Followers

Carian dalam Blog ini

19 October 2009

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM


Konsep Cuaca dan Iklim

Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang sentiasa berubah mengikut tempat dan masa. Contohnya, cuaca tempat A mungkin tidak sama dengan tempat B walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer.

Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca seperti suhu, hujan, kelembapan udara dalam tempoh 35 tahun meliputi skala yang luas seperti sebuah negara atau rantau/wilayah.

Unsur-unsur cuaca

1. Suhu

Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat. Darjah kepanasan datang dari sinaran matahari atau bahangan matahari. Cthnya, sinar ultra unggu, sinar infra red, sinar gamma, sinar X. Sinar infra red yg paling banyak membawa tenaga haba. Apabila tenaga haba bertambah, maka udara akan menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat. Indeks suhu di ukur dalam unit darjah selsius menggunakan termometer Six.

2. Kerpasan

Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur yang paling penting ialah hujan yang terjadi akibat proses pemeluwapan dan kondensasi. Akibat sejatan wap air akan naik ke atmosfera dan bercantum antara satu sama lain dengan bantuan nukleus kondensasi seperti garam galian dan bahan pencemar udara membentuk awan. Turun dalam bentuk hujan apabila awan mencapai tahap tepu. Hujan disukat menggunakan alat tolok hujan dan dinyatakan dalam unit milimeter.

3. Kelembapan udara

Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara.
Terbahagi kepada dua:

a) Kelembapan mutlak – ialah kandungan wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara pada satu masa. Dinyatakan dalam unit gram semeter padu (gm/m3).

b) Kelembapan bandingan – ialah nisbah jumlah wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara berbanding dengan jumlah wap air yang boleh ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu tertentu dinyatakan dlm bentuk peratus.
Diukur menggunakan alat higrometer putar yang mengandungi termometer bebuli kering dan termometer bebuli basah.

4. Awan

Merupakan titisan air yang sangat halus yang berdiameter antara 0.02 mm hingga 0.06 mm serta terapung di udara. Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang menyebabkan air terpeluwap di atmosfera. Berdasarkan ketinggian dan lokasi awan terbahagi kepada 4:
a) Awan tinggi – 6100 m – 12 000 m seperti awan sirus, sirostratus dan sirokulumulus.
b) Awan Pertengahan – 1200 m – 6100 m seperti awan altostratus, altokumulus.
c) Awan rendah – 0 – 1200 m seperti awan stratokumulus, stratus, nimbostratus.
d) Awan tegak – had dasar 180 m seperti awan kumulus dan kumulonimbus.

5. Tekanan udara

Tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera terhadap permukaan bumi. Pada paras laut tekanan udara normal ialah kira- kira 1.03 kg/cm2 bagi setiap permukaan yang terdedah kepadanya.
Berubah mengikut ketinggian. Udara semakin berkurangan apabila ketinggian bertambah dan beratnya juga berkurangan. Disukat dgn menggunakan alat barometer aneroid dlm unit milibar (mb). 1000 mb = 760 mm.

6. Angin

Adalah udara yang bergerak secara mendatar. Bertiup dari kws tekanan udara tinggi ke kws tekanan udara rendah. Arah tiupan merujuk kepada arah dari mana angin itu bertiup dan ditunjukkan oleh penunjuk arah angin. Halaju angin diukur menggunakan alat anemometer. kesan halaju angin boleh dilihat dengan menggunakan skala angin Beufort.

2 comments:

Unknown said...

Tumpang tanya. Cikgu ada nota Kepentingan Atmosfera kepada Alam Sekitar Manusia ?


Thank you :)

cikgunikmie said...

wsalam...tak ada...