Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

18 March 2010

NAM wajar tangani anasir bunuh atas nama agama


2010/03/18

KUALA LUMPUR: Anggota Pergerakan Negara Berkecuali (NAM) menggalas tanggungjawab berat dalam menentang sebarang anasir yang kononnya bertindak atas kepentingan agama sehingga sanggup membunuh rakyat tidak berdosa.

Raja Muda Perak, Raja Dr Nazrin Shah bertitah, negara anggota perlu mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan pihak terbabit yang boleh disifatkan sebagai pengganas kerana menyalahgunakan agama untuk mencetuskan ketegangan antara penganut, sekali gus menjejaskan imej agama dianuti.

“Beta percaya tiada agama yang menyuruh penganutnya melakukan perbuatan tidak baik. Malah, semua agama menyuruh manusia berkelakuan baik dan mengelak terjerumus dalam kejahatan. “Setiap agama dan kepercayaan menyuruh kita untuk mengenali dan memahami sesama kita dan hidup dalam aman sejahtera,” titahnya pada Mesyuarat Khas Peringkat Menteri NAM mengenai Dialog Antara Kepercayaan dan Kerjasama untuk Keamanan dan Pembangunan di Manila, semalam.

Baginda dilantik sebagai utusan khas Kerajaan Malaysia bagi mengetuai delegasi negara ke mesyuarat khas yang berlangsung selama tiga hari, berakhir hari ini.

Raja Nazrin bertitah, sebenarnya tidak wujud sebarang konflik antara agama, sebaliknya yang berlaku adalah konflik kepentingan rakyat dan negara.

Katanya, keadaan itu berlaku apabila ada pihak yang cuba mendominasi atau merampas hak pihak lain atau apabila ada pihak yang cuba berlaku tidak adil kepada pihak lain sehingga mencetuskan keganasan, curiga dan permusuhan.
“Ia berlaku apabila ajaran agama disalahertikan atau ada pihak memutarbelitkan prinsip dan memanipulasikan agama untuk kepentingan sendiri,” katanya.

No comments: