Followers

Carian dalam Blog ini

17 January 2010

Info Perlembagaan Malaysia

Pengenalan Perlembagaan

• Perlembagaan merupakan undang-undang yang mengandungi peraturan serta prinsip sebagai asas kepada pembentukan kerajaan dan juga panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan kuasa dan mentadbir negara.
• Perlembagaan sesebuah negara boleh wujud dalam bentuk bertulis dan juga tidak bertulis. Perlembagaan Malaysia adalah contoh perlembagaan bertulis. Contoh perlembagaan tidak bertulis ialah perlembagaan United Kingdom.
• Perlembagaan menjadi asas penting untuk menjamin kesinambungan pentadbiran dan kestabilan politik. Ia menjamin pentadbiran yang cekap, jujur, ikhlas, telus dan adil serta menjamin taat setia rakyat yang tidak berbelah bagi kepada negara.
Keluhuran Perlembagaan
Keluhuran Perlembagaan bermaksud ketinggian dan keagungan undang-undang atau perlembagaan itu sendiri. Keluhuran Perlembagan Malaysia terletak kepada kedudukannya sebagai undang-undang tertinggi yang menjadi sumber dan punca kepada semua undang-undang. Semua undang-undang lain hendaklah tidak bertentangan dengan perlembagaan Perkara 4(1). Keluhuran Perlembagaan mengatasi YDPA, Parlimen, Perdana Menteri dan Badan Kehakiman. Ini menjadikannya sebagai pelindung kepada rakyat.
Semua undang-undang mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, jika tidak maka undang-undang itu adalah terbatal. Badan Kehakiman adalah badan yang bertanggungjawab menjaga dan memelihara keluhuran dan ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Badan ini berkuasa menentukan kesahihan sesuatu undang-undang
Kandungan Perlembagaan Persekutuan
• Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat.
• Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti:
. Agama Islam sebagai agama rasmi;. Kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak;
. Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan,
. Soal kerakyatan.
Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan:
Perkara 1 hingga 4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan
Perkara 5 hingga 13 Kebebasan Asasi
Perkara 14 hingga 22 Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan)
Perkara 23 hingga 28A Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan)
Perkara 29 hingga 31 Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan)
Perkara 32 hingga 37 Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara)
Perkara 38 Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Raja)
Perkara 39 hingga 43C Persekutuan (Bab 3 – Pemerintah)
Perkara 44 hingga 65 Persekutuan (Bab 4 – Badan-badan Perundangan Persekutuan)
Perkara 66 hingga 68 Persekutuan (Bab 5 – Acara perundangan)
Perkara 69 Persekutuan Bab 6 – Keupayaan terhadap harta, kontrak Dan guaman )
Perkara 70 hingga 72 Negeri-negeri
Perkara 73 hingga 79 Perhubungan Antara persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 1 – Bahagian kuasa-kuasa perundangan)
Perkara 80 hingga 81 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 2 – Pembahagian antara kuasa-kusa pemerintah)
Perkara 82 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-Negeri (Bab 3 – Pembahagian beban kewangan)
Perkara 83 hingga 91 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 4 – Tanah)
Perkara 92 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 5 – Pembangunan negara)
Perkara 93 hingga 95 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 6 – Tinjauan, nasihat Persekutuan kepada Negeri dan pemeriksaan mengenai kegiatan Negeri)
Perkara 95A hingga 95E Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri (Bab 7 – Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan)
Perkara 96 hingga 112 Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 1 – Am)Perkara 112A – 112D Peruntukan-peruntukan Kewangan (Bab 2 – Pemakaian Bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak)
Perkara 113 hingga 120 Pilihanraya
Perkara 121 hingga 131A Perhakiman
Perkara 132 hingga 148 Perkhidmatan Awam
Perkara 149 hingga 151 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat
Perkara 152 hingga 160B Am dan Pelbagai
Perkara 161 hingga 161H Perlindungan Tambahan bagi Sabah dan Sarawak
Perkara 162 hingga 180 Peruntukan Sementara dan Peralihan
Perkara 181Pengecualian bagi Kedaulatan Raja-raja
Perkara 183 hingga 183 Prosiding Terhadap Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Beberapa Perkara Asas Perlembagaan
Kedudukan Yang Di-Pertuan Agong (YDPA)Perkara 32 menyatakan Ketua utama bagi Persekutaun ialah YDPA, iaitu seorang raja yang dipilih daripada raja-raja sembilan buah negeri Melayu. Berdasarkan sistem Raja Berpelembagaan, YDPA diberi kuasa memerintah Persekutuan. Namun begitu Perkara 39 dan 40 menyatakan bahawa baginda dikehendaki bertindak atas nasihat jemaah menteri atau seorang menteri yang diberi kuasa dari jemaah menteri.
Perkara 41 pula menyatakan YDPA juga adalah Pemerintah tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, sementara Perkara 42 pula meletakkan baginda mempunyai kusa untuk mengampun dan menangguhkan hukuman terhadap orang yang telah disabitkan oleh mahkamah tentera bagi kesalahan-kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Perkara 44 meletakkan baginda salah satu daripada tiga komponen badan perundangan Persekutuan, iaitu Parlimen.
