Followers

Carian dalam Blog ini

Showing posts with label Isu Sosial. Show all posts
Showing posts with label Isu Sosial. Show all posts

03 October 2016

Pembangunan Lestari 2030 (SDGs)

Malaysia komited terhadap Agenda Pembangunan Lestari 2030 dan Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs). Bagi Malaysia, agenda pembangunan negara sentiasa berpaksikan rakyat, selaras dengan aspirasi SDGs.
Malaysia telah memulakan inisiatif untuk mencapai Agenda 2030;
1. Rancangan lima tahun kami yang sedia ada, Rancangan Malaysia Ke-11 meliputi tempoh 2016-2020.
2. Rakyat dijadikan sebagai teras bagi semua usaha pembangunan dan dengan tema 'pertumbuhan berpaksikan rakyat'.
Rancangan itu fokus pada tiga prinsip utama –
a) mencapai pendapatan tinggi,
b) keterangkuman, dan
c) kelestarian.
3. Malaysia juga kini dalam proses menggubal Rancangan SDG Negara, dengan pewujudan jawatankuasa inklusif dan pelbagai untuk menyelia pelaksanaan dan pemantauan SDGs.
4. Memperkukuhkan keperluan data bagi SDGs sebagai dasar yang menjadi panduan bagi kelestarian pembangunan Malaysia.
5. Latihan Pendidikan Teknikal dan Vokasional atau TVET. Dengan menyediakan kemahiran yang diperlukan menerusi program TVET, kami bukan sahaja menyediakan belia untuk pasaran kerja, tetapi juga menyediakan modal insan bagi pembinaan negara.
6. Seterusnya ialah MaGIC, atau Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia, dari situ kami akan berusaha untuk menjadikan Malaysia sebagai modal permulaan di Asia. Misi kami untuk memanfaatkan ekosistem keusahawanan di Malaysia, dengan menggabungkan kekayaan sumber-sumber daripada rakan kongsi dan juga masyarakat, untuk membangunkan usahawan yang berdaya saing dan mencatat pertumbuhan tinggi yang akan memberikan impak positif di peringkat serantau dan global.
MaGIC, yang terletak di Cyberjaya, Malaysia, telah dilancarkan bersama oleh Presiden Barack Obama dan Perdana Menteri Najib Tun Razak pada April 2014, dan pada hari penuh bersejarah itu, MaGIC menandatangani memorandum persefahaman dengan UP Global untuk pemupukan dan pembangunan eskosistem permulaan yang lebih berdaya maju di Malaysia dan sekitarnya.
Sumber : Ucapan TPM di UNGA, PBB.

#Isu Penyeludupan


Definisi
Penyeludupan adalah perbuatan mengangkut barang atau orang secara haram dan diam-diam, seperti keluar daripada sebuah bangunan, ke dalam penjara, atau melalui sempadan antarabangsa, bertentangan dengan undang-undang atau peraturan lain.
Sebab
- Perdagangan haram seperti dadah,
- kemasukan dan penghijrahan haram,
- mengelakkan cukai,
- penyeludupan barangan haram kepada tahanan penjara,
- penyeludupan barang yang dicuri.
Contoh lain bagi sebab bukan bermotifkan kewangan
- membawa barangan terlarang melewati sebuah pos pemeriksaan keselamatan (seperti di lapangan terbang)
-penghapusan dokumen rahsia daripada pejabat kerajaan atau syarikat.
#Penyeludupanmanusia
merupakan istilah yang digunakan untuk merujuk kepada pengangkutan manusia merentasi sempadan antarabangsa ke pintu masuk bukan rasmi negara destinasi bagi banyak tujuan. Selalunya mereka yang diangkut tidak mempunyai dokumen perjalanan sah atau kebenaran untuk memasuki negara destinasi.
Penyeludupan manusia berlaku akibat dari ketidakupayaan sesebuah negara mengawal kawasan darat dan perairan. Biasanya manusia menyeludup dan berhijrah dari negara yang miskin, mundur dan tertutup ke sebuah negara yang maju dan mempunyai potensi ekonomi yang tinggi. Ia satu bentuk pengabdian manusia yang baru.
Penyeludupan manusia terbahagi 3 iaitu sebenar-benarnya diseludup, mereka menyeludup sendiri dan penyeludupan secara sukarela. Ramai wanita asing yang ditangkap atau diselamatkan daripada terlibat dengan pelacuran mendakwa mereka adalah mangsa pengedaran. Ramai yang masuk atas kehendak sendiri untuk mencari pekerjaan.[1]
Penyeludupan manusia bukan satu masalah luar biasa di Asia kerana globalisasi membolehkan pergerakan manusia yang lebih melalui migrasi rentas negara yang menyebabkan penyeludupan manusia. Seramai 2.7 juta manusia diseludup di seluruh dunia setiap tahun dan 80% daripadanya membabitkan wanita dan kanak-kanak.
#Penyeludupanbarangan
Perbuatan membawa masuk barang-barang bercukai atau larangan ke Malaysia atau keluar dari Malaysia secara tidak sah.Jenis-jenis komoditi utama diseludup adalah seperti rokok, minuman keras, gula, minyak diesel dan sebagainya.
Punca
1- Faktor geografi antara Malaysia dengan Negara jiran merupakan salah satu punca yang menyebabkan berlakunya penyeludupan,seperti yang berlaku di sempadan negara Malaysia dengan Thiland yang hanya dipisahkan oleh sebatang sungai yang berkelebaran beberapa meter.
2. Punca penyeludupan seterusnya ialah berkaitan dengan undang-undang perairan antarabangsa. Pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara seperti kastam dan polis tidak mempunyai kuasa untuk merampas barang yang ada dalam sungai kerana terikat dengan undang-undang perairan antarabangsa.
3. Disamping harga yang murah permintaan yang tinggi dari pengguna menyebabkan masalah ini berlarutan dan sukar dikawal.
Kesan
1. Dari segi ekonomi, negara kehilangan pendapatan daripada hasil cukai yang akan memberi impak kepada pembangunan sosial dan ekonomi
2. menggalakkan jenayah terancang, jika dibiarkan jenayah lain yang berkait dengan aktiviti penyeludupan juga boleh berlaku seperti penyeludupan dadah dan senjata api.
3. menjejaskan kesihatan dan kebersihan kerana barang yang diseludup tidak melalui proses saringan oleh pihak berkuasa,
4. mendedahkan rakyat terhadap risiko penyakit dan penggunaan barangan yang tercemar.
Malaysia tersenarai bersama beberapa negara lain seperti Filipina, Indonesia, Singapura, Amerika Syarikat dan Vietnam sebagai pusat transit utama penyeludupan hidupan liar. Selain menjadi lokasi pemburu haram.
Faktor
1. Permintaan tinggi terhadap beberapa tubuh haiwan tertentu yang dipercayai mempunyai nilai perubatan tradisional yang tinggi terutama di China serta tabiat pemakanan masyarakat hari ini yang semakin pelik dan permintaan tinggi restoran yang menghidangkan makanan eksotik menyebabkan sesetengah haiwan dilindungi sentiasa menjadi buruan.
2. Faktor kekayaan flora dan fauna serta kepelbagaian sumber dalam negeri antara sebab Malaysia menjadi pilihan pemburu haram sebagai hab penyeludupan hidupan liar.
3. Rangkaian pengangkutan darat yang baik dan operasi pelabuhan cekap menjadikan Malaysia sebagai pusat transit pilihan negara serantau untuk menyeludup keluar haiwan eksotik yang dilindungi.
4. Malaysia merupakan negara Maritim dan penguatkuasaan yang ketat dan bersepadu agak sukar untuk dilaksanakan kerana batasan jumlah kakitangan.
Kesan
penyeludupan haiwan liar menyebabkan spesies flora dan fauna mengalami gangguan untuk membiak dan bilangan mereka kini semakin berkurangan.

Pendatang atau Pelarian

PENGENALAN
Entry kali ini macam takde kaitan dengan travelling. Tapi rasanya ada kaitan jugak coz dimana2 kita pergi mesti ada terjumpa mereka samada di dalam Malaysia atau semasa di oversea. Cuma di sini kita tidak tau mana nak bezakan antara mereka kerana dari luaran lebih kurang sama. Kalau anda pernah ke Istanbul mesti tahu bagaimana nak bezakan kerana di sana memang banyak pelarian Syrian. Berbeza kalau anda pernah ke sana 3 tahun lepas, jarang2 jumpa tapi sekarang mereka berada di mana2 di sana. Beberapa jam saya berada di pejabat UNHCR yang terletak di Jalan Sri PEtaling, memanggil saya untuk menulis satu entry di blog saya. Betapa untung nya kita berada di bumi Malaysia ini yang aman dan bebas dari peperangan. Pejabat UNHCR tiada bangunan tetap, ia hanyalah blok2 kabin yang dikumpul kemudian dijadikan pejabat. Kebanyakan pekerja UNHCR adalah sukarelawan yang banyak juga terdiri daripada golongan professional. Kalau anda ingin menjadi sukarelawan boleh rujuk ke website UNHCR Malaysia. Sekurang2 nya 3 bulan untuk menjadi sukarelawan. Tahukah jika mereka tidak gembira tinggal di sini, mereka boleh memohon resettlement untuk ke negara2 lain yang mengiktiraf pelarian untuk keadaan yang lebih baik. Berbas2 mereka dihantar ke airport, ada yang ke USA ada yang ke Canada.
PERBEZAAN ANTARA PENDATANG DAN PELARIAN
Tahukah ada perbezaan antara pendatang dengan pelarian? Orang kita selalu salah anggap dengan istilah ini. Bagi kita mereka semua adalah pendatang. Benar, bukan?. Secara am, nampak sama kerana mereka semua meninggalkan negara mereka dan datang ke sini. Saya petik dari UNHCR website; perbezaan antara mereka;

Pelarian/refugees:
Refugees are persons fleeing armed conflict or persecution. Their situation is often so perilous and intolerable that they cross national borders to seek safety in nearby countries, and thus become internationally recognized as "refugees" with access to assistance from States, UNHCR, and other organizations. They are so recognized precisely because it is too dangerous for them to return home, and they need sanctuary elsewhere. 
Refugees are defined and protected in international law. The 1951 Refugee Convention and its 1967 Protocol as well as other legal texts, such as the 1969 OAU Refugee Convention.
The protection of refugees has many aspects.

Pendatang/immigrant:
Migrants choose to move not because of a direct threat of persecution or death, but mainly to improve their lives by finding work, or in some cases for education, family reunion, or other reasons. Unlike refugees who cannot safely return home, migrants face no such impediment to return. If they choose to return home, they will continue to receive the protection of their government.
Nampak tak perbezaan nya? Besarkan jurang perbezaan definasi antara dua ini. Jadi, jangan anggap mereka sama.

Secara peribadi, pelarian UNHCR dibenarkan untuk tinggal di Malaysia atau di mana2 negara yang terdapat organisasi ini. Amnya, hanya dibenarkan untuk tinggal sahaja. Bergantung kepada negara. Ada negara yang membenarkan mereka bekerja serta menikmati kemudahan2 seperti rakyat mereka tetapi masih ada tempoh tertentu untuk melayakkan mereka menikmati kemudahan itu. Manakala pendatang tanpa izin secara terang2an kehadiran mereka tidak sah dan haram dari segi undang2 negara.
Pendatang, ada dua cara kemasukan mereka ke sini, samada dari jalan darat atau jalan laut di mana tidak memerlukan langsung passport atau identiti pengenalan diri. Kedua, jalan udara yang menggunakan passport dan tinggal di sini mengikut tempoh yang dibenarkan seperti social visit pass/visa. Setelah expired, mereka dinamakan P.A.T.I jika mereka tidak memperbaharui pass atau visa mereka. Begitu juga dengan pelarian, buat permulaan masuk seperti pendatang samada dari jalan darat,laut atau udara, tidak ada passport atau ada passport tetapi kemudian datang ke pejabat UNHCR untuk memohon status sebagai refugees UNHCR. Diingatkan bukan mudah juga untuk memohon status ini, ada interview dan saringan yang perlu dijalankan. Sebab itu, ada kes kad penipuan yang dijalankan oleh sindiket2 yang tidak bertanggungjawab.
APA ITU UNHCR?
Sebelum itu, Siapa UNHCR? Apakah fungsi UNHCR? Permulaan, UNHCR bertapak di Malaysia sejak dari 1975 ketika masa itu, ramai pendatang dari Vietnam masuk ke sini. Dari saat itu, UNHCR membantu pendatang2 ini untuk mendapatkan status pelarian. UNHCR adalah singkatan dari United Nations High Commissioner for Refugees. Ditubuhkan pada December 14, 1950 oleh United Nations General Assembly bertujuan untuk membantu dan membela nasib2 pelarian di seluruh dunia. Namun begitu, Malaysia tidak mengiktiraf status pelarian ini. Nak tau kenapa? Sebab kerajaan tidak menandatangi United Nations Convention Relating to the Status of Refugees, Article 1(A) (2) 1951. Ada juga sebabnya kenapa Malaysia tidak melakukan demikian, antara sebab utama untuk menjaga kebajikan rakyat negara sendiri. Ini kerana dalam konvensyen ini, pelarian2 mempunyai hak seperti mana yang diperolehi oleh rakyat sendiri tanpa sebarang diskriminasi. Seperti peluang pekerjaan, gaji yang sama rata mengikut taraf pelajaran mereka serta hak2 yang lain. Disebabkan Malaysia negara yang masih membangun bukan seperti negara USA, Australia serta negara2 lain yang telah maju (Di mana mereka menandatanangi Konvensyen ini), berpendapat kita tidak mampu untuk menyediakan kesemua yang termaktub dalam konvensyen ini. Tetapi kerajaan masih jugak menyediakan kemudahan yang semampu yang boleh kepada pelarian2 ini.
AKTA IMIGRESEN MALAYSIA
Disebabkan kerajaan tidak mengiktiraf pelarian kerana tidak menandatanangi konvensyen, ini bermakna di atas kertas pelarian sama saja dengan imigran. Bermaksud pelarian di bawah Akta Imigresen 1959/1963. Dibawah akta ini mereka dianggap sebagai pendatang tanpa izin dan tertakluk kepada tangkapan, tahanan serta dihantar pulang ke negara asal. Boleh rujuk akta ini di website Jabatan Imigresen sendiri. Namun begitu, kita tidak boleh suka2 menghantar mereka pulang kerana UNHCR akan membela mereka. Tidak berperikemanusiaan lah kita kalau nak menghantar pulang mereka ke negara mereka yang sedang bergolak, seolah2 kita menghantar mereka MATI. Ini kerana pelarian UNHCR boleh menggunakan status Basic de Facto di peringkat negara. Ini kerana mereka diiktiraf diperingkat antarabangsa untuk tidak disabitkan kesalahan mengikut akta imigresen ini. Tetapi jika mereka melakukan kesalahan jenayah, semestinya mereka boleh disabit kesalahan dan menjalani hukuman jika terbukti bersalah. Namun begitu, jika sebelum ini tinggal melebehi masa (overstay-bagi mereka yang masuk menggunakan passport) dan dalam masa yang sama berstatus pelarian UNHCR, boleh juga ke memohon Special Pass untuk pulang.
PENUTUP
Kita seringkali menyampaikan simpati kepada mangsa2 peperangan. Palestin contohnya. Syria, Rohingya, Selatan Filipina, Yemen serta negara2 lain. Dengan gah kita hashtag #PrayForPalestin #PrayForRohingya ,etc. Tetapi bila mereka ke sini dan tinggal antara kita, lain pula ceritanya. Mereka dipandang rendah apatah apabila mereka jugak menikmati kemudahan perubatan di hospital kerajaan. Apalagi, lagilah kita bising kan. Tambah2 kita terpaksa pula berebut2 katil dengan mereka. Diingatkan mereka bukan pendatang tanpa izin. Itu belum lagi bising kalau ada antara kita yang nak berkahwin dengan pelarian. Mahu tak, malulah kan kalau ada ahli keluarga yang berkahwin dengan pelarian. Namun begitu, tiada masalah kalau nak berkahwin dengan mereka secara sah mengikut undang2 tapi perlulah rujuk dahulu dengan Jabatan Agama Islam Negeri di tempat masing2.
Pelarian di sini tidak dibenarkan bekerja, tapi secara lojik kalau tidak dibenarkan bekerja bagaimana pula mereka hendak menyara keluarga. Tahu kan kadang2 mereka satu keluarga lari dari negara mereka untuk mendapat perlindungan. Jika tiada pekerjaan bagaimana untuk mendapatkan wang. Takkan nak harapkan U.N saja membantu. Takkan pula nak mengharap belas ikhsan derma orang, meminta sedekah ditepi2 jalan. TEtapi masih ada juga orang kita yang bertimbang rasa dan hati baik memberi mereka pekerjaan yang biasa2. Bolehlah mereka menampung
perbelanjaan sedikit sebanyak. Secara peribadi, masalah2 kekurangan tenaga kerja di sektor buruh di Malaysia boleh dikurangkan jika kita mengambil mereka bekerja di sini. Tidaklah lagi kita perlu mengimport Bangla, Nepal dan berikan pula permit kerja. Masalah ini dapat dikurangkan daripada kita membawa masuk 1.5 juta Bangla. Menambah lagi masalah yang ada, menambah pula jumlah orang luar mencari rezeki di sini, lebih baik mengupah saja pelarian2 ini yang memang dipantau oleh UNHCR. Namun begitu, banyak aspek2 lain yang mungkin perlu dikaji sebelum boleh mengambil mereka bekerja.

21 June 2016

Isu Senjata Pemusnah

Definisi

Sejenis senjata yang boleh membunuh manusia dalam jumlah yang ramai atau menyebabkan kerosakkan teruk kepada struktur buatan manusia.

Ciri
-Agen biologi ini digunakan untuk membunuh manusia dalam tempoh yang singkat.

-Jenis-jenis Senjata Pemusnah:

Senjata Kimia -senjata yang memanfaatkan sifat-sifat racun pada senjata Kimia untuk melukai, melumpuhkan maupun membunuh musuh.

Senjata Biologi
- senjata yang menggunakan Patogen sebagai alat untuk melukai, melumpuhkan dan membunuh.

Senjata Nuklear
- senjata yang mendapat tenaga dari reaksi nuklear, yakni sebuah proses di mana ada dua nuklear maupun partikel nuklear yang saling bertubrukan guna memproduksi hasil yang berbeza dari produk awal.
 
Sebab?faktor
-Dapat mengekalkan kedudukan mereka sebagai sebuah negara yang memiliki senjata pemusnah
-Melindungi negara dari serangan musuh

Kesan
-Selalu disalahgunakan
 -Senjata ini menggunakan mikroorganisme penyebar penyakit kcpada manusia yang sukar dikenal pasti.
- Punca wabak penyakit kepada khinzir dan manusia (Serangan Virus Nipah)
-Membawa ancaman keselamatan antarabangsa.
-Berlakunya perlumbaan dan permusuhan antara Ncgara.
- Membawa kemusnahan dunia
termasuklah alam sekitar dan juga banyaknya jiwa yang terkorban dek kerakusan manusia sendiri.
 
Cabaran
- Tidak dapat mengenal pasti pembunuh yang membawa senjata biologi ini kerana mereka tidak membawa apa-apa objek.
-Malaysia memerlukan kepakaran perisikan untuk mengesan seseorang yang membawa agen biologi untuk serangan anthrax/ racun saxiotoksin.
-Tidak ada undang-undang atau peraturan di Malaysia untuk mengawal dan memantau penyelidikan dan aktiviti berkaitan agen biologi dan toksin berbahaya bagi tujuan keganasan dan peperangan.
 
Langkah
-Pendedahan kepada kemahiran yang tinggi dari luar Negara.
-Mempelajari  teori dan praktikal dari luar Negara.
 -Mempunyai inisiatif untuk membangunkan Negara.
-Peranan kerajaan dalam mengadakan dasar-dasar untuk memajukan Negara.
 -Menyeru Negara kuasa besar untuk mengadakan persidangan untuk mengurangkan senjata pemusnah.
-Menyuarakan masalah dan bahaya senjata pemusnah di rantau Asia.

Isu Jenayah Antarabangsa

Definisi
Jenayah yang memberi kesan kepada keamanan atau keselamatan lebih daripada satu negeri atau yang begitu tercela dalam alam semulajadi sebagai untuk mewajarkan campur tangan agensi antarabangsa dalam penyiasatan dan pendakwaan itu.

Ciri
a) Jenayah terhadap keamanan (crimes against peace)
b)Jenayah pencerobohan (crimes of aggression)
c)Jenayah peperangan (war crimes)
d)Jenayah terhadap kemanusiaan (crimes against humanity)
e) Genosid
 
Sebab/faktor
a) Tuntutan politik melalui keganasan
b) Sikap tamak manusia
c) Secara paksaan (contohnya,
keldai dadah)
d) Ketiadaan pegangan agama

Kesan
a) Imej dan reputasi negara yang terlibat akan dijejaskan.
b) Keselamatan dan keharmonian rakyat tidak terjamin.
d) Kedaulatan negara dicabarkan oleh tindakan penganas.
d) Sektor pelancongan terjejas.
e) Sektor ekonomi dijejaskan.
f) Proses pembangunan negara dijejaskan.

Cabaran
a) Kebesaran dan kerumitan model organisasi haram tersebut.
b) Kekurangan informasi tentang organisasi haram tersebut.
c) Kebolehan penjenayah untuk menggunakan teknologi canggih untuk mengelakkan perhatian pihak berkuasa.
d) Penjenayah yang terdiri daripada individu yang berpendidikan tinggi.
 
Langkah
a) Mengadakan perjanjian antara agensi penguatkuasa negara lain dan antarabangsa
b) Saling bertukar maklumat, pengalaman dan kepakaran dengan agensi negara lain.
c) Menguatkuasakan undang-undang lebih ketat seperti Akta Anti Penyeludupan Manusia.

06 June 2016

Hampir 200 kanak-kanak hilang gagal dikesan sejak Januari

Saturday June 4, 2016

Portal Kanak-kanak Hilang (foto) disediakan oleh polis untuk membantu menjejak hampir 200 kanak-kanak yang masih hilang sejak Januari tahun ini. ― Paparan skrin Portal Kanak-kanak Hilang
KUALA LUMPUR, 4 Jun ― Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman merekodkan sebanyak 567 kes kanak-kanak di bawah 18 tahun hilang sejak awal Januari sehingga 31 Mei lepas.

Timbalan pengarah siasatan dan perundangan JSJ Bukit Aman Datuk Law Hong Soon berkata daripada jumlah itu, 374 kanak-kanak telah berjaya ditemui semula.

“Daripada jumlah yang sama (567), dilaporkan sebanyak 193 lagi kanak-kanak di seluruh negara masih hilang dan kini sedang dikesan polis.”

Beliau berkata demikian selepas menghadiri dan mempromosi program “fun ride” Portal Kanak-kanak Hilang di Tasik Perdana di sini semalam.

Law berkata Selangor menunjukkan paling banyak kes kanak-kanak hilang bawah 18 tahun mengikut statistik dengan sejumlah 285 kes pada tahun lepas diikuti Johor (264 kes), Kedah (234 kes) dan Kuala Lumpur (175 kes).

Beliau berkata kebanyakan kes kanak-kanak hilang yang dilaporkan adalah berpunca daripada masalah keluarga, ingin mencari kebebasan dan lari ikut kekasih serta kawan.

“Kebanyakan kanak-kanak yang hilang berumur antara lingkungan 12 dan 18 tahun setiap tahun,” katanya.

Law berkata bagi menangani masalah ini, polis bercadang untuk menggunakan teknologi 'face recognition system' bagi mengesan kanak-kanak hilang tetapi perkara berkenaan masih berada di peringkat perbincangan lagi.

Portal Kanak-kanak Hilang telah dilancarkan pada 8 Julai lepas oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Portal itu menyediakan platform untuk masyarakat menyemak dan menyalurkan maklumat tentang kanak-kanak hilang di bawah umur 18 tahun secara terus dalam talian. ― Bernama

Kaut RM5,000 sebulan, wanita jual 200 botol susu badan

Seorang wanita mendedahkan susu badannya dijual dengan harga RM30 hingga RM50, bergantung sama ada disediakan dalam botol atau plastik. — AFP pic
KUALA LUMPUR, 3 April — Kebolehan menghasilkan susu badan yang banyak membuatkan ibu beranak empat mengaut ribuan ringgit sebulan dengan menjualnya kepada pihak memerlukan.

Ros, bukan nama sebenar, mengakui kerana kesempitan wang menyebabkannya menjual susu badan walaupun sedar perbuatan itu mampu merosakkan hubungan kekeluargaan dalam Islam. 

“Saya mampu memperoleh pendapatan melebihi RM5,000 sebulan menerusi penjualan susu badan kepada pelanggan yang tidak putus-putus meminta bekalan berkenaan setiap hari.

“Saya puas hati dengan pulangan yang diperoleh kerana saya tidak perlu bekerja keras di pejabat sebelum ini. Saya dapat jaga anak di rumah sambil pam susu badan untuk dihantar kepada pelanggan pada waktu petang.

“Sekarang saya ada lebih lapan anak susuan sejak tiga tahun lalu, itu tidak termasuk pelanggan yang membeli sekali-sekala kerana ada ibu yang tidak sihat dan gagal menyusukan anak mereka,” katanya seperti dilapor Harian Metro hari ini.

Wanita itu berkata susu badan dijual dengan harga RM30 hingga RM50 bagi setiap 145ml, bergantung sama ada disediakan dalam botol atau plastik.

Katanya, susu badan yang banyak mampu dihasilkan melalui pemakanan tradisional selain mengamalkan urutan badan.

“Penjualan setiap bulan pasti mencecah 200 botol berikutan ada ibu yang gemar membeli secara pukal untuk bekalan seminggu,” dia dilaporkan berkata.

Mengulas perkara yang sama, seorang pendakwah bebas berkata perbuatan itu halal di sisi agama tetapi tidak berakhlak.

“Mengupah ibu susuan itu lebih baik berbanding jual beli (susu yang dipam) biarpun risiko sama perlu ditanggung iaitu hubungan terlarang antara adik beradik susuan yang tidak disedari pada masa depan,” kata Ahmad Dusuki Abd Rani kepada Harian Metro.

“Perkara ini perlu diberi perhatian oleh ibu bapa yang mengupah ibu susuan kerana kita tidak mahu wujud masalah yang lebih serius sehingga merosakkan keturunan.”

Mengulas mengenai perkara tersebut, Ros berkata pelanggan cenderung tidak berhubung kembali dengannya selepas anak mereka sudah tidak lagi mendapatkan susu badannya.

Sementara itu seorang perunding penyusuan ibu Siti Nur Suraya Mohamed Ali berkata susu badan yang tercemar boleh menyebabkan bayi dijangkiti penyakit.


24 March 2016

Krisis Air


Apa Itu Air?

Air anugerah Allah SWT yang sangat penting terhadap kehidupan sejagat. Tanpa sumber air yang mencukupi adalah mustahil bagi manusia untuk meneruskan kelangsungan hidup. Penegasan berhubung kepentingan sumber air banyak dinukilkan dalam al-Quran. Antaranya firman Allah bermaksud: “Dan Dia menurunkan air hujan dari langit, kemudian Dia mengeluarkan dengan air hujan itu pelbagai jenis buah-buahan yang menjadi rezeki untukmu. Dia juga telah menundukkan bahtera bagimu supaya bahtera itu belayar di lautan dengan kehendak-Nya, dan Dia telah pula menundukkan sungai-sungai bagimu.” (Surah Ibrahim, ayat 32)

Secara umumnya negara kita mempunyai banyak sumber air. Namun, dewasa ini bekalan sumber air bersih semakin berkurangan sedangkan permintaan terhadapnya semakin meningkat selari peningkatan jumlah populasi penduduk. Ironinya kita sering terlupa mensyukuri nikmat yang Allah berikan adalah faktor utama kegagalan dalam menangani krisis air.

Acap kali kita sedar betapa berharganya walau setitis apabila terputus bekalan air. Keperitan hidup tanpa bekalan air paip turut menjadikan kita lebih bersemangat untuk berjimat-cermat, tetapi kita sering terlupa untuk mengotakan janji apabila air mula mengalir, kita kembali dengan tabiat lama, mengguna air secara berlebihan dan membazir.

Buktinya, piawaian antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengesyorkan kadar penggunaan air setiap individu adalah 165 liter setiap hari. Namun, kajian terbaru menunjukkan setiap rakyat Malaysia menggunakan kira-kira 310 liter air sehari. Jadi, secara purata rakyat Malaysia terlebih menggunakan air 145 liter sehari. Sebagai perbandingan, seorang penduduk Afrika purata menggunakan air hanya 50 liter seorang sehari, penduduk India 100 liter sehari, manakala Singapura 150 liter sehari.


Krisis Air

Krisis air merujuk kepada status sumber air relatif kepada permintaan manusia sejaktahun 1970-an kepada masa kini. Istilah "krisis air" digunakan di seluruh dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menunjukkan situasi sumber air mentah ketika ini. Aspek utama krisis air adalah kekurangan sumber air yang boleh digunakan dan pencemaran air.

Dunia kita mempunyai air bersih yang terhad yang tersimpan di dalam tanah, permukaan bumi dan atmosfera. Masyarakat umum kadangkala tersalah anggap bahawa lautan adalah sumber air sedia ada tetapi mereka tidak memahami jumlah tenaga yang diperlukan untuk menukar air masin kepada air bersih masih lagi sesuatu yang tidak begitu mudah dilakukan. Kerana inilah hanya sedikit sahaja bekalan air bersih yang diambil dari proses penyahmasinan.

Terdapat beberapa manifestasi utama dari krisis air.
· Kekurangan bekalan air minuman yang selamat kepada lebih kurang 1.1 bilion manusia.
· Penggunaan air bawah tanah yang boleh menyebabkan kekurangan hasil pertanian.
· Penggunaan berlebihan dan pencemaran sumber air yang mengganggu kepelbagaian bio.
· Konflik serantau yang diakibatkan oleh sumber air yang terhad yang boleh menyebabkan perang.
Penyakit yang dibawa oleh air dan ketiadaan sanitari adalah salah satu punca utama kematian di dunia. Untuk kanak-kanak di bawah umur lima tahun, penyakit yang dibawa oleh air adalah penyebab utama kematian. Separuh dari pesakit di hospital adalah disebabkan oleh penyakit dibawa oleh air. Mengikut Bank Dunia, 88 peratus dari penyakit disebabkan oleh meminum air yang tidak bersih, kekurangan sanitasi dan kurang penjagaan kebersihan.
Pada mulanya manifestasi dari krisis air tidak begitu teruk tetapi tahap populasi manusia
yang semakin bertambah pada abad ke-20 mengurangkan kuantiti air bersih. Ini
diburukkan lagi dengan kemarau yang mengganggu keseimbangan bekalan air bersih.

Punca Krisis Air Di Malaysia

1.Sampah sarap
- Sungai yang tercemar menyebabkan hanya sedikit air boleh dipam ke loji rawatan air.
Dan berdasarkan rekod, kira - kira 300,000 tan sampah, cukup untuk mengisi 110 kolam
renang saiz Olimpik, dibuang ke dalam sungai setiap tahun. Selain daripada beg plastik
sampah, pelbagai sisa buangan termasuk peti sejuk lama, tilam dan peralatan dapur 
juga turut dibuang ke dalam sungai. Sungai yang paling kotor di negara ini, dari segi
jumlah sampah yang ditemui, adalah Sungai Klang. Dianggarkan kira - kira 77,000 tan
sampah dibuang ke dalam sungai itu setiap tahun. Selain daripada sampah, sisa
pembinaan, keladak daripada pembersihan tanah, minyak dan gris dari restoran dan
bahan buangan organik, sisa industri dari kilang dan bengkel turut di buang kedalam
sungai. Ini menyebabkan pencemaran yang lebih serius. Lima sungai yang paling
tercemar di Malaysia adalah Sungai Segget dan Sungai Ayer Merah di Johor, Sungai
Jelutong, Sungai Juru serta Sungai Prai di Pulau Pinang. Sungai Prai adalah yang paling
serius dan telah di klasifikasikan sebagai sungai mati' kerana tidak lagi dapat
menampung sebarang bentuk kehidupan termasuk ikan dan tumbuh - tumbuhan.

2. Penebangan hutan
- Hutan ialah ekosistem penting kerana ia mengandungi lebih 60 peratus kepelbagaian
hayat dunia. Kepentingan hutan meliputi fungsi ekologi dari segi perlindungan tanah dan
lembangan, ekonomi, kepada "Peparu Bumi" kerana tanaman hijau menyerap karbon
dioksida sewaktu proses fotosintesis dan melepaskan oksigen ke atmosfera. Hutan juga
menjadi kawasan tadahan air yang berfungsi antaranya sebagai kawalan banjir.
Malangnya, penyahhutanan hutan tanah tinggi yang berleluasa telah membinasakan
alam semula jadi dan juga memusnahkan "hutan awan" (cloud forest) yang boleh
mengakibatkan kehilangan sumber air yang berharga. Membinasakan hutan bukit boleh
menyebabkan kehilangan sumber air yang banyak kerana tanpa pokok, sebahagian
besar lembapan di udara akan kekal di tempatnya sehingga proses hujan berlaku.

3. Kekurangan sumber air yang boleh digunakan
- pertambahan penduduk semulajadi Malaysia adalah tinggi iaitu pada kadar 2.3%
setahun. Dianggarkan pada tahun 2000 penduduk Malaysia akan berjumlah 20 juta
orang dengan pertambahan penduduk tersebut berlaku peningkatan permintaan
terhadap pelbagai keperluan terutamanya air. Disamping itu, perubahan citarasa, gaya
hidup dan kecenderungan boleh menambahkan lagi corak permintaan terhadap air.
Melihatkan keadaan ini, keperluan manusia terhadap air tidak akan berkesudahan dan
perlunya bekalan air sejajar dengan pertumbuhan penduduk.

4. Kemarau
- kemarau yang panjang dan pemanasan global turut menyumbang kepada kekurangan
sumber air bersih sekaligus mendorong kepada krisis air. Masalah kemarau yang
berpanjangan menjadi penyebab utama berlakunya krisis air yang kritikal sehingga
menjejaskan 200,000 pengguna.Rumah pam loji air mentah tidak dapat menampung
keperluan kerana paras sungai semakin rendah. 
Cara Mengatasi Krisis Air Di Malaysia

Peranan masyarakat
A) Bekerjasama
masyarakat Malaysia harus bekerjasama dengan pihak kerajaan terutamanya dari segi
sikap masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai, supaya program pemulihan 
dan pengurusan sungai dapat dilakukan berterusan bagi menjamin kesempurnaan ke
atas regim sungai dan persekitarannya.

B) Berjimat cermat
Sikap berjimat - cermat perlu wujud dalam diri setiap individu masyarakat yang leka
dengan nikmat Tuhan ini mungkin tidak menyangka bahawa suatu hari nanti kita akan
mengalami musibah ini. Oleh hal yang demikian, sikap berjimat-cermat patut dipupuk
sejak kecil lagi.

Peranan kerajaan
A) Mengekalkan kawasan tadahan hujan
Penebangan kawasan hutan mestilah dielakkan lebih kurang 10 kilometer dari  kawasan
tadahan hujan. Perkara ini penting bagi menjaga kawasan tadahan air daripada 
musnah. Kawasan ini penting bagi membekalkan air bersih kepada kawasan empangan 
sebelum disalurkan ke rumah kediaman dan premis.

B) Catuan air
Kerajaan perlu mengadakan catuan air ke kawasan - kawasan tertentu sebagai langkah
berjaga - jaga. Catuan air boleh dilaksanakan berdasarkan bilangan jam dalam sehari
mengikut kawasan tertentu. Tindakan ini perlu bagi mengelakkan pembaziran air selain
menyedarkan masyarakat agar menghargai kepentingan air.
C) Kempen kesedaran
bagi mengatasi masalah sikap kebanyakan penduduk yang bersikap 'tidak
apa' perlu ditangani. Kempen kesedaran melalui Iklan TV mengenai kesan sikap 
individu yang membuang sampah tanpa memikirkan kesannya perlu disiarkan setiap 
masa.

D) Menaikkan kadar bil air
Ekoran krisis tersebut, Majlis Air Kebangsaan telah ditubuhkan oleh kabinet untuk
mengawal dan mengurus sistem pembahagian air. Negeri - negeri yang menghadapi
krisis air akan menerima bekalan air dari negeri - negeri lain yang stabil bekalan airnya.
Demi menghentikan sikap masyarakat yang cenderung untuk membazir air, kerajaan
telah mengambil langkah menaikkan kadar bayaran bil air di kawasan Lembah Klang.
Keadaan itu dapat memastikan bahawa masyarakat lebih berjimat dan cekap ketika
menggunakan air. Walaupun proses pembersihan sungai daripada unsur - unsur pencemar akan menelan perbelanjaan yang tinggi, kerajaan harus berinisiatif untuk membersihkan sungai - sungai seperti Sungai Klang, Sungai Gombak, dan Sungai Juru yang menghadapi pencemaran yang dahsyat. Dengan cara ini, kualiti bekalan air akan terjamin.

E) Pengagihan dan penggunaan air perlu diperincikan
Sudah tiba masanya pihak Jabatan Air untuk menggantikan paip berkarat dengan paip
yang baru. Sebagai perbadanan yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan
bekalan air di negara ini, mutu perkhidmatan mereka perlu dipertingkatkan.
Keberkesanan dalam pengagihan dan penggunaan air juga perlu diperincikan supaya
pembaziran air dapat dikurangkan pada tahap yang minimum. Negara maju seperti
Jepun telah mengaplikasikan cara tersebut untuk menjamin mutu bekalan air kepada
rakyatnya.

F) Program kesedaran dan pendidikan
Walau bagaimanapun, rakyat sendiri haruslah sentiasa menghargai sumber air dan
segala amalan pembaziran air perlu dikikis. Program kesedaran dan pendidikan yang
bertujuan untuk memastikan pembabitan orang awam dalam usaha menangani masalah 
krisis air dipercayai dapat membentuk sikap positif pada sanubari anggota rakyat.
Walaupun Malaysia mengalami musim panas dan lembap sepanjang tahun, ini tidak
bermakna bahawa Malaysia terkecuali daripada krisis air yang merugikan. Permintaan air pada masa ini ialah 2.6 bilion meter padu dalam setahun dan dijangka akan terus meningkat kepada 5.8 bilion meter padu menjelang tahun wawasan. Sememangnya sudah tiba masanya untuk kita berganding bahu mengatasi krisis air sebelum bertambah parah.

Kesan Krisis Air di Malaysia

1. Kesan ke atas sumber tanah
- Krisis air ini akan menyebabkan tanah menjadi kontang dan berlakunya hakisan
Tanah. Bahkan, air yang tercemar akan turut menjejaskan kualiti tanah dan ini sekali gus
akan turut menjejaskan aktiviti pertanian. Apabila aktiviti pertanian terjejas, maka ia
secara langsung akan memberi kesan ke atas bekalan makanan daripada hasil pertanian
yang seterusnya juga akan turut memberi kesan yang besar ke atas kadar pertumbuhan
ekonomi negara.

2. Kepupusan terhadap kepelbagaian flora dan fauna
- Sebagaimana manusia, secara fitrahnya flora dan fauna juga memerlukan sumber air
bersih untuk hidup. Justeru, sumber air yang tercemar akan menyebabkan flora dan
fauna mati akibat daripada kekurangan air. Natijahnya, kepupusan yang berlaku ke atas
flora dan fauna akan memberi kesan yang lebih serius lagi seperti mengakibatkan
ketidakseimbangan ke atas ekosistem yang akhirnya akan turut mengancam kehidupan
manusia.

3. Kemudaratan kepada manusia
- Krisis air yang berlaku di malaysia akan memberi kemudaratan kepada manusia.Seperti
yang kita tahu,air merupakan keperluan untuk manusia terus hidup.Jika krisis air ini tidak
dapat di atasi dengan segera,kita akan kekurangan bekalan air dan seterusnya manusia akan ditimpa penyakit seperti kekurangan air.

4. Berkurangnya kawasan tadahan
- Kemampuan sesuatu kawasan tadahan sebagai pembekal air adalah dikawal oleh
keseimbangan alam semula jadinya. Ini termasuklah beberapa aspek penting seperti
litupan tumbuh-tumbuhan dan kapasiti proses infilterasi yang boleh dihasilkan. Sekiranya
keseimbangan ini terganggu maka berlaku beberapa perubahan dalam ciri-ciri air
permukaan yang akan menjejaskan kemampuan sesuatu kawasan tadahan
menghasilkan air. Kawasan tadahan yang terdapat di Malaysia semakin hari
menunjukkan situasi yang tidak sihat. Ini kerana, limpahan pembangunan telah
menyebabkan kawasan tadahan mengalami tekanan sebagai sumber air. Keadaan ini
berlaku hampir kesemua negeri di Semenanjung Malaysia mengalami krisis ini. Di
antaranya, negeri Johor yang mengalami kemerosotan alam sekitarnya juga
memperlihatkan kawasan tadahan empangan Langat juga sudah mula diterangi. Di
negeri Perak pula, bekalan air untuk kegunaan domestik dan industri diperolehi daripada
pusat pengambilan air di sungai. Kemerosotan alam sekitar adalah dijangka lebih serius
di kawasan lembah yang terdapat aktiviti industri dan eksplotasi sumber balak di kawasan hutan di mana terdapatnya kawasan tadahan.

5. Kekurangan bekalan air
- Kita akan menghadapi kekurangan bekalan air daripada krisis tersebut. Akan
berlakunya catuan air yang akan membuatkan penduduk tidak mendapat bekalan air.Hal
ini akan menyusahkan penduduk untuk menggunakan air bagi keperluan mereka.Dari
sektor pembangunan pula,projek2 akan terkendala kerana kekurangan sumber yang
utama untuk menjalankan projek pembangunan tersebut.


Sumber: http://malaysiannn.blogspot.my/

21 May 2014

Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi



Dijalankan secara bersindiket, terancang


KUALA LUMPUR 19 Mei - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dikesan didalangi secara bersindiket dan terancang oleh pihak tidak bertanggungjawab.Ada yang sanggup membina tangki tambahan pada kenderaan dan ada juga bersubahat menipu pesanan penghantaran (DO) sema-ta-mata untuk menyeleweng bahan bakar berkenaan.
Tindakan itu bertujuan mengaburi pihak berkuasa sekali gus memudahkan urusan kegiatan haram tersebut dijalankan.Menurut sumber, pembinaan tangki tambahan pada kenderaan adalah bagi membolehkan aktiviti menyeludup dan membeli diesel melebihi kuantiti ditetapkan.Katanya, modus operandi (MO) mereka adalah dengan mengisi penuh tangki kenderaan melalui pembelian diesel di beberapa stesen minyak di kawasan berdekatan.

"Mereka ini akan membeli 50 liter diesel di sebuah stesen sebelum ke stesen minyak lain untuk mengisi 50 liter lagi sehingga tangki tambahan tersebut penuh."Diesel itu dijual kepada pihak ketiga atau sindiket bagi menda-patkan keuntungan lumayan apabila dibeli dengan harga bersubsi-di," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.Sumber itu berkata, MO penyelewengan diesel bersubsidi sentiasa berubah dari semasa ke semasa.Katanya, kegiatan tersebut dilakukan daripada skala kecil meli-batkan kenderaan biasa sehingga kepada skala besar oleh stesen minyak.Berikut adalah antara MO yang dikesan oleh pihak berkuasa meli-batkan kes penyelewengan dan penyeludupan diesel bersubsidi:

MODUS OPERANDI 1
• Menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan untuk mengisi penuh tangki dengan minyak petrol atau diesel.
• Kenderaan itu kemudian dipandu melepasi sempadan negara dan minyak di dalam tangki dituang ke dalam bekas untuk dijual.
• Apabila tangki kenderaan itu hampir kosong, mereka memasuki semula negara ini untuk mengisi minyak.
• Kegiatan itu dilakukan berulang kali tetapi sukar mengambil tindakan kerana mereka mengisi minyak ke dalam tangki kereta sendiri.

MODUS OPERANDI 2
• Kenderaan diubah suai dengan membina tangki tambahan di ru-ang tersorok seperti di bawah tempat duduk.
• Tangki tambahan itu mampu mengisi antara 200 hingga 300 liter diesel pada satu-satu masa dan bahan kawalan itu dibawa ke negara jiran untuk dijual.
• Dalam kes seumpama ini, Kastam boleh bertindak sebagai kes penyeludupan kerana undang-undang melarang diesel dibawa melepasi sempadan negara.

MODUS OPERANDI 3
• Penyelewengan diesel bersubsidi lebih besar ialah dengan menggunakan lori yang mampu mengisi kira-kira 250 liter diesel pada satu-satu masa.
• Diesel yang diisi ke dalam lori bukan untuk kegunaan sendiri tetapi dihantar ke satu tempat pengumpulan terletak di tempat tersorok seperti di dalam hutan.
• Aktiviti ini didalangi sindiket yang membeli diesel bersubsidi daripada mereka yang mendapatkannya pada harga run-cit dan dibawa ke tempat pengumpulan berkenaan.
• Mereka lazimnya membeli diesel berkenaan pada sekitar harga RM2.60 seliter.
• Sindiket ini menyediakan beberapa tangki di tempat pengumpulan itu yang berkapasiti antara 16,000 hingga 20,000 liter setiap satu.
• Dari pusat pengumpulan, diesel itu dihantar kepada pihak memerlukan peng-gunaan bahan api itu seperti kilang, kapal dan ada diseludup ke luar negara seperti Thailand serta Indonesia.

MODUS OPERANDI 4
• Penyelewengan yang besar juga berlaku di stesen minyak.
• Umpamanya apabila sesebuah stesen minyak itu kehabisan bekalan, pemilik akan membuat tempahan dari depoh untuk satu muatan diesel.
• Depoh tersebut kemudian membuat penghantaran tetapi mereka meminta muatan diesel berkenaan dihantar ke pusat pengumpulan (sindiket).
• Mereka menandatangani DO seolah-olah menerima bekalan itu tetapi sebenarnya ada subahat antara stesen minyak dan sindiket.

19 July 2013

Shisha Haram



Shisha Haram Bagi Umat Islam - Jawatankuasa Fatwa


KUALA LUMPUR, 19 Julai (Bernama) -- Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam memutuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha, muzakarah yang bersidang pada Rabu lepas, turut melarang umat Islam daripada menyediakan perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.

Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam kenyataan hari ini.

"Setelah mendengar pembentangan dan penjelasan pakar daripada Kementerian Kesihatan dan meneliti maklumat serta bukti perubatan dan saintifik terperinci yang dikemukakan dari dalam dan luar negara mengenai kesan dan kemudaratan besar yang dihadapi akibat shisha...maka muzakarah bersetuju memutuskan shisha adalah haram," katanya.

Abdul Shukor menjelaskan penggunaan shisha akan memberi kesan dan kemudaratan besar dari segi kesihatan ummah, pembangunan ekonomi negara serta pembentukan generasi akan datang.

Muzakarah khas itu, katanya, mendapati semua dapatan saintifik menerusi pelbagai kajian komprehensif yang dilakukan di negara ini mahupun di peringkat antarabangsa berjaya membuktikan shisha memberi kesan amat berbahaya dan penularannya amat membimbangkan, khususnya dalam kalangan remaja dan wanita.

"Dalam hal ini, muzakarah menasihatkan seluruh umat Islam supaya tidak terlibat dengan apa-apa aktiviti berkaitan shisha kerana pengharamannya adalah berdasarkan nas-nas syarak daripada Al-Quran dan hadis serta kaedah Fiqhiyyah," kata Abdul Shukor.

Ini, katanya, bagi memastikan lima perkara asas bagi manusia yang terkandung dalam Maqasid Syari'yyah iaitu menjaga agama, jiwa, akal, keturunan dan harta dapat dipelihara seperti mana tuntutan syarak.

"Shisha jelas memudaratkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan masa dan harta serta dikategorikan sebagai perkara buruk atau keji yang perlu dihindari oleh semua umat Islam," katanya.

Dalam perkembangan lain, Abdul Shukor berkata muzakarah khas itu juga kecewa terhadap perlakuan pihak-pihak yang sengaja menimbulkan isu bagi mencetuskan kemarahan umat Islam, sekali gus menggugat keharmonian hidup masyarakat berbilang agama dan bangsa di Malaysia.

"Muzakarah khas berpandangan siri-siri penghinaan yang dilakukan golongan tidak bertanggungjawab ini semacam sudah dirancang dan sengaja dilakukan lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang amat mulia bagi umat Islam," katanya.

Menurutnya, perbuatan yang dilakukan golongan itu telah melampaui batas kesabaran umat Islam.

"Dengan pelbagai penghinaan yang dilakukan sebelum ini, kita tidak mahu lagi kata-kata atau perlakuan biadap dan tidak bertamadun oleh rakyat Malaysia atau mana-mana warga asing dipandang sebelah mata tanpa diambil tindakan tegas dan hukuman maksimum mengikut undang-undang sedia ada," katanya.

Abdul Shukor menekankan tindakan tegas dengan kadar segera perlu dilaksanakan pihak berkuasa supaya perbuatan menghina Islam tidak terus berulang selain menjadi pengajaran buat semua.

Beliau menarik perhatian perbuatan menghina dan mengeluarkan kenyataan yang mencetuskan kemarahan umat Islam dan kemudian memohon maaf sudah menjadi mainan pihak-pihak berkaitan, dan ini tidak harus dibiarkan berlaku.

Justeru, Abdul Shukor berkata muzakarah khas itu menggesa umat Islam supaya bersatu dalam menghadapi niat jahat pihak-pihak yang biadap itu demi mempertahankan kesucian agama dan maruah umat Islam di negara ini.

-- BERNAMA

17 July 2013

Sindrom Down 'Rencat' Keupayaan Kognitif Dan Tumbesaran Fizikal

Oleh Zulkiple Ibrahim

Ini adalah bahagian akhir daripada dua rencana tentang dilema dihadapi ibu bapa yang mempunyai anak dengan Sindrom Down.

KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Banyak telah diperkatakan tentang masalah yang dihadapi ibu bapa yang mempunyai anak dengan Sindrom Down.

Tetapi sejauh manakah kesedaran pada masyarakat Malaysia tentang masalah genetik ini.

Menurut para aktivis sosial, ada anggota masyarakat yang memandang rendah dan mempersendakan mereka yang kurang upaya daripada segi intelek kerana Sindrom Down khasnya apabila anak-anak ini 'agak lembab' dalam mengenali atau belajar benda yang baru.

Ada juga segelintir yang keliru dan melabel anak-anak ini sebagai mereka dengan 'penyakit mental' yang sememangnya adalah satu kesilapan, kata mereka.

PENGALAMAN SEORANG IBU

Menurut seorang ibu yang mahu dikenali sebagai Amrah, hinggakan ada di antara saudara-maranya serta kenalan memandang rendah terhadap anak lelaki bongsunya yang mengalami Sindrom Down.

"Mereka tidak sensitif atau sedar mengenai masalah genetik ini, ada yang tidak peka dan mengeluarkan kata-kata pedas dengan sengaja tentang masalah kurang upaya intelek anak saya," jelas penjawat awam itu.

Menurut Amrah anaknya mengalami kesukaran bertutur selain memerlukan bantuan daripada segi menguruskan diri sendiri seperti makan dan pakai baju.

Tetapi Amrah mendapat sokongan daripada suami dan anak-anak yang lain, selain bantuan serta sokongan moral daripada jiran dan rakan tempat kerja.

TRISOMI 21

Menurut para pakar genetik, Sindrom Down dikenali juga sebagai 'Trisomi 21' iaitu satu masalah genetik disebabkan oleh kehadiran kromosom 21 yang ketiga (sepatutnya hanya dua).

Menurut mereka, Sindrom Down adalah masalah atau 'kemalangan' genetik yang kerap berlaku di kalangan manusia.

Mereka yang mempunyai sindrom ini mengalami kerencatan kognitif dan fizikal selain ciri-ciri muka yang sama.

IQ bagi orang dewasa yang alami sindrom ini adalah sekitar 50, dibandingkan dengan mereka yang normal biasanya mempunyai IQ 100.

(Kategori terencat akal biasanya mereka yang IQ bawah dari 70).

Ramai di kalangan mereka yang mengalami Sindrom Down adalah kurang upaya daripada segi intelek.

BUKAN SATU PENYAKIT

Menurut pakar psikologi kanak-kanak Dr Annie Wong, tidak upaya intelek bukanlah satu penyakit dan tidak boleh dikelirukan dengan penyakit mental.

Mereka yang mengalami masalah tidak upaya mental lazimnya lembab serta kapasiti untuk belajar yang terhad.

"Mereka juga mempunyai keupayaan terhad dalam pengurusan diri sendiri, sukar memahami orang lain, selain daripada mengenal respon sosial (tabiat atau tingkahlaku adaptif).

Kanak-kanak yang mengalami Sindrom Down akan membesar menjadi orang dewasa yang lemah daripada segi keupayaan mental dan mereka tidak akan kekal sebagai 'kanak-kanak' selama-lamanya," jelas Dr Wong.

SINDROM DOWN DI MALAYSIA

Menurut Dr Wong lagi, menurut satu kajian Pusat Genom dan Klinik Genetik Universiti Sains Malaysia (USM) insiden Sindrom Down di Malaysia adalah satu dalam 950 kelahiran.

Statistik ini dipaparkan dalam Jurnal Perubatan Singapura pada Jun 2007 dan ianya berdasarkan carta tahun 1989.

"Insiden di Malaysia adalah satu dalam 981 kelahiran bagi orang Melayu, diikuti satu bagi setiap 940 kelahiran bagi kaum Cina, satu dalam 860 kelahiran untuk orang India," jelas beliau merujuk kepada kajian itu.

Di Malaysia, Persatuan Sindrom Down Malaysia (PDSM) dan Yayasan Sindrom Down Kiwanis (KDSF) merupakan dua institusi yang memberi bantuan kepada kanak-kanak yang mengalami masalah genetik ini.

Kedua-dua institusi itu komited terhadap kebajikan kanak-kanak dengan Sindrom Down dalam menghulurkan bantuan termasuk dalam memberi pendidikan bagi kanak-kanak bawah usia enam tahun dengan masalah genetik.

PDSM dan KDSF memberi latihan dalam pendidikan khas, kaunseling terhadap keluarga yang mempunyai anak Sindrom Down selain daripada mewujudkan Pusat Sumber yang komprehensif tentang maklumat mengenai sindrom ini.

LAMAN WEB

Menurut laman web 'Right Diagnosis', insiden Sindrom Down dianggarkan satu bagi setiap 800 kelahiran atau 0.12 peratus (340,000 orang) di Amerika Syarikat.

Di Asia Tenggara, anggarannya adalah 1,274 kes Sindrom Down (dari 1,019,252 penduduk) di Timor Leste, 298,066 (238,452,952) di Indonesia, 7,585 (6,068,117) di Laos.

Di Malaysia pula, anggaran insidennya adalah 29,403 kes (dari 23,522,482 penduduk), Filipina 107,802 kes (86,241,697), Singapura 5,442 (4,353,893), Thailand 81,081 (64,865,523) dan Vietnam 103,328 (82,662,800).

Statisik bagi Myanmar dan Kemboja tidak di ketahui.

Menurut laman web itu lagi, angka-angka ini adalah anggaran sahaja.

-- BERNAM

Mereka Dengan Sindrom Down Seringkali Diperlekeh


GAMBAR HIASAN

Oleh Zulkiple Ibrahim


Ini adalah bahagian pertama daripada dua rencana mengenai dilema yang dihadapi ibubapa yang dikurniakan anak dengan Sindrom Down.

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Awal tahun ini, seorang DJ stesen radio di Ohio, Amerika Syarikat digantung kerja kerana didapati 'mempersenda' seorang wanita dengan Sindrom Down yang secara tidak sengaja mengubungi stesen radio itu.

Menurut laporan media, wanita itu sebenarnya mahu menelefon rakan tetapi tersilap dail dengan panggilannya sampai kepada pengacara itu yang mempersenda wanita itu kerana masalah pertuturannya.

Keluarga wanita itu yang marah dan tidak puas hati dengan insiden itu membidas DJ berkenaan kerana 'menghina' wanita kurang upaya itu dengan memperlekeh kelemahan mental beliau.

Pihak pengurusan stesen radio itu kemudiannya menggantung kerja DJ itu dan beliau kemudiannya meminta maaf secara terbuka.

Di tanahair, pada bulan Jun lepas, dalam satu program realiti stesen televisyen swasta tempatan seorang selebriti meluahkan kata-kata yang dianggap mempersenda insan tidak upaya intelektual akibat Sindrom Down.

Kata-kata itu menimbulkan kemarahan ibu bapa yang mempunyai anak dengan Sindrom Down yang mengecam selebriti serta setesen televisyen itu kerana tidak sensitif terhadap mereka yang mengalami masalah itu khasnya.

Satu petisyen yang ditandatangani oleh 880 orang meminta selebriti dan stesen telisyen itu memohon maaf secara terbuka dikemukakan dan selebriti itu memohon maaf bagi pihaknya dan stesen televisyen berkenaan dan berkata kenyataannya telah disalah erti.

Dua episod ini menunjukan kesedaran umum terhadap tidak upaya intelek disebabkan kecacatan atau abnormaliti genetik terutamanya Sindrom Down masih kurang.

TIDAK UPAYA INTELEK

Menurut pakar-pakar genetik terdapat beberapa bentuk tidak upaya intelek yang disebabkan abnormaliti genetik.

Menurut mereka antara abnormaliti genetik yang menyebabkan berlakunya tidak upaya intelek adalah Sindrom Down dan Sindrom 'Fragile X'.

Tetapi tidak upaya intelek yang paling kerap disebabkan kecacatan genetik adalah Sindrom Down.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyebut setiap negara mempunyai lebih kurang 10 peratus penduduk yang mengalami pelbagai kategori tidak upaya dengan satu Sindrom Down berlaku dalam setiap 800 kelahiran.

Pakar-pakar genetik menerangkan satu 'kesilapan atau kecacatan' yang berlaku ketika pembentukan sel semasa janin berada di peringkat prenatal menyebabkan wujud 'kromosom 21 ketiga' (sepatutnya hanya sepasang) dan situasi ini dipanggil 'Trisomi 21'.

Bila ini berlaku, individu itu akan mempunyai satu kromosom yang lebih dan keadaan genetik inilah yang menyebabkan seseorang mengalami tidak upaya mental dan fizikal.

TIDAK UPAYA KOGNITIF

Menurut pakar-pakar psikiatri/psikologi, tidak upaya intelek adalah takrif yang digunakan terhadap seseorang yang mengalami tidak upaya dalam fungsi mental termasuk kemahiran berkomunikasi, menjaga diri sendiri dan juga kemahiran sosial.

Masalah ini menyebabkan anak yang mengalami tidak upaya disebabkan genetik itu 'lambat' belajar jika dibandingkan dengan anak-anak yang normal.

Pakar-pakar menerangkan anak-anak ini mengalami masalah tidak upaya kognitif serta lembam dan dengan itu mengambil masa yang agak lama untuk belajar bertutur, berjalan dan menjaga keperluan peribadi seperti memakai baju atau makan.

Mereka juga akan mengalami masalah bila belajar di sekolah.

Tetapi mereka akhirnya akan dapat belajar, walaupun mengambil masa yang lama, jelas pakar-pakar itu lagi.

SINDROM DOWN

Pakar psikologi kanak-kanak Dr Annie Wong berkata setiap anak yang mengalami Sindrom Down mempunyai kebolehan sendiri yang istimewa dan adalah penting bagi ibubapa dan masyarakat sekeliling membantu mereka memperkukuhkan kebolehan unik ini.

Dr Wong berkata dalam banyak aspek, anak-anak dengan sindrom ini menyamai anak-anak normal yang lain.

Mereka juga ada emosi dan mahu belajar benda-benda yang baru bagi mereka, jelas pakar ini.

"Sindrom Down bukan satu penyakit dan tidak boleh berjangkit," kata beliau.

"Biasanya kejadian Sindrom Down ini hanya berlaku sekali dalam satu keluarga," tambah beliau lagi.

-- BERNAMA

25 May 2013

Ukuran Nilai Kebahagiaan Sesebuah Negara

Ditulis oleh Nur Syahidah binti Abd Jalil. Posted in Berita Harian


Institusi kekeluargaan merupakan isu penting terutama dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan berciri ketimuran. Di peringkat masyarakat dan undang-undang negara tidak mengiktiraf hubungan individu berlainan jantina yang hidup bersama tanpa melalui perkahwinan. Ini termasuklah perkara-perkara seperti hak dan tanggungjawab terutama sekali apabila timbul insiden kelahiran dan kematian.

Pengiktirafan kepada institusi perkahwinan tidak hanya berkisar mengenai hubungan kekeluarga semata-mata tetapi menyumbang kepada kerangka dasar pembangunan sosio ekonomi negara. Ini kerana pada hari ini nilai kekayaan semata-mata tidak lagi menjadi ukuran utama bagi sesebuah negara. Nilai-nilai murni, kebahagiaan dan kesihatan mental menjadi tren kepada pengukuran pembangunan yang terkini di pelbagai negara termasuklah di negara-negara maju.

Di antara data-data yang boleh ditekuni dalam konteks pembangunan sosial ialah seperti kesuburan wanita di Malaysia misalnya. Pada tahun 2007 kadar kesuburan jumlah bagi setiap 1000 wanita ialah 2.3 dan menurun kepada 2.1 pada tahun 2010. Mengikut Jabatan Perangkaan, kadar kesuburan jumlah merujuk kepada purata bilangan anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang perempuan terus hidup sehingga akhir tempoh reproduktifnya.

Dalam konteks ini, walaupun berlaku peningkatan jumlah penduduk setiap tahun namun tren pertumbuhan ini adalah perlahan berdasarkan maklumat kadar kesuburan jumlah yang diperoleh. Dalam perspektif yang berbeza ia memberi gambaran bahawa terdapat perubahan-perubahan sosial dan gaya hidup dalam masyarakat yang mencetuskan insiden ini.

Pertama, mengenai isu berkahwin lewat pada umur yang produktif yang mungkin disebabkan oleh kesedaran mengenai pendidikan tinggi semakin berkembang di kalangan masyarakat. Lazimya pelajar lepasan sekolah yang menyambung pengajian tinggi komited kepada pengajian mereka dan tidak cenderung untuk berkahwin. Namun terdapat juga sebahagian daripada pelajar-pelajar ini belajar dan berkahwin dalam masa yang sama.

Peningkatan kos sara hidup juga boleh menyebabkan individu cenderung untuk menunda perkahwinan dengan mencari pekerjaan atau mengambil masa untuk mengumpul wang bagi tujuan perkahwinan. Ini menyebabkan mereka mengambil keputusan untuk melewatkan perkahwinan seterusnya mengehadkan kelahiran anak berdasarkan faktor umur. Diakui bahawa pada hari ini kos sara hidup menyebabkan sebilangan besar masyarakat mempunyai pilihan yang terhad. Ini termasuklah pilihan tempat tinggal, pilihan pekerjaan, pilihan kenderaan dan pilihan pendidikan. Walaupun pada hakikatnya keinginan untuk berumah tangga itu wujud, kekangan yang dihadapi oleh individu menyebabkannya menangguh perkahwinan.

Kedua adalah mengenai kesediaan untuk memberi komitmen kepada orang lain. Arus kemodenan yang dibawa oleh barat terutamanya sedikit sebanyak telah diadaptasi oleh masyarakat kita. Bagi individu yang berkenaan, hubungan tanpa perkahwinan dilihat lebih selamat dan menyeronokkan kerana tiada tanggungjawab yang perlu dipikul oleh mana-mana pihak dan juga bebas untuk bertukar-tukar atau mempunyai pasangan yang ramai dalam masa yang sama.

Kesan daripada kegiatan ini boleh mengundang risiko penyakit berjangkit seperti AIDS, penyakit kelamin, insiden pembuangan bayi, masalah mental dan lain-lain. Di antara akibat daripada insiden seperti ini ialah perbelanjaan sosial negara meningkat misalnya untuk mengawal penyakit berjangkit dan menyediakan perkhidmatan kesihatan dan pelindungan untuk individu yang berkenaan dengan lebih banyak dan meluas. Selain itu, insiden seperti pembuangan bayi memperlihatkan betapa perasaan untuk bertanggungjawab, belas kasihan dan kemanusiaan semakin berkurang di kalangan ahli masyarakat.

Dalam konteks agama, Islam sebagai satu cara hidup memandang tinggi kepada institusi kekeluargaan. Bahkan hidup berkeluarga merupakan fitrah kejadian manusia sebagaimana firman Allah dalam surah al-Rum yang bermaksud, “Dan di antara tanda-tanda (yang membuktikan  kekuasaan dan rahmatNya) bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu hidup bahagia dengannya dan dijadikanNya antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan kasihan belas”.

Ayat tersebut menjelaskan bahawa kebahagiaan yang pada hari ini diukur oleh kebanyakan negara harus bermula dengan institusi keluarga. Perasaan kasih sayang disemai dalam satu unit kecil iaitu keluarga boleh memberi impak kepada pembentukan masyarakat penyayang dan penuh dengan belas kasihan. Dalam konteks semasa, negara yang paling bahagia seharusnya bermula dengan negara yang menyokong institusi keluarga termasuklah dalam dasar pembangunannya dan polisi semasa.

Di antara  perkara-perkara yang boleh mengukuhkan institusi keluarga ialah memastikan keperluan asasi masyarakat dipenuhi. Ini termasuklah tempat tinggal yang sesuai bagi menjadikan rumah sebagai tempat berkasih sayang, menyemai budi dan menanam adab. Kes-kes seperti anak melarikan diri, ahli keluarga yang banyak menghabiskan masa di luar di antara sebabnya adalah berasa tempat tinggal yang didiami tidak selesa dan melemaskan.

Dalam perspektif yang berbeza, dasar pekerjaan perlu menyokong kepada pembangunan keluarga. Antara lain menggalakkan amalan penyusuan susu ibu di tempat kerja, menyediakan perkhidmatan penjagaan bayi dan kanak-kanak kecil di setiap tempat kerja dan menawarkan jadual bekerja anjal atau bekerja dari rumah dengan lebih meluas dengan mempertingkatkan penggunaan teknologi pada tahap maksimum.

Kebahagiaan juga dapat diperoleh menerusi kemantapan ekonomi keluarga. Tidak dinafikan wang adalah elemen penting untuk memperoleh kebahagiaan namun bukanlah secara mutlak. Malah Islam sendiri mengajak umatnya untuk mencari rezeki untuk mencapai kebahagiaan sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 10 yang bermaksud, “Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaanAllah, serta ingatlah Allah sebanyak-banyaknya(dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)”.

Sebagai salah satu unit yang paling kecil dalam negara, intsitusi keluarga merupakan agen kebahagiaan dan menyumbang kepada pembangunan negara dalam rentaknya yang tersendiri. Ini adalah kerana Institusi kekeluargaan tidak hanya berkisar mengenai keseronokan dan kesenangan tetapi mengajar manusia akan sifat tanggungjawab dan saling membantu sesuai dengan kematangan yang akan dilalui mereka.

22 October 2011

Mewujudkan Generasi Siber Terpandu


Norkumala Binti Awang
Pegawai Penyelidik

14/10/2011 | Utusan Malaysia
Saidina Umar Al Khattab r.a pernah mengungkapkan "Ajarlah anak- anakmu dengan ilmu semasa. Sesungguhnya mereka dicipta pada suatu zaman yang bukan lagi zamanmu". Benar sekali ungkapan ini jika kita terjemahkan kepada dunia realiti pada hari ini, betapa teknologi menguasai dan merajai perkembangan dunia semasa. Jika dahulu gajet-gajet teknologi dipandang sepi, tidak canggih dan tidak menyeluruh penggunaannya tapi semuanya berubah pada zaman anak-anak kita membesar.

Pernahkah terlintas di fikiran kita bahawa tidak semua teknologi mampu menghadiahkan kemudahan, keselesaan dan kemewahan hidup? Berlakunya kekacauan pada hari ini juga disebabkan eksploitasi teknologi yang tidak berpandukan iman telah bermaharajalela dalam masyarakat kita. Angka 9 daripada 10 anak-anak kita terdedah dengan gejala negatif dunia siber kini menjawab persoalan bahawa kemudahan itu juga boleh disalahgunakan. Apa yang paling menakutkan kita adalah golongan ini merupakan kumpulan anak-anak berumur seawal usia 5 sehingga 18 tahun. Mereka merupakan generasi pelapis yang bakal mencorakkan gaya kepimpinan dunia pada masa hadapan.

Lihat sahaja fenomena yang biasa belaku, kanak-kanak yang masih kecil sudah tahu segala jenis perisian komputer, sudah mahir menggunakan telefon bimbit dan alat-alat teknologi yang lain. Atau lebih tepat lagi, mereka lebih arif daripada ibu bapa mereka sendiri. Memang wajar sekali jika anak-anak diajar mengikut perkembangan semasa tetapi jika tidak dipandu dengan suatu petunjuk yang betul, ia bakal memusnahkan. Lantas, apakah solusi yang perlu diambil agar golongan ibu bapa pada hari ini tidak dituduh melahirkan generasi techno-savvy yang buta pendidikan akhlak dan rohani?

Pendedahan dunia internet kepada anak-anak wajar diberi perhatian serius oleh semua pihak agar statistik yang mencatatkan 90% kanak-kanak yang ketagih untuk melayari internet dapat dikurangkan. Ini kerana secara fitrahnya, mereka perlu dididik dengan sumber yang terpandu bukannya daripada sumber yang tidak berasas.

Penggunaan alat ICT pada hari ini tidak dapat dinafikan kepentingannya. Ia bukan sekadar internet dan komputer, malah lebih daripada itu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap orang, antaranya perisian multimedia, animasi, power point, telefon mudah alih, gerbang sesawang, jaringan sosial internet, perpustakaan digital, perkongsian fail dan permainan atas talian.

Persoalannya, bagaimana manfaat daripada teknologi terkini terus dapat dikecapi sekiranya generasi muda sewenang-wenangnya menyalahgunakan teknologi, bukan setakat untuk mencari hiburan tetapi aktiviti melalaikan yang akan merencat pembinaan akhlak generasi Islam pada masa akan datang.

Lebih banyak masa mereka dihabiskan hanya dengan komputer kerana ketagih melayari internet contohnya permainan atas talian, facebook, twitter dan pelbagai jenis hiburan lain. Secara langsung menjejaskan kualiti pembelajaran anak-anak. Bukan setakat itu sahaja, kadangkala remaja kita membuka jaringan sosial bermula dengan perkenalan maya akhirnya membawa kepada pertemuan realiti dan seterusnya membawa kepada unsur-unsur kelalaian yang lain yang akan menjejaskan kualiti akhlak dan penampilan anak-anak.

Banyak keburukan lain yang bakal dituai sekiranya langkah-langkah pemantauan tidak diambil oleh ibu bapa selaku orang yang paling hampir dengan anak-anak. Ibu bapa perlu mengambil langkah yang segera dan tegas dengan mengehadkan masa anak-anak melayari internet. Paling penting anak-anak tidak seharusnya dimanjakan dengan pelbagai gajet teknologi terkini dan tercanggih yang akhirnya mereka memilikinya secara peribadi. Kadangkala ia menyebabkan kesukaran dalam langkah pemantauan ibu bapa tentang apakah yang dilihat oleh anak-anak dalam internet. Pemilikan secara peribadi alatan seperti komputer riba menyebabkan mereka dapat mengakses internet dengan mudah tanpa kawalan oleh sesiapa. Inilah antara penyebab yang menjawab persoalan mengapa golongan kanak-kanak ketagih untuk melayari internet.

Bagi pihak ibu bapa, lebih mudah untuk memantau aktiviti atas talian anak-anak dengan meletakkan komputer di lokasi yang senang dilihat oleh ahli keluarga yang lain. Ia merupakan langkah berjaga-jaga agar mereka tidak terdedah dengan unsur negatif dalam dunia siber. Para ibu bapa tidak seharusnya jemu untuk mengawal dan memantau aktiviti mereka apatah lagi memanjakan dengan memberi kelonggaran tanpa batasan untuk mereka melayari internet.

Semuanya bermula dari rumah. Mencegah sebelum parah mampu mengelakkan anak-anak daripada terus menerus dengan keasyikan yang melalaikan. Akhirnya, kita juga yang terperanjat apabila melihat akhlak dan moral anak-anak sudah jauh terpesong tanpa sedikitpun penerapan nilai yang baik daripada ibu bapa.

Daripada satu sudut pandang yang lain, pengusaha kafe siber juga perlu berperanan dalam usaha pemantauan aktiviti anak-anak selain daripada guru-guru di sekolah. Jika di rumah, ibu bapa memantau tapi tiada makna sekiranya anak-anak masih bebas mengakses bahan internet apabila berada di luar rumah. Oleh itu, umur anak- anak yang masuk ke kafe siber perlu dihadkan agar mereka tidak sewenang-wenangnya menggunakan internet tanpa hala tujuan.

Perkembangan dunia semasa memperlihatkan teknologi baru sentiasa dicipta hampir setiap ketika. Kita tidak mampu menyekat perkembangan tersebut atau menghalang masyarakat kita yang sentiasa inginkan perubahan tetapi perlulah seiring dengan perkembangan nilai dan akhlak murni. Oleh itu, setiap ibu bapa perlu melengkapkan kemahiran mereka terlebih dahulu agar setiap perkembangan dan aktiviti anak-anak dapat dipantau dengan mudah. Kita tidak mahu anak-anak muda kita celik IT tetapi ketagih dengan benda-benda terlarang atau pun melewati batas dalam penggunaan teknologi sehingga mengundang bencana lain.

Justeru, di sinilah peranan yang dimainkan oleh para ibu bapa, juga tidak dikesampingkan peranan para teknodaei, guru-guru dan masyarakat awam agar memandang setiap penjuru kebangkitan teknologi untuk dimanfaatkan dan tidak terus membiarkan muda-mudi kita hanyut dalam ketagihan dunia siber. Biarlah mereka semua terpandu dengan landasan Islam walaupun dilingkungi dengan segala cabaran keseronokan tiada batasan.