Followers

Carian dalam Blog ini

30 November 2010

Cikgu

Cikgu

Bukan setakat mengajar ilmu
kena baca banyak buku
serba serbi kena tahu
kalau tak haru biru
murid-murid bercelaru
tiada tempat rujukan padu
gurulah 'mesin' setiap waktu.

Pagi-pagi cikgu jadi kerani
siapkan dokumen rasmi
ambik kedatangan murid setiap pagi
siapa hadir siapa tak mari
semuanya kena hitung dengan teliti
ada yang sakit
cikgu kena jadi 'misi'.

Cikgu kena pandai jadi kawan
murid-murid inginkan perhatian
dalam kelas ada yang meragam
bertingkahlaku tak ikut peraturan
banyak kena belajar ilmu menawan
agar murid hormat dan sopan
tiada yang melawan.

Cikgu juga kena pandai berlakon
mengajar dengan penuh tekun
murid berminat pulang otak tak kosong
menyampai ilmu bercontoh bukan omong kosong
murid mudah faham tak terlopong
bila ujian markah tak kosong.

Cikgu juga kena pandai melatih
apa saja bidang yang dipilih
kena belajar walau bertatih
demi anak didik yang dikasih
kebolehan guru kena tercanggih
tidaklah murid terhegeh-hegeh
mencontohi guru yang terpilih.

Guru juga kena pandai berkebun
kalau tak sekolah jadi macam dusun
tanam pokok-pokok bersusun
nampak cantik kemas dan anggun
pendek kata semua kerja kena pulun
itulah kerja guru bertahun-tahun
walaupun dipandang serong.

CNM, 30/11/2010, 12.56 pm

No comments: