Followers

Carian dalam Blog ini

31 August 2009

Guru Malaysia

GURU MALAYSIA
Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

Sajak Untuk Seorang Guru

Sajak Untuk Seorang Guru

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG1979

Dedikasi Guru Tingkatkan Kualiti Pendidikan

http://www.scribd.com/doc/19128208/Dedikasi-Guru-Tingkatkan-Kualiti-Pendidikan

Air Mata Ibu

Air Mata Ibu yang Aku Lihat

Jumaat 1975
Ayahanda mu bonda pergi buat selamanya
Air mata mu gugur...
Hilang sudah tempat mengadu
Hilang sudah tempat mengharap kasih
Jadilah bonda anak yatim piatu
Air mata ibu yang aku lihat
Aku tak mengerti saat itu

Jumaat 4 Oktober 1985
Suami mu bonda menyusuri ayahanda menemui yang Esa
Air mata mu menitis lagi
Hilang sudah tempat mencurah kasih
Hilang sudah tempat bergantung harapan
Jadilah bonda ibu tunggal
Air mata ibu yang aku lihat
Aku mengerti kini

Sabtu 26 Ogos 1995
Bonda kau pergi meninggalkan kami selamanya
Gugurkan air mata mu kali ini?
Bonda kau tinggal kami sebagai harta mu
Bonda semoga roh mu dicucuri rahmat
Air mata ibu yang aku lihat
Aku jadi lebih mengerti kini

Anak Mu Mie
10 Feb 1997
Guru

Untuk siapa nama keramat ini?
Kata orang guru bagai lilin membakar diri menerangi orang lain

Tapi apa yang di bakar....
Dikala anak didik mengemis segedung ilmu
Dikala anak didik menagih secebis asuhan
Dikala anak didik mengharap simpati
Dikala anak didik minta dikasih...

Untuk siapa nama keramat ini?
Kerana apa khidmat mu guru...
Kerana harta
Kerana nama
Kerana pangkat
Atau
Kerana ibadah...

Untuk siapa nama keramat ini?
Tangggungjawab mu perlu pengorbanan...
Korban detik
Korban upaya
Korban kekayaan
Korban segalanya

Untuk siapa nama keramat ini?
Untuk kitakah
Untuk semuakah
Untuk siapa nama keramat ini?....

Nicky’s
High Tea SMKPJ 1996

Hanya Padamu

Cinta ku hanya padamu sayang

Sejak dari pertama ku memandang mu sayang,
Cinta ku tak pernah sirna, sentiasa membugar segar.

Ku tahu terkadang cintaku di ragui....
Ku fahami itu, namun cintaku hanya padamu sayang.
Telah ku sebatikan dalam jiwa...cintaku hanya untuk mu,
hingga terhenti nafas ini pasti cintaku hanya untuk mu..

Ketentuan Ilahi kita ditakdirkan hidup bersama...
Banyak sudah ranjau, badai, gelombang menghempas
Istana kita tetap berdiri teguh, seteguh Himalaya ...

Marilah sayang, kita terus memperteguhkan istana impian
Bina dengan penuh kasih sayang , cinta-mencintai, hormat-menghormati

Tiada apa yang dapat memisahkan kita sayang..
Hanya hujung nyawa mampu meleraikan ikatan suci kita..
Andai itu akhirnya..
Moga kita jadi umat yang diberi Syafaat junjungan besar kekasih ALLAH
Moga kita jadi hamba yang datang kepadaNya dengan hati suci diberkati ALLAH

Cintaku kasihku

Kasih sayang kita bina demi kebahagian dunia dan akhirat
Itulah motto keluarga kita,,,
Marilah jayakannya
Jangan lagi menoleh kebalakang
Sama-sama kita pohon rahmat dan keberkatan Illahi
Dalam kesempatan beberapa ketika ini lagi
Ayuh cintaku kasihku..
Atur langkah agar kita tidak menjadi hamba yang kerugian

Anak-anak jadi kita kuat menempuh semuanya
Ku percaya pada rahmat dan keberkatanNya...
Pasti milik kita
Allah akan sentiasa menguji hamba yang di kasihiNya.

Sayangku
Dalam diriku, hanya ada kamu jadi harapan
Menumpang kasih sepanjang hayat dan...
Ku pasti menjaga mu selagi ada dayaku...

Isteriku manjaku...
Andai masih ada kesilapan ku di matamu
Maafkan daku untuk sekian kalinya
Kerna daku hanya insan biasa ....Tak lari dari kesilapan dan kelemahan
Hanya padaNya ku berserah dan kepadaNya ku pohon keberkatan

Di sini tempat kita disatukan, di sini abg pasti cinta abg hanya padamu sayang.
Hapuslah sangsi mu.......moga tenang milikmu yang hakiki.

Abg, Trolak S, 23 Ogos 2009

Isteriku

Isteriku

Ingat lagi detik kau jadi isteriku
Di mana hati mu
Malam bersejarah pasti kekal dalam ingatan
Aku terasa baru semalam ia berlalu

Isteriku
Kasih sayang ku tiada bandingan
Pada mu ku menumpang kasih
Tiada lagi insan lain tempat mengadu
Dalam hidup seditik cuma ini

Istana kita, kita pertahankan
Taman kita, kita serikan
Gelombang sama kita tempuh
Badai sama kita harungi

Isteriku
Curahkan kasih mu
Ku menanti tanpa jemu
Moga Tuhan restui mu
Jadi isteri solehah

Zuriatku kau lahirkan
Didik ia jadi insan
Satu amanah anugerah Tuhan
Bersama kita laksanakan

Isteriku
Pohon maaf
Andai hatimu pernah terluka
Aku Cuma insan biasa

Wassalam

1997.

Baru Belajar Buat Blog

Tanggal 31 Ogos 2009

Saya baru cuba membina blog sendiri atas kesedaran untuk berkongsi pengetahuan dalam dunia pendidikan dengan warga pendidik dan pelajar semua.

Semoga laman ini dapat memberi faedah bersama demi mencari keredhaanNya.

Untuk Aimran dan Azahara jadilah anak solehah dan taatlah pada perintah Rasul dan Allah.

Terima kasih kepada Isteri Tersayang yang sangat memahami moga hidup kita diberkatiNya.