Followers

Carian dalam Blog ini

12 September 2009

Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 3: Transformasi Desa dan Pembandaran

Tema 3 – Transformasi Desa dan Pembandaran

Konsep/Huraian

1. Transformasi Desa: stpm 2007
Proses perubahan yg berlaku kepada kws luar bandar. Proses ini boleh dirancang dan dilaksanakan secara bertujuan atau blh berlaku sendiri tanpa dirancang. Perubahan ini berlaku dr bebrp aspek. Kws desa blh mengalami peningkatan atau pengurangan kepadatan penduduk. Penduduk desa akan mendpti pekerjaan mereka tlh berubah dr hanya bergantung kpd pertanian kpd melakukan kerja-kerja bukan tani di kws desa. Taraf hidup turut berubah kpd yg lbh baik krn peningkatan pendapatan dan juga penyediaan kemudahan awam yg lbh selesa. Kemiskinan desa juga turut menurun. Desa lebih digemari dan migrasi ke bandar berkurangan.

2. Pembandaran Desa:
Bermaksud melengkapkan kws desa dgn kemudahan serta perkhidmatan bandar yg asas spt bekalan elektrik, air, alat komunikasi, pendidikan menengah dan tinggi, perubatan/kesihatan. Secara tidak langsung dgn kemudahan dan perkhidmatan tersebut penduduk desa tidak perlu berhijrah ke bandar utk menikmati kehidupan bandar krn kws desa juga soalah-olah tlh menjadi bandar.

3. Pembangunan tidak seimbang
Bermaksud aras kemajuan sosioekonomi yg tidak samarata dicapai dlm sesebuah negara atau wilayah.

4. Dasar
Satu set keputusan tentang matlamat, strategi, serta tindakan atau program pembangunan yg perlu dan blh dilaksanakan bg mengurangkan ketidakseimbangan pembangunan antara wilayah.

5. Pembangunan In-situ
Menekankan pembangunan fizikal desa spt penyediaan kemudahan asas yg lengkap dan sempurna, bekalan elektrik, air, j/raya, telekomunikasi, penyedian rumah rakyat (PPRT) serta pusat pertumbuhan ekonomi desa.

6. Pembangunan Pertanian bersepadu
Pakej pembangunan luar bandar yg mengabungjalinkan segala sumber, tenaga dan agensi bagi memajukan sektor pertanian luar bandar dan seterusnya membasmikan kemiskinan desa.

7. Pembangunan wilayah
Satu strategi pembangunan secara khusus di wilayah yg dikenal pasti mundur bagi menjana sumber dan membangunkan tanah baru. Cth, Wilayah Jengka, Kejora, Ketengah, Dara, Kesedar.

8. Pembandaran/Urbanisasi
Proses perubahan sesuatu kws drp luar bandar kpd bandar atau bandar kecil yg berkembang menjadi lbh besar dan bersifat kompleks. Meliputi aspek berikut:
a) pertambahan jmlh penduduk di bandar
b) perluasan saiz bandar
c) perubahan kegiatan ekonomi tradisional kpd ekonomi moden
d) perubahan cara hidup

9. Ketersampaian: stpm 2005
Aras atau kualiti dari segi mudah atau sukarnya sesebuah kws dikunjungi. Ia bergantung kpd kewujudan dan kecekapan jaringan pengangkutan. Kualiti ketersampaian fizikal dinilai berdasarkan jarak fizikal, masa dan kos yg terlibat dlm perjalanan.

10. Bandaraya Primat:
Sebuah bandar yg terbesar di sesebuah negara seperti Bangkok di Thailand dan Jakarta di Indonesia. Saiz penduduk bandar raya primat berganda-ganda besarnya (5 kali ganda) berbanding dgn saiz penduduk bandar kedua terbesar atau tidak dpt ditandingi oleh bandar-bandar lain di negara tersebut. Hal ini menyebabkan berlakunya pemusatan fungsi bandar seperti perniagaan, pentadbiran, kemudahan sosial, seni dan budaya di bandar terbesar itu krn proses pembandaran serta migrasi bandar secara memusat ke bandar utama.

11. Rebakan Bandar
Satu proses perluasan saiz dan pengaruh bandar dr kws pusat bdr ke pinggir bdr. Dikaitkan juga dgn istilah limpahan pembandaran.

12. Subbandar
Merujuk kpd kws pinggir bandar yg menjadi penyokong kpd pusat bandar. Terdiri dari bandar-bandar baru pinggir bandar. Cth, Cheras, Gombak, Selayang, Ampang subbandar kpd K. Lumpur.

13. Metropolis
Bandar yg telah mencapai jmlh penduduk melebihi 1 juta org.

14. Megalopolis
Merujuk kpd percantuman beberapa metropolis dan mempunyai penduduk melebihi 10 juta org.

15. Kornubasi bandar:
Proses penggabungan beberapa buah bandar berdekatan dalam sesuatu kawasan atau wilayah perbandaran yang besar seperti bandar Shah Alam Bercantum dgn Petaling Jaya.

16. Bandar Satelit
Sebuah bandar yg dibina dan diwujudkan khas tidak jauh dari bandar induk dan berada di bawah lingkungan pengaruh bandar induk. Cth Petaling Jaya kpd K. Lumpur.

17. Setinggan
Satu proses menduduki bangunan atau tanah yg bukan hak milik secara tidak sah di sisi undang-undang. Merupakan petempatan haram di kws tanah yg bukan hak milik penghuninya s/ada di kws tanah kerajaan, swasta atau individu.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM

RumahNya







Canopy Walk, Kuala Tahan National Park









Cubalah menikmati keindahan hutan hujan tertua di dunia di Taman Negara Kuala Tahan.



Spesies Terancam di Bukit Putus







Ambo sempat rakamkan spesies ni ...
nak bagi makan ada pulok notis tak benar bagi makan kat spesies ni...
sian....









Terowong PKM











Terowong PKM di Muzium ATM PD

Kompleks PM, Putrajaya










Komplek Pentadbiran PM

Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 2 : Pembangunan Ekonomi

Tema 2 – Pembangunan Ekonomi

Konsep/Huraian

1. Perikanan Pinggir Pantai
Dijalankan di kws laut cetek iaitu di kws pentas benua tidak melebihi 32 km dr pantai dan 180 m kedalaman laut. Cth Laut China Selatan, Selat Melaka dan Selat Tebrau.

2. Perikanan Laut Dalam
Dijalankan di perairan antarabangsa spt Lautan Hindi, Lautan Pasifik dan Lautan Atlantik. Jarak melebihi 32 km dr pantai dan kedalaman laut melebihi 180 m.

3. Perikanan Akuakultur
Merupakan sub sektor perikanan yg amat penting sbg pelengkap kpd sektor perikanan laut di M’sia. Menyumbang kira-kira 20% drp jmlh tangkapan ikan di M’sia. Terbahagi dua:
a) perikanan air tawar
b) perikanan air payau/ air masin (marinkultur)

4. Echo sounder
Satu peralatan perikanan yg digunakan untuk mengetahui kedalaman air , keadaan dasar laut, kedudukan ikan, dan tempat-tempat baru penangkapan ikan.

5. Penyahhutanan
Penghapusan hutan secara besar-besaran utk pelbagai tujuan spt pembalakan, pembukaan kws ladang pertanian, pembinaan kws petempatan dan industri dan ditengelami air utk projek hidro elektrik.

6. Tenaga Biojisim
Bahan buangan dan sisa organik spt sisa tumbuhan, sisa tanaman dan najis haiwan serta sisa domestik khususnya sampah sarap.
7. Industri Perkilangan: (tema 2)
Industri pemprosesan & pembuatan berasaskan sumber & bukan berasaskan sumber yg tergolong dlm sektor sekunder. Perkilangan yg berasaskan sumber byk bergantung kpd sumber bhn mentah drp sektor primer spt pertanian & perlombongan.

8. Industri Kecil dan Sederhana: (tema 2)
Adalah sekumpulan industri atau perusahaan pembuatan yg berskala kecil & sederhana. Skala industri boleh diukur dgn bilangan pekerja sesebuah kilang/firma, saiz modal yg dilaburkan & mungkin jmlh nilai perniagaan utk satu-satu tempoh tertentu. Di Malaysia misalnya, industri yg menggunakan kurang dari 50 pekerja, dianggap sbg industri kecil dan yg menggunakan kurang daripada 150 orang pekerja di anggap sbg industri sederhana. Walaupun IKS byk terlibat dlm memproses atau membuat makanan dam minuman dan dimiliki oleh individu atau syarikat kecil, tetapi pd masa ini sudah ada IKS yg ditubuhkan atau ditaja sbg vendor syarikat besar spt Proton.

9. Estet Perindustrian
Kawasan pengelompokan atau aglomerasi industri yg besar di sesuatu tempat yg tlh dikhaskan oleh kerajaan dlm kws zon perdagangan bebas (FTZ).

10. Sektor Perkhidmatan
Dikenali juga sbg sektor ekonomi tertiar atau sektor ekonomi peringkat ketiga. Sektor ekonomi ini membekalkan perkhidmatankpd pengguna.

11. Ekopelancongan
Aktiviti pelancongan yg berkembang berasaskan sumber s/jadi pelancongan pantai, pulau, hutan lipur, tanah tinggi, air tejun/jeram, tasik, sungai, gua batu kapur.

12. Agropelancongan
Aktiviti pelancongan berkaitan pertanian spt di Cameron Highland

13. Akuapelancongan
Aktiviti pelancongan berkaitan akuakultur konsep homestay.

14. Pelancongan Kesihatan
Kedatangan pelancong utk mendapatkan rawatan perubatan, rawatan pakar, perkhidmatan hospitaliti swasta, perubatan tradisional.

15. Pelancongan pendidikan
Menggalakkan aktiviti sambil belajar khususnya di kalangan pelajar sekolah.

16. Pelancongan budaya dan warisan sejarah
Pelancongan di kwsn tinggalan sejarah, tapak arkeologi, dan muzium

17. Pelancongan MICE
Delegasi pelancong yg menghadiri seminar, persidangan, pameran dan simposium.

18. Pelancongan kapal mewah
Aktiviti pelancongan di atas kapal mewah spy Star Cruise dan Star Leo

19. Pelancongan Sukan Dan rekreasi
Aktiviti pelancongana berasaskan suka dan rekreasi spt Formula One di sepang, Power Boat di Tasik Putrajaya dan Stadium Bukit Jalil.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM

Diari Konsep Geografi 942/2 Tema 2; Pembangunan Ekonomi Pertanian

Tema 2 – Pembangunan Ekonomi : Pertanian

Konsep/Huraian

1. Pertanian pindah
Sejenis pertanian sara diri ringkas yg berkonsepkan pindah tapak mengikut perpindahan org-org asli. Dikenali dgn pelbagai nama Ladang di M’sia, huma di Indon, caingin di Filipina, tamrai di Thai, tuangnya di Myanmar dan hay di Laos.

2. Pertanian Sara Diri Intensif
Diusahakan giat setempat, utk keperluan keluarga, lebihan hasil akan dijual. Lebih maju dari pertanian pindah.

3. Pertanian Kebun Kecil
Berkonsepkan kpd aktiviti pertanian bukan bijirin, bersifat separuh komersial dan campuran antara perkebunan secara jualan dgn yg digunakan utk keluarga.

4. Pertanian Perladangan Ekstensif
Berkonsepkan komersial sepenuhnya, berskal besar, kos tinggi, pengurusan sistematik serta berorientasikan pasaran dan keuntungan.

5. Bioteknologi Pertanian: (tema 2) stpm 2008

Proses atau teknologi menggunakan sains hayat/biologi spt mikroorganisma, haiwan & tumbuhan utk mengatasi masalah pertanian & menghasilkan produk pertanian yg berkualiti. Kaedah ini dibahagikan kpd dua iaitu:
Pengklonan yg merupakan proses menghasilkan benih tanaman atau haiwan ternakan drp tisu pokok atau haiwan yg sama kandungan genetiknya dgn induk bagi menghasilkan jumlah yg lebih byk.
Kacukan hibrid ialah proses memindahkan genetik secara semula jadi drp dua organisma yg sama untuk menghasilkan anak benih yg baru.

6. Industri asas tani: (tema 2) stpm 2006
Salah satu subsektor perkilangan yg menghasilkan produk makanan & bukan makanan yg menggunakan bhn keluaran pertanian spt getah, k/sawit, herba, & padi sebagai bhn mentah.

7. Produk Pertanian Jenama M’sia Best
Mula diperkenalkan pd 28 Jun 2003. Pd peringkat permulaan betik, mangga, tembikai, nenas dan belimbing dilabelkan seterusnya diperluaskan kpd produk lain spt hasil ternakan, sayuran dan perikanan. Jenama ini membuktikan produk pertanian M’sia berkualiti dan mempunyai keselamatan mengikut standard piawaian pertanian antarabangsa.

8. Pembangunan: (tema 2) stpm 2008

Proses perubahan taraf hidup penduduk melalui perubahan dlm sektor ekonomi, misalnya berubah drp ekonomi pertanian kpd ekonomi perindustrian, perubahan dlm peningkatan pendapatan misalnya, drp petani kpd peniaga, perubahan dlm aspek teknologi misalnya penggunaan teknologi maklumat dlm kehidupan & peningkatan dlm sektor pendidikan serta peningkatan dlm kualiti hidup penduduk di sesuatu kawasan.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Manusia STPM

Diari Konsep Geografi 942/1 Bab 12: Kelembapan udara dan Kerpasan

Bab 12: Kelembapan udara dan Kerpasan

Konsep/Huraian

1. Wap air
Indeks yg menerangkan keadaan kelembapan atmosfera.

2.Kelembapan udara
Merujuk kpd jmlh wap air yg terdpt dlm udara pada masa-masa tertentu.

3. Kelembapan mutlak
Kandungan wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara pd satu masa (dinyatakan dlm unit gram semeter padu gm/m3)

4. Kelembapan bandingan
Nisbah jmlh wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara berbanding dgn jmlh wap air yg boleh ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu tertentu (dinyatakan dlm bentuk peratus). Kelembapan bandingan 100 peratus menandakan udara mencapai tahap tepu dan berada pd takat suhu mengembun.

5. Sejatan
Proses penukaran air drp btk pepejal atau cecair kpd wap air. Biasa berlaku pd permukaan air spt laut. Sungai, tasik, kolam dan paya. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pd permukaan air adlh lbh tinggi drp tekanan wap air di dlm atmosfera yg belum mencapai takat tepu

6. Pemeluwapan
Perubahan wap air kepada cecair. Berlaku apabila udara lembap yg naik ke atas telah sampai ke takat tepu (1000 m tinggi). Hasilnya terbentuk awan yg apabila mencapai takat tepu akan menurunkan kerpasan khususnya hujan.

7. Penyejukan alir lintang
Berlaku apabila udara yg bersempandanan dgn permukaan bumi mengalir dr kws yg panas ke kws yg sejuk. Sekiranya udara itu disejukan sehingga ke takat suhu embun makan akan terbentuk kabus alir lintang dan juga awan jenis stratus yg rendah.

8. Penyejukan sinaran
Berlaku pd waktu malam dlm keadan langit cerah dan udara tenang. Dlm keadaan ini byk bahangan bumi terus terbebas ke angkasa tanpa halangan. Kesannya jisim udara yg tenang blh disejukan dgn mudah hingga takat suhu embun (0 darjah C) membentuk embun dan kabus sinaran.

9. Penyejukan adiabiatik
Semakin tinggi jisim udara makan suhu dalamnya akan menurun sehinggan takat suhu embun. Jisim udara yg menaik menyebabkan isipadunya mengembang menyebabkan haba semakin berkurangan sehingga ke takat embun yg akan menghasilkan awan tebal spt awan kumulonimbus.

10. Nukleas pemeluwapan
Mempercepatkan proses pencantuman wap-wap air dlm udara utk berubah menjadi cecair. Dikenal juga sbg Nukleas Higroskopik spt natrium klorida, nitrik oksida, asid sulfirik.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal STPM

Diari Konsep 942/1 Bab 11- Unsur Cuaca dan Iklim

Bab 11: Unsur Cuaca dan Iklim, Sinaran dan Bahangan serta Bajet Haba

Konsep/Huraian

1. Cuaca
Merujuk kpd fenomena harian yg sentiasa berubah mengikut masa dan tempat. Cth, cuaca temapt A tidak sama dgn tempat B w/pun hanya beberapa kilometer.

2. Iklim
Merujuk kpd purata unsur cuaca spt suhu, hujan, kelembapan udara dlm temph 35 thn dan iklim meliputi skala yg luas spt sebuah negara atau wilayah.

