Followers
Carian dalam Blog ini
15 July 2014
03 July 2014
Perbaiki institusi tadbir cantas rasuah
Perbaiki institusi tadbir cantas rasuah
2014/07/01
Kejayaan basmi penyakit sosial berperingkat perlu kerjasama semua pihak
Sudah menjadi kelaziman tatkala saya menghadiri majlis sosial, pasti ada yang merengus-rengus berkongsi pengalaman mereka menyogok wang kerana terdesak menyelesaikan sesuatu masalah. ‘Itulah Idris, gejala rasuah masih berleluasa di negara ini, makanya kita terus gagal untuk maju,’ keluh mereka kepada saya.
Biasalah, orang yang pernah mengalami pengalaman seperti ini pasti tidak yakin dengan kesungguhan kerajaan untuk membanteras gejala rasuah. Keluh-kesah yang dilantunkan di media sosial menunjukkan betapa rakyat hampa dengan sistem yang mereka anggap tidak jujur, berwibawa dan telus.
Alangkah mudahnya jika kemakmuran dan kekayaan sesebuah negara hanya bergantung pada pencegahan rasuah. Namun, jika benarlah kemantapan ekonomi diraih hanya dengan membasmi penyakit ini, sudah tentulah semua negara di dunia akan berpegang pada satu teori ekonomi semata-mata.
Rasuah ialah ibu segala penyakit. Wabak rasuah menulari semua lapisan masyarakat, tidak kiralah kita ini orang baik atau tidak. Sejujurnya, ramai daripada kita yang pernah terlanjur memberi, menerima atau paling tidak pun, hampir terdorong terbabit dengan rasuah.
Saya mula mengerti maksud ‘ketelusan’ dan ‘nilai murni’ ketika membesar di rumah panjang. Keinginan melakukan sesuatu kesalahan sentiasa menerkam di hati, namun dapat dibendung kerana terlalu ramai mata-mata yang memerhati dan menunggu peluang membuka aib diri ini! Tiada pilihan melainkan mendidik peribadi agar patuh dengan nilai-nilai murni yang teguh dipegang oleh komuniti.
Menginstitusi kaedah tadbir urus secara berkesan
Bagi membasmi penyakit rasuah ini hingga ke akar umbi, kita mesti menginstitusikan kaedah tadbir urus dan kewibawaan dengan berkesan. Kaedah penyelesaian secara ‘ad hoc’ hanya merawat simptom, tetapi tidak mencantas akar umbi penyakit ini. Kaedah jangka panjang adalah menghapuskan secara berperingkat kelaziman yang sudah berakar umbi selama berdekad-dekad lamanya. Ini bukan perkara mudah dan semestinya memerlukan gabungan tenaga semua pihak – kerajaan, badan korporat dan rakyat.
Rasuah wujud dalam tiga kategori utama, iaitu rasuah dalam hal ehwal kawal selia/pelaksanaan, dalam isu perolehan dan rasuah dalam pembiayaan politik. Beberapa usaha yang dilaksanakan sudah menampakkan kejayaan, namun kekangan masih dilihat:
1. Menghindari rasuah dalam hal ehwal pelaksanaan
Setakat ini, kami melaksanakan 196 projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang berperanan sebagai penunjuk laluan bagi mengubah proses - yakni dengan memperkemas semua kelulusan bagi projek dan mengurangkan birokrasi bagi meminimumkan ruang untuk berlakunya rasuah.
Sementara itu, PEMUDAH berhasil menambah baik persekitaran perniagaan menerusi rombakan khusus dan mewujudkan automasi dalam proses perniagaan. Apabila proses perniagaan ditawarkan dalam talian dengan hampir tiada langsung campur tangan pegawai pelaksana, kami berupaya mengurangkan kebarangkalian pelakuan rasuah.
Peruntukan Liabiliti Korporat dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga akan memastikan pemantauan rasuah lebih ketat dalam sektor swasta. Dengan pindaan itu, bukan hanya pekerja, malah syarikat terbabit juga akan dipertanggungjawabkan bagi salah laku rasuah dalam syarikat mereka.
Kemaraan kita dalam tinjauan Doing Business oleh Bank Dunia sehingga mampu menduduki tangga ke-6 pada peringkat dunia dalam tahun 2014 ialah bukti kejayaan ini. Tahun 2010, kita berada di tangga ke-23, tahun 2012 di tangga ke-18 dan tahun 2013 di tangga ke-8. Selain itu, kita melonjak tiga anak tangga dengan menduduki tangga ke-16 dalam tinjauan Starting a Business pada tahun 2014, dikukuhkan lagi dengan lonjakan 56 anak tangga ke tangga ke-43 dalam tinjauan Dealing with Construction Permits. Semua pengiktirafan ini menunjukkan kita berupaya menyempitkan ruang bagi salah laku rasuah dengan begitu drastik. Inilah tanda penambahbaikan yang telah kami jalankan dan masih banyak usaha yang akan kami laksanakan.
2. Ketelusan yang lebih tinggi dalam proses perolehan
Penarafan oleh Jabatan Audit Negara Malaysia pada tahun 2013 memberikan penarafan 92 peratus kepada kerajaan dalam Indeks Akauntabiliti Perolehan Kerajaan. Penarafan membanggakan! Tetapi, kegagalan pematuhan sebanyak lapan peratus itu pula kerap dibangkitkan.
Malaysia adalah satu-satunya negara di dunia yang mengemukakan laporan Jabatan Audit Negara secara terperinci yang dibentangkan di Parlimen tiga kali setahun.
Siasat fakta tak konsisten dalam Laporan Audit
Baru-baru ini, Tan Sri Dr Ali Hamsa selaku Ketua Setiausaha Negara memulakan satu inisiatif sesama Ketua-ketua Setiausaha bagi menyiasat fakta yang tidak konsisten dalam Laporan Audit Negara yang diketengahkan ketika sesi soal jawab bersama pihak media. Saya berharap agar langkah siasatan seperti ini akan mengorak suatu era baharu yang menerapkan amalan perolehan lebih berhemat dalam kalangan kerajaan.
Pelancaran Paparan Susulan Laporan Audit dalam talian baru-baru ini bagi mengesan isu yang diketengahkan juga dapat membantu mewujudkan persekitaran perolehan dengan akauntabiliti yang lebih tinggi.
Begitu juga dengan penubuhan Putrajaya Inquisition yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, sesi tindakan itu bertujuan menyelesaikan kes dalam Laporan Audit Negara yang belum dapat diselesaikan setelah begitu lama.
3. Pembiayaan politik
Pelbagai kajian membuktikan Rasuah Tertinggi, yakni salah laku rasuah oleh pegawai atasan kerajaan atau individu sehingga mengganggu-gugat hal ehwal pemerintahan pusat dalam negara berkemungkinan rasuah yang paling membimbangkan. Kami sependapat dan sehubungan itu kami mencadangkan agar:
1. Semua dana yang bertujuan membiayai parti politik mesti disimpan dalam akaun rasmi parti dan bukannya akaun individu.
2. Pengeluaran resit sejurus saja dana disalurkan ke parti politik adalah diwajibkan.
3. Semua sumbangan mestilah direkodkan dengan teliti dan akaun kira-kira mestilah mematuhi Standard Perakaunan Am yang diterima pakai. Akaun parti mestilah diaudit oleh juruaudit luar.
4. Sekiranya dana dikutip atau dipegang orang ketiga bagi pihak persatuan politik, semua dana itu mestilah disalurkan ke akaun parti dalam tempoh 14 hari selepas kutipan dibuat.
Pembangkang lengahkan sokongan
Sungguhpun Barisan Nasional memeterai pengisytiharan sokongannya terhadap inisiatif ini, pembangkang pula sengaja melengah-lengahkan sokongan mereka dan masih enggan memberikan komitmen. Saya harap mereka akan menimbang inisiatif ini.
Sentimen yang sering dilontarkan berkenaan isu rasuah adalah mendakwa bahawa jika kita berupaya menyekat ketirisan yang berlaku dalam sistem kerajaan, maka tiada lagi keperluan untuk pelaksanaan GST dan rasionalisasi subsidi. Menurut pelontar sentimen ini, penghapusan rasuah semata-mata sudah mampu menyelesaikan masalah kewangan Malaysia.
Kita lihat dulu perangkaan terbabit. Satu kajian Bank Dunia (tahun 2010) menganggarkan bahawa salah laku rasuah di Malaysia merugikan kerajaan dalam sekitar RM10 bilion setahun, satu jumlah bersamaan satu atau dua peratus GDP.
Kerugian sebanyak ini belum cukup mampu mengimbangi hutang negara kerana bayaran subsidi kita saja mencecah RM40 bilion setahun. – meneruskan pembaharuan fiskal dan mendepani gejala rasuah sekali gus.
Berbalik kepada perkampungan Bario tadi, itulah komuniti yang paling selamat dan paling jujur yang tak mungkin anda temui di tempat lain. Orang di sini serta gaya hidup mereka langsung tidak ternoda, ibarat sungai dan gunung-ganang di daerahnya. Meskipun begitu, Bario juga bergelut dengan pahit getir kemiskinan dalam kehidupan hariannya.
Alangkah mudahnya jika kemakmuran dan kekayaan sesebuah negara hanya bergantung pada pencegahan rasuah. Namun, jika benarlah kemantapan ekonomi diraih hanya dengan membasmi penyakit ini, sudah tentulah semua negara di dunia akan berpegang pada satu teori ekonomi semata-mata.
Kemakmuran negara terhambat bukan hanya disebabkan rasuah. Lihat sahajalah Bario.
Penulis ialah Ketua Pegawai Eksekutif bagi Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Sebarang komen yang bersifat adil dan telus amat dialukan di idrisjala@ pemandu.gov.my)
28 May 2014
Perlembagaan: Amal kebebasan bersuara secara berhemah
Hak asasi punca peruntukan Perlembagaan kian rapuh
Kebebasan bersuara sentiasa menjadi tajuk hangat. Ia
bukan isu asing. Setiap lapisan masya-rakat bijak berhujah tentang kebebasan
bersuara, terutama da-lam hal politik dan agama. Fenomena media sosial juga
menyumbang kepada perubahan reka bentuk dan pemahaman tentang kebebasan
bersuara.
Sekiranya diteliti dalam apa juga
as-pek kebebasan bersuara, seperti kebebasan menulis di ruang maya, berhim-pun,
menubuhkan persatuan atau me-nyertai pertubuhan, kebebasan bercakap dalam
Parlimen atau mana-mana Dewan Perundangan, semuanya berubah de-ngan begitu
pantas.
Dari aspek Perlembagaan
Persekutu-an, peruntukan harfiah berkaitan kebebasan tersebut tetap serupa
sejak mula ia digubal. Perkara 10 menjamin tiga kebebasan utama iaitu kebebasan
bercakap, berkumpul dan berpersatuan.
Kebebasan ini masih tertakluk kepada
beberapa perkara yang boleh ditentukan oleh Parlimen berkaitan sekatan
kebebasan ini tidak berubah. Tetapi reali-tinya, selepas gelombang hak asasi
me-landa, pemakaian peruntukan Perlembagaan dan syarat dalam Perlembagaan ini
menjadi begitu rapuh sekali.
Ubah undang-undang
Berkaitan penyebaran prinsip hak asasi yang
mementingkan kebebasan ini, wa-laupun tidak ada perubahan mengenai peruntukan
Perlembagaan, Parlimen ba-nyak mengubah undang-undang yang da-hulunya meletakkan
syarat ketat kepada kebebasan bersuara, seperti perubahan peruntukan dalam Akta
Polis serta Akta Mesin Cetak dan juga pengenalan un-dang-undang baharu bagi
menggantikannya. Semua ini menjelaskan dimensi baharu kebebasan bersuara.
Kelihatannya sekarang, kebebasan bersuara dalam pelbagai aspek semakin terbuka.
Namun begitu keterbukaan dalam hal
kebebasan bersuara ini tidak juga mengubah peruntukan berkaitan kebebasan
bersuara ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).
Dalam hal berkaitan kebebasan
bersuara Ahli Parlimen atau ADUN, kita melihat peruntukan dalam Perkara 63 dan
72 Perlembagaan Persekutuan.
Kedua peruntukan ini lebih
kurang serupa, iaitu ahli Dewan tidak boleh dikenakan apa-apa tindakan mahkamah
atas apa juga pernyataan atau undian yang dibuat bagi tujuan prosiding majlis
perundangan tersebut kecuali jika dia dituduh bagi kesalahan di bawah
undang-undang melarang dipersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan,
keistimewaan, kedaulatan atau preroga-tif yang ditetapkan atau dilindungi oleh
peruntukan Bahagian III (berkaitan ke-warganegaraan), Perkara 152 (bahasa Melayu
sebagai bahasa Kebangsaan, 153 (Ke-istimewaan Melayu) atau 181
(berkenaan kedaulatan raja-raja Melayu) melainkan yang berhubungan
pelaksanaannya.
Ahli majlis tiada imuniti
Ahli majlis perundangan juga tidak mempunyai imuniti
walaupun bagi tu-juan perbahasan atau presiding Dewan dikira sebagai kesalahan
dalam Akta Ha-sutan. Peruntukan Perlembagaan ini (63(4)) ditambah dalam
Perlembagaan selepas peristiwa 13 Mei 1969. Tujuan penambahan amat jelas, iaitu
bagi mengawal kebebasan bersuara dalam Par-limen, supaya perbahasan tidak
diresapi api perkauman. Pindaan ini pernah dicabar kerana dikatakan bercanggah
struktur asas Perlembagaan dan tidak boleh dipinda. Bagaimanapun, mahkamah
tidak menerima hujah struktur asas itu.
Selain itu, walaupun ahli Dewan
di-benarkan bersuara tentang apa juga berkenaan raja, mereka tidak boleh
me-nganjurkan penghapusan institusi Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama
Negara atau menganjurkan penghapusan kedudukan Raja sebagai Raja berperlembagaan
di negeri.
Ini jelas dalam Fasal 63(5)
Perlembagaan. Pindaan Perlembagaan untuk memasukkan peruntukan ini dibuat pada
tahun 1993 selaras dengan pindaan berkaitan imuniti raja.
Walaupun Perlembagaan membuat
sebegini, belum wujud peruntukan khu-sus dalam undang-undang jenayah, te-rutama
Kanun Keseksaan mengenai perkara ini. Berbanding kedudukan demo-krasi
berparlimen, telah diwujudkan peruntukan khusus mengenainya dalam Kanun
Keseksaan dengan pindaan 2012.
Perlembagaan hanya meletakkan dua
sekatan ke atas kebebasan bersuara bagi prosiding Majlis Perundangan, tetapi
Perlembagaan tidak melarang percakapan kasar, keras atau bercanggah dengan budaya
atau seumpamanya. Hanya Dewan diberikan kuasa mengawal selia ahlinya supaya
kebebasan bersuara dalam Dewan Perundangan tidak mengundang pertelingkahan dan
mencemar keharmonian.
Kebebasan bersuara dan sekatani
dalam Perlembagaan masih serupa, ttetapi perundangan sekitarnya banyak
tberu-bah mengikut peredaran dan tunttutan masyarakat. Namun, kita hendaklalti
me-ngambil perhatian bahawa kebebasan bersuara hendaklah dilaksana untuk
ke-baikan, bukan untuk keburukan.
Penulis ialah Profesor Madya di
Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Labels:
Artikel,
Bahan Pengajian Am 900,
PA P1
Perlembagaan prasyarat tingkat semangat patriotik
2014/05/21 - 02:42:48 AM Shamrahayu A Aziz
Pemahaman inti pati akta penting elak tafsiran bercanggah
Perlembagaan diketahui umum sebagai undang-undang tertinggi. Sebagai undang-undang tertinggi negara, sehingga kini rakyat Malaysia mengetahui dan mempunyai kesedaran bahawa Perlembagaan hendaklah dijadikan rujukan utama dalam menentukan keesahan apa juga tindakan.
Umum juga mengetahui bahawa Perlembagaan juga adalah penentu kepada keesahan polisi dan undang-undang. Sekiranya sesuatu tindakan, polisi dan undang-undang itu tidak selari dengan Perlembagaan, maka ia adalah tidak sah. Walaupun khalayak mengetahui kepentingan dan kedudukan Perlembagaan yang begitu tinggi, namun pengalaman saya menunjukkan bahawa tidak ramai ahli masyarakat yang pernah memegang dokumen Perlembagaan.
Jika ada sekali pun, hanya sedikit sahaja yang membaca Perlembagaan. Pengalaman saya menyampaikan syarahan mengenai Perlembagaan dan undang-undang berkaitannya juga menunjukkan jarak antara dokumen Perlembagaan dan masyarakat kita agak jauh.Pada pengamatan saya juga, ramai khalayak yang bercakap dan berhujah menggunakan Perlembagaan, tetapi tidak begitu ramai yang membacanya sendiri atau menilai peruntukan Perlembagaan dengan semangat Perlembagaan dan dengan sejarah Perlembagaan itu.
Wajib fahami pengisian
Natijah daripada pengamatan saya itu bagi mengelakkan pengucapan dan tafsiran bercanggah dengan peruntukan dan semangat Perlembagaan, maka adalah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk mengetahui inti pati pengisian Perlembagaan, sejarah dan juga semangat peruntukan Perlembagaan dengan sewajarnya. Ini amat penting terutamanya bagi ahli politik, pegawai tinggi pentadbiran kerajaan, pasukan keselamatan, serta mereka aktif dalam pertubuhan bukan kerajaan untuk membaca, mengenali, mempelajari dan memahami Perlembagaan dengan mendalam.
Begitu juga dengan peguam, terutamanya mereka yang tidak pernah membuat kursus Perlembagaan Malaysia secara formal, termasuk graduan perundangan di luar negara. Bagi graduan perundangan luar negara, walaupun mereka lulus kursus undang-undang Perlembagaan secara umum, atas sifat dan keunikan Perlembagaan bagi setiap negara, termasuk Perlembagaan Malaysia, penting untuk mereka memahami secara mendalam Perlembagaan Malaysia sendiri sebelum beramal sebagai peguam.Ini penting kerana profesion peguam berkait rapat dengan Perlembagaan, terutama mereka yang terbabit secara langsung memberikan kenyataan tertentu berkaitan Perlembagaan. Walaupun mereka memahami prinsip umum perlembagaan secara sejagat, atas dasar setiap Perlembagaan itu mempunyai sejarah, falsafah dan semangat yang berbeza, maka penelitian khusus kepada setiap peruntukan Perlembagaan Malaysia itu adalah satu kemestian.
Isu kompleks Perlembagaan
Dalam perkembangan mutakhir, kita lihat pelbagai isu kompleks berkaitan Perlembagaan, terutama perkara yang membabitkan peruntukan warisan dalam Perlembagaan, seperti keistimewaan Melayu, kedudukan Islam dan raja, malah sistem demokrasi. Bukan mudah memahami pengisian Perkara 153. Rata-rata orang menyatakan bahawa 153 hanya berkisar mengenai keistimewaan Melayu. Jarang sekali disebut mengenai hak munasabah kaum lain dalam Perkara 153 itu. Setiap peruntukan Perlembagaan itu mempunyai nadinya dalam sejarah dan negara ini dan di sebalik peruntukan harfiah Perlembagaan itu terdapat prinsip tidak bertulis. Ini apa yang sering saya sebut sebagai peraturan tidak bertulis dalam Perlembagaan bertulis (unwritten rules in written constitution).
Walaupun ayat dalam Perlembagaan sukar difahami khalayak, tetapi kita hendaklah menerima hakikat bahawa Perlembagaan bukan dokumen eksklusif. Perlembagaan adalah milik setiap individu warganegara. Sudah seharusnya ia perlu difahami dan dihayati oleh setiap warga negara dengan mata hati mereka. Bagi peguam yang beramal, saya mencadangkan supaya Perlembagaan Malaysia dijadikan kursus khas dalam program Certificate in Legal Practice iaitu kursus wajib yang mengandungi lima mata pelajaran untuk memberikan kelayakan kepada graduan luar negara untuk beramal sebagai peguam di negara ini.
Bagi ahli politik dan pentadbir pada peringkat tertinggi pendekatan tertentu sewajarnya diambil bagi membolehkan mereka memahami dan menghayati Perlembagaan. Bagi semua warga negara, menghayati Perlembagaan adalah prasyarat meningkatkan semangat patriotisme. Mengenali Perlembagaan juga adalah perkara utama dalam kita mengendalikan permasalahan berkaitan falsafah dan hala tuju negara.
Penulis ialah Profesor Madya di Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Labels:
Artikel,
Bahan Pengajian Am 900,
PA P1
Perlembagaan lindungi hak undang-undang Islam
2014/04/23 - 07:58:11 AM Shamrahayu A Aziz
Pelaksanaan undang-undang Islam, terutama undang-undang yang membabitkan keseluruhan lapisan masyarakat, Islam atau pun tidak, sentiasa menjadi perhatian masyarakat Malaysia.
Ia menjadi bahan perbahasan baik dalam masyarakat Islam sendiri atau dalam kalangan bukan masyarakat Islam. Bahkan di peringkat dunia, isu pelaksanaan undang-undang Islam dalam ruang lingkup yang luas meliputi ruang awam juga menjadi tajuk penting di negara Islam seperti Pakistan dan negara yang mempunyai sejarah Islam yang kuat seperti Nigeria.
Negara ini telah mengambil langkah untuk menjelaskan dan melaksana undang-undang Islam itu. Terbaharu, kita maklum mengenai kesediaan negara Brunei Darussalam untuk melaksanakan undang-undang hudud.
Bagi negara kita, perkara berkaitan pelaksanaan undang-undang syariah secara sepenuhnya sudah lama diperkata dan banyak juga perbincangan ilmiah mengenai perkara ini dilangsungkan.
Perlembagaan Persekutuan, seperti yang kita maklum, adalah undang-undang tertinggi negara. Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan menyatakan antara lain.
“Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.”
Prinsip ketinggian Perlembagaan
Oleh itu, perkara pertama yang biasanya dihujah sebagai kekangan pelaksanaan hukum atau undang-undang Islam ini ialah sifat atau prinsip ketinggian Perlembagaan.
Apabila kita menerima pakai prinsip ketinggian Perlembagaan, kesannya ialah apa juga undang-undang yang mahu diperkenal dan dilaksana hendaklah selaras dengan peruntukan Perlembagaan itu.
Dalam konteks undang-undang Islam, ter-utama undang-undang jenayah Islam, sekiranya ia dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan maka undang-undang berkenaan menjadi tidak sah dan tidak boleh dilaksana kerana bercanggah dengan Perlembagaan.
Namun, sekiranya kita berjaya berhujah bahawa ia selaras dengan Perlembagaan, maka undang-undang yang bersumberkan hukum Islam itu boleh diperkenal dan dilaksana dalam sistem dan institusi yang kita sedang kita amalkan kini.
Walaupun kita menerima prinsip ketinggian Perlembagaan, Perlembagaan tidak secara harfiah meletak halangan kepada penerimaan dan pemakaian prinsip agama. Selain itu, walaupun Perlembagaan tidak meletakkan secara khusus sumber undang-undang Islam, paling utama, Perlembagaan juga tidak mempunyai peruntukan khusus yang menolak sumber perundangan Islam itu.
Perlembagaan juga tidak mempunyai per-untukan khusus yang menolak pemakaian prinsip Islam atau menghalang penggunaan prinsip undang-undang Islam yang diterima secara sejagat, seperti prinsip keadilan atau kesaksamaan.
Tidak guna perkataan ‘sekular’
Malah, saya percaya, Perlembagaan amat mendokong prinsip keadilan dan kesaksamaan itu. Amat jelas, Perlembagaan tidak menggunakan perkataan ‘sekular’ dalam mana-mana peruntukannya.
Dengan tiadanya peruntukan yang secara harfiah menolak secara total sumber undang-undang Islam, maka kita tidak boleh secara implikasi menyatakan bahawa Perlembagaan menolak atau menghalang penggunaan prinsip Islam yang boleh dimanfaatkan dan tidak secara langsung bercanggah dengan peruntukan atau semangat Perlembagaan.
Dengan tidak adanya peruntukan Perlembagaan mengenai sifat sekular negara, maka sifat ketinggian Perlembagaan itu tidak semestinya menyebabkan penafian terhadap kedudukan agama dan seterusnya menyatakan bahawa sifat ketinggian Perlembagaan itu menjadi kekangan atau halangan dalam pelaksanaan undang-undang Islam.
Ada yang menghujah bahawa negara ini adalah negara sekular. Kesan daripada hujah ini, maka undang-undang yang mempunyai sifat atau elemen agama tidak boleh dilaksana. Beberapa pihak memetik keputusan kes Che Omar Che Soh sebagai hujah bahawa negara ini adalah negara sekular.
Ada juga yang memetik kenyataan Tunku Abdul Rahman dan Hakim Abdul Hamid (Ahli Suruhanjaya Reid). Sebenarnya saya ragu-ragu dengan ketepatan semua hujah yang menyatakan sifat sekular negara. Sebahagian keraguan ini telah saya huraikan dalam tulisan saya di ruangan ini sebelum ini. Sebagai rumusan, saya menyatakan negara ini bukan sebuah negara sekular.
Selain itu, sifat sekular negara juga boleh dinafikan dengan adanya perkara 3 dan beberapa peruntukan lain dalam Perlembagaan yang meletakkan agama Islam di tempat sangat selesa seperti lafaz sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong seperti yang disebut dalam Jadual Keempat Perlembagaan Persekutuan.
Oleh itu, pada pengamatan saya, kedudukan kerangka perundangan negara, ter-utama Perlembagaan, tidak menjadi halangan untuk pelaksanaan undang-undang jenayah Islam walaupun beberapa perkara teknikal perlu diberi perhatian.
Penulis ialah Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim UIAM
Labels:
Artikel,
Bahan Pengajian Am 900,
PA P1
21 May 2014
Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi
Dijalankan secara bersindiket, terancang
KUALA LUMPUR 19 Mei - Kegiatan penyelewengan diesel bersubsidi dikesan didalangi secara bersindiket dan terancang oleh pihak tidak bertanggungjawab.Ada yang sanggup membina tangki tambahan pada kenderaan dan ada juga bersubahat menipu pesanan penghantaran (DO) sema-ta-mata untuk menyeleweng bahan bakar berkenaan.
Tindakan itu bertujuan mengaburi pihak berkuasa sekali gus memudahkan urusan kegiatan haram tersebut dijalankan.Menurut sumber, pembinaan tangki tambahan pada kenderaan adalah bagi membolehkan aktiviti menyeludup dan membeli diesel melebihi kuantiti ditetapkan.Katanya, modus operandi (MO) mereka adalah dengan mengisi penuh tangki kenderaan melalui pembelian diesel di beberapa stesen minyak di kawasan berdekatan.
"Mereka ini akan membeli 50 liter diesel di sebuah stesen sebelum ke stesen minyak lain untuk mengisi 50 liter lagi sehingga tangki tambahan tersebut penuh."Diesel itu dijual kepada pihak ketiga atau sindiket bagi menda-patkan keuntungan lumayan apabila dibeli dengan harga bersubsi-di," katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.Sumber itu berkata, MO penyelewengan diesel bersubsidi sentiasa berubah dari semasa ke semasa.Katanya, kegiatan tersebut dilakukan daripada skala kecil meli-batkan kenderaan biasa sehingga kepada skala besar oleh stesen minyak.Berikut adalah antara MO yang dikesan oleh pihak berkuasa meli-batkan kes penyelewengan dan penyeludupan diesel bersubsidi:
MODUS OPERANDI 1
• Menggunakan kenderaan bernombor pendaftaran tempatan untuk mengisi penuh tangki dengan minyak petrol atau diesel.
• Kenderaan itu kemudian dipandu melepasi sempadan negara dan minyak di dalam tangki dituang ke dalam bekas untuk dijual.
• Apabila tangki kenderaan itu hampir kosong, mereka memasuki semula negara ini untuk mengisi minyak.
• Kegiatan itu dilakukan berulang kali tetapi sukar mengambil tindakan kerana mereka mengisi minyak ke dalam tangki kereta sendiri.
MODUS OPERANDI 2
• Kenderaan diubah suai dengan membina tangki tambahan di ru-ang tersorok seperti di bawah tempat duduk.
• Tangki tambahan itu mampu mengisi antara 200 hingga 300 liter diesel pada satu-satu masa dan bahan kawalan itu dibawa ke negara jiran untuk dijual.
• Dalam kes seumpama ini, Kastam boleh bertindak sebagai kes penyeludupan kerana undang-undang melarang diesel dibawa melepasi sempadan negara.
MODUS OPERANDI 3
• Penyelewengan diesel bersubsidi lebih besar ialah dengan menggunakan lori yang mampu mengisi kira-kira 250 liter diesel pada satu-satu masa.
• Diesel yang diisi ke dalam lori bukan untuk kegunaan sendiri tetapi dihantar ke satu tempat pengumpulan terletak di tempat tersorok seperti di dalam hutan.
• Aktiviti ini didalangi sindiket yang membeli diesel bersubsidi daripada mereka yang mendapatkannya pada harga run-cit dan dibawa ke tempat pengumpulan berkenaan.
• Mereka lazimnya membeli diesel berkenaan pada sekitar harga RM2.60 seliter.
• Sindiket ini menyediakan beberapa tangki di tempat pengumpulan itu yang berkapasiti antara 16,000 hingga 20,000 liter setiap satu.
• Dari pusat pengumpulan, diesel itu dihantar kepada pihak memerlukan peng-gunaan bahan api itu seperti kilang, kapal dan ada diseludup ke luar negara seperti Thailand serta Indonesia.
MODUS OPERANDI 4
• Penyelewengan yang besar juga berlaku di stesen minyak.
• Umpamanya apabila sesebuah stesen minyak itu kehabisan bekalan, pemilik akan membuat tempahan dari depoh untuk satu muatan diesel.
• Depoh tersebut kemudian membuat penghantaran tetapi mereka meminta muatan diesel berkenaan dihantar ke pusat pengumpulan (sindiket).
• Mereka menandatangani DO seolah-olah menerima bekalan itu tetapi sebenarnya ada subahat antara stesen minyak dan sindiket.
Labels:
Isu Sosial
12 January 2014
07 October 2013
21 August 2013
Kebebasan Dan Hak Asasi Manusia Yang Melampau Menyekat Pembangunan Negara
Rencana Khas Oleh Kurniawati Kamarudin
PENGARUH BARAT
KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pada masa kini terdapat sesetengah
kumpulan di Malaysia bangkit mempersoalkan kebebasan dan hak asasi
manusia tanpa menyedari kesan kepada pembangunan negara dan rakyat
keseluruhannya.
Persepsi mereka mengenai kebebasan dan hak asasi manusia telah berubah. Kalau dahulu kebebasan dimaksudkan bebas daripada cengkaman penjajah tetapi kini ia lebih kepada kebebasan mutlak dalam konteks asas hak asasi manusia.
Jadi kebebasan dalam bersuara dan ekspresi, beragama, berkumpul dan seumpamanya kini dianggap sebagai sebahagian daripada hak asasi manusia.
Inilah antara yang menjadi cabaran negara dalam proses pembangunan negara di samping mengisi dan mengekalkan semangat kemerdekaan yang telah dicapai sejak 56 tahun yang lepas.

Dakyah dan ideologi yang dimainkan barat itu, kini menjadi topik di
mana-mana negara dan kini menjadikan isu kebebasan sebagai isu sejagat.
Masyarakat dunia termasuk di Malaysia semakin menerima norma-norma kehidupan di barat yang lebih mengutamakan hak individu dan kumpulan kecil tertentu berbanding kepentingan umum.
Kerana itu di barat, mereka tidak peduli jika segelintir individu atau kumpulan kecil memilih gaya hidup yang bercanggah dengan norma kehidupan masyarakatnya kerana mereka bebas untuk melakukan apa sahaja atas nama demokrasi.
Contohnya isu hubungan seks luar nikah, perkahwinan sejenis dan seumpamanya.
Ini jugalah yang pernah diperjuangkan golongan aktivis sosial di Malaysia dalam Program Seksualiti Merdeka dua tahun lepas yang secara terbuka menuntut hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT).
Pemikiran liberalisme dan pluralisme juga semakin menular dalam masyarakat hari ini terutama dalam isu kebebasan beragama. Bagi mereka agama menjadi satu kongkongan dan untuk menuju kemajuan caranya ialah dengan membebaskan diri daripada kongkongan agama dengan membawa prinsip semua ideologi dan fahaman dianggap setara, sama benar dan sah.
Kebebasan bersuara yang diiktiraf sebagai hak asasi manusia di dalam Perkara 19 Pengistiharan Hak Asasi Sejagat dan diiktiraf dalam undang-undang Hak Asasi Manusia Antarabangsa dalam Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak-hak Sivil dan Politik (ICCPP) turut mengundang konflik kepada masyarakat.
Penggunaan media sosial sebagai medan kebebasan bersuara hingga melangkaui sempadan terutama menyentuh nilai-nilai berkaitan budaya, agama, institusi raja jelas memberi impak yang buruk kepada masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Ini kerana, walaupun ada golongan liberal dan terbuka untuk membicarakan soal tersebut, namun majoriti masyarakat Malaysia masih lagi teguh dengan adat dan budaya serta berpegang kepada agama.
Kebebasan di alam maya yang sukar dikawal ini jugalah menjadi ancaman pengisian kemerdekaan dan tamadun yang dibina.
HAK ASASI PERLU SEKATAN
Kemerdekaan memberi ruang sesebuah negara membina tamadun dan peradabannya. Untuk mengisi kemerdekaan, rakyat dan pemimpin harus memahami nilai kemerdekaan itu sendiri.
Namun apa yang berlaku hari ini, terdapat segelintir pihak dalam masyarakat yang terlalu terikut-ikut dengan globalisasi terutama isu berkaitan hak asasi yang boleh memberi kesan baik dan buruk.
Konsep hak asasi harus difahami dengan menggunakan neraca yang tepat sekiranya kita mahu menjaga dan mengekalkan serta mengisi kemerdekaan yang ada," menurut Pensyarah Kulliyah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa, Prof Madya Dr Shamrahayu Abdul Aziz.
Ia harus menggunakan piawaian dan standard pembangunan serta perkembangannya mengikut acuan kita sendiri dan bukan mengikut peradaban lain.
Ujarnya, walau apapun perubahan falsafah, ideologi hak asasi itu, namun tidak boleh meninggalkan perkara-perkara yang boleh menjamin dan menjaga kelangsungan peradaban dan tamadun yang dibina.
"Kerana itu selama mana kita mahu menjaga kemerdekaan ini, selama itu jugalah adanya sekatan-sekatan tertentu terhadap hak asasi.
"Had ini harus diletakkan dalam budaya, adat sopan kita seperti hormat menghormati antara satu sama lain serta menghormati agama yang menjadi ciri-ciri terpenting," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
KEMATANGAN DAN JATI DIRI
Jati diri harus dibina atas warna dan cat yang kita berikan kepada demokrasi dengan mengambil keadaan diri kita sendiri. Jika mahu mengambil hak asasi dari negara lain, ia harus dilihat bagaimana ia boleh disesuaikan dengan keadaan di negara ini, katanya.
Beliau berkata, British sendiri tidak pernah memaksa kita menggunakan undang-undang mereka, seperti Undang-undang Sivil pada tahun 1956 yang merujuk undang-undang yang sama di England yang diamalkan di Britain.
Ketika itu British meletakkan syarat, undang-undang itu harus diterima sekiranya ia bersesuaian dengan keadaan masyarakat di negara ini.
"Jelas di sini walaupun British itu penjajah, namun mereka menghormati pandangan dan keadaan masyarakat di Tanah Melayu ketika itu.
"Sekarang ramai yang berhujah perlu ikut arus permodenan hak asasi dengan mengikut apa yang ada di barat. Kita tanya semula... adakah ia bersesuaian dengan keadaan budaya dan masyarakat di sini?," katanya.
Di sinilah perlunya kekentalan jiwa masyarakat Malaysia untuk menghadapi dan memerangi apa yang tidak sesuai kerana sedia maklum, perkembangan di luar tidak dapat dihindari kerana ia adalah lumrah alam.
"Kematangan dan jati diri yang dapat menjaga maruah, harga diri negara dan bangsa supaya tidak mudah dipengaruhi elemen-elemen luar.
"Dalam peperangan memerlukan senjata sebagai benteng dan perisai. Ia boleh diumpamakan jati diri kita. Jika kita tidak mampu menyediakan perisai itu, hanya undang-undang sahaja yang boleh membantu memastikan keselamatan terus terjamin, katanya.
PENTINGNYA AGAMA
Hakikat yang terpaksa diterima, setelah 56 tahun merdeka, kita masih lagi dalam persimpangan dan tercari-cari untuk membentuk jati diri.
Shamrahayu berkata, kekuatan agama dan bangsa sebenarnya telah menjadi asas jati diri yang dipegang sejak dulu.
"Kita akan lemah dan lumpuh jika tidak berpegang kepada kedua-dua ini. Jika paksi ini tidak dituruti dan mahu mengambil nilai orang lain kerana tuntutan globalisasi, pasti kita tidak akan berjaya mengisi kemerdekaan itu," katanya.
Pentingnya agama kerana tidak ada agama di dunia ini mengajar ke arah keburukan dan perpecahan. Malah kejayaan Malaysia, sebagai sebuah negara yang kecil menjadi maju dan makmur seperti hari ini adalah kerana pegangan agama yang masih kukuh yang menjadi benteng keutuhan bangsa, katanya.
"Tempoh lebih 50 tahun merdeka, bukanlah tempoh yang terlalu panjang. Jika kita bandingkan dengan Amerika yang mencapai kemerdekaan lebih 200 tahun. Kita kini baru sampai suku atau 1/4 dan jika dibandingkan kemajuan yang kita capai kini, mungkin kita lebih cepat lagi daripada Amerika.
"Semuanya kerana kita mempunyai asas agama yang mengajak kita untuk hormat menghormati. Malah jika semua rakyat tidak kira agama menghayati agama masing-masing, walau 10 bangsa sekalipun hidup di dalam negara ini, kita tidak akan bersengketa," katanya.
Emosi dan perasaan dikawal oleh agama yang boleh meredakan persengketaan serta menifestasikan cinta dan kasih kepada negara dengan menjaga kemerdekaan yang ada.
UNDANG-UNDANG SEBAGAI PERISAI
Rakyat sesebuah negara yang masih belum matang dari segi jati diri, emosi dan pemikirannya hanya akan menggunakan sentimen apabila membangkitkan soal demokrasi, kebebasan bersuara atau hak asasi.
Ini menyebabkan kadangkala kebebasan dan hak asasi disalahgunakan secara emosi hingga menimbulkan kegelisahan dan ketegangan rakyat yang boleh membawa kehancuran kepada sesebuah negara.
Menurut Shamrahayu, apabila perisai dalam kalangan rakyat masih belum kukuh, hanya sistem perundangan yang mantap sahaja dapat menjaga rakyat dan menjadi mekanisme untuk mengekalkan dan mengisi kemerdekaan.
Mengambil contoh Akta Hasutan yang diperkenalkan bagi mengekang kegiatan komunis yang mengancam keselamatan negara pada tahun 1948. Sumbangan Akta Hasutan sangat jelas bagi menjaga keharmonian kaum, agama, insitusi raja-raja yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman damai seperti hari ini, katanya yang berharap penelitian rapi dilakukan kerajaan sebelum menggantikannya.
Beliau berkata sebaik mungkin individu itu harus menjaga diri mereka melalui agama, nilai-nilai budaya yang ada. Namun jika rakyat tidak mampu menjaganya, maka undang-undang dan penguatkuasaan sahaja yang boleh mengekang kebebasan melampau.
Ujarnya tidak perlu menunggu sehingga berlaku detik sukar untuk menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat kerana cabaran berterusan terus berlaku terutama penghinaan rakyat, liberalisasi, tuntutan kesamarataan yang boleh mencabar hubungan kaum dan agama di negara ini.
Tegasnya, Malaysia masih belum mampu untuk membuang semua undang-undang yang boleh menjaga keharmonian kaum yang dikatakan menyekat hak asasi manusia.
"Sentimen bangsa yang ada di Malaysia berbeza dengan apa yang ada di barat. Mereka di sana (barat) sudah berkurangan nilai dari segi moral, namun kita di sini lagi kekal dan kukuh.
"Kerana moral itulah, undang-undang yang ketat perlu bagi menjadi semangat dan roh yang boleh menjaga keamanan kita di dunia dan akhirat," katanya.
-- BERNAMA

05 August 2013
Manifesto prinsip moral Perlembagaan
Prinsip moral diakui Perlembagaan. Dua peruntukan Perlembagaan
menyebut mengenainya, iaitu Fasal 10(2)(a) dan 11(5). Fasal 10(2)(a)
meletakkan prinsip moral sebagai sebab untuk mengehadkan kebebasan
bercakap dan bersuara. Perkara 11(5) meletakkan prinsip moral sebagai
antara satu sebab kepada sekatan yang boleh dikenakan ke atas kebebasan
beragama.
Walaupun hanya dua peruntukan Perlembagaan yang menyebut hal berkaitan, ia sudah cukup membuktikan kedudukan prinsip moral dalam Perlembagaan. Bahkan sekiranya disebut sekali saja pun, ia tetap pengisian penting Perlembagaan. Perlembagaan adalah dokumen utama pentadbiran negara, maka apa juga yang disebut di dalamnya adalah juga penting, walaupun tidak disebut secara berulang.
Dua peruntukan itu adalah penyungguh kepada kata-kata bahawa kita adalah bangsa dan negara yang mementingkan kesantunan.
Dari segi sejarah kerangka perundangan dan falsafah negara kita tidak terlepas pandang mengenai hala tuju negara dan bangsa. Sejak dari awal kemerdekaan lagi kita sudah merencana pengisian kemerdekaan dengan meletakkan garis panduan tertentu mengenai keperibadian warga. Kita mahu membina masyarakat bermoral dan beretika dan kita menegaskannya dalam Perlembagaan.
Wawasan 2020
Dipanjangkan prinsip moral ini ke dalam Rukun Negara dengan menjadikan kesopanan dan kesusilaan sebagai falsafah atau teras negara. Seterusnya, prinsip moral ditegaskan lagi dalam susunan strategi membentuk negara maju dalam Wawasan 2020. Wawasan 2020 mencerahkan lagi falsafah ini dengan meletakkan tujuan negara untuk membentuk warga negara yang teguh dengan nilai agama dan kerohanian serta mendokong nilai etika yang paling tinggi.
Dalam konteks agama Islam yang dilangsungkan dalam peruntukan Perlembagaan sebagai agama negara, prinsip moral tidak perlu dihurai lagi. Ajaran Islam dan prinsip moral begitu sinonim dan jelas. Akhlaq al-kareemah atau akhlak yang mulia adalah sebahagian daripada tiga komponen syariah atau ajaran Islam, selain daripada ketuhanan atau tauhid dan hubungan antara manusia atau muamalat.
Kita sudah maklum bahawa Islam adalah cara hidup yang mencakupi setiap langkah dan tindakan. Oleh itu, sekiranya kita menegaskan kedudukan Islam dalam Perlembagaan, secara langsung, kita juga menegaskan mengenai prinsip moral itu.
Sumber rujukan seharian
Oleh itu, dalam kaitan prinsip moral dan kehidupan masyarakat Malaysia, Perlembagaan hendaklah dijadikan sumber rujukan. Sehingga kini, rata-rata rakyat Malaysia memahami konsep ketinggian atau keluhuran Perlembagaan. Ia sudah jelas dalam pemahaman kita. Kita juga sudah maklum dan faham bahawa polisi atau undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak berperlembagaan dan boleh diisytihar sebagai tidak sah.
Di samping pemahaman itu, kita juga perlu mengambil perhatian bahawa Perlembagaan mempunyai fungsi yang lebih luas daripada konotasi undang-undang tertinggi negara. Fungsi lain Perlembagaan ialah, ia menggariskan prinsip asas, falsafah dan dasar atau manifesto negara.
Dengan kata lain, Perlembagaan bukan semata-mata rujukan berkenaan ketetapan suatu undang-undang atau polisi kerajaan saja. Perlembagaan juga berfungsi sebagai sumber rujukan kepada sistem masyarakat atau cara hidup masyarakat. Malah, manifesto itulah juga yang menjadi pencorak kepada tamadun yang mahu kita bina.
Dalam konteks ini, kita perlu melihat Perlembagaan menerusi kaca mata asal atau sejarah penciptaan dan pengenalannya. Secara ringkas, Perlembagaan diwujudkan bagi menstabilkan keadaan masyarakat dari segi hala tujunya. Ini bukan bermakna menstabilkan masyarakat dari segi perundangan saja, tetapi juga dari segi sosialnya. Perlembagaan berfungsi untuk mengatur sistem kemasyarakatan serta menegaskan prinsip yang mahu dimanifestasi dan dicapai dalam masyarakat negara terbabit.
Penentu prinsip moral
Dengan fungsinya sebagai manifesto negara, Perlembagaan boleh menentukan prinsip moral masyarakat yang mahu dicipta. Fungsi ini amat berkait dengan prinsip ketinggian atau keluhuran Perlembagaan. Sekiranya Perlembagaan itu mahu dijadikan sumber menstabilkan masyarakat, maka ia hendaklah menjadi rujukan tertinggi, barulah ia kebal dan berkesan.
Selepas memahami tujuan dan fungsi Perlembagaan kita perlu menerima bahawa manifesto yang dibawanya perlu diambil berat oleh semua. Pelaksanaan manifesto itu adalah tanggungjawab pemerintah atau kerajaan.
Dalam konteks prinsip moral manifesto ini juga tanggungjawab setiap warga. Maka, setiap lapisan masyarakat bertanggungjawab melaksanakan manifesto atau hala tuju negara sebagai kehendak Perlembagaan yang menjadikan prinsip moral sebagai terasnya.
Penulis ialah Prof Madya di Universiti Islam Antarabangsa

Subscribe to:
Posts (Atom)