Followers

Carian dalam Blog ini

21 January 2010

Soalan Contoh Geografi Manusia STPM Tema 1: Penduduk

Bab 1: Penduduk

1. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan sumber manusia.

Sumber manusia ialah tenaga buruh yang penting dan berharga kepada sesebuah negara.


(b) Mengapakah sumber manusia di sesebuah negara perlu dibangunkan dengan sepenuhnya.

Sumber manusia di sesebuah negara dibangunkan kerana menghasilkan tenaga kerja dan saiz pasaran yang mencukupi kepada negara.Selain itu,ia juga untuk melakukan kerja-kerja yang menggunakan tenaga kudrat(otot)seperti mengerjakan tanah pertanian dan buruh di sektor pembinaan. Tenaga buruh yang berkualiti Adalah mereka yang memiliki tahap kesihatan yang baik dan berkeupayaan melakukan kerja fizikal yang lasak. Tambahan pula, ia juga untuk melakukankerja-kerja sawah,buruh ladang ,atau buruh binaan penduduk lelaki Yang ramai, sihat, dan muda sangat diperlukan. Dengan itu, ia untuk menguasai teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta kemahiran berbahasa khususnya Bahasa Inggeris. Seterusnya,jumlah buruh, tahap kesihatan, jantina ,umur, kesanggupan.dan moboliti tenaga manusia sangat mustahak dalam menentukan produktiviti sesuatu sektor. Akhir sekali,ia juga dibangunkan kerana memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran multi dimensi dalam Bidang ICT seperti e-dagang,e-pelaburan,e-governan,dan sebagainya.

(c) Bandingkan kualiti sumber manusia di negara maju dengan sedang membangun.

Kualiti sumber manusia di negara-negara maju diukur melalui cirri-ciri seperti kesihatan, tahap pendidikan yang tinggi. Di negara sedang membangun pula kualiti sumber manusia tidak diberi keutamaan yang serius sebaliknya kuantiti manusia diberi keutamaan.


2. (a) Kenal pastikan lima kualiti sumber manusia yang berdaya saing pada masa kini.

Lima kualiti sumber manusia ialah ciri-ciri fizikal dan kesihatannya,tahap pendidikan dan kemahiran yang dimiliki,keterbukaan,mobility,sikap,serta kemenjadiannya.

(b) Cadangkan lima langkah yang boleh diambil untuk membangunkan kualiti sumber manusiadi sesebuah negara.

Lima langkah yang boleh diambil untuk membangunkan kualiti sumber manusia di sesebuah negara ialah memajukan tahap pendidikan iatu dengan berfikir secara kritif dan kreatif untuk meningkatkan produktiviti nagara.
Langkah kedua ialah,mewujudkan tahap kesihatan yang tinggi agar berupaya melakukan pelbagai pekerjaan. Selain itu,tahap kemahiran yang menguasai teknologi maklumat dan komunikasi serta mahir berbahasa Inggeris juga perlu diwujudkan. Langkah yang seterusnya ialah perlu memberi latihan yang mantap agar tahap pekerjaan mereka meningkat. Langkah yang akhir ialah,sikap keterbukaan yang sanggup memberi dan menerima pandangan orang lain.

Bab 2: Taburan Penduduk

1a) Apakah yang dimaksudkan dengan pola taburan penduduk?

Pola taburan penduduk merujuk kepada sebaran penduduk di sesuatu kawasan di muka bumi. Pola taburan ini berbeza antara kawasan. Terdapat tiga jenis pola taburan penduduk, iaitu padat, sederhana dan jarang. Taburan penduduk padat terdapat di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur. Taburan penduduk sederhana pula terdapat di kawasan bandar kecil seperti Keluang manakala taburan penduduk jarang terdapat di kawasan pedalaman, gurun dan kawasan berpaya.

b) Huraikan faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia.

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi taburan penduduk di Malaysia, antaranya faktor ekonomi. Kawasan yang mempunyai pelbagai kegiatan ekonomi akan menjadi tumpuan penduduk kerana terdapat banyak peluang pekerjaan di kawasan itu. Antara aktiviti ekonomi yang dijalankan ialah aktiviti perindustrian dan perniagaan yang giat seperti di Shah Alam dan Bayan Lepas.

Faktor pembandaran juga mempengaruhi taburan penduduk. Sesebuah kawasan yang mengalami proses pembandaran akan berubah fungsi. Kawasan bandar yang mempunyai kemudahan seperti hospital, klinik, kedai makan, bank dan lain-lain akan menyebabkan penduduk bertumpu. Kawasan pedalaman berpenduduk jarang kerana kekurangan kemudahan infrastruktur dan sosial. Faktor dasar kerajaan turut mempengaruhi taburan penduduk melalui penubuhan Rancangan Pembangunan Wilayah melalui skim FELDA dan FELCRA, DARA, KEJORA, KESEDAR dan lain-lain lagi. Penduduk dari pelbagai kawasan di seluruh negara ditempatkan di kawasan ini untuk bergiat dalam aktiviti pertanian seperti penanaman getah dan kelapa sawit secara lading. Kawasan asalnya yang berpenduduk jarang akhirnya menjadi kawasan yang padat.

Faktor sumber alam turut mempengaruhi taburan penduduk. Kawasan yang mempunyai banyak sumber alam akn menjadi tumpuan penduduk untuk meneroka sumber alam tersebut. Lembah Klang dan Lembah Kinta kaya dengan sumber bijih timah suatu ketika dahulu mempunyai penduduk ramai yang bekerja dalam sector perlombongon. Kawasan Paka dan Kerteh juga menjadi tumpuan kerana terdapatnya sumber petroleum dan gas asli. Faktor bentuk muka bumi juga mempengaruhi taburan penduduk. Kawasan tanah pamah yang subur menjadi tumpuan penduduk. Kawasan tanah pamah aluvium amat sesuai untuk tananam padi telah menjadi tumpuan penduduk seperti di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan. Manakala kawasan pedalaman yang dipenuhi hutan tebal dan berpaya berpenduduk jarang seperti di pedalaman Sabah dan Sarawak. Faktor saiz sesebuah kawasan juga mempengaruhi taburan penduduk. Dengan jumlah penduduk yang sama tetapi saiz negeri yang berbeza maka taburan penduduk juga berbeza. Di negeri Pahang, taburan penduduknya kurang padat berbanding dengan Melaka kerana keluasan Pahang jauh lebih besar daripada keluasan Melaka.

c) Jelaskan kesan taburan penduduk yang padat dan tidak padat ke atas eksploitasi sumber alam di Malaysia.
Kesan taburan penduduk yang padat terhadap eksploitasi sumber alam di Malaysia telah menyebabkan berlakunya kepupusan atau kehabisan sumber alam.Penduduk yang ramai akan menyebabkan permintaan yang tinggi terhadap sumber alam.Contohnya,peningkatan jumlah penduduk menyebabkan permintaan petroleum meningkat.Lama-kelamaan sumber ini akan habis.Penduduk yang padat menyebabkan lebih banyak kawasan diperlukan untuk membina petempatan dan seterusnya membawa kepada peningkatan jumlah kemusnahan hutan.Penduduk yang padat juga akan menyebabkan pertambahan bilangan kenderaan di atsan jaln raya.Hal ini menyebabkan lebih banyak gas-gas beracun seperti karbon monoksida dilepaskan daripada asap kenderaan yang menyebabkan masalah pencemaran udara.

Pembinaan bangunan yang semakin banyak pula akan memyebabkan suhu meningkat dan membentuk pulau haba di kawasan bandar.Kemusnahan hutan juga terjadi kerana lebih banyak kawasan baru diteroka untuk membina bangunan dan kawasan perumahan.Secara tidak langsung akan memnebabkan berlakunya tanah runtuh,pemusnahan kawasan tadahan air dan juga akan memganggu ekosistem dan habitat haiwan.Kawasan penduduk padat juga menyebabkan berlakunya tekanan terhadap sumber alam terutama sumber tanah.Di kawasan ini berlaku persaingan guna tanah untuk petempatan, perindustrian, pembandaran, infrastruktur, pertanian dan lain-lain. Kesannya saiz relatif tanah menjadi semakin sempit dan harga tanah semakin meningkat. Contohnya, di kawasan Kuala Lumpur, Shah Alam, Alor Setar dan Ipoh.

Penduduk yang padat juga member kesan yang baik, iaitu sumber di sesuatu kawasan dapat dibangunkan secara optimum. Sumber yang ada tidak akan dibazirkan. Misalnya, tanah dapat dimajukan sepenuhnya menjadi kawasan petempatan, pertanian, perindustrian dan lain-lain.Tenaga kerja juga mencukupi untuk meneroka kawasan ini. Di kawasan ini, pelbagai produk sumber alam boleh dihasilkan bagi memenuhi keperluan penduduk seterusnya menggalakkan inovasi dalampengeluaran. Kawasan penduduk tidak padat pula akan membawa kepada pembaziran sumber alam kerana kekurangan tenaga buruh untuk mengeksploitasi sumber alam. Tingkat teknologi yang rendah juga menyebabkan sumber alam tidak dapat diteroka. Hal ini banyak berlaku di kawasan pedalaman Pahang, Sabah dan Sarawak.


2. Peta 1 menunjukkan taburan penduduk di bandar-bandar Asia Tenggara.

a) Berdasarkan peta, namakan lima bandar di Asia Tenggara yang mempunyai penduduk lebih daripada satu juta orang.

Bandar-bandar itu ialah Manila, Bangkok, Jakarta, Singapura, dan Hanoi.

b) Mengapakah penduduk bertumpu di bandar-bandar utama di Asia Tenggara?
c)
Penduduk bertumpu di bandar-bandar utama di Asia Tenggara kerana pelbagai faktor.Pertama,bandar-bandar utama ini adalah ibu kota negara masing-masing yang menjadi tempat tumpuan segala kemudahan untuk kehidupan ekonomi,sosial,politik, dan budaya.Kedua,bandar-bandar ini juga menjadi kawasan tumpuan aktiviti ekonomi seperti industri perkilangan,perdagangan dan perkhidmatan.Aktiviti demikian menjana banyak peluang pekerjaan kepada tenaga kerja negara yang sebahagian besarnya datang dari desa dan bandar-bandar kecil.


Ketiga,kemudahan sosial yang banyak disediakan di bandar-bandar utama seperti pendidikan tinggi,hospital pakar, pejabat-pejabat pentadbiran negara, sukan, rekreasi, hiburan dan budaya menyebabkan ramai penduduk bertumpu dan memilih untuk tinggal dalam atau berhampiran bandar-bandar utama.Keempat,ramai penduduk desa dan bandar kecil berpindah ke bandar-bandar utama kerana kawasan desa dan bandar kecil kurang kemudahan ekonomi,sosial dan mundur serta kurang peluang pekerjaan berbanding dengan ibu negara yang memberi banyak peluang untuk mencari nafkah dan meningkatkan taraf hidup.


d) Jelaskan masalah-masalah alam sekitar fizikal yang dihadapi oleh bandar-bandar besar akibat daripada tumpuan penduduk yang terlalu ramai.

Masalah pertama ialah penduduk terlalu padat, kekurangan perumahan dan kemudahan asas membuatkan pembuangan najis (pembetungan) dan pelupusan sampah terabai yang menyebabkan pencemaran udara, sungai, dan alam sekitar bandar giat berlaku.Kedua, perindustrian yang berlalu banyak sukar dikawal membawa kepada pencemaran udara dan sungai melalui pembuangan sisa yang beracun dan berbahaya.

Ketiga, kenderaan terlalu banyak,jalan-jalan raya sesak membawa kepada pencemaran udara dan bunyi bising. Udara di bandar-bandar utama menjadi tidak sihat, dan bunyi bising memganggu ketenteraman hidup.

Keempat ,suhu bandar utama agak tinggi berbanding kawasan sekelilingnya kerana haba dari kilang-kilang, kenderaan, bangunan yang menggunakan penghawa dingin, dan jalan-jalan yang diturap menyebabkan haba panas terkumpul di kawasan bandar. Kelima.oleh kerana tumpuan penduduk yang padat dan aktiviti bandar yang pelbagai, bandar-bandar utama biasanya kekurangan kawasan hijau seperti taman dan tasik yang boleh menyederhanakan suhu dan dijadikan kawasan rekreasi.


Bab 3: Pertumbuhan Penduduk

1a) Apakah yang dimaksudkan dengan kadar pertumbuhan penduduk?

Pertumbuhan penduduk sesuatu kawasan berlaku antara dua tahun contohnya, pada tahun 1980 dan 1990 kerana terdapat pertambahan bilangan berpunca daripada kelahiran dan migrasi masuk setelah ditolak bilangan yang mati dan berpindah keluar (migrasi keluar) kawasan. Bilangan penduduk yang bertambah itu boleh dikira dalam bentuk peratus setahun mengunakan formula pertambahan atau petumbuhan penduduk. Angka peratus setahun atau tahunan itu merupakan kadar pertumbuhan penduduk yang berbeza tinggi rendahnya dari satu kawasan ke satu kawasan yang lain dan dari satu tahun ke satu tahun yang lain.

b) Huraikan ciri penduduk sebuah negara dalam konteks peralihan demografi negara membangun.

Pada masa ini, negara-negara sedang membangun mengalami proses peralihan demografi yang menunjukkan bebrapa cirri penduduk yang agak ketara. Pertama ialah kadar kelahiran yang masih agak tinggi, iaitu melebihi 2.0 peratus setahun. Kadar tinggi ini berpunca daripada pelbagai faktor seperti struktur penduduk muda, kadar kesuburan tinggi dalam kalangan penduduk wanita, taraf pendidikan rendah dalam kalangan wanita, adat resam termasuk hukum agama dan kurangnya keberkesanan program perancangan keluarga.
Kedua ialah kadar kematian yang semakin rendah yang berpunca daripada kemajuan teknologi perubatan dan kaedah penjagaan kesihatan yang baik, pemakanan yang sempurna dan kurangnya penyakit berjangkit yang serius. Kadar kematian yang rendah, iaitu kurang daripada satu peratus setahun dan kadar kelahiran yang masih tinggi menyebabkan kadar pertambahan penduduk semula jadi tinggi di negara-negara sedang membangun pada masa ini terutama di Afrika, Asia Selatan dan Amerika Selatan. Inilah yang dipanggil ledakan penduduk.
Kebanyakan negara di benua tersebut merekodkan kadar pertumbuhan penduduk melebihi 2.5 peratus setahun. Oleh sebab kadar kelahiran dan pertumbuhan penduduk tinggi, maka wujudlah satu lagi ciri utama penduduk negara sedang membangun, iaitu penduduk muda (umur bawah 40 tahun) melebihi 35 peratus daripada jumlah penduduk. Penduduk muda adalah punca kadar kesuburan tinggi dan kadar kematian rendah. Kadar kelahiran kekal tinggi akan menyebabkan kadar kematian terus turun, kadar petambahan penduduk semula jadi tinggi, dan proses demografi terus barada dalam peralihan. Proses peralihan demografi akan tamat apabila kadar kelahiran bertemu dengan kadar kematian pada aras yang rendah seperti yang dialami oleh negara-negara maju seperti Norway, Sweden dan Jepun.

c) Jelaskan masalah kependudukan yang dihadapi oleh sesebuah negara sedang membangun.

Sesebuah negara sedang membangun menghadapi pelbagai masalah kependudukan seperti mengurangkan kadar kelahiran, menanggung beban penduduk muda yang tidak produktif dari segi ekonomi memenuhi kehendak penduduk muda yang ramai seperti kemudahan pendidikan, kesihatan dan peluang yang banyak. Dalam kebanyakan negara, dasar mengawal pertambahan penduduk sukar dicapai kerana sebab-sebab tertentu seperti adat resam dan amalan social seperti menggalakan kahwin muda dan mempunyai seramai anak yang boleh. Keadaan begini biasanya berlaku di negara-negara miskin yang tidak mampu menyediakan kemudahan pendidikan yang menyeluruh kepada semua penduduk yang memerlukan. Biasanya kanak-kanak perempuan yang tertinggal daripada arus kemjuan sosial melalui pendidikan. Oleh itu, mereka akan berkahwin pada usia yang masih muda dan mempunyai kadar kesuburan tinggi.
Negara sedang membangun yang miskin tidak mampu menanggung beban penduduk muda yang tidak produktif dari segi ekonomi. Penduduk muda yang ramai perlu diberi pendidikan, dirawat jika sakit, diberi kemudahan riadah dan bersukan serta dilatih untuk bekerja dalam bidang-bidang tertentu. Keperluan itu semua dibiayai dengan sumber kewangan yang besar. Tanpa sumber kewangan yang cukup, kemudahan tidak boleh disediakan dengan sempurna.
Penduduk muda yang ramai dan yang bertambah dengan pesat memerlukan peluang pekerjaan yang banyak. Biasanya peluang pekerjaan dicipta melalui perkembangan ekonomi yang biasanya digerakkan oleh pelaburan yang besar dalam bidang perindustrian, perkhidmatan dan pengeluaran primer.Jika pekerjaan tidak mencukupi atau tidak ada perkembangan ekonomi, maka ramai penduduk terutama yang muda dan baru memasuki pasaran buruh tidak mendapat pekerjaan. Pengangguran boleh menimbulkan masalah sosial dan ekonomi kepada negara.






2a) Huraikan maksud lebihan penduduk?

Lebihan penduduk ialah suatu keadaan yang berlaku dalam sesebuah negara atau kawasan tertentu apabila sumber alam, peluang pekrjaan dan kemudahan sosial yang ada agak terhad berbanding dengan jumlah penduduk yang ramai. Keadaan ini dipanggil lebihan penduduk mutlak. Dalam keadaan tertentu, sumber alam yang terdapat dalam negara tidak dapat dimajukan kerana kekurangan modal dan teknologi menyebabkan sumber alam tidak dapat diolah untuk manfaat penduduk yang ramai. Keadaan ini dipanggil lebihan penduduk relative. Kedua-dua keadaan demikian boleh menyebabkan penduduk terus berada dalam kemiskinan, kedaifan, dan kemunduran dengan mengalami taraf dan kualiti hidup yang rendah.

b) Terangkan kesan lebihan penduduk kepada sesebuah Negara.

Lebihan penduduk menimbulkan pelbagai kesan kepada sesebuah negara. Antaranya ialah kepadatan, pengganguran, kemiskinan, kekurangan kemudahan asas dan migrasi keluar. Kepadatan penduduk dalam satu-satu kawasan tertentu sama ada di desa atau di bandar amat tinggi; di desa penduduk bertumpu di kawasan pertanian sara diri dan hidup dalam ketidakcukupan makanan serta kemudahan asas yang lain. Di bandar-bandar utama, sebahagian besar penduduk bertumpu dalam sektor tidak formal dan menjalankan pekerjaan yang bergaji rendah, tinggal dalam kawasan setinggan dan sesak. Kadar pengangguran sebenar adalah tinggi kerana penduduk yang begitu ramai sukar untuk mendapat pekerjaan. Ekonomi yang miskin tidak mampu menjana peluang pekerjaan untuk penduduk yang ramai.
Putaran ganas kemiskinan menyebabkan ekonomi sukar berkembang kerana kekurangan atau ketiadaan modal dan teknologi untuk memajukan ekonomi negara.Kerajaan mendapati sukar untuk menyediakan kemudahan asas secukupnya seperti kesihatan,pendidikan dan kebajikan untuk penduduk yang ramai,rata-ratanya miskin dan tidak mampu.Penduduk terus mengalami kemiskinan serta taraf dan kualiti hidup yang rendah.Negara akan mengalami kehilangan penduduk disebabkan migrasi keluar penduduknya ke negara-negara lain untuk mencari pekerjaan terutama dalam kalangan penduduk muda.

c) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi berlakunya migrasi dalaman penduduk sesebuah negara.

Migrasi dalaman ialah perpindahan penduduk dalam negara, iaitu perpindahan yang tidak merentasi sempadan sesebuah negara. Pola paling dominan ialah migrasi desa ke bandar, walaupun ada lagi pola lain seperti bandar ke bandar, desa ke desa dan bandar ke desa. Antara faktor utama yang mempengaruhi berlakunya migrasi dalaman sesebuah negara ialah faktor-faktor penarik di kawasan destinasi dan faktor-faktor penolak di kawasan asal.
Faktor-faktor penarik di kawasan destinasi terdiri daripada hasil kemajuan ekonomi di kawasan tersebut seperti peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang perkilangan, perkhidmatan dan pertanian moden, kemudahan-kemudahan ekonomi dan sosial yang di bina dan dimajukan seperti kewangan, insurans, pendidikan tinggi dan kemahiran teknikal, kepakaran dalam bidang kesihatan, perumahan moden, hiburan dan reakreasi. Kemajuan sedemikian biasanya berlaku di bandar-bandar utama dan kawasan-kawasan perindustrian, pertanian moden dan pelancongan di seluruh negara. Penduduk muda terutama di Bandar-bandar kecil dan desa yang dibelenggu kemiskinan biasannya tertarik untuk berhijrah ke pusat-pusat kemajuan untuk mencari peluang pekerjaan dan memperbaiki taraf hidup mereka. Di Malaysia, pusat-pusat kemajuan seperti Lembah Klang, Johor Bahru, dan Pulau Pinang telah menarik ramai penduduk dari kawasan-kawasan lain.
Faktor-faktor penolak dari kawasan asal terutama desa miskin dan bandar kecil adalah keadaan kemiskinan,taraf dan kualiti hidup rendah,ketiadaan peluang pekerjaan,penduduk berlebihan,kekurangan kemudahan sosial seperti pendidikan tinggi dan kemahiran teknikal serta kepakaran kesihatan.Faktor-faktor ini telah menolak ramai penduduk terutama golongan muda dari kawasan-kawasan kurang maju ke bandar-bandar utama negara untuk mencari pekerjaan dan peluang memperbaiki kehidupan diri dan keluarga.
Migrasi dalaman yang berlaku dipengaruhi oleh faktor-faktor penarik dan penolak telah digalakkan lagi dengan kemudahan pengangkutan awam yang maju dan murah dari kawasan asal ke kawasan destinasi.Selain daripada faktor-faktor di atas,terdapat juga keadaan yang menyebabkan penduduk berpindah tempat kediaman seperti perkahwinan,tindakan atau dasar kerajaan memindahkan penduduk,keadaan tidak aman akibat peperangan atau kekacauan,dan kejadian bencana alam yang serius berlaku di kawasan asal.
Hasil Kerja; Sonia, Terivenna & Tevathareessyni 6AA KHS 2010.

No comments: