Followers

Carian dalam Blog ini

10 November 2009

Teknologi biojisim sawit penyumbang pemuliharaan alam sekitar

PADA zaman negara menuju ke era kepelbagaian teknologi canggih dalam kelompok industri, pertanian sawit ternyata memberikan kemudahan sekali gus membantu mengaut keuntungan signifikan kepada ekonomi peladang sawit. Namun, ketidakstabilan sebahagian bahan asas teknologi yang diguna pakai memberi impak negatif secara maksimum kepada ekosistem bumi.
Makenisma teknologi biojisim sawit diperkenalkan selaras Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9) memberi keutamaan terhadap pembaharuan teknologi untuk pertanian sawit. Teknologi ini yang berteraskan bahan daripada pokok sawit itu sendiri seperti pelepah sawit, mampu menjana sejumlah tenaga yang banyak. Fakta menunjukkan tenaga yang dihasilkan boleh dan selamat untuk digunakan.

Melalui penggunaan teknologi ini, ia mampu melengkapkan proses pengkreatifan sawit secara lebih efektif dan berkesan. Teknologi biojisim sawit ini digunakan selaras teknologi lain diperkenalkan seperti biodiesel sawit dan dapat meningkatkan produktiviti sawit dengan teknologi yang baru.
Pengklasfikasian secara saintifik oleh saintis yang mengkaji penggunaan sawit membuktikan penggunaan teknologi biojisim sawit tidak menjejaskan alam sekitar. Teknologi biojisim sawit ini sebaliknya mampu menyumbang peneutralan dan mengurangkan pencemaran alam sekitar. Penggunaan bahan yang mampu mencemarkan alam sekitar membebaskan gas dan natrium relai yang berbahaya. Namun, teknologi biojisim sawit ialah negatif dalam pembebasan gas berbahaya. Ini menunjukkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menggunakan satu kaedah yang dinamik. Ini adalah satu langkah proaktif dan satu revolusi atau perubahan yang dapat menyumbang kepada kestabilan ekosistem alam sekitar.
Penggunaan teknologi biojisim sawit juga mampu mengurangkan kadar bahan sentapan bumi. Biojisim sawit menggunakan bahan asas daripada pokok sawit yang selalunya dibiarkan di tanah ataupun dibakar seperti pelepah dan tandan sawit. Penggunaan bahan ini sekali gus mampu mengurangkan kadar keasidan tanah gambut.
Selain itu, teknologi alternatif ini juga boleh membantu dalam mengelakkan pembebasan gas karbon dioksida ke udara. Kebiasaannya, pekebun kecil lebih senang membakar pelepah sawit di kawasan terbuka. Teknologi biojisim sawit ini boleh mengelakkan gas beracun mencemarkan udara dan alam sekitar kerana pelepah dan batang sawit yang dibiarkan reput di pangkal pokok sawit boleh bertindak sebagai baja bagi menyuburkan tanah dan pokok sawit.

No comments: