Followers

Carian dalam Blog ini

30 November 2010

Tercari-cari bila tiada lagi

Tercari-cari bila tiada lagi

Itulah insan yang buta mata hati
gagal membeza antara kaca bernoda dan intan suci
ketika di depan mata cacat cela yang dicari
bukan menampung kelemahan diri
bila sudah tiada baru terasa kekurangan diri
sedar sudah pada tinggi cahaya mentari
mana mungkin subuh menanti
sendiri yang rugi meratapi jiwa yang mati
dibolak balik keangkuhan diri
ngeri!!!

CNM, 27/11/2010, 15.07 pm

Penantian

Penantian

Menanti yang tak pasti
satu mimpi ngeri
menanti yang pasti
sesuatu yang indah menyeri
tabahkan hati tempuhi realiti
panjatkan doa moga realitinya seperti diimpi
usah tangisi yang tidak menjadi
itu bukan hak kita lagi
teruskan hidup dengan meredhai
apa yang terjadi ketetapan takdir sejak azali
semuanya ujian kemantapan diri
kembalilah ke syariat Ilahi
mari!!!

CNM, 27/11/2010, 12.55 pm

Jarak dan masa

Jarak dan masa

Jarak dan masa bukan lagi daki
ia dikikis kecanggihan teknologi
mewangi sepanjang hari
semuanya di hujung jari
rugi
kalau tidak mengapplikasi
orang kata buta IT
malu sendiri.

Kini ada satelit angkasa-bumi
kita boleh terus menyaksi
apa saja acara terjadi
secara langsung terkini
aksi-aksi hebat berani mati
atau tragedi menyayat hati
dari gempa bumi, letupan gunung berapi ke tsunami
semuanya terakam rapi
buat tatapan dan pengajaran generasi kini.

Demi masa yang pergi
kita akan rugi
kalau tak terus mencari
apakah pengajaran yang diberi
untuk kenangani
agar kesilapan tidak diulangi
elak tragedi
keselamatan terjamin.

CNM, 26/11/2010, 12.26 pm

Menyendiri

Menyendiri

Apalah erti hidup menyendiri
lebih baik punya suami/isteri yang mengerti
kongsi rasa hati
ketenangan diperolehi
itu mendamaikan nurani
bahagia meniti hari
tiada sengketa di hati
diingati
dirindui
saban hari
apa lagi!!!
cepat cari
segera nikahi
boleh saya makan free
nasi minyak lauk kari
hi hi hi.

CNM

26/11/2010

12.16 pm

Alternatif

Alternatif

Kita mengaku kita kreatif
mampu bangunkan industri automotif
konon nak lebih kompetetif
sedarkah kita banyak kesan negatif
alam tidak lagi kondusif
kita kena cari alternatif
biar kehidupan lebih positif
pembangunan kena peka dan sensitif
kelestarian alam jadikan objektif
lihat pembangunan dari pelbagai perspektif
jangan terlalu agresif
menerokan alam macam kaum primitif
tiada perancangan pengurusan yang efektif
perlu ada plan pembangunan eksklusif
gunakan kepakaran dan imiginatif
sumber-sumber yang ada pelu dimanipulatif
pasti tiada isu sensitif
menimpa warga yang daif
pemimpin perlu ada plan tentatif
tidak pasif
bangunkan negara secara kolaboratif
bermotif
kesejahteraan generasi aktif.

CNM, 30/11/2010, 11.08 am

Muridku

Muridku

Adakala kataku selaser peluru berpandu
bukan niatku memalu kamu
cuma merangsang otak yang membeku
ambilah teguran itu
secara positif mengubah laku
berusaha gigih membaca buku
tekun mentelaah setiap waktu
pencapaian diri pasti maju
ibubapa kamu pasti terharu
anak-anak mereka dapat masuk 'U'
itulah tugasku
bukan hanya memanaskan bangku
atau sekadar menghabiskan waktu
mempastikan kamu ke mercu
tiada yang lebih indah daripada itu
terharu bila kamu
ucap terima kasih cikgu!!!

hu hu hu.

CNM, 30/11/2010, 14.22 pm

Cikgu

Cikgu

Bukan setakat mengajar ilmu
kena baca banyak buku
serba serbi kena tahu
kalau tak haru biru
murid-murid bercelaru
tiada tempat rujukan padu
gurulah 'mesin' setiap waktu.

Pagi-pagi cikgu jadi kerani
siapkan dokumen rasmi
ambik kedatangan murid setiap pagi
siapa hadir siapa tak mari
semuanya kena hitung dengan teliti
ada yang sakit
cikgu kena jadi 'misi'.

Cikgu kena pandai jadi kawan
murid-murid inginkan perhatian
dalam kelas ada yang meragam
bertingkahlaku tak ikut peraturan
banyak kena belajar ilmu menawan
agar murid hormat dan sopan
tiada yang melawan.

Cikgu juga kena pandai berlakon
mengajar dengan penuh tekun
murid berminat pulang otak tak kosong
menyampai ilmu bercontoh bukan omong kosong
murid mudah faham tak terlopong
bila ujian markah tak kosong.

Cikgu juga kena pandai melatih
apa saja bidang yang dipilih
kena belajar walau bertatih
demi anak didik yang dikasih
kebolehan guru kena tercanggih
tidaklah murid terhegeh-hegeh
mencontohi guru yang terpilih.

Guru juga kena pandai berkebun
kalau tak sekolah jadi macam dusun
tanam pokok-pokok bersusun
nampak cantik kemas dan anggun
pendek kata semua kerja kena pulun
itulah kerja guru bertahun-tahun
walaupun dipandang serong.

CNM, 30/11/2010, 12.56 pm

27 November 2010

Anugerah Ilahi

Anugerah Ilahi

Kita perlu akur mensyukuri
itu yang terbaik untuk kita walau bukan diingini
itu semua ujian keimanan jika mahu mengerti
kesabaran satu kemantapan peribadi murni
tempuhi dengan doa-doa ayat suci
tidak akan Ilahi menganayai
sekadar menguji ketakwaan diri
itulah yang kita kena sedari
keimanan kita jagai dengan rapi
selamat dunia dan akhirat nanti
Ya Rabbi
anugerahi kami
kekuatan hati
untuk beribadat mengabdi diri
sehingga nafas terhenti
kupohoni dari-Mu
Ya Rahim.

CNM, 26/11/2010, 10.36 am