Perkara 71 pula menyediakan peruntukan bagi menjamin hak sesorang raja sesuatu negeri untuk mewarisi, memegang, menikmati dan menjalankan hak-hak keistemewaan di sisi perlembagaan bagi sesorang raja di dalam negeri itu.
Perkara 153 telah mengamanahkan baginda tanggungjawab untuk memelihara kedudukan istemewa orang-orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum lain.
Perkara 122B menjelaskan bahawa kuasa melantik semua hakim Mahkamah Persekutuan dan Mahkamah Tinggi adalah ditangan baginda atas nasihat Perdana Menteri dan setelah berunding dengan Majlis Raja-raja.
Kedudukan Agama Islam
Perkara 3 Perlembagaan menjelaskan bahawa ugama Islam ialah ugama rasmi bagi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan bebas (Perkara 11). Namun begitu hak-hak seseorang untuk mengembangkan agama boleh dikawal atau disekat oleh undang-undang negeri, atau undang-undang Persekutuan bagi kes Wilayah Persekutuan, jika pengembangan itu dibuat di kalangan mereka yang telah menganut agama Islam – Perkara 11 (4).
Kedudukan Bahasa Melayu
Perkara 152 (1) menguatkuasakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahasa ini secara automatisnya menjadi bahasa perantaraan untuk digunakan dalam semua maksud rasmi. Maksud “rasmi” ditakrifkan oleh Perkara 152 (6) dengan makna “apa-apa jua maksud kerajaan sama ada kerajaan Persekutuan atau kerjaan negeri dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam”.
Kedudukan Istimewa Orang Melayu
Perkara 153 Perlembagaan telah memaktubkan Hak Istemewa Orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi :
- perkhidmatan awam : Perkara 153 (2,3 dan 4)
- ekonomi : Perkara 153 (6)
- pelajaran: Perkara 153 (2,3 dan 4)
- Kedudukan Istimewa orang Melayu yang lain termasuklah peruntukan Perkara 89 dan 90 – berhubung dengan tanah rizab Melayu.- Hak-hak ini tidak boleh dipertikaikan dan ia dilindungi di bawah Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).
Kewarganegaraan
Apabila Perlembagaan 1957 maka dengan sendirinya negara mempunyai undang-undang kerakyatannya yang selaras. Kewarganegaraan dalam Perlembagaan boleh dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu:-
- Perolehan KewarganegraanBahagian 3 Perlembagaan (Bab 1)
- Penamatan Kewarganegaraan Bahagian 3 Perlembagaan (Bab 2)
-Peruntukan Tambahan Bahagian 3 Perlembgaan (Bab 3)
Dalam Perlembgaan ada dua cara menyebabkan seseorang itu boleh hilang kewarganegaraannya:-Perkara 24 menyatakan bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya mendapat kerakyatan daripada negara lain-Perkara 25 menyebut bahawa kerakyatan akan dilucutkan sekiranya terbukti tidak setia kepada negara.
Kebebasan Hak Asasi
Malaysia adalah sebuah negara demokrasi yang memberikan Kebebasan Hak Asasi kepada seluruh warganegaranya sebagaimana yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.
Hak-Hak Asasi ini meliputi :Perkara 5 : Kebebasan Diri Perkara 6 : Kebebasan Ekonomi (hamba abdi dan buruh paksa)Perkara 7 : Perlindungan daripada undang-undang JenayahPerkara 8 : Hak KesamarataanPerkara 9 : Hak Kebebasan BergerakPerkara 10 : Kebebasan Bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuanPerkara 11 : Kebebasan BeragamaPerkara 12 : Hak Mendapat Pendidikan Perkara 13 : Hak Terhadap Harta
Catatan : Untuk kepentingan, kebaikan dan keselamatan negara keseluruahannya hak-hak tersebut boleh disekat melalui antaranya:
• Perkara 149 – Perbuatan Subversif
• Perkara 150 – Kuasa-kuasa Darurat
• Perkara 159 – Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960
• Akta Universiti dan Kolej 1971 pindaan 1975
Pindaan Perlembagaan
• Sungguhpun Perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi namun ia tetap boleh dilentur (flexible). Ini bermakna ia boleh dibuat pindaan demi kepentingan rakyat dan negara. Sungguh pun bengitu pindaan perlembagaan Malaysia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.
• Sejak tahun 1957, Perlembagaan Malaysia telah beberapa kali dipinda dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat, menjaga keselamatan negara dan melicinkan urusan pentadbiran negara.
• Perlembagaan Malaysia boleh dipinda melalui empat cara sepertimana yang digariskan di bawah Perkara 159 dan 161E:
i. Mendapat pungutan suara majoriti biasa dari tiap-tiap buah Majlis Parlimen (a simple majority at both the Senate and the House of Representatives);
ii. Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tiap Majlis Perlimen (two-thirds majority of the members of both houses) ;
iii. Mendapat suara dua pertiga dari tiap-tipa Majlis Perlimen dan mendapat keizinan daripada Majlis Raja-raja (consent of the Conference of Rulers) ;
iv. Perkara yang menyentuh Sabah dan Sarawak memerlukan pungutan suara dua pertiga Parlimen dan persetujuan Yang di-Pertua Negeri (consent of either the Yang diPertua negeri of Sabah or Sarawak) .
Catatan:Pindaan Perlembagaan Malaysia juga boleh berlaku melalui Perkara 150.

No comments: