Followers

Carian dalam Blog ini

16 January 2010

Contoh Soalan Geografi Fizikal STPM Tema 5: Sistem Ekologi

SOALAN 1

Berikan definisi rantaian makanan dan siratan makanan.

-Rantaian makanan merujuk kepada pemindahan atau aliran tenaga, elemen-elemenkimia dan beberapa jenis sebatian daripada satu organisma kepada organisma yang lain disepanjang aliran itu berlaku ‘makan-memakan’ atau ‘mangsa-pemangsa’

-Bermula dengan tenaga matahari-pengeluar-pengguna (primer-sekunder-tertier. Rantaian makanan bergerak lurus dan sehala.

-Siratan makanan lebih kompleks daripada rantaian makanan. Aliran tenaga yang berlaku dari pelbagai arah dan ke pelbagai arah antara organisma-organisma yang hidup dalam sesebuah ekosistem.

-Sama ada siratan makanan atau rantaian makanan semuanya berpunca dan digerakan oleh tenaga matahari sebagai tenaga asas yang utama dalam sesebuah ekosistem.



SOALAN 2

Berikan ciri-ciri kosistem hutan hijau tropika malar hijau.

-Dalam konteks iklim, ekosistem ini dikenali sebagai hutan hujan Khatulistiwa. Ekosistem hutan merupakan tumbuh-tumbuhan klimaks yang tumbuh di kawasan yang menerima hujan antara 2000 mm – 4000 mm setahun dan purata suhu 25 darjah C hingga 27 darjah C dan merupakan biome yang mengalami keadan iklim yang optimum.

-Di Malaysia hutan ini tumbuh subur kerana mempunyai jumlah hujan yang banyak kira-kira 1500 mm hingga 2500 mm setahun di samping purata suhu 26 darjah C hingga 27 darjah C.
Taburan dan komposisi hutan ini berbeza mengikut ketinggian muka bumi dari aras laut.

-Ciri-ciri yang paling ketara ialah kewujudan kepelbagaian biologi (biodiversity) atau kepelbagaian spesies yang banyak walaupun di kawasan micro. Di Malaysia kira-kira 7900 jenis pokok berbunga dan 1500 pokok bebiji di dalam kawasan seluas 1.6 hektar terdapat 210 spesies berlainan. Hutan ini kaya dengan kepelbagaian flora dan fauna.

-Selain daripada kaya dengan kepelbagaiannya, satu lagi keistimewaannya ialah sifatnya yang berlapis-lapis atau bersrata.

Lapisan A:- Lapisan tertinggi kira-kira 40-50 meter dengan munculan-munculan yang lurus dan tegak. Munculan ini menunjukkan kedudukannya yang jauh lebih tinggi berbanding kanopi hutan seluruhnya. Munculan ini mungkin wujud sepokok-sepokok atau berkumpulan. Silara pokok agak lebar, berbentuk paying dan boleh digunakan mengenali spesies pokok. Di Malaysia pokok-pokok ini mungkin terdiri daripada jenis pokok balak yang besar seperti cengal, merenti, kualang nyatoh dan lain-lain lagi. Pokok Koompassia yang terdapat di Sarawak merupakan pokok yang tertinggi yang pernah direkodkan di Malaysia kira-kira 83.82m. biasanya lapisan ini menjadi habitat pelbagai jenis burung dan serangga.

Lapisan B:- Dikenali sebagai kanopi dengan ketinggian 25-30 meter. Pokok Hopea dan Vatica dari keluarga Dipterocarpaceau merupakan jenis pokok utama yang membentuk lapisan kanopi. Silara pokok ini lazimnya bulat dan tidak lebar seperti pokok-pokok muculan akibat halangan kemasukan cahaya matahari dari muculan tersebut. Sepisies pokok di lapisan ini mempunyai banyak akar banir iaitu akar yang timbul di permukaan tanah.

Lapisan C:- Dikenali sebagai lapisan tengah yang mempunyai ketinggian 15-20 meter. Lapisan ini merupakan lapisan paling padat yang terdiri daripada pokok-pokok yang berbatang lurus dan kecil. Lapisan ini juga terdiri daripada lapisan A & B yang sedang membesar serta tumbuhan epifit seperti orkid, lumut dan kulampair.

Lapisan D:- Terbahagi kepada dua bahgian. Pertama lapisan pokok renek dengan ketinggian sekitar 5 meter. Pokok lapisan ini menerima cahaya matahari sedikit akibat halangan dari lapisan A, B dan C dan ia merupakan habitan utama bagi monyet, tupai dan musang. Lapisan kedua di kenali sebagai lantai hutan dan lapisan ini agak jarang. Bagi lantai hutan yang tak ditembusi cahaya matahari, tumbuhan tidak berklorofil seperti saprofit dan parasit sahaja yang boleh tumbuh. Contoh saprofit ialah Rafflesia manakala lantai hutan yang ditembusi cahaya ditumbuhi pook renek yang berklorofil seperti herba.

-Selain itu hutan juga wujud persaingan antara pokok-pokok untuk mendapatkan cahaya matahari. Oleh sebab itu kebanyakan pokok bersifat tinggi, lurus, dan hanya berdahan dibahagian atas sahaja. Ada juga sebahagian tumbuhan akan menumpang di tumbuhan lain. Dalam erti kata lain simbiosis yang terbahagi kepada tiga.
Ø Komensalisme iaitu satu perkongsian yang menunjukkan satu organisma mendapat faedah tanpa merugikan organisma lain.
Ø Kesalingan iaitu kedua-dua organisma terdapatfaedah
Ø Parasitisme iaitu hanya satu organisma sahaja mendapat faedah manakala organism yang satu lagi rugi.
Hasil Kerja: Leong kah Wei, Muhammad Akmal & Hoh Kah Loon 6AA KHS 2010

No comments: