Followers
Carian dalam Blog ini
05 February 2011
03 February 2011
31 January 2011
27 January 2011
Masih Ada Yang Terpedaya Dengan Gores Dan Menang
| Mastura bt Mohd Zain Pegawai Penyelidik 13/01/2011 | Artikel Bahasa Malaysia |
Semasa ke pasaraya membeli kelengkapan sekolah anak-anak bulan lepas, saya telah dihampiri oleh seorang lelaki di tempat letak kereta. Beliau telah menghulurkan kad untuk saya ambil. Saya mula curiga dan menolak pelawaaanya. Beliau terus cuba memujuk namun saya terus berlalu dari situ. Di seberang jalanraya pula kelihatan seorang rakannya sedang melompat seolah-olah kegembiraan di sisi seorang warga emas. Kemungkinan besar warga emas itu telah tertipu dengan taktik jurujual yang sedang mencari mangsa. Taktik jualan melalui ‘gores dan menang’ dan ‘buka dan menang’ adalah taktik paling biasa digunakan unutk memperdaya pengguna. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan melalui Bahagian Penguatkuasaanya telah banyak mengadakan kempen kesedaran kepada pengguna. Risalah telah diedarkan kepada orang ramai, mengingatkan mereka mengenai taktik jualan ini. Pasaraya juga telah diminta supaya menghebahkan dalam sistem PA masing-masing tentang aktiviti gores dan menang dan menasihati orang ramai agar menjauhi ejen dan ulat gores dan menang ini. Seandainya ejen dan ulat gores dan menang masih berkeliaran di pasaraya, pihak pasaraya boleh memaklumkan kepada pihak berkuasa kementerian unutk mengambil tindakan. Dengan adanya kerjasama itu pihak berkuasa dapat membanteras aktiviti penipuan yang masih berleluasa ke atas pengguna. Walaupun kerajaan telah mengharamkan skim gores dan menang yang dijalankan oleh syarikat jualan langsung pada Disember 2007, namun skim ini masih berterusan sehingga kini dengan pelbagai taktik yang mengelirukan pengguna. Sebenarnya Gores dan Menang adalah satu kaedah di mana peniaga cuba mendekati pengguna. Bukan setakat gores dan menang sahaja malah terdapat banyak kaedah lain, contohnya ‘buka dan menang’ yang boleh mempengaruhi orang ramai supaya terpengaruh dengan produk yang ingin diperkenalkan. Penipuan yang berlaku biasanya adalah janji yang mereka nyatakan kepada pengguna itu tidak betul, tidak tepat dan tidak dipenuhi dan kalau ada produk yang dijanjikan ia adalah lebih mahal harganya daripada biasa. Mereka ini kerap mengubah cara mendekati pengguna, kalau tidak datang ke rumah mereka akan tumpukan ke kawasan tumpuan ramai seperti tempat makan, stesen bas, tempat letak kereta dan pasaraya. Teknik penipuan juga berbeza-beza, hari ini mungkin gunakan ‘gores dan menang, esok menggunakan cabutan percuma menerusi sampul surat. Namun untuk memenangi sesuatu barangan contohnya sebuah kereta, bermacam-macam syarat diletakkan termasuk meminta pengguna membeli dahulu barang lain yang harganya luar biasa berbanding harga di pasaran. Pengguna akhirnya membeli barangan yang tidak diperlukan seperti ketuhar gelombang mikro dan mesin urut kaki. Kini pelajar kolej pula menjadi sasaran mereka sebagai mangsa. Sebelum ini mereka sering mencari mangsa di sekitar stesen transit aliran ringan(LRT) dengan menjadikan wanita sasaran utama. Namun kini mereka mensasarkan pelajar kolej kerana lebih mudah diperdaya akibat tertarik dengan hadiah lumayan yang dijanjikan. Pelajar dijadikan sasaran kerana mereka mempunyai sumber wang dari dana pendidikan. Ada pelajar yang menjadi mangsa sehingga gagal membayar yuran pengajian mereka. Cara mereka adalah sama iaitu dengan meminta mangsa menggores kad cabutan bertuah. Kemudian mereka akan berlakon kononnya mangsa sangat bertuah dan memenangi pelbagai hadiah. Mangsa kemudian akan diajak ke pejabat sindiket berkenaan untuk mengambil pelbagai hadiah yang dimenangi namun mangsa perlu membuat pembayaran tertentu yang selalunya melibatkan jumlah wang yang banyak. Selepas menyerahkan wang, mangsa akan diberikan pelbagai jenis hadiah seperti barangan elektrik ataupun berjanji akan membuat penghantaran tersebut. Mangsa juga akan diberikan resit tanpa logo syarikat, nama syarikat dan nombor siri pendaftaran dan ketika ini baru mangsa mengesyaki sesuatu yang tidak kena. Sebenarnya sikap masyarakat itu sendiri yang menyebabkan skim ini masih berterusan. Mereka membiarkan diri mereka mudah diperdaya dan ditipu oleh sindiket gores dan menang dan seumpamanya. Akibat ingin mendapatkan hadiah atau barang secara percuma, duit hangus begitu saja. Setiap tahun ada saja berita di akhbar mengenai individu yang tertipu beribu-ribu ringgit oleh sindiket sedemikian. Jangan mudah terpengaruh atau tamak dengan barang yang ditawarkan kerana tiada yang datang percuma. Pendidikan pengguna perlu dipertingkatkan agar tahap kesedaran pengguna juga meningkat. Apabila pengguna berilmu ia dapat membanteras aktiviti penipuan skim ini yang masih berleluasa. |
25 January 2011
Tangani tekanan di pejabat
Tangani tekanan di pejabat
DUNIA pekerjaan memberi pengaruh yang cukup terkesan dalam kehidupan. Apa tidaknya satu pertiga daripada kehidupan seharian diluangkan di tempat kerja.
Keadaan ini, jika bijak dikawal akan meningkatkan produktiviti dan motivasi kepada seseorang, tetapi jika sebaliknya akan memberi impak negatif kepada diri sendiri.
Pakar Psikiatris di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Muhammad Muhsin Ahmad Zahari menjelaskan, tekanan sebenar yang dihadapi di tempat kerja merupakan tindak balas fizikal, emosi dan juga mental seseorang terhadap sebarang perubahan atau tuntutan kerja.
Biarpun ia bukan satu penyakit kronik, namun begitu, jika tekanan adalah tinggi dalam jangka masa yang panjang ia boleh menjejaskan kesihatan dan kreativiti.
''Banyak implikasi negatif berlaku apabila seseorang tidak dapat mengawal tekanan kerjanya. Panas baran, murung, gelisah, kelesuan, resah, ketakutan dan hilang tumpuan adalah antara kesannya.
"Keadaan ini jika dibiarkan akan memudaratkan diri sendiri serta kesihatan," katanya.
Ujarnya, kebiasaan pekerja yang tertekan akan menunjukkan ciri-ciri negatif kepada dirinya, malah dari sudut produktiviti kerja pula turut terjejas sehingga boleh menjejaskan motivasi seseorang itu.
Dalam laporan yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, tekanan di pejabat dilabel sebagai 'Penyakit' abad ke-20 dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) juga melaporkan bahawa tekanan ialah Epidemik Dunia.
Malah WHO juga menjangkakan bahawa tekanan di tempat kerja merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada semua lima penyakit utama di dunia iaitu penyakit jantung, kemurungan melampau, kemalangan jalan raya, strok dan penyakit paru-paru yang kronik menjelang tahun 2020.
Di Malaysia, Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (1996) menunjukkan kadar prevalen kemurungan ialah pada 11 peratus, kejadian bunuh diri yang tinggi iaitu 2,000 orang setahun dengan purata 7 orang sehari dan 13.7 peratus remaja Malaysia khususnya pelajar menghadapi masalah kesihatan berkaitan mental.
Ditanya apakah punca utama sehinggakan berlaku tekanan di tempat kerja, Dr. Muhammad Muhsin menjelaskan pelbagai faktor boleh mendorong seseorang itu menjadi tertekan. Antaranya suasana kerja, persekitaran yang bising, interaksi dan pelbagai lagi.
Selain itu, situasi tekanan dengan tugasan yang diberikan oleh majikan juga mendorong seseorang itu lebih tertekan.
''Keadaan ini menyebabkan pekerja berasa bosan untuk datang bekerja sehingga menyebabkan dia suka mengasingkan diri daripada pekerja-pekerja lain,'' ujarnya.
Situasi ini juga akan mendorong untuk pekerja itu menjadi malas ke pejabat sehinggakan merasakan dirinya tidak sesuai dengan tugasan yang diberikan kerana terlalu rendah taraf atau terlalu terbeban.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai strategi untuk mengurangkan tekanan di pejabat, beliau menjelaskan, pelbagai cara boleh digunakan, bagaimanapun ia bergantung kepada diri seseorang itu.
''Bagi sesetengah individu bersukan boleh melegakan tekanan yang dihadapi namun bagi sesetengah orang pula meluah atau berkongsi cerita kepada seseorang adalah cara terbaik untuk melegakan tekanan yang di hadapi.
''Semua ini bergantung kepada diri seseorang bagaimana dirinya untuk melepaskan perasaan itu," jelasnya.
Katanya lagi, bercuti juga mampu memberikan kelegaan kepada pekerja itu kerana melupakan seketika masalah yang dihadapi.
Bagaimanapun dalam masa sama, cubalah berkongsi cerita dengan orang yang paling rapat dengan kita antaranya seperti suami, ibu bapa atau rakan.
Katanya, melalui perkongsian cerita itu ia mampu mengalihkan perasaan tertekan dan juga marah itu menjadi reda.
Bagaimanapun, bagi yang beragama Islam digalakkan juga untuk bermunajat kepada Allah dengan berdoa atau melakukan solat-solat sunat.
Selain itu, tegasnya, kehidupan yang sihat adalah sesuatu cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah tekanan.
''Tidak salah kalau kita bahagikan masa antara kerjaya dan juga diri sendiri kerana pengurusan masa yang betul mampu memberikan ketenangan pada seseorang,'' ujarnya serius.
Utusan Online
23 January 2011
NATIONAL PARK/T a m a n N e g a r a.
T a m a n N e g a r a. Two words in Bahasa Melayu, the national language of Malaysia, which conjure images of giant green garden filled with exotic flowers and creatures. The word 'taman' means both 'park' and 'garden' in malay while 'negara' means 'nations'-together they translate simply as 'National Park'.
Even though there are certainly many other national parks elsewhere in Malaysia, Taman Negara remains the patriarch of them all, with the pedigree to back it up.
T a m a n N e g a r a is indeed one the oldest rainforests in the entire world, estimated at 130 million years old. The abundance and diversity of nature is phenomenal in Taman Negara, one of the world's most complex and rich ecosystems. A veritable treasure of the planet.
Enjoy your explorations and protect our Mother Nature's Treasure!
Laili Basir (Founder)
Park History
Taman Negara is the oldest protected area in the country. Originated from the legislation of Pahang in 1925, which set aside 130,000ha of land designated as Gunung Tahan Game Reserve. Then declared as King George V National Park in 1938 by the Sultans of 3 states Pahang, Trengganu and Kelantan. To preserve the land's indigenous nature in perpetuity, it was gazette separately by each state's Enactments in 1938-1939. The park was renamed Taman Negara after the nation gain independence in 1957.No commercial exploitations is permitted, except for subsistence hunting by the aboriginals (the Orang Asli people).
Dark history of Taman Negara was almost happened in 1971 by the proposal of Malaysian National Electricity Board to build a dam on the Sungei Tembeling. The idea was abandoned in 1978, but was revived again in 1982, only to be discarded in 1983 through the effort of Malaysian Nature Society, who lobbied the federal government. The dam would have flooded some 13,00ha, and would meant the excision of 32,600ha from the park.
Geography
Taman Negara is the largest and the oldest protected area in the country. It covers 4,343 sq km; the central coordinates are 04°30' North latitude and 102°59' East longitude. The altitude ranges from 60m to 2187m at the summit of Gunung Tahan. This huge area shared among three states: Pahang 2,477 sq km (57%), Kelantan 1,043 sq km (24%) and Trengganu 853 sq km (19%).
In spite of being so far from the coast, most of the area (57%) lies below 305m above sea level. The Kuala Tahan park headquarters is one of the the lowest point at 120m above sea level. There are several hills in the park above 1,000m elevation, including the highest mountain in Peninsular Malaysia, Gunung Tahan at 2,187m, but there are no impressive high-altitude granite formations
Geology
The rainforest landscape has been geologically stable through out. Thus without any major geophysical upheaval, the forest has evolved relatively uninterrupted since primordial times.
The geology is sedimentary rocks, mainly sandstone and shale, with some scattered limestone outcrops and caves. Steeply tilted and folded sandstone outcrops are expose along the Sungei Tembeling, especially at Kuala Tahan and Kuala Keniam. Limestone outcrops are found at scattered locations, the highest of which is Gua Peningat (723m).
Rivers
The Taman Negara park basin is drained by the Sungai Tahan, which originates at the foot of Gunung Tahan massif, and by the Sungai Keniam and Sungai Sepia. The pristine rivers in Taman Negara boasting waterscapes from mirror-still reflections to wild rapids and scenic waterfalls. With exotic names such as Tembeling, Tahan, Trenggan and Relau, these sungai or rivers including the tributaries and streams together number in the hundreds. Their waters range from crystal clear to coffee brown from the natural soil sediments. Rainforest rivers like these, which flow from peat soil virgin mountain forest catchments with no major human settlement or cultivation alongside, are now rare in the world.
Flora and Fauna
Malaysia is one of the 12th mega biodiversity areas in the world and Taman Negara's tropical rainforest indeed is one of the world's most complex and rich ecosystem. The park is home to about 14,000 species of plants and trees more than other forest in the world. There are more than 2,400 species of flowering plant, 200 species of mammals, 350 species of birds, 67 species of snakes, 55 species of frogs, 80 species of bat, 30 species of rats and 109 species freshwater fishes (15 species endemic to Taman Negara).
The vegetations is primary rainforest and can be classified into four main groups:
· Lowland dipterocarp forest
· Hill dipterocarp forest
· Montane oak forest
· Montane ericaceous forest
The tualang trees (kompassia excelsea), the tallest tree in South East Asia are mostly found on the plains along with a variety of hardwoods such as meranti (shores spp.) and keruing (dipterocarps spp.). Epiphytes such as ferns and rare species of orchids are abundant here, while oaks, laurel and conifers are found on the intermediate slopes.
Cultural Heritage
Bronze aged artefacts have been recovered from Tembeling valley, between the Sungai Yong and Sungai Sepia. Archaeologist consider this to be one of the richest prehistoric sites in the country. The latest findings is at Gua Bewah and Gua Taat which is believed dating back to the Neolithic Age (400 BC).
22 January 2011
Obesiti pengaruhi fungsi hati
Saya dikategori dalam golongan obes yang memungkinkan saya mendapat masalah hati berlemak. Sedikit maklumat mengenai masalah ini serta pemakanan berkaitan mungkin boleh membantu saya.
Jawapan: Kebanyakan daripada kita mengambil mudah aspek penjagaan kesihatan, tidak terkecuali kesihatan hati. Ini mungkin juga disebabkan ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar akan peranannya. Namun ketahuilah bahawa ia menjalankan pelbagai fungsi penting tubuh dan membolehkan kita kekal sihat.
Antara fungsi penting hati termasuklah menapis dan menyahtoksik darah, protein, membantu dalam pembekuan darah, menyimpan sesetengah vitamin, mineral, mengawal atur hormon dan pelbagai lagi. Oleh yang demikian, janganlah mengabaikan penjagaan atau menunggu hingga sudah terlewat. Dengan nutrisi dan suplemen yang betul kita masih mampu mengelak kerosakan hati serta mencegah kerosakan yang lebih parah kepada masalah yang sedia ada.
Kekalkan diet rendah lemak. Penyakit hati berlemak kini kian menjadi isu kesihatan yang digeruni. Alkohol kini bukan lagi bahan utama dikaitkan dengan kerosakan hati. Pengumpulan lemak dalam hati adalah penyumbang utama kepada Non-alcoholic fatty liver disease (NAFLD) atau hati berlemak bukan akibat alkohol. Hati berlemak lazimnya tidak mempamerkan simptom, namun lama-kelamaan, masalah ini boleh menjurus kepada komplikasi yang lebih parah seperti keradangan, hati berparut, pengerasan hati dan juga kegagalan fungsi hati.
Kajian mendapati bahawa sindrom metabolik di kalangan pesakit hati berlemak bukan alkohol berkait dengan berat badan berlebihan atau obesiti di bahagian abdomen, paras kolesterol baik (HDL) yang rendah, paras trigliserida yang tinggi dan intoleransi glukosa. Oleh itu, mengawal kriteria-kriteria ini bermanfaat dalam mencegah dan merawat penyakit hati berlemak bukan alkohol.
Berdasarkan hasil kajian ke atas silymarin, iaitu komponen dalam milk thistle mampu memperbaiki fungsi hati dan mencegah kerosakan hati pada pesakit hati berlemak. Silybin yang merupakan komponen paling aktif dalam silymarin pula mampu menstabil membran-membran sel terhadap bahan toksik. Bahan aktif yang juga bertindak sebagai antioksida ini juga boleh meningkatkan aktiviti enzim penentang radikal bebas dalam sel-sel tubuh manusia, memperbaiki fungsi menyahtoksik hati dan menggalakan pemulihan hati.
Menurut laporan dalam the Journal of Alternative and Complimentary Medicine tahun 2003, dos harian silymarin lazim dalam ujian klinikal adalah antara 280mg hingga 800mg, iaitu bersamaan dengan 400mg hingga 1140mg ekstrak Milk thistle.
Kerosakan akibat radikal bebas, sama ada yang terhasil daripada tubuh itu sendiri mahupun daripada faktor luaran akan menyebabkan kerosakan kepada sel-sel tubuh termasuk hati. Salah satu cara untuk mencegah atau melawan kerosakan ini adalah dengan anti oksida seperti vitamin E Tokotrienol. Vitamin E tokotrienol terbukti 40 hingga 60 kali lebih poten sebagai antioksida berbanding vitamin E biasa (tokoferol) dan bermanfaat kepada pelbagai masalah kesihatan.
Berdasarkan kajian, pengambilan vitamin E Tokotrienol memberi manfaat kepada penghidap hati berlemak. Hasil kajian ini mendapati 66 peratus pesakit yang mengamalkan pengambilan vitamin E tokotrienol memperolehi hasil yang ketara dalam memperbaiki masalah hati berlemak. Dengan ini pengambilannya dicadangkan kepada mereka yang mengalami masalah ini.
Vitamin B kompleks memberi sumbangan tersendiri kepada kesihatan hati. Ia terlibat dalam banyak aktiviti tubuh, termasuk metabolisme lemak dan juga nutrien kepada sel-sel otak. Vitamin B komplek ini juga sangat diperlukan untuk kesihatan jantung dan juga hati.
Utusan Online
Jalani kehidupan seks secara sihat
SEBAGAI pasangan suami isteri adakah anda menikmati kehidupan seks sepuasnya? Atau anda tidak pasti akan jawapannya sehingga kadang kala membuat perbandingan kehidupan seks anda dengan rakan anda.
Sebenarnya tindakan itu salah. Jangan sesekali membuat perbandingan tersebut kerana ia hanya mengundang padah dalam perhubungan suami isteri.
Hakikat sebenarnya, sesebuah perhubungan kelamin suami isteri itu unik. Setiap pasangan mempunyai cara yang berbeza mengemudikannya.
Apa yang baik untuk orang lain tidak semestinya baik untuk anda. Ada beberapa panduan yang boleh digunakan sebagai ukuran adakah anda menjalani kehidupan seks yang sihat atau sebaliknya.
Tanda pertama - Perhubungan anda sihat
Pasangan suami isteri yang sihat, akan sentiasa berbicara tentang apa yang berlangsung dalam kehidupan mereka.
Mereka tidak membataskan diri tentang isi perbualan termasuk dalam isu perhubungan seks. Jika terdapat sesuatu yang tidak kena ataupun kepuasan seks yang dihajati tidak tercapai, mereka akan menyuarakannya.
Pasangan yang sihat juga lebih realistik dan memahami kemampuan pasangan masing-masing.
Tanda 2 - Eksperimen dalam bilik tidur
Pasangan suami isteri yang suka melakukan eksperimen dalam hubungan kelamin adalah tanda mereka berpuas hati dengan kehidupan seks mereka.
Jangan salah faham, apa yang dimaksudkan di sini bukanlah seks melampau yang tidak dituntut syarak.
Eksperimen yang dicadangkan cukuplah dengan mengajak pasangan sesekali menukar posisi, mencuba beberapa gaya terbaru atau boleh juga menukar lokasi seperti di kerusi atau sofa.
Katil bukanlah tempat yang wajib untuk hubungan seks. Dengan mencuba idea terbaru ini bukan sahaja mudah malah membuktikan kebahagiaan anda berdua.
Tanda 3 - Ikhlaskan hati untuk hubungan seks
Pernahkah anda terasa bahawa hubungan seks kini berbeza dengan ketika di awal perkahwinan?
Sudah bertahun kahwin, jadi seks itu umpama kewajipan asas suami isteri sahaja. Ia bukan lagi sesuatu yang dinikmati dengan penuh perasaan. Padahal seks adalah satu perkara yang anda dan pasangan lakukan dengan penuh keseronokan.
Pastikan anda menikmati puncak kenikmatan dan melakukannya kerana keikhlasan hati untuk pasangan anda.
Tanda 4 - Seks sebagai rutin dalam perhubungan
Bukanlah sesuatu yang pelik untuk meletakkan seks sebagai perkara terakhir dalam sesuatu perhubungan. Dalam situasi di mana anda mempunyai sebuah keluarga, anak-anak dan pekerjaan seks menjadi perkara yang sukar untuk dilakukan setiap hari.
Pasangan yang sentiasa cuba mewujudkan masa untuk hubungan seks sekerap mungkin adalah pasangan yang mempunyai perhubungan seks yang sihat. Jadilah lebih spontan.
Tanda 5 - Seks bukan sekadar hubungan, ia lebih dari itu
Seks lebih dari sekadar hubungan kelamin. Gurau senda dan sentuhan awal amat penting untuk hubungan seks yang sihat dan ceria. Pastikan anda lebih kreatif setiap hari supaya ada kejutan untuk pasangan anda.
Sebagai contoh, tinggalkan nota-nota indah atau boleh juga menghantar hadiah secara mengejut ke pejabat.
Tindakan ini boleh membuatkan pasangan anda teruja. Walaupun lepas seks berakhir anda masih romantik, itulah tanda hubungan seks anda sesuatu yang sihat. Jika salah satu tanda di atas ada menerangkan tentang kehidupan seks anda, maka anda boleh menikmati kehidupan seks yang sihat dan gembira.
