Followers

Carian dalam Blog ini

12 October 2009

DZUL-JALAALI WAL-IKRAM

Yang Maha Memiliki Kebesaran serta Kemuliaan - Allah S.W.T. bersifat Agung dan selayaknya dimuliakan.
Ya-Dzul-Jalaali Wal-Ikram
Allah S.W.T. akan berkenan mengabulkan maksud serta memberi kekayaan kepada mereka yang membiasakan menyebur Asma ini sebanyak 1065 kali setiap hari, paling sedikit selama sebulan, insyaallah.

MAALIKUL-MULKI

Yang Maha Menguasai Segala Kerajaan - Allah S.W.T. yang memiliki segala kerajaan dan berkuasa yang abadi.
Ya-Malikul-Mulki
Mereka yang berzikir Asma ini setiap hari sebanyak 212 kali setelah solat lima waktu atau 2120 setiap malam, paling tidak selama sebulan, maka dengan kurnia Allah S.W.T. akan mendapat penghargaan tinggi di antara orang-orang serta akan dikukuhkan kedudukannya.

AR-RA'UFU

Yang Maha Pengasih - Allah S.W.T. Maha Pengasih kepada hamba-hamba-Nya melebihi kasih sayang orang tua kepada anaknya.
Ya-Ra'uf
Bagi mereka yang berzikir Asma ini sebanyak-banyaknya setiap hari, akan dilimpahkan rahmat hingga ianya tidak akan mengalami kepahitan hidup, insyaallah.

AL-'AFUWU

Yang Maha Pemaaf - Allah S.W.T. bersifat pemaaf kepada hamba-hamba-Nya yang memohon maaf kepada-Nya.
Ya-'Afuwu
Ibsyaallah dosa-sosa kita akan dimaafkan Allah bila kita berzikir "Ya 'Afuwu" setiap hari sebanyak-banyaknya, bahkan akan dikurniakan Allah akhlak yang luhur dan terpuji serta terhindar dari permusuhan.

11 October 2009

AL-MUNTAQIM

Yang Maha Penyiksa - Allah S.W.T menghukum dengan adil mereka-mereka yang melanggar akan hukum-hukum-Nya.
Ya-Muntaqim
Bagi mereka yang membaca Asma ini sebanyak 690 kali setiap selesai solat lima waktu atau 6900 kali diwaktu malam, insyaallah akan diberikan pertolongan bagi mengalahkan seteru yang berlaku zalim ke atas dirinya.

AT-TAWWABU

Yang Maha Penerima Taubat - Dengan sifat Rahman dan Rahim-Nya, Allah sentiasa menerima taubat hamba-hamba-Nya yang berdosa kecuali dosa syirik.
Ya-Tawwab
Mereka yang berzikir "Ya Tawwab" sebanyak-banyaknya, insyaallah akan dipermudahkan baginya untuk kembali ke jalan yang benar dan diredhai-Nya.

Thanks to My Student

Salam,

Cikgu ucapakan berbanyak terima kasih kepada yang sudi datang berhari raya di rumah cikgu, khasnya team bolasepak KHS: Ciquek, Baz, Afiq Sahar n the gangs; Wan SAAS, Ilya Saari, Alif, Zulhilmi n the gangs. Cikgu doakan kalian berjaya dalam peperiksaan SPM n STPM nanti.

TQ

Pergerakan Jisim

Aliran lumpur merupakan satu jenis pergerakan jisim yang berlaku tanpa amaran/tanda awal. kesannya amat tragis. Salah satu kes yang berlaku di negara kita ialah Tragedi Pos Dipang.

AL-BARRU

Yang Maha Dermawan - Allah S.W.T. memberikan bermacam-macam nikmat yang tiada terhingga kepada seluruh makhluk-Nya.
Ya-Barru
Bagi mereka yang membiasakan membaca Asma ini "Ya Barru" sebanyak-banyaknya, insyaallah, akan dikurniakan Allah kehidupan yang baik dan memperkenankan doa-doanya serta akan menjaga keselamatan dirinya.

AL-MUTA'ALI

Yang Maha Agung atau Suci - Ia (iaitu Allah) Maha Agung, Tinggi dan Suci atas segala-galanya.
Ya-Muta'ali
Allah akan mengurniakan ketinggian peribadi kepada mereka yang berzikir "Ya Muta'ali".