3. Suhu
Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat kesan bahangan matahari. Index suhu diukur dlm unit darjah celsius oleh dgn menggunakan alat Termometer Six.

4. Kerpasan
Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan beku. Unsur kerpasan yg paling penting ialah hujan. Hujan terjadi akibat proses pemeluwapan dan kondensasi.

5. Kelembapan udara
Merujuk kpd jmlh wap air yg terdpt dlm udara.

6. Kelembapan mutlak
Kandungan wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara pd satu masa (dinyatakan dlm unit gram semeter padu gm/m3).

7. Kelembapan bandingan
Nisbah jmlh wap air yg sebenarnya terdpt dlm udara berbanding dgn jmlh wap air yg boleh ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu tertentu (dinyatakan dlm bentuk peratus). Kelembapan bandingan 100 peratus menandakan udara mencapai tahap tepu dan berada pd takat suhu mengembun.

8. Awan
Merupakan titisan air yg sgt halus yg berdiameter antara 0.02mm – 0.06 mm serta terapung di udara. Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat beku yang meyebabkan wap air terpeluwap di atmosfera.

9. Tekanan udara
Merupakan tekanan yg dihasilkan oleh atmosfera terhdp permukaan bumi. Berubah-ubah mengikut ketinggian. Disukat dengan alat barometer aneroid dlm unit milibar (mb)
.
10. Angin
Adalah udara yg bergerak mendatar. Bertiup dari kawasan tekanan udara tinggi ke kawasan tekanan udara rendah. Alat yg digunakan utk mengukur halaju angin ialah anemometer dan kesan halajunya dilihat berdasarkan skala Beufort .

11. Bajet haba/Imbangan haba
Kesimbangan yg berlaku antara jmlh bahangan m/hari yg msk ke sistem bumi dgn jmlh bahangan bumi yg dibebaskan semula ke angkasa

12. Serakan
Partikel-partikel dlm atmosfera akan menyerak banhangan m/hari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya. Serakan bergantung kepada saiz partikel berbanding dgn jarak gelombang bahangan suria.

13. Serakan Rayleigh
Berlaku sekiranya saiz partikel lebih kecil dari jarak gelombang (0.45 mikron) menyebabkan langit berwarna biru.

14. Serakan Mei
Berlaku sekiranya saiz partikel sama besar dgn jarak gelombang menyebabkan langit berwarna kekuningan.

15. Serapan
Banhangan m/hari diserap oleh waip air + karbon dioksida (15%) dan ozon (2%). 36% mengalami albedo (pembalikan olh sistem bumi). 47% shj sampai ke permukaan bumi.

16. Balikan/pantulan
Bahangan m/hari akan dipantulkan semula ke angkasa lepas apabila terkena partikel-partikel yg berwarna cerah seperti manik hujan.

17. Albedo
Darjah keputihan atau kecerahan permukaan bumi yg memantulkan kembali sinaran m/hari. Ini bermakna nisbah antara cahaya yg dipantulkan dgn cahaya yg diterima olh permukaan bumi.

18. Output suria
Kadar pengeluaran tenaga elektromagnet olh pusat m/hari. Bergantung kpd kadar pertukaran hidrogen kpd helium. Jika byk hidrogen di tukar kpd helium maka suhu m/hari menjadi lbh panas dan tenaga elektromagnet yg terhasil juga tinggi.

19. Kadar tukaran normal
Bagi setiap kenaikan 100 meter suhu akan jatuh sebanyak 0.65 darjah C.

20. Olak suhu
Keadaan yg wujud apabila semakin tinggi muka bumi suhu sekitarnya juga akan meningkat.

21. Olak suhu permukaan
Berlaku hampir dgn permukaan bumi pada waktu malam akibat penyerapan bahangan bumi olh lapisan bawah atmosfera.

22. Olak suhu di atas permukaan

Terjadi di lapisan atmosfera atas yg jauh dr permukaan bumi. Berlaku akibat pertembungan dus jisim udara yg panas dan sejuk yg mempunyai ketumpatan yg berlainan. Akibat pertembungan, jisim udara panas akan naik ke atas manakala jisim udara sejuk akan turun ke bawah. Justeru itu akan kedapatan peningkatan suhu apabila ketinggian meningkat.
Sumber: Hj Rusly Musa, Geografi Alam Sekitar Fizikal, STPM