Followers

Carian dalam Blog ini

26 November 2010

Doa dan Restu

Doa dan Restu

Cikgu doakan kalian
dipermudahkan dalam urusan
peperiksaan
tenangkan diri
lapangkan fikiran
baca berkali-kali soalan
pastikan apa yang dipersoalkan
garap rangka jawapan
jawaplah dengan keyakinan
bahawa jawapan itu seperti skemanya.

Cikgu restukan
segala ilmu yang telah diajarkan
hadirlah dalam setiap persoalan
bantu anak didikku dalam perjuangan
meneruskan pengajian
yang jadi impian
semoga diberi kekuatan
menempuhi ujian
yang ditunggu penuh debaran
bersama doa dan restu
cikgu-cikgu kalian.


Cikgunikmie, 21/11/2010, 23.36 pm

No comments: