Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

01 October 2009

Geomorfologi Lembangan Saliran

Lembangan saliran merujuk kepada kawasan legeh sungai. Ia terdiri daripada sungai induk dan cawangan - cawangannya yang disempadani oleh garisan legeh yang memisahkannya dengan lembangan sungai yang lain. Seringkali lembangan sungai juga menjadi kawasan tadahan air.




Jenis hakisan sungai

a. Hakisan Pendalaman alur (menegak)

Melibatkan kerja-kerja mengorek dasar sungai oleh air sungai yg bergerak secara pusaran.Ianya terjadi di hulu sungai. Hakisan mendalam sungai bertujuan mencapai tahap keseimbangan sungai (proses balik muda) hasil dari kejatuhan aras laut.

b. Hakis pelebaran alur (mendatar)

Melibatkan kerja-kerja penghakisan dan penghausan yg berlaku pada tebing alur sungai. Hakisan ini juga di kenali sbg hakisan mendatar yg boleh berlaku pada kedua-dua bahagian tebing alur sungai. Amat berkesan semasa kejadian banjir.

c. Hakis pemanjangan alur (pengunduran)

Melibatkan proses pemotongan pangkal alur ke arah hulu krn adanya takat terjun spt jeram dan air terjun di pangkal alur. Air terjun berupaya menghakis pangkal dasar alur dan mewujudkan satu bahagian atas alur yang tidak mempunyai daya tampungan. Dengan bantuan gerakan jisim bahagian ini akan jatuh ke dalam sungai.

Cara atau mekanisme hakisan sungai

a. Hakisan Hidraulik

Merupakan tindakan hakisan yg dilakukan oleh air di dlm alur sungai itu sendiri tanpa melibatkan bahan yg dibawa. Kuasa air sungai wujud akibat hempasan atau rempuhan aliran sungai ke atas struktur batuan yg lemah.

b. Hakisan Geselan/lelasan

Proses penghausan yang berlaku ke atas tebing dan dasar alur sungai apabila bahan-bahan yg dibawa oleh sungai seperti kelikir , batu tongkol bergeser dgn tebing dan dasar alur sungai. Kadar hakisan bergantung kepada kuantiti dan kualiti bahan yang dibawa oleh sungai.

c. Hakisan Lagaan

Merupakan pelanggaran antara bahan-bahan yg dibawa oleh air sungai dgn tebing dan alur sungai atau pelanggaran sesama sendiri bahan itu.Kekuatan proses ini bergantung kepada halaju arus sungai yang mampu menyeret dan melantun bahan-bahan yang dibawa.

d. Hakisan Larutan

Mrjk kpd tindak balas secara kimia antara air sungai dgn mineral geologi yg membentuk tebing dan dasar alur sungai. Batuan lembut seperti batu kapur senang dihakis manakala batuan keras seperti granit sukar dihakis.




Faktor mempengaruhi kadar hakisan di dalam alur sungai

1. Gradian (kecerunan)


Dasar alur sungai yang curam mempengaruhi halaju arus. Kecuraman cerun membolehkan air mengalir deras. Hakisan lelasan dan lagaan berlaku dengan pesat jika halaju arus sungai adalah tinggi. Kadar hakisan di hulu sungai lebih tinggi berbanding kawasan tengah dan hilir.

2. Isi padu air sungai


Kuantiti air sungai meningkatkan keberkesanan proses larutan dan hidraulik. Semakin banyak air sungai semakin tinggi tenaga potensinya dan kelarutannya. Isi padu air sungai dipengaruhi oleh cuaca. Musim hujan lebat arus sungai bergerak secara berpusar yang mampu mengorek dan memperdalam lurah sungai menerusi proses hidraulik.

3. Kuantiti dan kualiti bahan

Kuantiti dan kualiti bahan yang di bawa oleh sungai mempengaruhi hakisan secara lagaan dan lelesan. Jika bahan yang dibawa oleh sungai lebih keras dari batuan tebing sungai makan batuan tebing sungai akan mengalami penghausan melalui proses geselan.

4. Faktor Geometri

Alur yang lurus mengalami hakisan yang hebat kerana taburan tenaga seimbang pada keseluruhan alur. Alur yang berliku taburan tenaganya tidak seimbang. Alur yang cekung mengalami hakisan manakala alur cembung mengalami pemendapan.


5. Ciri Geologi dasar

Tebing dan dasar yang dibentuk oleh batuan lembut seperti batu kapur, dolomit dan gipsium akan mudah terhakis. Tebing yang dibentuk oleh batuan keras seperti granit dan gabro sukar dihakis.

6. Sifat Tumbuhan

Tumbuhan berfungsi menstabilkan tebing sungai dengan akarnya mengikat dan mencengkam batuan & tanah ditebing sungai dari dihakis. Sungai di kawasan hutan tebal mempunyai tebing yang kukuh dan stabil berbanding sungai di kawasan yang telah diterokai atau lapang.




Bentuk muka bumi hakisan sungai

1. Lubuk Pusar.

Satu lekukan atau lubang di dasar sungai yang berbatu yang ditebuk atau dikorek oleh pusaran arus sungai. Juga dikenali sebagai lubang sungai. Terbentuk apabila hakisan geselan atau pusaran air sungai berlaku di kawasan yang tidak rata.

2. Susuh bukit berpanca

Ialah bahagian sisi bukit atau kaki gunung yang menonjol keluar secara berselang seli antara batuan keras dengan batuan lembut.

3. Likuan Sungai.

Tebing cekung merupakan tebing yang terhasil di bahagian likuan sungai yang menerima luruan arus. Tebing cekung pula terhasil di bahagian yang mengalami pembiasan arus. Kedua-dua tebing ini wujud secara bertentangan di bahagian likuan sungai.

4. Lurah ‘V’


Lurah ini bertebing sangat curam dan menjadi gaung yang sangat dalam.



5. Air terjun

Terbentuk apabila terdapat bahagian batuan keras pada aliran air. Menyebabkan air sungai terjun secara tiba-tiba, Contoh seperti Air Terjun Victoria di Afrika dan Air Terjun Niagara di Amerika.

6. Jeram

Terbentuk apabila terdapat susunan batuan yang keras dan lembut secara berselang-seli. Air mengalir akan menghakis batuan lembut. Batuan keras akan menghalang pengaliran air sungai.
Air sungai meloncat dan mengalir dengan deras. Ini dikenali sebagai jeram berperingkat.


Pengangkutan Sungai

Adalah satu proses pemindahan:
Bahan yang ada dalam alur sungai atau muatan sungai akan dipindahkan dari hulu ke hilir serentak dengan aliran sungai. Dipengaruhi oleh tenaga kenetik arus. Beban muatan sungai datangnya dari proses hakisan tebing, luluhawa cerun, hakisan air larian permukaan dan gerakan jisim.


Cara pengangkutan muatan sungai

1. Golekan

Iaitu proses menyeret beban yang kasar, berat dan tumpat sedikit demi sedikit di dasar sungai.
Pengangkutan secara golekan memerlukan tenaga kinetik yang kuat. Pada masa banjir beban ini mungkin diangkut lebih jauh kerana isipadu dan halaju arus adalah tinggi.

2. Lompatan (Saltasi)

Khusus bagi bahan yang lebih kecil serta bersegi-segi seperti pasir dan kerikil. Sifat pegun bijian akan diatasi oleh halaju arus yang akhirnya batuan akan tercungkil dan dibawa arus ke depan.

3. Ampaian

Beban yang ringan seperti daun-daun kayu yang mempunyai daya apungan akan diangkut dlm bentuk ampaian. Bahan-bahan ini tidak tenggelam disebabkan adanya julangan hidraulik dari dasar sungai.

4. Larutan

Bahan-bahan bersifat kimia terlarut akan dibawa oleh air sungai dalam bentuk larutan.Air sungai bertindak sebagai pelarut akan akan melarutkan bahan yang mudah larut seperti kalsium karbonat, gipsum, silika, amonia, sulfur, potaysium. Proses ini menyebabkan air sungai berubah warna dan bau.


Faktor mempengaruhi proses pengangkutan muatan sungai

1. Bentuk dan saiz beban

Bentuk dan saiz beban yang berlainan memerlukan jumlah tenaga yang berlainan untuk diangkut. Bentuk beban merujuk kepada ciri beban semasa berada dalam air sama ada ia larut, terapung atau tertinggal sebagai pepejal. Saiz beban merujuk kepada jisim dan ketumpatan yang mempengaruhi besar atau kecil beban berkenaan.

2. Beban Ampaian

Terdiri daripada kumin-kumin yang lebih halus dan ringan. Mempunyai daya graviti yang lebih rendah berbanding air. Mempunyai ketumpatan yang rendah berbanding air. Contohnya sampah sarap dan daun-daun kayu. Beban dasar pula merujuk kepada beban yang pejal, berat, tumpat dan termendap di dasar sungai seperti bongkah batuan, kerikil dan bijian pasir.

3. Halaju arus sungai

Halaju yang diperlukan untuk mengangkut beban dasar adalah lebih besar berbanding halaju untuk mengangkut beban pasir bersaz sederhana.
Contoh:
Beban dasar bersaiz 70mm perlukan halaju 270 cm/saat
Bijian pasir perlukan halaju 15-17 cm/saat.
Kelodak halus perlukan halaju 46-76 cm/saat.

4. Jenis aliran sungai

Aliran laminar – aliran yang perlahan pada alur yang lurus dan berhalaju rendah. Aliran ini mampu mengangkut beban larutan dan ampaian sahaja.


Aliran Turbulens – aliran berpusar dan deras berhalaju tinggi. Mampu mengangkut semua jenis bebas. Kedua-dua aliran ini bergantung kepada isipasu air. Bila isipadu air bertambah aliran laminar bertukar menjadi aliran turbulens.




Pemendapan sungai

Pemendapan sungai berlaku apabila halaju arus sungai semakin perlahan. Biasanya pemendapan berlaku di bahagian hilir sungai.
Antara bentuk bumi pemendapan sungai adalah:



1. Dataran banjir dan tetambak

Kawasan tanah pamah yang terletak dibahagian hilir sungai yang dilimpahi air sungai ketika banjir. Ia amat rata, landai dan luas. Lazimnya terdapat bentuk bumi lain seperti tetambak semulajadi, tasik dan tasik ladam.Tetambak ialah jaluran permatang yang wujud disepanjang tebing sungai dan memisahkan antara sungai dengan dataran banjir.

2.Tasik ladam dan liku terpenggal



3. Delta

Terbentuk apabila timbunan bahan mendak berlaku secara meluas di muara sungai. Terdiri daripada timbunan kelodak, lumpur, lempung, tanah liat, pasir dan bahan-bahan ampaian. Pembentukan dan perkembangan delta amat dipengaruhi oleh faktor-faktor seperti kuantiti bahan yang dibawa oleh sungai. Terdapat pelbagai jenis delta seperti delta kaki burung, delta busur, delta juring dan delta muara.









No comments: