Followers

Carian dalam Blog ini

09 March 2010

Halimah Jongang.. maklumbalas..

Salam to all,

Saya sekeluarga sering tertunggu siri ini lebih-lebih lagi my special hero yang cukup suka melodi lagu temanya. Saya juga terpanggil memberi pandangan seperti penulis-penulis akhbar arus perdana yang mempersoalkan kewajaran pernerbit drama ini A. Aida memilih tajuk Halimah Jonggang. Drama ini di katakan memperlekeh dan menghina orang yang jonggang. Pada saya tontonlah dulu siri ini sehingga selesai episodnya adakah banyak unsur menghina atau ada isu moral dan pengajaran yang ingin disampaikan kepada penonton. Sebagai penulis berita yang berpengalaman di akhbar-akhbar, saya merasakan adalah tidak bertepatan penulis/pengkritik drama memberi komen sebelum menonton siri ini tiba ke penghujungnya. Betulkan orang jonggang rasa terhina dengan tersiarnya drama bersiri ini?.....tunggu Fatimah Juling plak..maka kecoh plak dgn si juling......dulu-dulu ada cerita sebongkok......ada heboh ke?

*********************************************************

‘Halimah Jongang’ beri pengajaran


HEBOH segelintir masyarakat meminta filem Halimah Jongang diberhentikan dengan alasan ia menjadi bahan ejekan kepada individu. Tetapi bagi saya filem adalah hiburan... mengapa tidak melihat dari segi kebaikan?

Masyarakat kita terlalu sensitif bila menonton sebuah filem. Mereka hanya melihat satu skop, tidak secara menyeluruh. Saya mendengar lagu Halimah Jongang kerana memang pun tajuknya ‘Halimah Jongang’.

Cerita ‘Halimah Jongang’ pula sangat menarik, dia menguji kesabaran dan ketabahan seorang insan seperti Halimah. Mengapa kita tidak melihat ketabahan dan kekuatan seorang gadis bernama Halimah? Halimah mempunyai sifat amat mulia, sabar dan jujur dengan sahabatnya.

Babak mengejek ‘Halimah Jongang’, bagi saya itu adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Ia adalah realiti dalam masyarakat kita. Kita hidup senang ke, susah ke, cantik atau hodoh, orang akan tetap mengata. Jadi kenapa takut dengan realiti hidup? Tak perlu melatah dengan hanya ‘Halimah Jongang’.

Bersama kita hayati sikap kesabaran dan ketabahan gadis bernama Halimah. Lihatlah perkara positif dan anggap sajalah perkara negatif dalam drama itu sebagai landasan agar kita tidak melakukan begitu.

Saya juga ingin menasihatkan kepada anak-anak agar tidak mengejek atau ketawakan orang seperti watak dalam drama itu.



MAK DARA,

Melaka. 9/3/2010

No comments: