Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

18 June 2010

Bola sepak



Bentuk mu bulat
Membawa angin mampat
Terbang ke sana ke mari
Mengikut kaki berlari
Di tolak ke tengah ke tepi
Berpusing tanpa henti

Bola sepak

Mengajar aku disiplin jati diri
Mengajar aku mengenali rakan sendiri
Mengajar aku pantas mencari
Mengajar aku mengikut naluri

Mengajar aku memahami musuh
Mengajar aku erti bersungguh
Mengajar aku mengelak di rempuh
Mengajar aku berhati ampuh

Latih aku bersatu membantu
Latih aku memburu tidak kaku
Latih aku lari meluru
Latih aku bertemu seteru

Bola sepak

Buat aku menendang
Buat aku merancang
Buat aku menyerang
Buat aku cemerlang

Buat orang naik gila
Buat orang terkinja kinja
Buat orang hilang harta
Buat orang kaya raya


Bola sepak

Kena bersedia terima suratan
Kena bersedia mental tubuh badan
Kena bersedia skil taktikal plan
Kena bersedia menerima kutukan

Tolak kepentingan diri sendiri
Tolak ketamakan menjaring sendiri
Tolak masalah ke luar memori
Tolak rasuah yang memakan diri

Bola sepak

Permainan manusia sejagat
Permainan memberi darjat
Permainan berseni kena sepakat
Permainan lelaki yang berkudrat

Industri zaman berzaman yang popular
Ramai sudah jadi superstar popular
Dikejari penaja punya wang berdollar
Peminat fanatik tumpang jadi glamor

Bola sepak

Sejak kecil sebati di jiwa
Sukar melepaskan dek minat membara
Jadi penonton di hujung usia
Kasut digantung tanda bersara

Bolasepak..
semua mengenalinya jua...

Cikgunikmie
18/6/2010
12.10 noon

No comments: