Followers

Carian dalam Blog ini

02 February 2010

Parlimen Malaysia

Jenis Dwidewan
Dewan Dewan Rakyat
Dewan Negara

Yang di-Pertua Dewan Rakyat
Pandikar Amin Mulia, Barisan Nasional - UMNO sejak 28 April 2008

Presiden Dewan Negara Abdul Hamid Pawanteh, Barisan Nasional - UMNO sejak 7 Julai 2003

Ahli 292 (222 Ahli Parlimen dan 70 Senator)

Kumpulan politik Barisan Nasional
Pakatan Rakyat

Pilihanraya terakhir 8 Mac 2008

Tempat mesyuarat Bangunan Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur, Malaysia
Laman web http://www.parlimen.gov.my/

Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan kebangsaan Malaysia, berdasarkan sistem Parlimen Westminster. Parlimen Malaysia terdiri daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara (atau Senat). Ahli Dewan Rakyat dikenali sebagai ahli Parlimen, manakala ahli Dewan Negara diberi gelaran Senator.

Satu pilihan raya diadakan setiap empat atau lima tahun untuk memilih wakil-wakil ke Dewan Rakyat; manakala ahli-ahli Dewan Negara, iaitu senator, sama seperti ahli-ahli Dewan Pertuanan di United Kingdom, dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong.

Sidang Parlimen Malaysia diadakan di Bangunan Parlimen yang terletak di bandaraya Kuala Lumpur. Persidangan terkini adalah merupakan kali ke-12, dirasmikan di bangunan parlimen pada 28 April, 2008. Speaker Parlimen kini ialah Tan Sri Pandikar Amin Mulia, yang dilantik menggantikan Tan Sri Ramli Ngah Talib.

Dewan Rakyat Malaysia

Jenis Dewan Rendah
Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, BN sejak 29 April 2008
Anggota 222
Parti politik Barisan Nasional (140)
Pakatan Rakyat (81)
Bebas (1)
Pilihanraya terakhir 8 Mac 2008
Tempat Persidangan Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur
Laman web http://www.parlimen.gov.my

Dewan Rakyat ialah dewan rendah bagi Parlimen Malaysia.
Semua rang undang-undang perlulah diluluskan oleh kedua-dua dewan parlimen - Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
sebelum dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mendapat perkenan diraja.
Ahli-ahli Dewan Rakyat juga dikenali sebagai Ahli Parlimen dan Ahli Yang Berhormat.
Sepertimana Dewan Negara, Dewan Rakyat bersidang di Bangunan Parlimen Malaysia di Kuala Lumpur.

Dewan Negara

Ahli Dewan Negara bersidang di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.
Dewan Negara ialah senat bagi Persekutuan Malaysia.
Ia bertindak sebagai dewan perwakilan rakyat yang tertinggi di Malaysia.
Dewan Negara merupakan salah satu daripada dua dewan dalam Parlimen, satu laginya dikenali sebagai Dewan Rakyat.
Seramai 69 ahli Dewan Negara atau senator dimana hanya 26 daripada 69 tidak dipilih melalui pengundian oleh negeri dengan 2 senator setiap negeri di Persekutuan and 43 lagi dilantik dan dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong. Tugas Dewan Negara ialah mengkaji semula dan meluluskan rang undang-undang yang dibawa naik oleh oleh Dewan Rakyat.
Kedua-dua dewan perlu meluluskan rang undang-undang yang dibuat sebelum akhirnya dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong untuk perkenan Baginda.

No comments: