Followers

Carian dalam Blog ini

Showing posts with label Lawak International. Show all posts
Showing posts with label Lawak International. Show all posts

26 July 2010

Lawak International 10: Logik akal

Seorang guru ilmu alam sedang mengajar di kelas lemah. Beliau ingin menguji penguasaan murid sebelum topik pengajaran dimulakan.


Cikgu ilmu alam: Siapa yang dapat menerangkan;

1. tempat yang paling ramai penduduk?
2. tempat yang paling banyak sumber mineral?
3. tempat yang paling kering?..di Malaysia

murid A: dengan penuh yakin menjawap

1. Perak kerana di lumut dan parit, pon ada orang tinggal cikgu..
2. Kelantan kerana ada pasir mas cikgu...
3. Gurun , Kedah sebab iklim dia melampau cikgu....

18 July 2010

Lawak International 9: nak math A bukan math T

Seorang murid telah di tanya oleh guru math.STPM berhubung pencapaianya yang tidak memberangsangkan.

guru math: apa masalah kamu dalam subjek math. ni, saya dapati keputusan ujian kamu kurang memuaskan..

student: saya tidak dapat menguasai apa yang cikgu ajar kerana terlalu advance..

guru math: advance??? apa maksud kamu..

student: cikgu terus mengajar saya math. T ...saya nak belajar math A dulu...jadi macam mana saya nak faham terlalu jauh ke depan...

15 July 2010

Lawak International 8: ibu lahirkan bayi berkaki ayam

Setelah memberi rawatan kepada si romeo dr telah...

dr: awak jangan risau telinga dan pipi awak akan baik dalam masa beberapa hari lagi..

romeo: terima kasih dr rawat saya...

dr: sama sama....ooo kalau awak berkelapangan naik ke wad bersalin tingkat 3 ada seorang ibu baru melahirkan bayi berkaki ayam...

romeo: ya ke dr..ni berita gempar ni....saya nak g tengok lah...

dr: silakan...

romeo bergegas lagi ke tingkat 3...sampai di sana di lihatnya ramai kaum bapa berada di situ.

romeo: salam bang..

kaum bapa: wsalam...

romeo: kat mana seorang ibu lahirkan bayi berkaki ayam...

1 bapa: semua ibu di katil kat dalam tu bayinya berkaki ayam...

romeo: eh.. dr tadi kata satu orang bayi saja..

2 bapa: dik...semua bayi lahir berkaki ayam..mana ada bayi baru lahir pakai kasut...apa daaa...

romeo:..adoyai...(kena lagi aku)....malang aku hari ni...

cikgunikmie
15/7/2010
22.55 pm

Lawak International 7: lempeng vs ceper astro

Si romeo bergegas ke bahagian kecemasan sebuah hospital.

dr: kenapa dengan awak ni..?

romeo: telinga dan pipi saya kena sterika..

dr: ehh ni kes dera ni..awak kena buat report polis...

romeo: bukan kena dera dr..saya gosok sendiri...

dr: ooo patutlah masih berkedut... sebelah cam lempeng ..sebelah cam ceper astro nih...

romeo:...(ada yang kena sterika dgn aku nihh)...

cikgunikmie
15/7/2010
21.43

Lawak International 6 : Sterika jadi handphone

Seorang romeo sedang menunggu panggilan telefon julietnya. Pada masa yang sama beliau sedang menggosok baju untuk keluar dating pada hari tersebut. Si romeo leka menggosok tiba-tiba si remeo terdengar bunyi hpnya..

telefon: kring, kringgg...!!!!

romeo: yahooooooo...(dengan tidak semena-mena satu jeritan kuat menyusul)... adoiiiiiiiiiii, panas..habis telinga aku....

si romeo tergosok telinga sendiri akibat terlalu excited menerima panggilan telefon sedang yang di pegang pada ketika itu adalah sterika..


*moralnya; jgn menggosok ketika menunggu panggilan telefon...

cikgunikmie
15/7/2010
20.22pm

13 July 2010

Lawak International 5

Setelah 4 tahun belajar di USA , si anak mengutuskan surat kepada ayahandanya agar menghadiri majlis konvokesyen. Si anak telah menempah tiket penerbangan ke USA.

Pada tarikh yang tertera di tiket petani dan isteri menaiiki pesawat.

Petani: (memanggil pramugari)... mek!!! brapa lama nak sampai ni?..

Pramugari: ooo lama lagi 18 jam...pakcik

Petani: kalau macam tu pakcik boleh tido la ye?..

Pramugari: silakan pakcik...

Petani:.. pakcik risau ni mek!!! nanti terlepas stesen... pakcik nak pesan kalau dan sampai USA... tolong tekan loceng ye...

Pramugari:..tekan loceng apa pakcik?

Petani: ..loceng cam naik bas tu!!! kan ni airbus....

Pramugari: yelah pakcik..(senyum sendiri).....

Lawak International 4

Setelah melekatkan setem pada suratnya petani meninjau-ninjau peti surat dan memerhatikan orang ramai mengepos surat dengan menghulurkan surat ke lubang peti surat. Pada fikirannya ada orang mengambil surat itu.

Tiba gilirannya surat dihulur ke peti..tetapi surat tidak diambil (dalam fikirannya naper plak)...di perhatikan lagi orang mengepos dengan menghulur surat ke lubang peti surat.

Petani: kenapa aku punya tak nak ambik ni...

mencuba lagi... sekali surat tersangkut dan jatuh ke dalam peti...

Petani: (menunduk ke lubang peti surat dan menjerit)...oiiii pos ke USA tau.....!!!!!!!!

Lawak International 3

Kebijakan anak petani membolehkan belia belajar ke USA. Satu hari petani menerima sepucuk surat dari anaknya. Lalau petani ke pejabat pos untuk mengepos surat balasan kepada anaknya.

Petani: pakcik nak beli setem untuk surat ke USA

Kerani pos: (tanpa memandang petani) ..dua ringgit empat pakcik..

Petani: (menghulurkan duit RM 2.00)... nah..

Kerani pos: ini setem pakcik..(sambil menghulurkan setem berharga RM 2.40)..

Petani: aikk tadi kata dua ringgit empat.... mana lagi tiga..?

Kerani pos: (sambil menyemak duit)..pakcik kena tambah lagi 40 sen..

Petani: macamana ni?.. awak bagi satu je setem.. kena tambah lagi 40 sen!!!!.. naper plak...

Kerani pos: satu setem dua ringgit empat puloh sen ..pakcik..

Petani: (dengan mencebik)...lain kali cakap biar habis...

Kerani pos:.. menjeling malu....

Lawak International 2

Kerana kepandaian anak tunggalnya petani sangat gembira lalu mengerjakan kebun dgn penuh semangat.
Hasil kebun berlibat ganda. Maka, petani segera membeli sebuah motosikal untuk memudahkan pergerakannya memunggah hasil kebunnya.

Hari pertama menaiki motosikalnya petani terkial-kial memasukan gear.

Setelah memuatkan seguni durian petani terus menekan ke top gear..

Motor nya tidak bergerak.

Petani: apa pasal pulak ni..baru beli semalam takan dah rosak...

Tok Penghulu: (kebetulan lalu di tempat kejadian).. kenapa motor ko?

Petani: entah ler dah top gear tak mahu jalan jugak...

Tok Penghulu: ooo ko pakai gear 4...!!!! pakai gear 1 dulu...

Petani: cehh!!! tok... biar betul 4 pon tak jalan..1 lagi tak jalan...

Tok Penghulu: (geleng kepala).. ko cube dulu...

Petani: (menukar gear 4 ke 1)....huyooo 1 boleh angkat tayar depan la..... tok... (dari kejauhan)..

Lawak International 1

Di suatu kampung hidup petani suami isteri yang mempunyai anak lelaki tunggal. Tiba masanya anak tadi masuk belajar darjah satu.

Satu hari anaknya membawa pulang kad laporan kemajuan.

Petani terperanjat bila melihat laporan kad kemajuan anaknya.

Petani terus bergegas ke sekolah dengan perasaan marah.

Petani: cikgu!!! cube jelaskan kenapa anak saya hanya mendapat number satu,...

Guru kelas: (terpinga).. kalau dapat number satu itu baguslah pakcik..

Petani: Mana boleh satu je..anak saya pandai baca, menulis dan mengira...tak mungkin tak boleh dapat 10 ke?

Guru kelas: kat sekolah ni satu tu bagus... banyak tak bagus pakcik !!!!!..

Petani: ooooo macam tu ke?... kalau cam tu pakcik balik dulu lah...(dgn wajah tersipu-sipu)

Guru kelas:.... (pakcik ni tak sekolah ke?)....