Followers
Carian dalam Blog ini
05 February 2011
03 February 2011
31 January 2011
13 January 2011
12 December 2010
03 August 2010
Tarik Lihat Anak Bulan Puasa Selasa, 10 Ogos
Tarik Lihat Anak Bulan Puasa Selasa, 10 Ogos
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.
Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).
Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampong Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Bharu (Kelantan).
Tanjong Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjong Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).
Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).
Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab, dan pengisytiharan tarikh permulaan puasa akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia melalui Radio dan Televisyen, menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
11 April 2010
Fokus Soalan Geografi 942 2010..
Sabar ye ..kita habiskan sukatan dulu baru mengkaji fokus untuk tahun ni. By the way...mid-exam nanti sebahagian dari fokus cikgu tahun ni.. so give more attention for all that tema or sub topik...
semoga dapat menjawap dgn cemerlang...
TQ...
10 April 2010
31 March 2010
Kajian Luar 2010
Ambo mencuba tunggang gajah..
Pak belang yang diawetkan.. (mati terjerat)
Spesies kian pupus..
Anak didik ambo..group geo stpm 2010
group semai kesedaran cintai alam sekitar
28 March 2010
23 March 2010
Lulusan STPM, SPM perlu terokai kursus mencabar
KEPUTUSAN peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 telah diumumkan.
Seiring itu, institusi pendidikan awam dan swasta mula berlumba-lumba mengiklankan kursus masing-masing, dari peringkat sijil hinggalah ijazah.
Keadaan sekarang tidak seperti 15 tahun lalu. Ketika itu hanya Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang membuat pengiklanan, sementara hanya beberapa buah sahaja Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang baru tumbuh mempamerkan keistimewaan masing-masing.
Namun kini bukan sahaja IPTS yang galak mempelawa pelajar lepasan SPM atau STPM memilih pusat pengajian mereka, tetapi IPTA juga memainkan peranan berlipat ganda dengan tujuan untuk menambah bilangan pelajarnya.
Keadaan ini tidak mengambil kira pelbagai karnival pendidikan, ekspo pendidikan dan beberapa acara lain sebagai promosi memperkenalkan program masing-masing serta sebagai platform kepada sesiapa sahaja, termasuk pelajar asing, mendapatkan maklumat kursus yang ditawarkan.
Ini menunjukkan Malaysia semakin aktif untuk menjadikan negara sebagai hab pendidikan serantau dan sekali gus membuka banyak peluang sosioekonomi tempatan.
Namun di sebalik keghairahan ini dilihat satu impak negatif akan muncul jika kita terlepas pandang mengenainya. Apakah kesemua kursus yang ditawarkan menjanjikan peluang pekerjaan yang banyak?
Apakah masih ada graduan yang bekerja nanti di luar kelayakan ijazah bidang mereka? Peratus golongan menganggur semakin tinggi atau sebaliknya? Adakah keperluan permintaan pekerjaan tersebut melebihi penawaran yang ada atau sebaliknya?
Persoalan-persoalan ini tidak mudah diketepikan kerana banyak kursus yang sama ditawarkan oleh semua IPT. Sebagai contoh, apabila kerajaan mengatakan negara kekurangan jururawat berdaftar, pelbagai kolej muncul untuk menawarkan kursus kejururawatan.
Dahulu kita lihat kursus Teknologi Maklumat menjadi sebutan ramai. Kursus lain dipandang sepi dan bukan menjadi daya penarik lagi. Akibatnya banyak kursus tidak dikembangkan dengan alasan tidak mendapat permintaan tinggi. Namun adakah ini suatu akibat atau hakikat, apabila pengangguran mungkin berlaku kepada graduan dalam bidang tersebut pada masa akan datang?
Sudah tiba masanya pelajar sendiri mempelajari, mengkaji, mendapatkan pandangan serta meneroka lebih jauh masalah ini. Memilih kursus yang glamor, senang dipelajari atau mudah untuk mendapat tajaan biasiswa atau pinjaman, sepatutnya diketepi awal-awal lagi.
Terokai bidang baru yang lebih mencabar dengan peluang pekerjaan yang tinggi serta lebih professional. Dengan erti kata lain, menceburi sektor pekerjaan yang sukar mendapat pekerja. Sebagai contoh bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dan Egronomic merupakan bidang yang wajar dipilih kerana peluang kerjaya ini luas tetapi masih belum dikuasai oleh ramai orang terutama golongan muda.
Prospek kerjaya ini bukan hanya setakat diploma atau ijazah tetapi layak memperoleh sijil NIOSH atau buku hijau (green book) setelah mempunyai tiga tahun pengalaman bekerja.
Manakala peluang pekerjaan pula, bukan sahaja dalam industri pembinaan, pembuatan atau minyak dan gas, tetapi sebenarnya merangkumi keperluan semua industri iaitu tertakluk kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994.
Terokailah dunia kerjaya yang lebih mencabar dan berlainan supaya masa depan anda lebih terjamin.
SHARIFAH ROSNAH SYED MAHMUD
Lanchang, Pahang
04 March 2010
Sahutlah cabaran negara....
Salam to rakan guru,
********************************************************
Guru sedia ke pedalaman - NUTP 4/3/2010
KUALA LUMPUR 3 Mac - Penempatan guru di kawasan pedalaman bukan suatu masalah malah golongan itu telah menyahut cabaran tersebut sejak ia dilaksanakan awal 1970-an.
Walaupun terpaksa mengajar dalam keadaan serba kekurangan pada masa itu, guru-guru tersebut masih mampu memastikan anak didik mereka berjaya tanpa memikirkan soal ganjaran.
Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Hashim Adnan berkata, keadaan itu berlaku disebabkan semangat patriotisme yang tinggi di kalangan mereka untuk mendidik anak bangsa.
"Saya sendiri pernah ditugaskan mengajar di pedalaman Sarawak pada awal 1970-an dan mampu mengharunginya berbekalkan semangat tersebut," katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi hari ini.
Tambahnya, semangat patriotisme yang tinggi juga secara tidak langsung membantu para guru bertugas secara lebih efektif di kawasan berkenaan.
Justeru, kata beliau, semangat itu perlu disemai sejak di bangku sekolah dan menjadi sebati apabila mereka menempuh alam pekerjaan.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam berkata, guru akan diwajibkan bertugas di pedalaman dan luar bandar antara tiga hingga lima tahun dalam tempoh perkhidmatan sebagai salah satu langkah mengatasi kekurangan tenaga pengajar di kawasan itu.
Beliau berkata, Kementerian Pelajaran juga akan mewajibkan guru baru mengajar di pedalaman sekali gus mengelakkan sistem pendidikan negara dalam kepincangan berikutan keengganan guru bertugas di kawasan berkenaan.
Hashim menambah, para guru seharusnya menjadi contoh yang baik kepada anak didik mereka dengan menunjukkan semangat patriotisme yang tinggi dalam memberi pendidikan kepada anak bangsa walaupun terpaksa mengajar di pedalaman.
Menurutnya, hanya dengan semangat patriotisme rakyatnya yang tinggi, sesebuah negara itu boleh mencapai kemajuan.
20 February 2010
Tahniah, Selamat pengantin baru Bang Imuda...
Moga kekal bahagia ke akhir nyawa.
TQ
____________________________________________________

PELAWAK terkenal, Imuda atau nama sebenarnya Abdul Rahim Muda, 50, bergambar bersama isterinya Zabarina Hajar Mushadi Ali, 28, selepas mereka selamat diijabkabulkan di Masjid Negeri Pulau Pinang, 20 Feb. - Utusan/ZHAFARAN NASIB
Imuda selamat bernikah
2010/02/20
Metro Online
GEORGETOWN: Pelakon komedi, Abdul Rahim Muda atau Imuda, 50, selamat bernikah dengan Zabarina Mushadi, 28,dengan sekali lafaz kira-kira jam 11 pagi ini di Masjid Negeri Pulau Pinang.
19 February 2010
Ular Sawa ke jelmaan bapok....

Biar betul ular sawa sesat kat Jln Bukit Bintang...entah-entah jelmaan bapok tak!!!!!
Habitan haiwan-haiwan ni sudah pupus, tak pelik jika spesies ini merayau ke habitat manusia.. mungkin dalam habitat manusia dapat dikesan ramai yg 'bersifat seperti ular'.
**************************************************************
KUALA LUMPUR: Gempar apabila pelancong dan rakyat tempatan melihat seekor ular sawa ‘sesat’ melintas jalan di Bukit Bintang di sini, semalam.
Pegawai Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Hang Tuah, Ifzuady Rosli Ch’eng, berkata seorang pengawal keselamatan yang melihat kehadiran ular itu segera menghubungi pihaknya.
| |
“Kami terima panggilan jam 12.05 tengah hari dan tiba di lokasi empat minit kemudian. Namun, ular itu sudah beredar dari permukaan jalan.
“Ular terbabit dikesan cuba bersembunyi dalam pokok hiasan berhampiran kawasan berkenaan,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, empat anggota mengambil masa lima minit menangkap ular itu yang cedera di perut.
“Kami bersedia menyerahkan ular berkenaan kepada pihak bertanggungjawab atau melepaskannya di kawasan hutan simpan,” katanya.
Ifzuady berkata, pihaknya juga hairan dengan kewujudan ular sawa di kawasan berkenaan, namun tidak menolak kemungkinan ia dimiliki individu yang tinggal di kawasan berhampiran.
17 February 2010
Al-Fatihah

*********************************************************************************
KUALA LUMPUR 17 Feb. – Penyanyi nasyid era 70-an Ahmadi Hassan, 63, meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru di sini kira-kira pukul 6 petang ini akibat penyakit buah pinggang. – Utusan
12 February 2010
Happy Chinese New Year!!!!
Ambo nak ucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua rakan di KHS yang berketurunan cina. Semoga berbahagia bersama keluarga, dimurahkan rezeki n dipanjangkan umur. Tak lupa juga anak didik semua. Gong Xi Fah Cai..
TQ
09 February 2010
Diskaun tol boleh mengundang bahaya?
Dalam minggu ini kita dilaporkan dengan berita kemalangan maut yang ngeri yang melibatkan kenderaan berat di lebuhraya Plus. Ada komen dari pengguna di ruangan forum akhbar harian bawawa PLUS hanya lepas tangan, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan selepas setiap kali kemalangan maut berlaku.
Pihak yang mengendalikan konsesi lebuhraya pula menawarkan diskaun tol musim perayaan kali ini yang pada saya boleh mengundang bahaya kepada penggguna lebuhraya kerana masa perjalanan perlu dibuat untuk mendapat diskaun tol ialah pukul12.00 tengah malam hingga 7.00 pagi.
Dengan pelbagai faktor yang boleh menyebabkan kemalangan tawaran seperti ini mungkin menambahkan lagi bilangan kemalangan maut musim perayaan kali ini.
Fikir-fikirkan...
*************************************************************************************
PLUS Expressways Bhd (Plus) menawarkan diskaun tol kumulatif hampir 20 peratus bagi kenderaan Kelas 1 yang menggunakan Lebuh raya Utara-Selatan, Lebuh raya Seremban-Port Dickson, Elite dan Linkkedua sempena perayaan Tahun Baru Cina.
Pengarah Urusan Plus, Noorizah Abd Hamid, berkata tawaran diskaun itu bagi tempoh antara jam 12 tengah malam dan 7.30 pagi pada 10,11,12,17,18 dan 19 Februari.Metro Online 9/2/2010
08 February 2010
Update template
Sejak petang tadi ambo cuba update template 2 kolum ke 3 kolum. Duk cube-jaya, hasilnya yang anda lihat sekarang. Maaf atas kesulitan anda. Ambo belajar dari try n error.
TQ
04 February 2010
3 juta alami gangguan mental....apa perancangan Kerajaan?
Kes 1. Awal Januari lalu kita di kejutkan dengan Tra-GD pembunahan empat sekeluarga di Gemenceh, N9. Kononnya si tertuduh mendapat bisikan/mengalami gangguan mental.
Kes 2. Hari ini kita dikejutkan lagi dengan satu lagi kejadian Pembununhan di Terengganu. Kononnya tertuduh menerima bisikan dari makhluk yang bernama Aishah.
Pada saya, ini merupakan siri pembunuhan yang perlu di beri perhatian khusus oleh pihak berwajib. Saya berpandangan demikian kerana satu hasil kajian oleh penyelidik UUM mendedahkan terdapat 3 juta rakyat Malaysia yang mengalami gangguan mental. Tidakkah ini satu angka yang mengerunkan? Apa akan jadi dengan matlamat negara untuk mencapai status negara maju menjelang 2020?
Saya sekali lagi mencadangkan JKM memainkan peranan proaktif dalam menyelesaikan isu warga mengalami gangguan mental ini. Jika kerajaan mampu memperuntukkan sejumlah wang negara untuk memulihkan penagih dadah...mengapa tidak sebahagian peruntukan itu di gunakan menangani warga bermasalah mental ini.
TQ

