Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

10 October 2009

Apakah kewajaran Amerika meletupkan bulan?

Ambo amat terkejut bila baca laporan Amerika melalui agensi angkasanya NASA sengaja meletupkan bulan untuk mengesan kehadiran air. Wajarkah tindakan ini?
Sebagai sebuah negara yang maju dan mendakwa menguasai teknologi moden warga dunia tidakkah tindakan ini satu perkara yang akan mengundang bencana besar kepada alam semester.
Adakah tindakan ini telah diperbincangkan terlebih dahulu oleh pakar-pakar saintis seluruh dunia sebelum mengambil tindakan yang pada hemat ambo tidak wajar sama sekali.
Ambo berpendapat masih banyak lagi cara yang mungkin boleh digunakan pakai untuk mengesan air. Kiranya belum ada kaedah yang lebih baik maka tangguhkan dulu usaha pengesanan ini. Ini komen ambo yang tak pakar dalam soal saintifik ni....
Ambo nak tunggu tengok respon masyarakat antarabangsa dalam hal ini. Tak cukup ke lagi Amerika ni nak merosakan alam. Dah banyak tempat di dunia ni musnah di tangan bangsa satu ni. Tak cukup kat bumi, naik kacau kat angkasa pula.
Jangan sampai bencana jatuh 'selepuk' kat bangsa sendiri, fikir-fikirlah sikit MR OBAMA yang katanya baru menerima anugerah Nobel ( layak ke tu?).....

No comments: