Followers

Carian dalam Blog ini

31 August 2009

Guru

Untuk siapa nama keramat ini?
Kata orang guru bagai lilin membakar diri menerangi orang lain

Tapi apa yang di bakar....
Dikala anak didik mengemis segedung ilmu
Dikala anak didik menagih secebis asuhan
Dikala anak didik mengharap simpati
Dikala anak didik minta dikasih...

Untuk siapa nama keramat ini?
Kerana apa khidmat mu guru...
Kerana harta
Kerana nama
Kerana pangkat
Atau
Kerana ibadah...

Untuk siapa nama keramat ini?
Tangggungjawab mu perlu pengorbanan...
Korban detik
Korban upaya
Korban kekayaan
Korban segalanya

Untuk siapa nama keramat ini?
Untuk kitakah
Untuk semuakah
Untuk siapa nama keramat ini?....

Nicky’s
High Tea SMKPJ 1996

No comments: