Followers
Carian dalam Blog ini
19 November 2009
18 November 2009
Keputusan Peperiksaan Akhir Tahun 2009
Salam 1 Malaysia,
Ambo nak maklumkan kepada Murid 6BA KHS keputusan peperiksaan anda boleh di ambil di pejabat sekolah mulai Isnin 23/11/2009 waktu pejabat.
Harap maklum.
TQ
Ambo nak maklumkan kepada Murid 6BA KHS keputusan peperiksaan anda boleh di ambil di pejabat sekolah mulai Isnin 23/11/2009 waktu pejabat.
Harap maklum.
TQ
Labels:
Catatan
17 November 2009
Selamat menduduki peperiksaan SPM & STPM
Salam 1 Malaysia,
Tq
Cikgu nak ucapkan selamat menduduki peperiksaan kepada warga Kajang High yang akan menempuh SPM & STPM tahun ini.
Doa dan restu cikgu iringi kalian yang pernah cikgu didik. Semoga anda semua akan berjaya dengan cemerlang.
Buatlah yang terbaik untuk diri , ibubapa dan guru-guru anda.
Try your best....gluck.
Kajang High terbilang 2010.
Tq
Labels:
Catatan
16 November 2009
Majlis Makan Malam Asrama Tun Dr Abdul Aziz
Salam 1 Malaysia:

Pengerusi Majlis: Muhammad Akmal Arif bin Zulkafli

Ketua Murid Asrama : Amir Syafiq b Masruddin menyampaikan ucapan

Sebahagian warga asrama

Persembahan Nasyid yang menghiburkan.
Terima kasih kepada AJK kerana sudi jemput cikgu.....
Ambo baru balik dari majlis makan 'male' asrama Tun Dr Abdul Aziz, SMK Tinggi Kajang.
Tahniah dan syabas kepada AJK Pelaksana majlis yang di ketuai Oleh Muhammad Syafiq Azwad. Moga kalian akan berjaya dalam akademik dan kokurikulum.
Majlis diadakan bagi mengingati sumbangan guru-guru kepada pelaja yang tinggal di asrama. Pelbagai program yang di rancangkan telah dilaksanakan sepanjang tahun ini.
Pengerusi Majlis: Muhammad Akmal Arif bin Zulkafli
Ketua Murid Asrama : Amir Syafiq b Masruddin menyampaikan ucapan
Sebahagian warga asrama
Persembahan Nasyid yang menghiburkan.
Terima kasih kepada AJK kerana sudi jemput cikgu.....
Labels:
Aktiviti Kajang High School,
Catatan
Pasukan Bolasepak SMK Tinggi Kajang
Salam 1 Malaysia;
Satu program membentuk pasukan bolasepak 2010 telah di jalankan oleh Unit Sukan SMK Tinggi ke Kedah dan Perlis dari 13-15 November 2009.
Ambo, Cikgu Saari dan Cikgu Ronzi membawa pasukan 2010 mengadakan siri perlawanan persahabatan dengan Pasukan Pusat Sukan negeri Kedah dan Perlis.
Melalui program ini banyak kekuatan dan kelemahan pasukan dapat dikenalpasti bagi membetuk pasukan yang mantap untuk kejohanan sepanjang 2010.
Semoga Visi Sekolah "Kajang High School Terbilang 2010" dapat direalisasikan.
Labels:
Aktiviti Kajang High School,
Catatan,
Sukan
11 November 2009
Fokus Soalan Geografi Manusia STPM 2009
Salam..
Khas untuk student ambo 6aa teruskan usaha anda dan jangan jemu mentelaah. Hanya sedikit masa lagi dituntut dari anda untuk cemerlang.
Seperti yang telah kita bincangkan fokuslah pada topik-topik;
Tema 1 ;
1. Kualiti penduduk
2. Lebihan penduduk
3. Migrasi dalaman
Tema 2;
1. Sektor Pelancongan/perkhidmatan
2. Sektor Pembalakan
Tema 3;
1. Pembandaran/urbanisasi
2. Bandar primat
Tema 4;
1. Kerjasama ekonomi - Asean, APEC, EAEC, AFTA
Tema 5;
1. Pembagunan Lestari
2. Usaha berterusan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar/sumber.
Semoga anda semua akan berjaya menjawab dengan cemerlang.
tq

Tip/Panduan
10 November 2009
Khasiat dan kelebihan minyak sawit
Pancawarsa menyaksikan industri sawit di Malaysia mengalami revolusi memberangsangkan. Ia bermaksud anjakan paradigma yang dibawa Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak ditubuhkan menampakkan hasilnya. Maka tidak hairanlah Malaysia pada masa kini dikenali sebagai pengeluar minyak sawit nombor satu dunia. Walaupun aliran harga komoditinya semakin meningkat, permintaannya di pasaran semakin bertambah.
Minyak Sawit adalah selamat untuk dimakan dan baik untuk kesihatan. Misalnya, minyak sawit mengandungi vitamin E (tokoferol dan tokotrienol). Vitamin E adalah antioksida yang kuat dan dapat menghapuskan radikal bebas oksigen dalam badan kita. Jadi, vitamin E dapat mencegah sel daripada cepat menjadi tua dan dirosakkan oleh proses metabolik dalam badan kita mahupun tindakan bahan toksik dari alam sekitar. Kerosakan sel badan oleh radikal bebas boleh menyebabkan kanser.
Selain itu, minyak sawit juga kaya dengan beta karotena, iaitu satu sumber bagi vitamin A. Seperti vitamin E, beta karotena juga antipengoksida. Beta karotena terbukti memainkan peranan dalam pencegahan kanser. Kajian menunjukkan kandungan asid oleic (sejenis asid lemak mono tak tepu) dalam minyak sawit dapat meningkatkan aras kolesterol yang berfaedah, iaitu kolestrol berketumpatan tinggi (HDL) dan menurunkan aras kolesterol berbahaya, iaitu kolesterol berketumpatan rendah (LDL).
Seterusnya, melalui beberapa kajian, minyak sawit dapat mengurangkan kecenderungan darah untuk membeku. Ini adalah kerana minyak sawit dapat mengawal peratusan hormon tromboksana dan prostasilin dalam darah. Pembekuan darah dalam arteri boleh menyebabkan strok dan serangan jantung.
Berbanding minyak sayuran lain, minyak sawit mempunyai daya tahan amat tinggi terhadap pengoksidaan. Kestabilan minyak sawit disebabkan komposisi asid lemaknya yang unik dan vitamin E dalamnya. Dengan ini, minyak sawit tahan lebih lama tanpa menjadi tengik berbanding minyak sayuran lain.
Tambahan pula, minyak sawit minyak masak yang ideal kerana masakan tidak akan dipengaruhi oleh rasa dan bau daripada minyak yang digunakan.
Kajian juga membuktikan pengambilan lemak melalui proses penghidrogenan meningkatkan risiko penyakit jantung koronari. Sebaliknya, minyak sawit dapat digunakan dalam keadaan asalnya untuk menghasilkan produk lemak pepejal (misalnya majerin dan lemak untuk bakeri) tanpa proses penghidrogenan.
Tuntasnya, minyak sawit mempunyai pelbagai khasiat dan kelebihan. Oleh yang demikian, para penyelidik dan saintis perlulah lebih komited bagi menyelidik kegunaan ataupun pelbagai khasiat lain yang dapat kita manfaatkan dengan minyak sawit.
Labels:
Esei
Teknologi biojisim sawit penyumbang pemuliharaan alam sekitar
PADA zaman negara menuju ke era kepelbagaian teknologi canggih dalam kelompok industri, pertanian sawit ternyata memberikan kemudahan sekali gus membantu mengaut keuntungan signifikan kepada ekonomi peladang sawit. Namun, ketidakstabilan sebahagian bahan asas teknologi yang diguna pakai memberi impak negatif secara maksimum kepada ekosistem bumi.
Makenisma teknologi biojisim sawit diperkenalkan selaras Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) memberi keutamaan terhadap pembaharuan teknologi untuk pertanian sawit. Teknologi ini yang berteraskan bahan daripada pokok sawit itu sendiri seperti pelepah sawit, mampu menjana sejumlah tenaga yang banyak. Fakta menunjukkan tenaga yang dihasilkan boleh dan selamat untuk digunakan.
Melalui penggunaan teknologi ini, ia mampu melengkapkan proses pengkreatifan sawit secara lebih efektif dan berkesan. Teknologi biojisim sawit ini digunakan selaras teknologi lain diperkenalkan seperti biodiesel sawit dan dapat meningkatkan produktiviti sawit dengan teknologi yang baru.
Pengklasfikasian secara saintifik oleh saintis yang mengkaji penggunaan sawit membuktikan penggunaan teknologi biojisim sawit tidak menjejaskan alam sekitar. Teknologi biojisim sawit ini sebaliknya mampu menyumbang peneutralan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Penggunaan bahan yang mampu mencemarkan alam sekitar membebaskan gas dan natrium relai yang berbahaya. Namun, teknologi biojisim sawit ialah negatif dalam pembebasan gas berbahaya. Ini menunjukkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggunakan satu kaedah yang dinamik. Ini adalah satu langkah proaktif dan satu revolusi atau perubahan yang dapat menyumbang kepada kestabilan ekosistem alam sekitar.
Penggunaan teknologi biojisim sawit juga mampu mengurangkan kadar bahan sentapan bumi. Biojisim sawit menggunakan bahan asas daripada pokok sawit yang selalunya dibiarkan di tanah ataupun dibakar seperti pelepah dan tandan sawit. Penggunaan bahan ini sekali gus mampu mengurangkan kadar keasidan tanah gambut.
Selain itu, teknologi alternatif ini juga boleh membantu dalam mengelakkan pembebasan gas karbon dioksida ke udara. Kebiasaannya, pekebun kecil lebih senang membakar pelepah sawit di kawasan terbuka. Teknologi biojisim sawit ini boleh mengelakkan gas beracun mencemarkan udara dan alam sekitar kerana pelepah dan batang sawit yang dibiarkan reput di pangkal pokok sawit boleh bertindak sebagai baja bagi menyuburkan tanah dan pokok sawit.
Labels:
Esei
09 November 2009
7 Tips Untuk Cemerlang dan Persediaan Menghadapi Peperiksaan…
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamulaikum wbt .
Bagi pelajar peringkat menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM boleh menggunakan tip ini sebagai panduan pembelajaran dan persediaan anda.
Terdapat beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :
1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. Dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel.
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.
Labels:
Tip/Panduan
08 November 2009
Tanda-tanda Kiamat
Tanda-tanda kiamat
Tanda-tanda kiamat ada dua: tanda-tanda kiamat besar dan tanda-tanda kiamat kecil.
Tanda kiamat kecil adalah tanda yang datang sebelum kiamat dengan waktu yang relatif lama, dan kejadiannya biasa, seperti dicabutnya ilmu, dominannya kebodohan, minum khamr, berlumba-lumba dalam membangun, dan lain-lain. Terkadang sebahagiannya muncul menyertai tanda kiamat besar atau bahkan sesudahnya.
Tanda kiamat besar adalah perkara besar yang muncul mendekati kiamat yang kemunculannya tidak biasa terjadi, seperti muncul Dajjal, Nabi Isa a.s., Yakjuj dan Makjuj, terbit matahari dari Barat, dan lain-lain.
Para ulama berbeza pendapat tentang permulaan yang muncul dari tanda kiamat besar. Tetapi Ibnu Hajar berkata, "Yang kuat dari sejumlah berita tanda-tanda kiamat, bahawa keluarnya Dajjal adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar, dengan terjadinya perubahan secara menyeluruh di muka bumi. Dan diakhiri dengan wafatnya Isa a.s.
"Sedangkan terbitnya matahari dari Barat adalah awal dari tanda-tanda kiamat besar yang mengakibatkan perubahan keadaan langit. Dan berakhir dengan terjadinya kiamat".
Ibnu Hajar melanjutkan, "Hikmah dari kejadian ini bahwa ketika terbit matahari dari barat, maka tertutuplah pintu taubat".
Di antara tanda-tanda kiamat kecil adalah:
1. Diutusnya Rasulullah SAW
Jabir r.a. berkata, "Adalah Rasulullah SAW jika beliau menyampaikan khutbah matanya merah, suaranya keras, dan penuh semangat seperti panglima perang, beliau bersabda, "(Hati-hatilah) dengan pagi dan petang kalian". Beliau melanjutkan, Aku diutus dan hari Kiamat seperti ini. Rasulullah SAW mengibaratkan seperti dua jarinya antara telunjuk dan jari tengah (kiamat sangat hampir). (riwayat Muslim)
2. Disia-siakan amanah
Jabir r.a. berkata, tatkala Nabi saw. berada dalam suatu majlis sedang berbicara dengan para sahabat, maka datanglah orang Arab Badwi dan berkata, "bilakah masanya akan terjadi kiamat?" Rasulullah SAW terus melanjutkan bicaranya. Sebahagian sahabat berkata, "Rasulullah mendengar apa yang ditanyakan tetapi tidak menyukai apa yang ditanyakannya".
Berkata sebagian yang lain, "Rasulullah tidak mendengar". Setelah Rasulullah menyelesaikan bicaranya, baginda bertanya: "Mana yang bertanya tentang kiamat tadi?" Berkata lelaki Badwi itu, "Saya, wahai Rasulullah". Rasulullah SAW berkata, "Jika amanah disia-siakan, maka tunggulah kiamat". Lelaki itu bertanya lagi, "Bagaimana menyia-nyiakannya?" Rasulullah menjawab, "Jika urusan diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat". (riwayat Bukhari)
3. Penggembala menjadi kaya
Rasulullah ditanya oleh Jibril tentang tanda-tanda kiamat, lalu beliau menjawab: "Seorang budak melahirkan majikannya, dan engkau melihat orang-orang yang tidak beralas kaki, telanjang, dan miskin, penggembala binatang berlumba-lumba saling tinggi dalam bangunan. (riwayat Muslim).
4. Banyak terjadi pembunuhan
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak akan terjadi kiamat, sehingga banyak terjadi haraj.. Sahabat bertanya apa itu haraj, ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab, "haraj adalah pembunuhan, pembunuhan". (riwayat Muslim).
5. Munculnya kaum Khawarij
Dari Ali ra. berkata, saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, Akan keluar di akhir zaman kelompok orang yang masih muda, bodoh, mereka mengatakan sesuatu dari firman Allah. Keimanan mereka hanya sampai di kerongkong mereka. Mereka keluar dari agama seperti anak panah keluar dari busurnya. Di mana saja kamu jumpai, maka bunuhlah mereka. Siapa yang membunuhnya akan mendapat pahala di hari kiamat. (riwayat Bukhari).
6. Perang antara Yahudi dan Umat Islam
Dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tidak akan terjadi kiamat sehingga kaum muslimin berperang dengan yahudi. Maka kaum muslimin membunuh mereka sampai ada orang yahudi bersembunyi di belakang batu-batuan dan pohon-pohonan. Dan berkatalah batu dan pohon, "Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini yahudi di belakangku, kemari dan bunuhlah ia". Kecuali pohon Gharqad kerana ia adalah pohon Yahudi. (riwayat Muslim).
7. Sedikitnya ilmu
8. Merebaknya perzinaan
9. Banyaknya kaum wanita
Dari Anas bin Malik ra. bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: Sesungguhnya di antara tanda-tanda kiamat adalah ilmu diangkat, banyaknya kejahilan, banyaknya perzinaan, banyaknya orang yang minum khamr (arak), sedikit kaum lelaki dan banyak kaum wanita, sampai nisbah bagi 50 wanita seorang lelaki. (riwayat Bukhari)
10. Bermewah-mewah dalam membangun masjid.
11. Berleluasnya riba dan harta haram
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, "Akan datang pada manusia suatu waktu, setiap orang tanpa kecuali akan makan riba, orang yang tidak makan langsung, pasti terkena debu-debunya". (riwayat Abu Dawud, Ibnu Majah dan Al-Baihaqi)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah bersabda, Akan datang pada manusia suatu saat di mana seseorang tidak peduli dari mana hartanya didapati, apakah dari yang halal atau yang haram. (riwayat Bukhari dan Ahmad)

Utusan Online 6/11/2009
Labels:
Tip/Panduan
Subscribe to:
Posts (Atom)