Followers

Carian dalam Blog ini

14 March 2010

Tip Penjagaan Kesihatan Lelaki

5 Tip Penjagaan Kesihatan Lelaki

Ditulis oleh Dr. Ramli
Sabtu, 21 Jun 2008

Antara amalan yang dapat menguatkan tenaga batin seseorang lelaki itu adalah seperti dibawah ini.

1. Jangan amalkan minum air sejuk (ais).

Amalan di atas dikatakan boleh mengakibatkan zakar menjadi sejuk dan lembik. Walaupun tidak terdapat kajian yang dapat mengesahkannya, namun ramai lelaki yang mengatakan ada perubahan pada diri mereka apabila mereka mengamalkan tidak meminum air sejuk. Ada juga kalangan lelaki yang meminum air sejuk, merasakan zakarnya ngilu semasa mengadakan hubungan seks. Selain dari itu meminum air sejuk juga boleh menyebabkan penyakit lelah.

2. Jangan makan nasi berulamkan air.

Minumlah air setelah selesai makan. Kecualilah jika anda tercekik. Kesan sampingannya adalah sama seperti mereka yang minum air sejuk.

3. Jangan memakai seluar atau seluar dalam yang ketat.

Seluar dalam yang ketat akan membuatkan testis anda menjadi panas. Testis tidak sepatutnya panas kerana situasi sebegini akan menyebabkan sperma atau benih lelaki mati. Jadi ini boleh menyebabkan kemandulan.

4. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur.

Semasa kita tidur, aliran darah akan menuju kea rah zakar bagi membolehkan zakar menjadi sihat. Tindihan dari paha dan lutut isteri akan membantutkan aliran darah. Ini boleh menyebabkan zakar menjadi lemah.

5. Jangan kencing semasa berada di dalam air.

Kencing semasa anda berada di dalam air akan menggalakkan berlakunya jangkitan kuman pada pundit kencing. Ini adalah kerana sebahagian dari air itu akan dapat masuk kedalam saluran kencing setelah selesai anda kencing. Jadi, sekiranya air tersebut tidak begitu bersih maka ianya akan menyebabkan jangkitan kuman. Jangkitan kuman pada salur kencing juga akan mengganggu kesihatan batin anda.

Dikemaskini ( Jumaat, 30 Januari 2009 )

http://www.dr.com.my/index.php?option=com_content&task=view&id=186&Itemid=26

No comments: