Followers

Carian dalam Blog ini

27 December 2009

Mesjid Kubah Emas



Keistimewaan Masjid Kubah Emas yang terletak di Depok iaitu kira-kira dua jam perjalanan dari Jakarta Selatan hanyalah kubahnya disalut daripada emas dan dibiayai pembinaannya oleh seorang wanita. Penunggu masjid ialah seorang wanita yang membina masjid berkenaan iaitu Dian Juriah Mamun Al Rasyid dan Masjid Kubah Emas sebenarnya merupakan Masjid Kubah Emas Dian Al Mahri.
Secara umum masjid berkenaan mampu menampung 8,000 jemaah pada satu-satu masa dan kubah masjid berkenaan disalut dengan emas 24 karat. Masjid berkenaan adalah salah satu daripada lima buah masjid kubah emas yang terdapat di seluruh dunia iaitu Masjid Suneri di Lahore, Masjid Sultan Singapura, Masjid Omar Ali Saifudin di Brunei, Masjid Jami Bandar Sri Begawan, Masjid Qubbah As-Sakhroh di Palestin dan Masjid Al-Askari di Iraq.

Bagaimana seorang wanita mampu membina masjid sedemikian megah dengan biaya yang tidak sedikit. Ia terjawab dalam buku yang dijual di kawasan masjid berkenaan.
Di dalam buku itu Dian menjelaskan, "Jawapannya kembali kepada diri kita. Apakah kita percaya dan yakin dengan balasan yang dijanjikan Allah ketika kita berjihad dengan harta kita demi tegak syiar Islam?

"Kalau percaya dan yakin, mungkin tidak terfikir dalam benak kita untuk bersedekah sekurang-kurangnya 2.5 peratus daripada harta kita atau hingga 50 peratus. Maha benar Allah dengan
segala firman-Nya."
Sumber: utusan Online 27/12/2009

No comments: