Followers

Carian dalam Blog ini

01 March 2010

Madah Bercabai 12 : Kesian 'Sang Belang'...

Manusia begitu rakus mencipta kerosakkan sehingga menganggu gugat hak dan kedamaian mahkluk lain. Tidak hairanlah berlaku pelbagai musibah ke atas manusia.

Ini jelas diisyaratkan Allah dalam surah Ar-Ruum ayat 41: Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia sendiri; (timbulnya demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

***********************************************************

28 Februari, 2010 19:22 PM

Kemusnahan Habitat Antara Punca Kepupusan Harimau Belang

KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama)-- Projek pembangunan dan pembalakan haram yang memusnahkan habitat semulajadi harimau belang merupakan antara punca kepupusan populasi haiwan itu, kata Pesuruhjaya Antarabangsa Persekutuan Pengakap Malaysia Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman.

Beliau yang juga anggota Parlimen Kuala Lipis, Pahang berkata ramai yang tidak menyedari bahawa penebangan pokok-pokok hutan menjejaskan kawasan kehidupan harimau belang, yang populasinya kini hanya kira-kira 500 ekor di Semenanjung Malaysia.

"Hutan-hutan ditebang dan secara tidak langsung makanan harimau semakin berkurangan...harimau belang memerlukan kawasan yang luas untuk mencari makanan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen konservasi Harimau Belang "Scout For Nature (SFN) Stripes R iCon" di Zoo Negara dekat sini.

Beliau berkata harimau belang merupakan ikon di Malaysia dan jika tidak dijaga populasinya, ia mungkin hanya tinggal nama.

-- BERNAMA


No comments: