Followers

Carian dalam Blog ini

10 March 2010

Perangi jenayah jalanan: Kenapa Tidak Tentera?

Salam to all,

Saya dgn ini ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri berganding bahu memerangi jenayah jalanan yang semakin berleluasa. Mengapa tidak kita gunakan anggota tentera untuk menambah bilangan anggota penguatkuasaan untuk membantu memerangi jenayah ini. Psikologinya jika penjenayah melihat anggota keselamatan maka modus operasinya mungkin akan terbantut. Moga kedua-dua kementerian dapat menimbangkan cadangan ini.

TQ

************************************************

09 Mac, 2010 23:53 PM

415 Polis Bantuan Bantu Perangi Jenayah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Seramai 415 anggota polis bantuan daripada 19 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membantu pihak berkuasa menjalankan tugas rondaan untuk memerangi jenayah jalanan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kesemua mereka dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor akan memulakan tugas rondaan di sekitar kawasan tempat mereka bertugas dalam masa terdekat ini.

"Anggota ini akan mengawasi kawasan sekitar tempat mereka bertugas bukan sahaja di dalam kompleks, malah di luar kompleks atau pejabat mereka bekerja," katanya pada sidang media selepas melawat kawasan Metro Prima, Kepong di sini hari Selasa.

Beliau berkata kerjasama itu bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan kepada 20 peratus penghujung tahun ini bagi mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian.

Katanya, kadar jenayah di Kuala Lumpur menurun sebanyak 1,911 kes dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini dari 6,478 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Kadar jenayah jalanan seluruh Kuala Lumpur pula menunjukkan penurunan sebanyak 1,236 kes dalam dua bulan pertama tahun ini dari 2,883 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

-- BERNAMA



No comments: