************************************************

Premis jual gajet seks di Melaka diserbu

MELAKA 18 Mac - Tahun lalu, Utusan Malaysia membuat pendedahan mengenai kewujudan sebuah premis menjual gajet seks secara terbuka di pusat beli-belah Dataran Pahlawan, Banda Hilir dekat sini.

Bagaimanapun, tidak ada sebarang tindakan dilakukan oleh pihak yang bertanggungjawab iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ke atas kedai tersebut.

Keadaan itu menyebabkan pemilik premis tersebut mampu tersenyum menjalankan operasi secara terbuka tanpa ada sekatan kepada orang ramai khusus golongan remaja yang mengunjungi kedai berkenaan.

Bagaimanapun, kira-kira pukul 2.30 petang semalam, pekerja di premis menjual gajet seks itu terkejut besar dan tergamam apabila kedainya diserbu oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah.

Hasil serbuan yang diketuai oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehuddin Abd. Rahman berjaya merampas sejumlah 26 gajet seks tiruan seperti alat kelamin lelaki bergetar dan rantai kunci berbentuk kemaluan.

Salehuddin berkata, premis berkenaan telah menyalahgunakan lesen perniagaan perubatan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) untuk menjual produk seks berkenaan sejak beberapa tahun lalu.

''Kedai ini menjual pelbagai peralatan seks yang sememangnya dilarang oleh kerajaan. Selain itu, pemilik premis ini telah menyalahgunakan lesen perniagaan perubatan dengan menjual peralatan seks kepada orang ramai secara terbuka,'' katanya kepada pemberita di IPD Melaka Tengah di sini hari ini.

Ekoran daripada serbuan tersebut katanya, polis telah menahan seorang wanita berusia 21 tahun yang juga merupakan jurujual di kedai berkenaan.

Utusan Malaysia difahamkan kesemua gajet seks yang dirampas itu diimport dari China, Hong Kong, Taiwan dan Jepun.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Salehuddin menasihatkan mana-mana pengusaha kedai supaya tidak menyalahgunakan lesen yang diberi pihak berkuasa untuk menjual gajet seks secara terbuka.


No comments: