Followers

Carian dalam Blog ini

09 February 2010

Lagi kemalangan maut libatkan kenderaan berat!!!!!

Salam 1 Malaysia,

Minggu ini kita di laporkan dengan 3 kemalangan maut melibatkan kenderaan berat di lebuhraya utama negara PLUS. Berikutan kemalangan maka kenyataan bahawa kawasan kemalangan adalah kawasn yang sering berlaku kemalangan dan berbahaya kepada pemandu. Persoalannya, apa langkah-langkah yang telah pihak PLUS ambil untuk mengelakkan kemalangan maut di kawasan berisiko ini. Setekat pengetahuan saya, tiada amaran/atau peringatan di kawasan Senawang yang mengingtakan pemandu agar berhati-hati kerana kawasan berkenaan sering berlaku kemalangan maut.

Saya mencadangkan pihak PLUS perlu;

1. Menyediakan kawasan meletak kenderaan berat khas di sepanjang lebuh raya bagi kenderaan yang rosak di setiap 5/10 kilometer setiap satu. Langkah ini perlu bagi menjamin keselamatan pengguna lain.

2. Menguruskan kenderaan rosak tadi di bawah ke tempat khas.

3. memperbanyakan papan tanda peringatkan di kawasan berisiko.

4. Mempertingkatkan rondaan mengesan kenderaan yang rosak.

satu tindakan segera dan efektif perlu di ambil agar lebuh raya tidak menjadi perangkan maut kepada pengguna.

**************************************************************************************

Wanita maut kereta rempuh treler di tepi lebuh raya

IPOH: Seorang wanita terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 207.5 Lebuhraya Utara-Selatan dekat Kamunting hari ini.


Jurucakap polis berkata, mangsa yang terbunuh dalam kejadian 4.32 petang tadi dikenali sebagai Tai Yuen Keow, 39, berasal dari Lawan Kuda, Gopeng.

"Mangsa mengalami cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Taiping untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, nahas berlaku ketika mangsa yang memandu sendirian dari Ipoh ke Butterworth dikatakan gagal mengawal keretanya lalu terbabas dan merempuh belakang sebuah treler yang diletakkan di lorong kecemasan di lebuh raya berkenaan.

Jurucakap itu berkata, anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit sebelum dihantar ke hospital.

Mangsa dikatakan hendak melawat suaminya yang bertugas di Butterworth. - Bernama, 9/2/2010



No comments: