Followers

Carian dalam Blog ini

09 January 2010

Soalan Contoh Geografi STPM Tema 4 Sistem Hidrologi

PROJEK GEOGRAFI
ALAM SEKITAR FIZIKAL
2009 /2010

TEMA 4
SISTEM HIDROLOGI
KUMPULAN 4

AHLI KUMPULAN
- PARIMALA A/P SUBRAMANIAM
- MUHAMMAD BAZLI BIN KAMARUDDIN
- MUHAMMAD SHAFIQ AZWAD BIN ZULKIFLE


Soalan 1
a) Huraikan konsep kitar hidrologi. (10 markah)
b) Jelaskan lima proses yang terlibat dalam kitar hidrologi. (15 markah)
JAWAPAN
a)
>Ayuode, J.O.,(1998) dalam bukunya ‘Tropical Hydrology and Water Resources’ mengatakan hidrologi adalah satu penelitian saintifik tentang kitaran air. Istilah kitaran digunakan untuk menerangkan pertukaran air yang berterusan pelbagai bentuk seperti wap, cecair dan pepejal yang melibatkan pelbagai ruang sama ada ruang hidrosfera, atmosfera, biosfera dan ruang litosfera.
>Kitaran hidrologi ini sebenarnya tidak ada titik permulaan dan penamat yang mutlak. Ia merujuk kepada sistem edaran air yang melibatkan pelbagai storan dan laluan untuk air tersebut berputar dan bertukar bentuk daripada satu tahap kepada tahap yang lain.
b)
>Proses sejatan adalah proses penukaran air daripada bentuk cecair kepada wap air. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum mencapai peringkat tepu. Sejatan memerlukan tenaga haba yang cukup untuk memanaskan air di permukaan sama ada daripada lautan, sungai, tasik, kolam dan lain-lain.
>Proses perpeluhan dan sejat peluhan juga melibatkan pembebasan wap-wap air ke atmosfera tetapi ia berlaku menerusi liang-liang stoma daun. Ia terjadi kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera terutama pada waktu siang yang panas.
>Proses pemeluwapan adalah proses penukaran wap air kepada cecair khususnya titisan hujan (bintik air). Pemeluwapan terjadi akibat kejatuhan suhu dalam jisim udara apabila ia naik semakin tinggi dalam atmosfera. Proses ini dinamakan sebagai penyejukan adiabatik (aras semakin tinggi, suhu semakin rendah).
>Kerpasan boleh terjadi melalui tiga cara iaitu hujan perolakan, hujan perenggan, dan juga hujan relief (bukti). Contoh kerpasan ialah hujan, salji dan embun. Proses in berlaku apabila bintik-bintik air atau ais di udara turun ke bumi.
>Larian air permukaan iaitu baki air hujan yang mengalir di permukaan bumi setelah ditolak dengan yang mengalami sejatan, pintasan, susupan dan juga yang diguna oleh tumbuhan. Pergerakan larian air di atas permukaan ini biasanya berlaku setelah semua liang pori tanah tepu dengan air yang telah menyusup ke dalam tanah.

Soalan 2
a) Bezakan proses sejatan dengan proses sejat peluhan. (6 markah)
b) Huraikan empat faktor yang mempengaruhi kadar sejatan dan sejat peluhan di sesebuah kawasan. (12 markah)
c) Jelaskan bagaimana projes sejatan dan sejat peluhan mempengaruhi kelembapan atmosfera. (7 markah)
JAWAPAN
a) >Sejatan adalah penukaran air daripada bentuk cecair kepada bentuk gas atau wap. Lautan, laut, tasik dan sungai membekalkan lebih kurang 90% lembapan atmosfera melalui proses sejatan. Proses sejatan penting bagi air untuk menyerap semula ke dalam kitaran hidrologi daripada bentuk cecair kepada bentuk wap di atmosfera.
>Proses sejat peluhan memindahkan wap-wap air ke atmosfera. Kombinasi antara sejatan di permukaan air, sejatan dari storan lembapan tanih dengan pepeluhan oleh tumbuh-tumbuhan dikenali sebagai sejat peluhan. Sejat peluhan dari sudut hidrologi sebenarnya merujuk kepada kehilangan air dari proses sejatan secara langsung, sejatan dari tanih dan proses perpeluhan dari tumbuhan.
b)>Suhu - Dalam proses sejatan, apabila suhu air meningkat bermakna tekanan wap air atau keupayaan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat. Bagi proses sejat peluhan, suhu udara di atas permukaan tanih ialah lebih tinggi.
>Kelembapan bandingan - Dalam proses sejatan, semakin tinggi nilai kelembapan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah. Bagi proses sejat peluhan, kuantiti air yang sebenarnya disejatkan daripada tanih dan perpeluhan tumbuhan dalam, satu jangka masa yang tertentu di bawah keadaan lembapan tanih dan litupan tumbuhan yang berubah-ubah.
>Angin - Dalam proses sejatan, angin berupaya menukarkan udara lembap di permukaan air dengan udara yang lebih kering. Bagi prose sejat peluhan, aliran udara yang tinggi agar dapat mengalih udara tepu di atas permukaan tanah dan menggantikannya dengan udara kering.
>Kemasinan air - Dalam proses sejatan, air laut yang masin, kadar sejatannya lebih lambat berbanding dengan air tawar yang bersih dan jernih. Bagi proso sejat peluhan, pergerakan air dalam tanih menuju kepada permukaan tanah atau zon serapan di sekitar akar tumbuhan.
c)>Proses sejatan mempengaruhi kelembapan atmosfera melalui lapisan tanah yang mengalami susupan air semasa hujan, akan menyimpan air tersebut buat sementara waktu di dalam ruang-ruang udara yang ada di dalam tanah. Air yang tersimpan ini dinamakan sebagai storan lembapan tanih. Apabila bekalan tenaga haba mencukupi dan tekanan udara di permukaan tanih lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara di permukaan tanih lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera, maka air yang tersimpan di dalam storan lembapan tanih itu akan tersejat ke atmosfera.
>Proses sejat peluhan mempengaruhi kelembapan atmosfera melalui perpeluhan. Pergerakan air dalam tanih menuju kepada permukaan tanah atau zon serapan di sekitar akar tumbuhan. Pengewapan air pada permukaan tanih atau daun pokok(pintasan) atau melalui liang stoma. Pemindahan dan pengangkutan air yang tersejat dalam bentuk gas ke dalam atmosfera.

Soalan 3
a) Huraikan kepelbagaian jenis kerpasan. (8 markah)
b) Kenal pastikan dua teori pembentukan kerpasan. Berdasarkan kedua-dua teori kerpasan yang anda kenal pasti itu, huraikan bagaimana kerpasan terjadi. (8 markah)
c) Tunjukkan tiga kepentingan tumbuh-tumbuhan semula jadi terhadap kitaran hidrologi di sesebuah kawasan. (9 markah)
JAWAPAN
a)
>Hujan - Titisan cecair yang turun dari awan. Ia terjadi melalui proses pemeluwapan sehingga terbentuknya bintik-bintik air yang kemudiannya bercantum antara satu sama lain menjadi berat dan tepu. Bintik air yang melebihi daya apungan dalam atmosfera maka ia akan turun sebagai hujan.
>Salji - Hablur-hablur ais yang terdiri daripada pelbagai bentuk yang terjadi akibat pemeluwapan dalam jisim udara yang sedang naik dan disejukkan kepada suhu bawah daripada takat beku. Salji terjadi apabila paras beku terlalu hampir dengan permukaan bumi yang menyebabkan hablur-hablur ais tidak sempat untuk cair sebelum tiba ke bumi.
>Hujan beku - Hujan yang turun bercampur dengan salji. Ianya kelihatan seperti partikel-partikel ais yang jernih. Sekiranya titisan air jatuh dari awan dan melintasi satu lapisan udara yang bersuhu takat beku maka titisan air ini akan membeku menjadi bintik ais yang kecil dan jernih sifatnya.
>Hujan batu - Sejenis kerpasan dalam bentuk pepejal yang paling berat dan besar. Ia terjadi dalam keadaan rebut atau angin kencang. Dengan adanya ribut yang kuat, ia akan bertindak memutar dan mengolakkan titisan hujan ke atas sehingga ke satu paras di bawah takat beku.
b)
>Teori yang pertama ialah Teori Bergeron - Pembentukan kerpasan berlaku apabila suhu atmosfera jatuh dengan cepat di bawah takat beku akibat pertukaran adibatik. Tekanan wap atmosfera akan jatuh dengan lebih pesat di bahagian atas permukaan air berbanding di permukaan air itu sendiri.
>Teori yang kedua pula Teori Pelanggaran. - Pelanggaran berlaku apabila hablur-hablur ais atau bintik-bintik air semasa jatuh dari awan sehingga menyebabkan percantuman antara bintik-bintik air tersebut.
c)
>Perubahan aliran batang amat bergantung kepada jenis batang pokok. Batang pokok yang licin berupaya mengalirkan air dengan lebih cepat dan banyak dalam jangka masa yang singkat. Sudut percambahan ranting pokok yang curam juga mempengaruhi jumlah air yang dapat mengalir turun ke batang dengan cepat berbanding dengan sudut percambahan ranting yang rendah.
>Jatuhan langsung bergantung kepada saiz kanopi. Saiz kanopi yang besar dan lebar serta padat pada umumnya berupaya memerangkap lebih banyak air hujan yang turun berbanding dengan kanopi yang jarang-jarang. Walau bagaimanapun, pola jatuhan langsung adalah berubah-ubah dengan jarak daripada pangkal pokok dan juga kelebatan hujan dalam sehari.
>Sifat tumbuhan, kadar pintasan juga dipengaruhi oleh keamatan hujan. Kehilangan air melalui pintasan semakin berkurangan apabila jumlah hujan semakin tinggi dan lebat. Keadaan ini kerana storan sementara seperti daun, dahan dan ranting lebih cepat dan awal mengalami ketepuan.

Soalan 4
a) Jelaskan proses kitaran hidrologi menegak. (6 markah)
b) Huraikan sungai atau alur yang mengalirkan air. (6 markah)
c) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi kadar larian air permukaan dan larian air alur sungai. (13 markah)

JAWAPAN
a)
> Sejatan merupakan proses asas dan pertama dalam kitar hidrologi. Proses ini berlaku secara menegak. Sejatan berlaku apabila tekanan wap pada permukaan air lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam atmosfera yang belum sampai ke peringkat tepu.
>Pemindahan wap-wap air ke atmosfera secara menegak juga berlaku menerusi proses perpeluhan. Perpeluhan ialah kehilangan air melelui liang-liang stomata daun. Proses ini berlaku kerana tekanan wap pada sel-sel permukaan daun lebih tinggi berbanding dengan tekanan udara dalam atmosfera.
b)
>Sungai Fauna - Sungai Fauna ialah sungai atau alur yang mengalirkan air semasa hujan atau sebaik sahaja salji cair.
>Sungai Jeda - Sungai Jeda merupakan alur yang mengalirkan air dalam jada masa yang tertentu seperti dua atau tiga bulan dalam setahun iaitu mangikut musim hujan sahaja dan selebihnya adalah kering.
>Sungai Saka - Sungai Saka ialah alur yang mengalirkan air sungai sepanjang tahun. Sungai jenis ini terdapat di kawasan tropika lembap.
c)
>Faktor yang pertama bagi larian air permukaan adalah, kuantiti hujan. Semakin banyak hujan maka kadar larian air permukaan semakin tinggi. Bagi larian jenis tepu dan aliran intra kuantiti air yang banyak tidak semestinya menambahkan kadarnya, sebaliknya ia boleh berkurangan. Ini kerana jika larian air tersebut sudah mencapai ke peringkat tepu maka penambahan hujan selanjutnyatidak mampu lagi.
>Faktor kedua pula, bentuk hujan mengikut masa. Dua bentuk hujan yang mempengaruhi air larian iaitu hujan yang lebat dalam jangka masa yang singkat dan hujan yang perlahan dalam jangka masa yang lama.
>Faktor ketiga adalah pengaruh geologi setempat. Ciri-ciri geologi yang membawahi dan membentuk satu-satu permukaan cerun amat penting dalam menentukan kadar larian air permukaan. Ini kerana geologi tersebut akan mempengaruhi kadar susupan atau inflatrasi air hujan.
>Faktor keempat pula, pengaruh faktor kecerunan. Faktor cerun sering kali dirujukan kepada dua elemen iaitu cerun curam dan juga cerun landai semakin curam sudut cerun maka halaju pergerakan larian air permukaan semakin tinggi.
>Faktor terakhir bagi larian air permukaan adalah, pengaruh faktor tumbuhan. Jenis dan ketebalan tumbuhan semula jadi juga menjadi faktor penting dalam mengawal kadar larian air permukaan. Ini kerana tumbuhan berfungsi untuk menutupi dan melindungi cerun daripada ditimpa air hujan.
Faktor yang mempengaruhi larian air alur sungai adalah, saiz atau keluasan lembangan saliran. Lembangan saliran yang luas semestinya menjanakan aliran sungai yang banyak kerana keupayaannya untuk menampung isi padu air adalah tinggi berbanding dengan lembangan saliran yang bersaiz kecil.
Faktor kedua adalah bentuk lembangan saliran. Bentuk lembangan saliran yang bujur dan memanjang amat mempengaruhi masa pergerakan air sungai. Air hujan yang turun di hulu sungai akan mengambil masa yang lama untuk luahan di hilirnya.
Faktor ketiga pula, kecerunan atau gradian dasar alur sungai. Cerun dasar sungai khususnya sungai induk yang curam akan mempercepatkan halaju arus sungai terutama luahan air sungai ke laut berbanding dengan sungai yang tidak banyak cawangan.
Faktor terakhir pula kuantiti air dalam sesebuah kawasan tadahan. Air hujan akan menyebabkan peningkatan paras sungai, tetapi peningkatan paras tersebut hanya dapat berlaku jika kawasan tadahan mengalami hujan yang cukup.

Soalan 5
a) Maksud sumber zon tepu dan zon tak tepu. (6 markah)
b) Jelaskan tiga faktor yang mempengaruhi kadar susupan air ke dalam tanih di sesebuah kawasan. (10 markah)
c) Huraikan kepentingan sumber air tanih kepada kitar hidrologi dan juga kepada manusia. (9 markah)

JAWAPAN
a)
>Zon tepu dikenali juga sebagai zon pengudaraan iaitu yang terletak berhampiran dengan permukaan bumi. Air yang tersimpan dalam zon pengudaraan ini juga dinamakan sebagai air tanih, iaitu ia tersimpan dalam tanih yang dipengaruhi oleh tegangan. Air tanih ini menentukan nilai kelembapan tanih.
>Zon tak tepu. Air yang wujud di dalam semua rongga pori tanih yang terletak di bawah lapisan tanih. Air di zon tepu ini menyumbang kepada air perigi dan mata air, air yang wujud di dalam zon tepu ini dianggap sebagai air tanih yang sebenar.
b)
>Faktor yang pertama adalah jumlah liang pori. Tanih yang mempunyai peratus liang pori yang tinggi seperti tanih kapur atau batu kapur maka ia adalah amat poros berbanding dengan tanih yang peratus liang porinya rendah seperti tanih liat.
>Faktor yang kedu pula, struktur atau susunan partikel tanih. Partikel tanih yang tersusun longgar seperti tanih pasir adalah lebih poros berbanding dengan susunan partikel yang lebih padat. Ini kerana wujudnya ruang-ruang udara yang lebih besar atau luas antara partikel-partikel yang tersusun longgar tadi.
>Faktor yang terakhir adalah, komposisi dan saiz partikel tanih. Tanih yang partikelnya pelbagai pelbagai jenis dan saiz seperti campuran bongkah batuan, kerikil dan pasir adalah lebih poros berbanding dengan tanih yang homogeneus komposisinya seperti tanah liat.
c)
>Sumber air tanih berpotensi untuk dimajukan kerana kapasiti air yang yang banyak dan sehingga kini belum lagi digunakan dengan optimum. Dianggarkan simpanan air bawah tanih di Negara ini berjumlah 63 juta meter padu.
>Sumber air tanih digunakan untuk aktiviti pertanian. Sumber air tanih yang banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu yang mempunyai tanih alluvium. Penggunaan air tanih di kedu-dua negeri ini adalah tinggi. Misalnya di Kota Bharu sahaja kira-kira 68 juta liter air tanih dipamkan untuk kegunaan penduduk.
>Sumber air tanih digunakan sebagai bekalan air. Penggunaan air tanih amat mudah dan murah. Kawasan yang sudah dikenal pasti hanya perlu digerudi dan dipamkan keluar airnya untuk disalirkan ke loji pembersihan (perawatan) sebelum diagihkan kepada penduduk melalui system perpaipan Jabatan Bekalan Air (JBA) yang sedia ada.
>Menambahkan kuantiti air sungai. Air tanih membekalkan aliran dasar (base flow) kepada sungai. Justeru ini penggunaan air tanih adalah satu langkah penyelesaian jangka pendek sahaja.

Soalan 6
a) Apakah yang dimaksudkan dengan edaran air tanih? (5 markah)
b) Huraikan lima ciri sesebuah akuifer. (10 markah)
c) Jelaskan tiga faktor yang boleh menentukan simpanan air tanih di sesebuah kawasan. (10 markah)
JAWAPAN
a)
>Edaran air tanih merujuk kepada semua bentuk pergerakan air yang menggunakan tanih sebagai medium (bahan antaranya) seperti aliran sub-permukaan, susupan (infiltrasi) dan pergerakan air secara mendatar dalam system akuifer. Semua pergerakan air ini berlaku dalam bentuk cecair. Pergerakan air tanih secara menegak dipanggil sebagai susupan manakala pergerakan air tanih secara mendatar dipanggil sebagai rembesan.
b)
>Keporosan.Nisbah rongga atau liang pori berbanding dengan keseluruhan isipadu batuan. Setiap batuan mempunyai nilai keporosan yang berbeza bergantung kepada struktur dan tekstur mineral serta kepadatan dan ikatan antara mineral-mineral yang membentuknya.
>Ketertelapan merujuk kepada keupayaan sesuatu jenis batuan untuk memindahkan air atau membenarkan air mengalir dan meresap melaluinya. Batuan bolah dianggap sebagai tidak telap air jika mempunyai rekahan, garis kelemahan dan retakan yang membenarkan air mengalir melaluinya.
>Penahanan tentu adalah satu ukuran tentang keupayaan batuan menahan atau mengekalkan air selepas ketepuan dicapai. Penahan tentu ini wujud di dalam zon tepu.
>Pekali keterusan merujuk kepada keupayaan akuifer untuk mengalirkan air melalui satu unit ketebalan akuifer. Ada akuifer yang hanya menakung air tetapi tidak membenarkan air mengalir di atasnya sebagai edaran air bawah tanih.
>Pekali simpanan adalah keupayaan akuifer untuk mengeluarkan isipadu air pada satu-satu masa tertentu. Kapasiti air yang tersimpan dalam akuifer adalah merupakan stok air untuk masa depan.
c)
>Kejerapairan tanih bergantung kepada jumlah liang pori sesuatu jenis tanih yang menyebabkan tanih itu poros atau tidak. Misalnya tanih pasir yang peroi adalah poros dan tidak mampu menyimpan air. Oleh itu kandungan air tanihnya kurang berbanding dengan tanih liat yang tidak poros dan mampu menyimpan air dengan banyak.
>Ketelapan tanih bergantung kepada struktur dan tekstur tanih. Tanih yang berstruktur longgar dan bertekstur kasar seperti batu pasir dan kerikil lebih cepat kehilangan air berbanding dengan tanih yang berstruktur padat dan bertekstur halus seperti tanih liat dan granit yang menggalakkan air bertakung.
>Jumlah dan sifat hujan. Hujan lebat dalam tempoh yang lama akan membekalkan jumlah air tanih yang tinggi. Misalnya pada musim tengkujuh yang menyebabkan tanih menjadi lembap berbanding dengan jumlah hujan yang sedikit atau pada musim kemarau. Bagi hujan yang lebat tetapi sekejap sahaja tidak akan menghasilkan simpanan air tanih yang banyak kerana bentuk hujan ini membolehkan kadar larian permukaan yang tinggi bukannya kadar susupan.

Soalan 7
a) Apakah yang maksudkan dengan akuifug dan akuiklud? (6 markah)
b) Terangkan bagaimana akuifer berfungsi di dalam sistem hidrologi. (9 markah)
c) Jelaskan lima jenis sumber air tanih dalam sistem akuifer. (10 markah)

JAWAPAN
a)
>Formasi batuan yang hanya boleh menyimpan air tetapi tidak membenarkan air yang disimpannya mengalir dipanggil sebagai akuifug. Sebagai contoh air di dalam tanih yang disimpan di dalam formasi batuan granit.
>Manakala formasi batuan yang boleh menyimpan dan bertindak sebagai conduit untuk air tersebut mengalir sebagai aliran air bawah tanih dinamakan sebagai akuiklud, misalnya air yang tersimpan di dalam lapisan tanih liat dan batuan syal.
b)
>Air hujan yang menyusup masuk ke dalam tanih akan disimpan dalam formasi batuan yang boleh menakung dan membendung air. Formasi geologi yang boleh menyimpan air ini dipanggil sebagai akuifer. Akuifer bukan sahaja boleh menyimpan air di dalam tanih malah bertindak sebagai conduit untuk air tersebut mengalir di dalam tanih menuju ke sungai sebagai aliran dasar atau menjadi sebagai sumber mata air. Keupayaan akuifer untuk mengalirkan air yang disimpannya bergantung kepada beberapa faktor seperti kecerunan, keterlaluan dan luas keratin rentas sesuatu akuifer seperti yang diutarakan oleh Hukum Darcy.
c)
>Air tanih tertutup iaitu keseluruhan akuifer dikurung oleh lapisan tak telap air.
>Air artois iatu kawasan simpanan air tanih yang lokasinya lebih tinggi daripada permukaan lembagaan saliran. Jika perigi digali dalam system akuifer ini air tanah akan memancut keluar.
>Air tertekan iaitu air dalam akuifer yang dilitupi oleh lapisan tak telap air.
>Air bebas iaitu tiada lapisan tak telap air di atasnya.
>Air tenggek iaitu air dalam zon tepu yang terbentuk di ats satu kanta yang tak telap air.

Soalan 8
(a) Terangkan maksud konsep imbangan air. (5 markah)
(b) Jelaskan lima faktor yang mempengaruhi imbangan air negatif (10 markah)
(c) huraikan bagaimana kemarau memberi kesan terhadap alam sekitar fizikal. (10 markah)

JAWAPAN
(a)
-Keseimbangan antara jumlah air yang diterima dari atmosfera oleh permukaan bumi adalah sama dengan jumlah air yang keluar ke atmosfera.
-Jumlah air yang diterima oleh permukaan bumi dalam bentuk kerpasan seperti hujan, embun dan salji adalah sama banyak dengan yang akan dibebaskan semula ke atmosfera.
-Keseimbangan antara input dengan output air.
(b)
>Faktor semula jadi
-suhu yang panas menyebabkan udara menjadi lebih kering, lembapan tanih dan akuifer kekurangan air serta proses transpirasi tumbuhan berkurangan ini menyebabkan simpanan air di kawasan tadahan akan berkurangan dan seterusnya mengurangkan bekalan air atau krisis air.
-Fenomena cuaca luar biasa seperti El-Nino. El-Nino dikaitkan dengan kenaikan suhu Lautan Pasifik yang berupaya mengubah, melemah dan menghentikan tiupan angin timuran.
>Faktor tindakan manusia
-Tuntutan pembangunan yang terlalu mendesak telah menyebabkan hutan-hutan diteroka dengan rakus, bukit-bukit digondolkan untuk pembinaan petempatan , perindustrian dan lain-lain sehingga manusia terlupa tentang peri pentingnya keseimbangan air dan kitaran hidrologi dikekalkan.
-Pembandaran yang terlalu pesat. Pembangunan pesat metropolis Kuala Lumpur telah menukarkan hutan semula jadi kepada hutan batu, muka bumi telah diturap dengan aspalt dan bitumen. Ini menyebabkan kadar susupan air berkurangan seterusnya aimpanan air di dalam sistem akuifer bawah tanah semakin sedikit.
(c)
-Kemarau menyebabkan persekitaran menjadi panas dan udara kering. Persekitaran begini memudahkan berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi.
-Kemarau juga menjejaskan ekosistem akuatik seperti paya, tasik, dan kolam. Komponen saliran permukaan ini akan kekeringan air yang kelak menjejaskan habitat dan sumber makanan bagi ikan.
-Kemarau berpanjangan menyebabkan kawasan tanah bencah seperti paya akan musnah kerana tumbuhannya akan mati.
-Kemarau yang berpanjangan menyebabkan fenomena penggurunan. Tumbuhan pinggir gurun akan mati dan juga tindakan angin akan bertindak dengan cepat untuk menghakis, mengangkut dan memendapkan debu-debu gurun ke kawasan pinggirnya.
-Kemarau juga akan menjejaskan sumber-sumber air kepada tasik, kolam, sungai dan juga lembapan tanih.

Soalan 9
(a) Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada banjir. (6 markah)
(b) Huraikan kepelbagaian jenis banjir. (8 markah)
(c) Terangkan lima langkah untuk mengurangkan risiko banjir di sesebuah negara. (11 markah)

JAWAPAN
(a)
>Hujan - meningkatkan paras air di permukaan bumi sehingga berlaku banjir.
>Pencairan salji – Pencairan salji bergantung kepada beberapa keadaan tertentu seperti jumlah salji yang turun dan kadar pencairan.
>Kegiatan manusia – Penyahhutanan apabila hutan dimusnah maka permukaan bumi kehilangan daya tampung ini menyebabkan air hujan mengalir di permukaan dengan menuju ke sungai-sungai dan membanjiri sungai.
(b)
> Banjir sungai - isi padu air sungai adalah lebih besar berbanding kemampuan alur-alur sungai.
> Banjir laut – Berpunca daripada gelombang ombak yang besar atau tsunami yang menyababkan kenaikan aras laut secara mendadak
> Banjir tasik – berlaku apabila paras air dalam tasik meningkat naik melebihi daya tamping tasik-tasik tersebut.
> Banjir kilat – Berpunca daripada hujan lebat dalam tempoh yang singkat.
(c)
> Langkah mengurangkan risiko banjir di China.
> Membina empangan-empangan yang besar – bagi menakung dan menyimpan air yang berlebihan daripada curahan hujan lebat serta pencairan salji yang giat.
> Memperluas dan memperdalamkan alur-alur sungai – tujuan untuk cepatkan proses pengaliran air keluar ke laut.
> Membina tetambak – tetambak dan benteng boleh dibuat dengan pelbagai kaedah seperti benteng konkrit, kaedah groin dan gabion dan meletakkan guni-guni pasir.
> Mengawal aktiviti penyahhutanan – aktiviti pembalakan diharam di kawasan tadahan air dan penguatkuasaan undang-undang yang ketat bagi pembalak haram.
> Langkah-langkah persediaan, pencegahan dan kawalan – penyelidikan dan pembangunan (R&D) mesti dilakukan untuk meramal banjir yang akan melanda untuk mengelak berlaku bencana banjir tanpa persediaan.
Soalan 10
(a) Huraikan maksud banjir kilat. (5 markah)
(b) Cadangkan empat langkah yang boleh diambil untuk menangani banjir kilat di kawasan bandar. (10 markah)
(c) Jelaskan punca-punca berlakunya banjir kilat. (10 markah)

JAWAPAN
(a)
> Banjir permukaan yang berlaku dalam jangka masa yang singkat (cepat berlaku dan cepat hilang)
> Hujan yang lebat, menghasilkan aliran permukaan yang banyak dalam jangka masa yang singkat
> Kadar larian air permukaan yang tinggi berpunca daripada susupan yang rendah apabila liang pori sesuatu permukaan tanah seperti di bandar sudah ditutup.
(b)
> Langkah Perundangan – mewartakan hutan paya sebagai hutan rizab kekal. Penguatkuasaan undang-undang juga boleh dikenakan kepada penduduk Bandar yang tidak bertanggungjawab.
> Menyelenggara system saliran kerja-kerja membersih, melebar, mendalam dan meluruskan sistem longkang dapat menampung kapasiti air larian permukaan.
> Menambahkan kawasan hijau dalam Bandar – tanaman rumput dan pokok-pokok peneduh yang boleh bertindak sebagai pintasan air hujan seterusnya boleh melambatkan larian air permukaan daripada mengalir limpah.
> Melaksanakan kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada penduduk kawasan Bandar – agar tidak membuang sampah sarap dengan sewenang-wenangnya ke dalam sungai.
(c)
> Kekurangan permukaan telap air – Kebanyakan kawasan bandar dilitupi dengan permukaan yang tidak telap air seperti ditutup dengan bitumen, simen, aspalt dan sebagainya.
> Sistem saliran yang tidak cekap – sistem longkang yang sempit dan cetek yang tidak dapat menampung kuantiti dan velositi air larian permukaan pada satu-satu tempoh masa tertentu apabila hujan lebat.
> Kekurangan litupan tumbuhan – kawasan Bandar juga mempunyai kekurangan litupan tumbuhan yang amat ketara, manakala tumbuhan peneduh yang ditanam pula mungkin tidak padat atau masih kecil.
> Penebusgunaan kawasan tanah lembap – Sesetangah kawasan di dalam Bandar juga terdiri daripada kawasan tanah lembap seperti kawasan paya yang selama ini bertindak sebagai kawasan tadahan dan simpanan air hujan.
> Faktor penduduk – Sikap negatif penduduk menyebabkan sistem saliran khususnya sungai, longkang dan perparitan tersumbat dengan sampah sarap dan juga sisa buangan projek perumahan.

Soalan 11
(a) Terangkan konsep kemerosotan kualiti sumber air. (7 markah)
(b) Huraikan faktor faktor yang menyebabkan kualiti sumbar air merosot. (18 markah)

JAWAPAN
(a)
> Pencemaran terhadap sumber-sumber air iaitu sumber-sumber air bersih sama ada dari sungai, laut, tasik, kolam dan takungan semula jadi, air bawah tanah dan juga air hujan tercemar atau kualitinya semakin rendah.
> Indeks kemerosotan kualiti air bersih dari pelbagai sumbar ini boleh diukur melalui pelbagai indikator seperti kandungan Permintaan oksigen biological (BOD), kandungan bacteria Escherichia coli (E. coli), kandungan ammoniakal nitrogen (NH3-N), kandungan pepejal terampai (SS), nilai keasidan (pH) dan perubahan warna dan bau yang ada dalam sesuatu sumber.
(b)
> Pembangunan tanah – untuk pertanian, petempatan, pembandaran, perindustrian dan lain-lain yang melibatkan aktiviti pembalakan dan penyahhutanan.
> Pembangunan pertanian – penggunaan racun seperti DDT dan penggunaan baja kimia menyebabkan sumber-sumbar air seprti air tanah tercemar.
> Pembangunan sector penternakan – penyaliran najis haiwan seperti najis khinzir ke sungai atau pembuangan sisa-sisa haiwan yang disembalih atau yang mati ke sungai, tasik dan paya.
> Pembangunan perindutrian – perlepasan sisa kilang ke sungai, tasik, paya dan sebagainya.
> Perkembangan sektor pelancongan – Perlepasan sisa kumbahan dari hotel, resort dan chalt ke laut menyebabkan pencemaran air laut.
> Perkembangan sektor pengangkutan – sumber air laut tercemar melalui pembuangan enap cemar serta perlanggaran sehingga menyebabkan tumpahan minyak oleh kapal-kapal tangki.
> Proses pembandanran – pertambahan penduduk bandar, kewujudan kawasan setinggan yang membuang sisa domestik.
> Pembangunan sumber tenaga – di peringkat awal pembinaan empangan hidroelektrik biasanya mencemarkan sungai dengan kelodak dan bahan ampaian.
> Perkembangan sector perlombongan – sisa perlombongan bijih timah, emas dan tembaga mencemarkan sungai dan tasik apabila ia dibuang ke dalamnya seperti kes perlombongan tembaga di Mamut Sabah.

07 January 2010

Soalan Contoh Geografi STPM Tema 3 Sistem Atmosfera

6. (a) Berikan definisi proses pemeluwapan.
(b) Nyatakan 3 keadaan yang membolehkan proses pemeluwapan berlaku.
(c) Huraikan proses pemeluwapan berlangsung melalui penyejukan yang
dibahagikan kepada 3 cara.

7. (a) Nyatakan konsep kerpasan. STPM 2006
(b) Buktikan teori pembentukan kerpasan.
(c) Huraikan mekanisme kejadian hujan jenis orografik di kawasan tropika lembap.
(d) Huraikan mekanisme kejadian hujan perolakan di kawasan iklim khatulistiwa.

8. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan edaran umum atmosfera secara global?
(b) Jelaskan secara ringkas kandungan atmosfera

9. (a) Nyatakan konsep tekanan udara.
(b) Jelaskan daya-daya yang mempengaruhi tiupan angin.
(c) Jelaskan perbezaan siklon tropika dengan siklon sederhana dunia.


10. (a) Berikan maksud El-Nino dan La-Nino
(b) Bagaimana fenomena El-Nino mempengaruhi keadaan jerebu di Negara-negara Asia
Tenggara.
Skema
6.(a) Definisi proses pemeluwapan sebagai perubahan wap air kepada cecair. Berlaku apabila suhu dalam jisim udara tersebut menurun sehingga ke takat embun (0 celcius). Penurunan suhu ini akibat kadar tukaran adiabatik (semakin tinggi jisim udara naik maka suhu dalamnya semakin menurun).

(b)-Kandungan wap air yang cukup dalam atmosfera – penting untuk mewujudkan keadaan ketepuan atau kelembapan bandingannya 100%. Jika wap-wap air tidak cukup udara tidak akan menjadi tepu dan proses pemeluwapan tidak boleh berlaku.
-Takat embun – kejatuhan suhu sehingga 0 celsius.
-Nukleus pemeluwapan – berfungsi mempercepatkan proses percantuman wap air dalam udara.

(c) Penyejukan air Lintang – Proses ini berlaku apabila udara yang bersempadanan dengan permukaan bumi mengalir dari kawasan panas ke kawasan yang sejuk. Hasilnya terbentuk kabus air lintang dan awan jenis stratus yang rendah.
Penyejukan Sinaran – Proses ini berlaku pada waktu malam dalam keadaan langit yang teranf dan udara yang tenang. Bahangan bumi terus hilang ke angkasa lepas kesannya jisim udara disejukan menghasilkan embun dan kabus sinaran.
Penyejukan adiabatik – semakin tinggi jisim semakin naik suhu di dalannya semakin menurun membentuk awan jenis kumulonimbus yang tebal.


7. (a) Kerpasan bermaksud lembapan yang terdapat di atmosfera terpeluwap dan jatuh ke permukaan bumi dalam pelbagai bentuk seperti pepejal (salji, hujan batu dan hujan beku) dan cecair (hujan dan embun). Kesemua bentuk kerpasan ini turun ke permukaan bumi dalam intensiti yang berbeza. Pembentukan kerpasan apabila awan yang menampung titik air tidak mampu lagi untuk menampung jumlah air yang semakin bertambah. Keadaan ini dinamakan sebagai lampau-tepu.

(b)Teori Bergeron Findeisen- kelembapan udara tinggi di atas permukaan ais berbanding permukaan air.
-wap-wap air akan tersejat dan berubah terus kepada bentuk ais dalam proses pejalwapan.
-hablur ais akan menarik titisan-titisan air ke dalamnya dan mengembang sehingga awan tidak mampu lagi mengampainya beratnya dan jatuh keluar dari awan sebagai hujan.
Teori Pelanggaran-titisan air yang jatuh di dalam sesuatu awan mempunyai halaju
terminal yang berlainan yang berkadar dengan garis pusat titisan-titisan tersebut.
-Oleh itu,titisan-titisan yang lebih besar akan jatuh dengan lebih pesat dan akan “menangkap”(menyerap) titisan-titisan lebih kecil yang jatuh lebih perlahan ke dalan ekornya(Tangkapan Ekor)
-Titisan-titisan itu kemudian melekat kepada titisan besar itu dan seterusnya menjadikannya lebih besar. Seterusnya titisan besar tersebut akan jatuh dengan lebih pesat. Kemudian titisan juga berupaya menyerap lebih banyak titisan kecil yang lain ke dalan ekornya.
-Titisan-titisan air yang lebih halus yang berada di arah hadapan titisan besar tersebut juga dapat di serap melalui ‘Tangkapan Langsung’(serapan langsung).

(c) Mekanisme kejadian hujan orografik atau hujan bukit bermula dengan tiupan angin lazim yang lembap melalui kawasan lautan yang dihalang oleh banjaran tanah tinggi seperti gunung atau bukit. Udara yang lembap yang dipaksa naik ke atas akan mengalami penurunan suhu secara adiabatik. Jisim udara yang tidak stabil ini akan mengalami pemeluwapan dan seterusnya membentuk awan kumulus. Awan kumulus kemudian akan bertukar menjadi awan kumulonimbus apabila mendapat bekalan wap air yang banyak. Keadaan ini menghasilkan hujan yang lebat terhadap cerun hadap angin. Kawasan lindungan hujan kurang menerima hujan kerana kebanyakan hujan telah turun di cerun hadap angin.

(d) Mekanisme kejadian hujan perolakan ialah apabila kepanasan yang tidak sama dipermukaan bumi. Semasa hari panas, udara yang hampir dengan permukaan bumi akan turut di panaskan lalu mengembang dan seterusnya bergerak ke atas. Apabila bungkusan udara (air parcell) yang naik mencecah ketinggian yang tertentu, maka suhu di dalam nya akan turun mengikut kadar tukaran adiabatik sehingga ke tahap embun (0 celcius). Di peringkat ini berlakulah kondensasi yang melepaskan haba pendam (latent heat) 539 cal/g , kondensasi yang berterusan akan membetuk awan dan apabila mencapai tahap tepu hujan akan dilepaskan oleh awan berkenaan.


8.(a) Edaran umum atmosfera secara global adalah pergerakan udara di permukaan bumi dari kawasan sejuk ke kawasan panas. Di kawasan sejuk, tekanan udara adalah tinggi seperti di kawasan kutub atau kawasan garis lintang tinggi. Di kawasan panas, tekanan udara adalah rendah seperti kawasan tropika. Udara akan bergerak dari pusat tekanan tinggi ke pusat tekanan rendah. Namun begitu edaran umum atmosfera bukanlah sebegitu mudah kerana pergerakan udara ini akan dipengaruhi pula daya koriolis iaitu daya yang memesongkan arah angin akibat putaran bumi.
(b) Kandungan atmosfera ialah gas-gas tetap (seperti oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan hidrogen), gas-gas inaktif (seperti argon, neon, kripton dan helium), wap air, debu dan bakteria.

9.(a)Tekanan udara ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan oleh suatu jisim udara yang berada di atmosfera ke atas permukaan bumi di bawahnya dan lazimnya diukur menggunakan unit milibar (mb).

(b) Daya Cerun Tekanan – daya utama yang mempengaruhi pergerakan angin. Hasil daripada perbezaan antara kawasan tekanan udara tinggi dengan kawasan tekanan udara rendah. Mempunyai dua komponen iaitu menegak dan mendatar. Komponen menegak mempunyai nilai tekanan udara yang semakin menurun apabila bertambahnya ketinggian dari permukaan bumi. Manakala komponen mendatar pula berbeza mengikut taburan tenaga suria di atas permukaan bumi khususnya taburan tenaga mengikut garis lintang.
Daya Koriolis – daya yang terhasil akibat putaran bumi di atas paksinya sehingga Berjaya memesongkan arah tiupan angin dunia. Di atas permukaaan bumi, arah tindakan daya koriolis dinyatakan dengan jelasnya di dalam Hukum Ferrel.
Daya Geseran – wujud berhampiran permukaan bumi, iaitu dari muka bumihingga ke paras 500 meter. Daya ini juga mempengaruhi arah dan halaju angin serta sentiasa bertindak di arah bertentangan dengan arah daya cerun tekanan.
Daya Putaran Memusat – amat mempengaruhi pergerakan angin secara putaran dan kencang seperti angin putting beliung, ribut taufan, dan juga pelbagai jenis siklon. Daya ini wujud akibat pergeseran angin dengan permukaan bumi dan ia bertindak pada arah yang bertentangan dengan arah tiupan angin.

(C)

Siklon Tropika
Siklon sederhana dunia
1. perbezaan kawasan jadian
-siklon tropika terbentuk antara garis lintang 8 darjah hingga 35 darjah utara dan selatan khatulistiwa.
-kebanyakannya terbentuk di laut.
-siklon sederhana dunia pula terbentuk antara garis lintang 35 darjah hingga 65 darjah utara dan selatan khatulistiwa.
-banyak terjadi di daratan
2. perbezaan kekuatan dan bentuknya
-tiupan siklon lebih kuat kerana kecerunan tekanan udara tinggi dengan udara rendah adalah lebih besar berbasar.-garisan-garisan setekanan (isobar) berbentuk bulat. Diameter –lebih pendek kira-kira 80-400km.



-berbentuk bujur. Diameter –panjang melebihi 2000km.-liputan kawasn siklon sederhana dunia luas
3.perbezaan cara pergerakan menaik jisim udara
-jisim udara naik apabila ia menjadi kurang stabil akibat dipanaskan.jisim udara ini lembap dan semasa naik,proses pemeluwapan akan membebaskan haba pendam yang ada dalam jisim udara tersebut,lantas memanas,dan meringankan lagi jisim udara naik lebih tinggi. Jisim udara ini naik sambil berpusar dgn laju di sekeliling pusat siklon tersebut.
-jisim udara naik melalui proses pertemuan kumpulan udara sejuk dgn kumpulan udara panas dlm atmosfera. Apabila kedua-dua kmpln udara ini bertemu akn membentuk satu sempadan iaitu perenggan panas dan perenggan sejuk. Apabila kedua-dua perenggan ini bertemu
Semula ia akan membentuk satu lagi perenggan yg dikenali sebagai temu perenggan.

4.perbezaan arah pergerakan
-bergerak dari timur ke barat,dipengaruhi oleh angina timuran. Kemudian angina ini berbelok ke kutub.
-bergerak dari barat ke timur dan dipengaruhi oleh angin barat
5.perbezaan daripada segi taburan suhu
-hampir sama di semua kawasan kerana kumpulan-kumpulan udara yang bertemu di situ mempunyai suhu yang hamper sama shj.
-taburan suhu berbeza-beza kerana bergantung kpd perbezaan suhu kumpulan udara panas dan kumpulan udara sejuk yang bertemu.
6.perbezaan dari segi masa pembentukan
-terbentuk pada musim panas dan musim luruh iaitu antara bulan Jun hingga November di Hemisfera Utara dan bulan Januari hingga April di Hemisfera Selatan.
-terbentuk pada musim dingin
10.(a) - El-Nino merupakan satu fenomena cuaca luar biasa yang menyebabkan perubahan arus pemukaan laut iaitu di Lautan Pasifik bertukar arah ke timur menuju ke pantai barat Amerika Selatan. Keadaan ini menyebabkan tiupan angin baratan lebih laju berbanding angin lazim timuran. Aras air laut lebih tinggi di perairan pantai barat Amerika Selatan. Aras air laut yang tinggi menghalang proses upwelling air dari dasar laut. Manakala maksud La-Nino ialah merujuk kepada banjir.

(b)
- El-Nino menyebabkan cuaca panas/kemarau berpanjangan – udara menjadi kering (dry air) yang menjadi syarat penting untuk partikel-partikel terampai (PM 10) berada lebih lama dalam udara yang menghasilkan jerebu.
- El-Nino menyebabkan kekurangan hujan/ketiadaan hujan yang berterusan –partikel-partikel terampai sukar dihapuskan/dihilangkan dalam atmosfera sebaliknya terus berkitar dalam udara kering. Hujan amat penting untuk menghilangkan jerebu.
- El-Nino menyebabkan cuaca panas – cenderung untuk berlakunya kebakaran hutan secara semulajadi atau dibakar oleh manusia sehingga cepat merebak seperti mana yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia pada tempoh El-Nino pada tahun 1997. Kebakaran hutan menjadi penyumbang terbesar kepada PM 10 yang menghasilkan komponen jerebu.

06 January 2010

Soalan Contoh Tema 3 Sistem Atmosfera

1. (a) Apakah makna iklim dan cuaca ?
(b) Bagaimanakah aktiviti manusia dapat mempengaruhi iklim dan cuaca suatu kawasan?

2. (a) Jenis-jenis tenaga yang terdapat dalam sistem atmosfera bumi.
(b) Jelaskan Kesan akibat kedua-dua fenomena tersebut terhadap iklim dan manusia
(c) Tenaga haba dipindahkan daripada matahari kepada permukaan bumi melalui dua
cara
(d) Faktor-faktor kuantiti bahang matahari yang diterima oleh permukaan bumi adalah
berbeza-beza mengikut ruang dunia/kawasan-kawasan di bahagian dunia.
(e) Sebab-sebab terdapatnya perbezaan kadar penyerapan haba pada permukaan bumi.
(f) Kadar penerimaan haba permukaan yang berbeza akan menyebabkan jenis dan
aktiviti manusia juga berbeza.

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bajet haba? STPM 2006
(b) Jelaskan fenomena yang menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan bajet haba.

4.(a) Nyatakan konsep edaran atmosfera.
(b) Huraikan bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi
edaran umum atmosfera. STPM 1999
(c) Mengapakah taburan suhu secara mendatar tidak sekata di permukaan bumi?
(d) Terangkan mengapa suhu semakin berkurang dengan ketinggian ?
(e) Terangkan bagaimana olak suhu berlaku ?
(f) Apakah kesan olak suhu ?
(g) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak
seragam di permukaan bumi. STPM 1999

5. (a) Nyatakan konsep wap air dan kelembapan Udara
(b) Apakah yang dimaksudkan dengan kelembapan mutlak ?
(c) Bezakan dengan ringkas definisi proses sejatan dan pemeluwapan.
(d) Jenis dan ciri-ciri awan berdasarkan kepada ketinggian
(e) Jenis dan asal kejadian kabut.
(f) Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan.
(g) Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi sejatan dan sejatpeluhan.


Skema

1.(a)Iklim ialah unsur purata sesuatu fenomena cuaca seperti suhu dan hujan, iaitu suatu keadaan cuaca yang berbeza-beza mengikut hari dalam suatu jangka masa yang panjang. Taburannya dikatakan lebih meluas merangkumi skala dunia (pola iklim dunia) dan selalunya digunakan bagi merujuk ciri-ciri iklim di sesebuah negara manakala Cuaca umumnya lebih bersifat mikro dan tempatan. Ianya digambarkan melalui keadaan atmosfera pada waktu-waktu tertentu dalam suatu jangka masa yang singkat. Oleh itu, cuaca merupakan suatu perkara yang dinamik dan kadang kala sukar diramal. Bagi suatu kawasan yang kecil umpamanya satu daerah atau bandar, mungkin terdapat perbezaan cuaca yang ketara bagi satu-satu masa.

(b) Aktiviti perindustrian – pelepaan gas rumah hijau menyebabkan suhu semakin meningkat. Aktiviti perbandaran – asap kenderaan meningkat – kandungan gas CO2 meningkat. Keadaan ini meningkatkan suhu. Penggunaan gas CFC di dalam alat penghawa dingin dan peti sejuk. Pembakaran kawasan ladang menyebabkan suhu sekitar menjadi panas. Aktiviti pembalakan menyebabkan perubahan iklim mikro.

2. (a)-Tenaga haba rasa – apabila tenaga ini terkena pada sesuatu permukaan, maka permukaan tersebut beransur panas.
-Tenaga haba pendam – tenaga yang terkandung dalam jirim sehingga ia dibebaskan.
-Tenaga potensi – tenaga keupayaan yang dimiliki oleh sesuatu jirim.
-Tenaga kinetik - tenaga yang terhasil akibat pergerakan sesuatu jirim dari atas ke bawah.

(b) kesan terhadap iklim
-Peningkatan suhu dunia (pemanasan global). Dunia menjadi semakin panas apabila terpaksa menerima bahangan matahari yang berlebihan. Bajet haba bumi menjadi tidak seimbang (input haba melebihi output haba). Pada skala kecil seperti di kawasan Bandar berlakunya Pulau Haba Bandar.
-Mengubah unsur-unsur yang lain seperti sistem tiupan angin lazim dan hujan. Boleh dikaitkan dengan kesan El-Nino. Apabila arus lautan menjadi panas, tiupan angin akan berubah dan rejim hujan juga akan berubah. Kemarau dan banjir berlaku pada masa dan kawasan yang tidak sepatutnya pada satu-satu tempoh tertentu
-Peningkatan kadar sejatan berbanding kerpasan (imbangan air negatif). Peratus kelembapan udara menjadi rendah dan keadaan udara kering (dry air) akibat suhu semakin panas. Ini memudahkan terbentuknya jerebu.

>kesan terhadap manusia
-Gangguan kesihatan seperti strok haba, penyakit kulit, mudah demam, katarak mata, kehilangan air dalam badan dan lain-lain yang berkaitan dengan cuaca panas.
-Menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai, tasik, dan empangan akan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk juga akan terjejas
-Cepat merebaknya penyakit seperti taun dan malaria yang amat merbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut.
-Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti aktiviti riadah kerana keadaan cuaca yang panas.
-Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.

(c)-permindahan tenaga haba melalui bahangan
Bahangan matahari akan melalui pelbagai peringkat lapisan yang ada dalam atmosfera yang bertindak sebagai medium. Bahangan tersebut akan ditapis, diserap, diserak, dipantul oleh lapisan ozon, lapisan atmosfera dan partilel-partikel dalam udara.
-permindahan tenaga haba melalui gelombang electromagnet dan cahaya. Gelombang daripada pancaran matahari tiba kepada permukaan bumi dalam bentuk gelombang pendek.

(d)-ketebalan lapisan ozon yang melindungi bumi adalah tidak sama antara satu sama lain. Kawasan ozon tebal menyebabkan jumlah bahang matahari yang diterima oleh bumi adalah sedikit berbanding dengan kawasan ozon nipis/lapisan ozon yang bocor.
-ketebalan lapisan atmosfera lapisan awan. Seperti ozon, lapisan atmosfera khususnya litupan awan juga mempunyai ketebalan yang berbeza-beza antara satu kawasan dengan kawasan yang lain. Kawasa gurun panas, misalnya litupan awannya nipis berbanding di kawasan kutub. Oleh itu, kawasan gurun menerima bahangan matahari yang tinggi.
-Kecondongan pancaran matahari/sudut pancaran matahari. Kawasan khatulistiwa menerima banyak bahangan matahari kerana ia menerima pancaran matahari dalam keadaan bersudut tepat berbanding dengan kawasan hemisfera utara dan hemisfera selatan. Selain itu, jarak matahari dengan bumi di kawasan khatulistiwa juga adalah lebih dekat berbanding kedua-dua dengan kawasan hemisfera.
-Perbezaan permukaan bumi/topografi. Antaranya dari segi warna, jenis dan ketebalan litupan tumbuhan, jenis permukaan seperti daratan atau air dan lain-lain. Perbezaan permukaan ini akan mempengaruhi nilai Albedo. Contohnya kawasan bersalji menerina sedikit sahaja bahangan matahari kerana sifat permukaannya yang cerah/putih lebih banyak membalikkan haba berbanding dengan permukaan yang gelap seperti permukaan bertar, bangunan serta litupan tumbuhan yang lebih banyak menyerap haba.Begitu juga dengan kawasan daratan/benua lebih banyak menerima/menyimpan bahangan matahari berbanding dengan kawasan laut.
e) Ciri-ciri permukaan bumi yang berbeza antara satu tempat dengan tempat yang lain akan menghasilkan kadar penyerapan yang berbeza.
Perbezaan ini disebabkan oleh faktor-faktor:
-warna permukaan yang berbeza (pengaruh Albedo) – permukaan berwarna gelap seperti hutan dan batuan lebih banyak menyerap haba berbanding dengan permukaan yang cerah seperti salji.
-Tekstur – tekstur yang kasar dan kasap seperti permukaan tar dan dinding konkrit lebih banyak menyerap haba berbanding tekstur permukaan yang licin dan rata.
-Struktur permukaan – permukaan bumi/struktur geologi yang berada dalam keadaan mendatar (horinzontal) lebih banyak menyerap haba berbanding dengan struktur permukaan yang menegak (vertical). Ini berkaitan dengan keluasan permukaan yang boleh menyerap haba.
-Kandungan mineral – mineralogi batuan yang cerah seperti kuartza, silika, dan mika lebih banyak membalikkan haba berbanding dengan mineral batuan seperti andersit dan riolit (warna gelap).
-Aspek –berkait dengan permukaan cerun yang menghadap atau membelakangi matahari. Cerun yang menghadap matahari pastinya terdedah lebih lama kepada bahangan solar yang menyebabkan lebih banyak menyerap haba.

(f)- Aktiviti pertanian dan penternakan – di kawasan yang menerima haba yang lebih banyak (suhu tinggi), tanaman seperti gandum, barli, tamar, ditanam di samping ternakan seperti unta. Berbanding dengan kawasan kurang haba (suhu sejuk), buah-buahan sitrus pula ditanam. Kawasan yang panas dan lembap ditanam pula khatulistiwa dan tropika lembap ditanam pula dengan tanaman padi sawah, getah, kelapa sawit dan sebagainya.
-Pelancongan –kawasan haba yang tinggi seperti khatulistiwa, aktiviti seperti berjemur di tepi pantai menjadi satu tarikan berbanding kawasan bersalji, aktiviti permainan ski menjadi tarikan utama. Kawasan pelancongan di tanah tinggi adalah lebih popular kerana suhunya yang lebih sejuk berbanding dengan kawasan tanah pamah.
-Kegiatan ekonomi primitif –mengutip buah-buahan dan berbulu-masyarakat bushmen di kawasan gurun di Afrika mempunyai kaedah pemburuan dan jenis binatang buruanyang berbeza dengan masyarakat Eskimo di Kutub Utara. Ini kerana pengaruh cuaca/suhu setempat akan menentukan ciri-ciri persekitaran yang berbeza.
-Perikanan –terjejas akibat cuaca panas/haba tinggi seperti tempoh El-nino atau akibat suhu sejuk/beku. Di kawasan yang mengalami 4 musim, aktiviti perikanan pada musin sejuk tergendala akibat permukaan lautan dilaputi ais.
-Pembalakan – di kawasan hawa sederhana, aktiviti pembalakan dijalankan pada musim sejuk. Ini kerana pada musim panas, sungai mula mencair dan mengangkut bersama kayu-kayu balak yang ditebang ke kawasan kilang yang terletak berhampiran sungai.

3. (a) Maksud bajet haba adalah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi daripada bahangan matahari berbanding dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula oleh bahangan bumi.Semula jadinya, bahangan matahari dalam bentuk gelombang pendek yang diterima oleh permukaan bumi adalah seimbang dengan bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa dalam bentuk gelombang panjang. Namun, bajet haba boleh menjadi tidak seimbang apabila berlakunya perubahan di dalam sistem atmosfera bumi. Menurut Barry dan Chorley (1977), bajet haba ialah cara-cara nilai sinaran matahari itu digunakan. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari itu digunakan. Tidak semua jumlah tenaga sinaran matahari yang memasuki sistem atmosfera bumi akan tiba ke permukaan bumi. Ada yang akan diserap, diserak dan dipantul oleh pelbagai juzuk dan unsur dalam atmosfera tersebut. Bukan kesemua sinaran bumi akan terlepas ke angkasa ia juga akan melalui proses yang sama dengan sinaran matahari. Ada yang akan diserap, diserak dan dibalikkan semula ke bumi. Apabila dibandingkan antara sinaran matahari yang masuk dengan sinaranbumi yang keluar maka wujudlah bajet haba.Bajet haba merujuk kepada keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi-atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa.
(b) Ketidakseimbangan bajet haba boleh berpunca akibat tebal atau nipisnya litupan awan di sesuatu kawasan. Ini kerana awan boleh menyekat, menyerak, membalik dan memantul semula bahangan matahari.
Fenomena penipisan lapisan ozon atau kebocoran ozon oleh aktiviti manusia. Lapisan ozon akan membantu menghalang kemasukan sinaran ultra ungu (sinar lembayung) ke permukaan bumi. Kemasukan sinar ulta ungu akan turut meningkatkan suhu atmosfera bumi. Fenomena kesan rumah hijau juga akan menyebabkan ketidakseimbangan bajet haba. Gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan karbon monoksida yang boleh menyerap dan menyimpan haba dan juga menghalang pembalikan bahangan bumi ke angkasa.
Fenomena jerebu pula boleh mengurangkan penerimaan bahangan matahari kerana komponen-komponen jerebu seperti PM10 boleh bertindak menyerakkan bahangan matahari. Partikel-partikel terampai akan menyerakkan bahangan matahari secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancarkan kepadanya.
Darjah serakan bergantung kepada saiz partikel yang terlibat berbanding dengan jarak gelombang bahangan suria. Jika partikel lebih kecil berbanding dengan jarak gelombang akan menyebabkan serakan Rayleigh. Sekiranya saiz partikel sama besar dengan jarak gelombang akan menyebabkan serakan Mie.Serakan ini banyak dilakukan oleh partikulat di dalam jerebu seperti debu, habuk terampai dan lain-lain bahan pencemar udara. Misalnya kes jerebu yang melanda negara pada tahun 1997 pernah menyebabkan langit di Kuala Lumpur berwarna kekuningan pada waktu tengah hari. Manakala letusan gunung berapi Pinatubo di Filipina yang memuntahkan debu hingga beberapa kilometer tinginya telah menyebabkan serakan mie sehingga langit sekitarnya berwarna kemerahan. Albedo bumi adalah pembalikan sinaran suria oleh permukaan bumi yang bergantung kepada gelap atau cerah permukan bumi. Permukaan bumi yang lebih gelap akan menyerap haba yang lebih banyak manakala permukaan bumi yang cerah seperti kawasan litupan salji akan membalikkan sinaran suria dengan lebih banyak. Sebahagian daripada sinaran matahari akan dipantulkan pula oleh permukaan bumi secara langsung. Oleh itu, albedo sebenarnya ialah nisbah antara cahaya yang dipantulkan dengan cahaya yang diterima oleh permukaan bumi. Nilai albedo berbeza-beza antara tempat-tempat yang berlainan bergantung kepada sifat-sifat permukaan bumi tersebut.

4.(a) Konsep edaran umum atmosfera adalah proses pergerakan udara di atmosfera bumi untuk mengimbangkan perbezaan tekanan udara.

(b) Pergerakan udara bermula dengan perbezaan suhu di antara dua tempat yang berbeza di permukaan bumi. Kawasan yang lebih panas akan menjadikan udara lebih kurang tumpat dan bergerak ke atas. Keadaan ini akan menjadikan kawasan tersebut mengalami tekanan rendah berbanding dengan kawasan lain. Perbezaan tekanan udara ini akan menyebabkan penyerbuan udara dari kawasan lain yang bertekanan tinggi. Pergerakan udara inilah yang menjadi asas kepada edaran umum atmosfera.Kawasan garis lintang rendah di permukaan bumi yang menerima pancaran matahari yang lebih banyak akan meningkatkan suhu udara berbanding kawasan garis lintang tinggi. Dengan ini kawasan garis lintang rendah seperti kawasan tropika akan mengalami tekanan udara rendah yang dikenali sebagai doldrum. Udara dari kawasan garis lintang tinggi seperti di kawasan sederhana dan kutub akan bergerak keluar menuju ke kawasan tropika.

(c)- Litupan awan. Kawasan tropika lembap banyak awan menyebabkan suhu lebih rendah. Kawasan gurun mempunyai sedikit awan menyebabkan suhu lebih tinggi.
- Kebenuaan. Kawasan yang jauh dari pinggir pantai akan mengalami suhu yang tinggi pada musim panas dan suhu yang lebih rendah pada musim sejuk berbanding pinggir pantai.- Pengaruh arus laut. Pantai yang dilanggar arus laut panas, suhunya lebih tinggi berbanding pantai yang dilanggar arus laut sejuk. Arus laut akan menyederhanakan suhu iaitu rendah pada musim panas dan tinggi pada musim sejuk.
- Warna tanah. Tanah gelap suhunya lebih tinggi kerana menyerap tenaga suria berbanding tanah cerah. Warna tanah yang cerah, suhunya lebih rendah kerana albedo lebih tinggi.- Aspek cerun. Suhu agak tinggi pada cerun bukit atau gunung yang menghadap pancaran matahari berbanding dengan cerun yang terlindung.
- Nilai albedo. Permukaan bumi yang berbeza-beza dari segi gelap atau cerah dan sudut pancaran matahari turut mempengaruhi suhu permukaan bumi. Permukaan cerah nilai albedo tinggi berbanding permukaan gelap.

(d) Suhu berkurangan mengikut ketinggian kerana :-
- pengaliran haba dr permukaan bumi yang memanaskan udara.- kandungan wap air, debu, karbon dioksida semakin kurang apabila semakin ke atas.
- ketumpatan udara semakin berkurangan apabila ke atas.

(e)- udara bawah disejukkan oleh permukaan salji di kawasan garis lintang tengah & tinggi.
- udara sejuk yang menuruni cerun gunung ke dalam lembah. - udara panas dan udara sejuk bertemu di suatu perenggan menyebabkan udara panas naik ke atas udara sejuk. - udara panas dari daratan pada musim panas bertiup ke permukaan lautan yang lebih sejuk pada musim panas dan udara panas dari lautan yang bertiup ke daratan yang lebih sejuk pada musim sejuk.

(f)- kabus berkumpul di lapisan bawah. Keadaan ini mengurangkan jarak penglihatan bagi pemandu kenderaan dan berbahaya pergerakan kapal di lautan. - kejadian fros merosakkan tanaman.

(g)Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi ialah
- Bentuk muka bumi – ketinggian, laut dan tasik
- Litupan permukaan bumi – tumbuhan, bangunan, awan dan salji
- Kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan pemanasan yang berbeza-beza – suhu berbeza-beza.
- Nilai albedo permukaan bumi yang berbeza-beza
- Kandungan lembapan tanah yang berbeza-beza
- Jangka masa dan sudut pancaran matahari yang berbeza mengikut garis lintang- Aspek – cerun yang menghadap matahari dengan cerun yang terlindung
- Angin-angin sejuk seperti mistral merendahkan suhu, angin panas seperti Chinook dan Fohn – meningkatkan suhu
- Arus lautan – pergerakan arus lautan panas dapat menaikkan suhu dan arus sejuk menurunkan suhu

5.(a) Maksud konsep wap air merujuk kepada indeks yang menerangkan keadaan kelembapan atmosfera manakala kelembapan udara pula merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat dalam udara pada masa-masa tertentu.

(b)Kelembapan mutlak bermaksud jumlah jisim wap air yang terkandung dalam 1 meter padu udara pada sesuatu suhu tertentu. Unit pengukurannya ialah gram per meter padu (g/m3). Kelembapan mutlak boleh dikira menggunakan rumus di bawah :Kelembapan mutlak = Berat jisim wap air (gram)Isipadu udara (m3)
(c) Bezakan dengan ringkas definisi proses sejatan dan pemeluwapan.

Sejatan merupakan proses pertukaran air dalam bentuk cecair kepada bentuk wap manakala pemeluwapan adalah proses pertukaran wap air dalam bentuk wap atau gas kepada air dalam bentuk cecair.
Proses sejatan berlaku apabila suhu air ditingkatkan daripada suhu persekitaran manakala proses pemeluwapan berlaku apabila suhu wap air dikurangkan sehingga menghampiri takat suhu mengembun iaitu keadaan suhu udara mempunyai kelembapan bandingan 100% dengan kandungan wap air tidak berubah. Semasa berlakunya proses sejatan, haba pendam akan diserap manakala haba pendam akan dibebaskan semasa proses pemeluwapan. Contoh proses sejatan ialah semasa air dipanaskan sehingga mengeluarkan wap manakala contoh pemeluwapan semasa titis air terbentuk di luar bekas yang mengandungi ais.

(d) Jenis dan ciri-ciri awan berdasarkan kepada ketinggian

1. Awan tinggi (6100 hingg 1200m)
(a) Sitrus
Awan ini berbentuk tipis, lembut dan berumbai-umbai. Awan ini lazimnya membentuk jalur-jalur di langit. Awan sirus kelihatan seperti ekor kuda. Awan ini menunjukkan cuaca agak cerah dan mewujudkan suasana waktu senja yang sungguh indah.
(b) Sirostratus
Awan ini membentuk kepingan awan nipis yang menyebulungi langit. Awan ini kelihatan seperti tirai.
(c) Sirokumulus
Awan ini seperti sisik ikan dan tersusun dalam kumpulan atau berderet-deret.
2. Awan pertengahan (1200 hingga 6100m)
(a) Altostratus
Awan ini berwarna kelabu atau kebiru-biruan dan berbentuk seperti sirostratus tebal. Awan ini lebih padat, berjurai-jurai atau calar-calar. Pancaran matahari yang bersinar melaluinya kelihatan kelam-kelam sahaja.
(b) Altokumulus
Awan ini berupa lapisan kumpulan awan yang yang bertompok-tompok, tidak rata dan berlapis-lapis tetapi tersusun rapat seolah-olah gelombang di langit biru.
3. Awan rendah (0 hingga 1200m)
(a) Stratokumulus
Awan ini merupakan beberapa kelompok awan kelabu yang tersusun. Gelombang-gelombangnya lebih besar daripada awan altokumulus.
(b) Stratus
Awan ini sangat rendah tetapi tidak mencecah permukaan bumi. Keadaannya tebal dan berwarna kelabu. Oleh itu, awan ini kelihatan seperti kabus di tanah tinggi. Awan ini menyebabkan cuaca menjadi kelam dan disertai dengan gerimis. Awan stratus mengaburkan penglihatan dan amat berbahaya kepada kapal terbang.
(c) Nimbostratus
Awan ini tidak mempunyai bentuk yang tertentu tetapi tebal. Awan ini gelap, mempunyai lapisan-lapisan yang jelas. Awan nimbostratus dikenali juga sebagai awan hujan. Awan ini membawa hujan, salji atau hujan beku.
4. Awan tegak (had dasar 180m)
(a) Kumulus
Awan ini tinggi menegak. Awan kumulus mempunyai dasar yang rata dan bentuknya seperti kubis bunga serta tebal. Awan ini biasanya terdapat di kawasan-kawasan tropika yang lembap. Awan ini menunjukkan cuaca yang baik.
(b)kumulonimbus
Awan ini juga mempunyai dasar yang rata tetapi mempunyai sifat berkembang secara menegak dan kelihatan seperti gunung. Dasarnya lebar antara 300m hingga 12000m. Awan ini biasanya dapat dilihat pada waktu petang di kawasan-kawasan tropika. Awan kumulonimbus dikenali juga sebagai awan rebut dan membawa hujan perolakan yang disertai oleh kilat dan petir.


(e) Jenis dan asal kejadian kabut.

Jenis kabut
Asal kejadian
(a) Kabut alir lintang
Dibentuk oleh pengaliran udara panas di atas permukaan bumi yang sejuk.
(b) Kabut sinaran
Dibentuk pada lewat malam dan di awal pagi apabila suhu permukaan bumi menjadi sejuk akibat kehilangan haba sinaran bumi ke angkasa lepas.
(c) Kabut perenggan
Dibentuk apabila sesuatu jisim udara panas bertemu dengan jisim udara sejuk.
(d) Kabut wap
Dibentuk apabila jisim udara sejuk mengalir di atas permukaan bumi yang panas.
(e) Kabut bukit
Dibentuk apabila angin meniupkan awan stratus kepuncak bukit. Juga dibentuk oleh pemeluwapan wap sejatan dan perpeluhan dari permukaan bukit.

(f) Suhu- kadar sejatan secara langsung dipengaruhi oleh suhu air. Air yang bersuhu tinggi lebih cepat tersejat berbanding air sejuk kerana apabila suhu meningkat tekanan wap air atau keupayaan wap air untuk terbebas ke atmosfera akan meningkat dengan cepat.
Tekanan wap- tekanan wap tepu di permukaan air yang tinggi berbanding tekanan wap udara disekelilingnya menyebabkan sejatan meningkat.
Angin-berupaya menukar udara lembap dipermukaan air menjadi kering. Keadaan udara yang kering mempercepatkan proses sejatan.
Kemasinan air- Proses sejatan berkadar dengan kemasinan air. Air laut kadar sejatan lebih perlahan berbanding air tawar.
Kelembapan bandingan- Semakin tinggi nilai kelembapan bandingan maka kadar sejatan menjadi semakin rendah kerana tekanan wap dalam udara adalah tinggi berbanding dengan wap air di permukaan air.
Luas permukaan air- semkin luas permukaan air maka semakin tinggi kadar sejatan. Contohnya kadar sejatan di tasik lebih tinggi berbanding di sungai.


(g) Iklim merupakan faktor utama yang mempengaruhi kadar sejatan. Ciri iklim yang dimaksudkan ialah suhu, kelajuan angin dan keadaan yang berawan. Hari berawan bermakna jumlah penerimaan cahaya matahari yang kurang menyebabkan suhu menjadi rendah.· Di Malaysia umpamanya, rekod sejatan menunjukkan bahawa bulan-bulan berawan atau hujan mempunyai kadar sejatan yang rendah sementara bulan kering adalah bulan yang mempunyai kadar sejatan yang tinggi.
Tiupan angin yang kuat juga akan mempercepatkan proses sejatan. Bagi angin kering, permukaan air yang terdedah lebih mudah terpeluwap. Keadaan ini lebih mudah berlaku jika kawasan permukaan air luas, terdedah serta tiada halangan.· Dalam proses sejat peluhan, faktor kelajuan angin yang membawa suhupanas ke kawasan lembap boleh mengurangkan kelembapan tanih. Kajian yang dijalankan mendapati kelajuan angin pada kadar lapan kilometer sejam boleh meningkatkan kadar sejatpeluhan sebanyak 20 peratus manakala kelajuan angin 24 kilometer sejam pula meningkatkan kadar sejatpeluhan sebanyak 50 peratus.
Fisiografi tumbuhan juga mempengaruhi kadar sejat peluhan. Akar pokok yang menjalar sehingga ke zon mata air lebih banyak menyumbang kepada lembapan air pada pokok yang akhirnya digunakan bagi proses perpeluhan. Oleh itu, pokok yang hidup di kawasan berpaya, berdaun lebar dan berstruktur tinggi lebih mudah mengalami perpeluhan apabila terdedah kepada unsur iklim. Pokok yang lebih matang selalunya lebih banyak mengalami perpeluhan .
Ciri permukaan tanih juga memberi kesan kepada sejatpeluhan. Kajian terdahulu mendapati hutan korniferus dan alfalfa memantul kira-kira 25 peratus tenaga solar menyebabkan ia berupaya menyimpan tenaga yang banyak bagi menggalakkan perpeluhan. Secara kontra di kawasan gurun, hanya memantul 50 peratus tenaga solar bergantung kepada kepadatan tumbuhan.
Seperti juga proses sejatan, tren musiman bagi sejatpeluhan adalah turut dipengaruhi unsur iklim. Selain kelajuan angin, suhu dan tenaga solar juga turut menggalakkan proses sejat peluhan. Di negara bermusim, sejatpeluhan minimum lazimnya berlaku semasa musim sejuk, iaitu pada musim luruh dan musim sejuk manakala sejatpeluhan maksimum berlaku pada musim panas dan bunga.
Ketinggian, secara umumnya semakin tinggi sesuatu tempat itu, suhunya semakin menurun. Suhu yang rendah menyebabkan kadar sejatan adalah lebih kecil. Jika diperhatikan kepada tren sejatpeluhan di Malaysia, didapati kadar sejatan adalah lebih rendah antara 1.0 dan 2.5 mm sehari telah dicatatkan di kawasan-kawasan tanah tinggi barat laut Pahang dan tenggara Perak, sebahagian dari timur laut Kelantan serta sebahagian pertengahan pantai Sarawak.
Hasil Kerja: Nur Hidayah, Nadiah, Erna Suzana 6AA KHS 2010

Mahkamah Rayuan Malaysia

Mahkamah Rayuan Malaysia

Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan pada tahun 1994.
Bidangkuasa Mahkamah Rayuan adalah :-
(a) bidang kuasa untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya (kecuali keputusan Mahkamah Tinggi yang diberikan oleh pendaftar atau pegawai lain Mahkamah itu dan yang boleh dirayukan kepada seorang hakim Mahkamah itu di bawah undang-undang persekutuan); dan
(b) apa-apa bidang kuasa lain yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.
(Perkara 121(1B) Perlembagaan Persekutuan)

Mulai daripada 1 Oktober 2006 bilangan Hakim Mahkamah Rayuan telah bertambah kepada 22 orang melalui perintah oleh Yang di-Pertuan Agong (Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan) Pindaan P.U.(A) 385/2006.

Keanggotaan Mahkamah Rayuan
Perkara 122A(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Mahkamah Rayuan hendaklah terdiri daripada seorang pengerusi (yang digelar "Presiden Mahkamah Rayuan") dan, limabelas orang hakim lain.

Pelantikan Hakim-hakim Mahkamah Rayuan
Perkara 122B (2) dan (4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim-Hakim, Mahkamah Rayuan hendaklah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong, yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri, selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum memberikan nasihatnya Perdana Menteri hendaklah berunding dengan Ketua Hakim Negara dan Presiden Mahkamah Rayuan.

Keanggotaan Mahkamah Rayuan
Tiap-tiap prosiding di Mahkamah Rayuan hendaklah didengar dan dibereskan oleh tiga orang Hakim atau oleh apa-apa bilangan ganjil yang lebih besar Hakim sebagaimana yang ditentukan oleh Presiden dalam apa-apa kes tertentu. (seksyen 38 Akta Mahkamah Kehakiman 1964).

Di dalam Perkara 122A(2) Perlembagaan Persekutuan seseorang hakim Mahkamah Tinggi boleh bersidang sebagai hakim Mahkamah Rayuan jika Presiden Mahkamah Rayuan berpendapat bahawa kepentingan keadilan menghendaki yang sedemikian, dan hakim itu hendaklah dinamakan bagi maksud itu (mengikut kehendak keadaan) oleh Presiden Mahkamah Rayuan selepas berunding dengan Hakim Besar Mahkamah Tinggi itu.
Persidangan Mahkamah
Mahkamah Rayuan bersidang di Istana Kehakiman, Putrajaya. Walaubagaimanapun Presiden Mahkamah Rayuan boleh, jika didapatinya suai manfaat, mengarahkan supaya apa-apa rayuan didengar pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat di Malaysia (seksyen 39 Akta MAhkamah Kehakiman 1964).
SUMBER:http://portal.kehakiman.gov.my/

Soalan Tema 3: Sistem Atmosfera

Soalan 1

a) Maksud imbangan bahangan
-Merujuk keseimbangan yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang masuk ke sistem bumi-atmosfera dengan jumlah bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa.Apabila dibandingkan antaran sinaran matahari yang masuk dengan sinaran bumi yang keluar maka wujud imbangan haba.Bahangan matahari masuk ke sistem bumi melalui gelombang pendek pada waktu siang manakala bahangan bumi dibebaskan ke angkasa pada waktu malam dalam bentuk gelombang panjang.

b) Maksud bajet haba.

-Bajet haba ialah jumlah haba yang diterima oleh permukaan bumi daripada bahangan matahari berbanding dengan jumlah haba yang dikeluarkan semula oleh bahangan bumi.Sebelum diterima oleh permukaan bumi, bahangan matahari ini melalui pelbagai proses seperti serapan,serakan,balikan oleh pelbagai lapisan dan komponen dalam atmosfera.

-Dalam keadaan semula jadi bahangan matahari dalam bentuk gelombang pendek yang diterima oleh permukaan bumi adalah seimbang dengan bahangan bumi yang dibebaskan semula ke angkasa dalam bentuk gelombang panjang.Namun begitu bajet haba ini boleh menjadi tidak seimbang apabila berlakunya perubahan di dalam sistem atmosfera bumi.

c) Ketidakseimbangan bajet haba disebabkan:

>Tebal/nipisnya litupan awan-yang boleh menyekat,menyerak,membalik dan memantulkan semula bahangan matahari.
>Fenomena penipisan lapisan ozon atau kebocoran ozon oleh aktiviti manusia-bahangan matahari(sinar lembayung) boleh memasuki ruang atmosfera bumi dengan banyak.
>Fenomena kesan rumah hijau-kewujudan gas-gas rumah hijau seperti karbon dioksida dan karbon monoksida yang boleh menyerap dan menyimpan haba dan menghalang pembalikan bahangan bumi ke angkasa.
>Fenomena jerebu yang boleh mengurangkan penerimaan bahangan matahari kerana komponen-komponen jerebu seperti PM10 boleh bertindak menyerakkan bahangan matahari yang dikenali sebagai Serakan Mie.
>Albedo bumi.Bergantung kepada permukaan bumi sama ada gelap atau cerah.Gelap menyerap haba manakala cerah membalikkan haba.


Soalan 2

a) Takrifan sejatan.

- Sejatan ialah proses perubahan fizikal air daripada bentuk cecair kepada bentuk wap air yang berlaku pada permukaan air.

b) Lima faktor mempengaruhi sejatan.

>Suhu udara atau air.
>Tenaga haba.
>Tekanan wap.
>Tiupan angin.
>Kandungan lembapan tanih.
>Kawasan sejatan.
>Kandungan air.

c) Pengaruh cuaca dan iklim terhadap aktiviti manusia di kawasan tropika lembap.

>Pertanian.
>Perlancongan.
>Perdagangan.
>Perikanan.
>Pengangkutan.
>Perindustrian.
>Pembalakan.

d) Jenis-jenis gangguan atmosfera.

>Ribut taufan
>Ribut petir
>Lekukan Tropika
>Gelombang timuran.

Soalan 3

a) Definisi awan.

Awan adalah titisan air/hablur ais yang amat halus yang terapung di ruang atmosfera yang wujud akibat proses pemeluwapan pada aras yang tinggiserta mempunyai warna yang berbeza.
b) Tiga jenis awan peringkat rendah.

>Awan sratokumulus- berbentuk sfera besar, tersusun tetap, bewarna kelabu, menunjukkan cuaca baik atau cerah
>Awan stratus- padat, bewarna kelabu tua, awan seragam yang rendah, kelihatan seperti kabus >Awan nimbostratus- awan tumpat, tebal, tiada bentuk tertentu, bewarna gelap, mempunyai lapisan yang jelas, membawa hujan berterusan.

c) Dua fenomena cuaca dan iklim yang dipengaruhi oleh awan.

>Banjir-awan tebal menyebabkan hujan lebat dalam jangka masa yang lama.
>Kemarau-ketiadaan awan menyebabkan tiada hujan.

d) Empat kesan ketiadaan awan terhadap aktiviti manusia ialah-Ketiadaan awan menyebabkan tiada hujan dan menjejaskan aktiviti manusia.

>Pertanian-tanaman sperti padi musnah.
>Pelancongan-susana panas dan tidak selesa.
>Perindustrian-perindustrian berasaskan air terjejas.
>Akuakultur
>Penternakan

Soalan 4

a) Makna ‘Kerpasan Efektif’.

Merujuk kepada jumlah hujan yang diserap/disusupkan oleh tanah-tanih yang dapat digunakan oleh tumbuh-tumbuhan atau tanaman bagi tujuan pembesarannya. Tidak semua air hujan akan diguna oleh tumbuh-tumbuhan,ada yang mengalir sebagai aliran permukaan, aliran dalam alur serta aliran bawah tanah menuju ke sungai.Aliran-aliran ini tidak dikira sebagai kerpasan efektif. Kerpasan efektif ialah air hujan yang dilarut resapkan ke dalam tanah dan boleh/tersedia untuk digunakan oleh tumbuh-tumbuhan dan tanaman sahaja.

b) Faktor yang menentukan kerpasan efektif.

>Intensiti hujan (kelebatan curahan hujan mengikut masa).
Bagi hujan yang renyai dan sedikit jumlahnya, menjadikan tanah tidak dapat menyerap air dengan banyak. Oleh itu, nilai kerpasan efektif tentulah sedikit dan mungkin tidak mencukupi bagi pembesaran tumbuh-tmbuhan dan tanaman seperti di gurun panas. Jika hujan turun lebat dan banyak jumlahnya tanah akan cukup basah dengan air dan nilai kerpasan efektifnya tinggi seperti di kawasan khatulistiwa. Hal ini akan membekalkan air yang cukup kepada pembesaran tanaman dan tumbuhan. Namun begitu, kerpasan efektif ini ada hadnya. Jika curahan hujan terlalu lebat, tanih sudah tepu air maka nilai kerpasan efektif dikatakan mencapai tahap maksima. Hujan seterusnya tidak lagi boleh meresap ke dalam tanah dan mengalir sebagai aliran permukaan dan mungkin mewujudkan banjir.

>Tempoh musim hujan.
Tempoh curahan hujan/ bilangan hari hujan adalah tidak sekata di sepanjang tahun. Pada musim hujan, (musim tengkujuh) bilangan hari hujan dalam senulan adalah lebih lama dan lebat curahannya berbanding dengan musim kemarau/musim kering. Oleh itu, dalam tempoh musim hujan/tengkujuh ini, nilai kerpasan efektifnya adalah tinggi dan tumbuhan dapat membesar dengan sempurna. Hal ini dapat dibuktikan di kawasan monsun tropika yang mempunyai satu musim hujan dan satu musim kering yang nyata setiap tahun. Sebaliknya di kawasan Khatulistiwa, hujan lebat turun sepanjang tahun, maka nilai kerpasan efektifnya sentiasa tinggi sepanjang tahun.

>Faktor kecerunan muka bumi.
Di cerun curam, nilai kerpasan efektifnya adalah rendah kerana air hujan lebih banyak mengalir di permukaan dengan laju dan tidak sempat meresap ke dalam tanah. Di cerun landai/ kawasan muka bumi yang hampir rata, halaju larian air permukaan adalah perlahan. Ini memberikan peluang dan ruang kepada setiap titisan hujan untuk meresap masuk ke dalam tanah,nilai kerpasan efektifnya adalah tinggi. Di cerun landai, larian air permukaan berlaku setelah semua liang-liang pori tanih dipenuhi air (tepu).

>Ciri geologi sesuatu kawasan.
Nilai kerpasan efektif juga berbeza bergantung kepada ciri-ciri geologi yang mendasari sesuatu kawasan. Batuan yang poros seperti batu kapur dan pasir(kuartza) walaupun banyak meresapkan air,tetapi nilai kerpasan efektifnya rendah.
Hal ini kerana air tidak boleh tersimpan lebih lama untuk digunakan tumbuhan, sebaliknya air teresap terus mengalir sebagai aliran air bawah tanah. Begitu juga dengan geologi yang keras dan tidak poros, tidak mempunyai nilai kerpasan efektif yang tinggi kerana sifatnya yang tidak membenarkan air meresap masuk ke dalam liang porinya. Nilai kerpasan efektif tinggi di kawasan geologi seperti di kawasan tanah laterit daripada batuan riolit, kawasan tanah aluvium dan tanah lava bes kerana membenarkan air meresap dan menyimpan air tersebut.

>Tumbuhan litupan.
Ketebalan tumbuhan litupan mempengaruhi nilai kerpasan efektif. Tumbuhan litupan amat membantu kadar susupan air ke dalam tanah. Di hutan berkanopi tebal dan berlapis seperti di hutan hujan khatulistiwa, titisan air hujan akan turun dengan perlahan akibat proses cegatan silara tumbuhan berkenaan. Titisan hujan yang turun dengan perlahan mempunyai peluang dan masa yang banyak untuk meresap masuk ke dalam tanah. Di samping itu, halangan daripada sistem akar yang timbul di permukaan bumi ke atas pergerakan larian air permukaan sekali lagi memberikan peluang kepada air hujan untuk meresap masuk ke dalam tanah. Justeru itu, nilai kerpasan efektif di kawasan yang gondol atau tiada tumbuhan litupan adalah kecil sahaja.

>Faktor suhu.
Suhu yang tinggi amat mempengaruhi kadar sejatan permukaan. Di kawasan suhu tinggi/panas, nilai kerpasan efektifnya adalah rendah seperti di kawasan gurun panas. Hal ini kerana kadar sejatan yang begitu cepat tidak memberikan peluang untuk air meresap masuk ke dalam tanah dengan baik walaupun hujan cepat dihilangkan melalui sejatan permukaan. Di kawasan suhu sejuk pula nilai kerpasan efektif mungkin tiada kerana semua kerpasan yang turun adalah berbentuk salji dan membeku di permukaan. Cairan salji boleh diresapkan masuk ke dalam tanah apabila tiba musim panas di mana suhunya menjadi tinggi dan akan cair.


Soalam 5

a) Perbezaan konsep penipisan lapisan ozon dengan Kesan Rumah Hijau

Penipisan lapisan ozon

Kesan Rumah Hijau
Ruang-berlaku di ruangan stratosfera.(50 km dari permukaan bumi/dikenali sebagai ozonsfera)
Ruang-berlaku di ruang atmosfera.
Punca-akibat serangan CFC dan halon ke atas ikatan 0³
Punca-akibat pengumpulan karbon dioksida di udara.
Mekanisme-sinaran UV memutuskan ikatan CFC dan atom klorin yang bebas memutuskan pula ikatan oksigen dalam ozo-ozon menipis,lebihan tenaga suria memasuki atmosfera menyebabkan pemanasan global.
Mekanisme-karbon dioksida bertindak sebagai lapisan penebat atmosfera,membenarkan bahangan suria masuk tetapi menghalang pembalikan bahangan bumi.Haba terperangkap/pulau haba dan pemanasan global.

b) Sebab-sebab berlakunya kedua-dua fenomena itu

>Perindustrian.
Industri yang membebaskan cloroflorokarbon (CFCs) dan halon seperti industri pendingin udara,industri keluaran foam,industri aerosol dan industri kimia. CFCs dan halon dikeluarkan pada peringkat penyelenggaraan,penggunaan,pembuangan dan kebocoran. Industri ini menyebabkan penipisan lapisan ozon apabila CFCs menyerang dan memutuskan ikatan kovalen3 atom oksigen yang ada dalam ozon. Manakala industri yang menggunakan bahan api fosil sebagai bahan bakarnya iaitu industri petrokimia yang membebaskan banyak karbon dioksida dan karbon monoksida ke udara. Pengumpulan bahan-bahan ini membentuk satu lapisan penebat yang boleh memerangkap haba matahari yang menyumbang kepada Kesan Rumah Hijau.

>Ujian nuklear.
Pelancaran peluru berpandu oleh USA dan Rusia telah mewujudkan lubang ozon di benua Antartika. Kini, saiznya adalah dua kali ganda benua Eropah.

>Penggunaan kenderaan yang menggunakan petrol sebagai bahan bakarnya khususnya petrol tanpa plumbum telah banyak membebaskan karbon dioksida dan karbon monoksida. Berlaku Kesan Rumah Hijau terutama di bandar-bandar besar.

>Penebangan hutan secara berleluasa telah menyebabkan imbangan kandungan oksigen dengan karbon dioksida di udara tidak seimbang. Lebihan karbon dioksida terjadi dan berlakulah Kesan Rumah Hijau.

>Lain-lain seperti kebakaran hutan, pembakaran terbuka, pembakaran di kawasan pelupusan sampah menyebabkan Kesan Rumah Hijau. Penggunaan aerosol dalam semburan racun serangga, semburan pewangi dan penyemburan cat boleh membebaskan CFCs serta penggunaan alat pencegah kebakaran dalam latihan, pengujian atau semasa kebakaran yang mengeluarkan halon menipiskan ozon.

c) Kesan-kesan akibat kedua-dua fenomena tersebut terhadap sistem atmosfera.

> Peningkatan suhu secara global (pemanasan global) dan pada skala mikro seperti kawasan bandar, peningkatan suhu setempat mewujudkan fenomena Pulau Haba. Pemanasan global terjadi apabila sebahagian besar bahang matahari boleh menembusi atmosfera bumi tanpa mengalami proses-proses serakan, serapan dan balikan oleh ozon. Manakala Pulau Haba terjadi apabila karbon dioksida memerangkap bahangan bumi di atmosfera menyebabkan ruang bandar menjadi panas relatif dengan kawasan sekitarnya.

>Mengurangkan kelembapan udara. Kekeringan sumber air permukaan bumi/kemarau menyebabkan proses sejatan tidak mempunyai wap-wap air untuk membentuk awan yang tebal bagi menurunkan hujan. Kadar hujan berkurangan,udara menjadi kering dan persekitaran menjadi panas. Dalam keadaan udara kering jerebu/partikulat-partikulat terampai mudah terbentuk.

>Mendorong meningkatkan fenomena El-Nino. Pemanasan global akibat penipisan lapisan ozon dan Kesan Rumah Hijau boleh meningkatkan suhu Lautan Pasifik. Keadaan ini mengubah pola tiupan angin lazim dari darat ke laut akibat perbezaan tekanan yang hebat. Kesannya angin kering bertiup ke barat Pasifik menyebabkan cuaca panas dan angin lembap pula bertiup ke timur Pasifik menyebabkan ribut dan banjir.Fenomena ini dinamakan kekacauan atmosfera.


Soalan 6

a) Mekanisme kejadian kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon.

>Kesan Rumah Hijau (Green House Effect). Terjadi apabila bahan-bahan pencemar terutamanya karbon dioksida, metana dan hidrokarbon-hidrokarbon yang membentuk satu kubah/lapisan yang menyelimuti atmosfera. Lapisan bahan pencemar tersebut bertindak membenarkan bahangan matahari masuk menembusinya tetapi menghalang ia bebas keluar.
Kesannya tenaga haba terperangkap dan berkitar pada ruang udara yang sama. Situasi ini meningkatkan suhu sekitar. Bahan pencemar dibebaskan oleh sumber industri, kenderaan, pembakaran secara terbuka (hutan dan lain-lain).

>Penipisan lapisan ozon. Berlaku di ruang stratosfera. Melibatkan pemusnahan ikatan kovalen tiga atom oksigen yang membentuk lapisan ozon oleh kloroflorokarbon (CFC) dan halon yang juga dibebaskan daripada industri dan pengguna. CFC mudah bertindak balas dengan atom oksigen dalam ozon membentuk klorin monoksida(CLO). Ikatan konvalen CLO akan putus apabila menerima sinar lembayung( UV) matahari dan akan membebaskan atom klorin yang akan menyerang pula atom oksigen yang lain. Proses secara berterusan akan menyebabkan lapisan ozon menipis dan meningkatkan kemasukan bahangan matahari ke ruang atmosfera bumi.

b) Kesan kedua-dua fenomena di atas ke atas iklim dan manusia.

IKLIM:
>Peningkatan suhu dunia(pemanasan global). Dunia menjadi semakin panas apabila terpaksa menerima bahangan matahari yang berlebihan.Bajet haba bumi menjadi tidak seimbang (input haba melebihi output haba) Pada skala kecil seperti di kawasan bandar berlakunya Pulau Haba.
>Mengubah unsur-unsur lain seperti tiupan angin lazim dan hujan. Boleh dikaitkan dengan kesan El-Nino. Apabila arus lautan menjadi panas,tiupan angin akan berubah dan regim hujan juga berubah. Kemarau dan banjir berlaku pada masa dan kawasan yang tidak sepatutnya pada satu-satu tempoh tertentu.

>Peningkatan kadar sejatan berbanding kerpasan(imbangan air negatif). Peratus kelembapan udara menjadi rendah dan keadaan udara kering(dry air) akibat suhu semakain panas.Ini memudahkan terbentuknya jerebu.

MANUSIA:
>Gangguan kesihatan seperti strok haba,penyakit kulit, mudah demam, katarak mata, dan kehilangan air dalam badan(dehidrasi).
>Menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Cuaca panas melampau/kemarau menyebabkan sumber-sumber air khususnya sungai dan tasik serta empangan terjejas seterusnya bekalan air bersih kepada penduduk turut terjejas.
>Penyakit cepat merebak seperti taun dan malaria yang berbahaya kepada manusia dan boleh membawa maut.
>Menjejaskan persekitaran sosial penduduk seperti aktiviti riadah kerana cuaca terlalu panas.
>Risiko banjir laut dan penenggelaman kawasan daratan pantai yang mungkin menjadi petempatan manusia akibat pencairan ais benua yang terjadi apabila suhu dunia meningkat.


c)
>Penggunaan gas CFC secara berlebihan.
>Gas CFC naik ke atmosfera bertindak balas dengan sinaran ultra ungu lalu terurai menjadi atom klorin.
>Atom-atom klorin bertindak balas dengan molekul-molekul ozon,menyebabkan molekul ozon terurai membentuk molekul oksigen dan atom oksigen.
>Atom oksigen bertindak balas dengan atom klorin menghasilkan klorin monoksida.
>Pengurangan molekul ozon berlaku.


Soalan 7

a) Maksud gas rumah hijau
-Gas rumah hijau (green house gases) merujuk gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia ke atmosfera, ia mampu memerangkap bahangan bumi daripada dilepaskan ke angkasa khususnya pada waktu malam. Sifat kumpulan gas ini membenarkan bahangan haba masuk menembusinya. Kesannya bumi menjadi semakin panas. Contoh gas rumah hijau ialaah karbon dioksida,karbon monoksida, kloroflorokarbon(CFC), metana,dan nitrogen oksida.

b) Pertambahan gas rumah hijau boleh menyebabkan pemanasan global.
>Lebih banyak kadar pemerangkapan haba bumi berlaku di ruang atmosfera menghalang pembebasan tenaga daripada bumi.Haba terpaksa berkitar dalam ruang atmosfera, lama kelamaan suhu bumi terus meningkat.
>Lapisan ozon semakin nipis melalui tindak balas atom klorin dan bromin. Penipisan/kebocoran lapisan ozon menyebabkan sinar lembayung matahari menembusi atmosfera bumi dangan banyak. Sistem bumi terpaksa menerima tenaga haba tinggi yang akhirnya boleh meningkatkan suhu dunia.

c) Langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengurangkan fenomena Kesan Rumah Hijau.
>Mengurangkan penggunaan/pembakaran bahan api fosil dalam sektor industri, pengangkutan, domestik dan beralih kepada penggunaan tenaga yang mesra alam seperti tenaga hidro, tenaga solar, dan biomass. Peralihan kepada penggunaan tenaga pengganti ini menggurangkan kadar pembebasan gas-gas Rumah Hijau ke atmosfera. Dengan itu, kesannya boleh dikurangkan.
>Mengurangkan aktiviti penyahutanan atau melaksanakan program penghutanan semula/penghijauan bumi supaya lebihan karbon dioksida dalam atmosfera boleh dikurangkan.Tumbuh-tumbuhan amat penting sebagai penyimpan semula jadi karbon dioksida melalui proses fotosintesis-respirasi. Oleh itu, imbangan karbon dioksida dengan oksigen di atmosfera akan dapat dikekalkan.
>Langkah perundangan yang lebih tegas kepada industri-industri yang melepaskan bahan pencemar tanpa kawalan/tidak mengikut piawai yang ditetapkan. Antara langkah yang boleh diambil ialah meningkatkan denda/kompaun, menarik balik lesen operasi sesebuah kilang, menyitar premis dan lain-lain yang boleh dilakukan melalui mahkamah.
>Kerjasama antarabangsa. Persefahaman antara negara dalam mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau seperti yang termaktub dalam Sidang Puncak Bumi di Rio de Janerio. Negara-negara utara khususnya Amerika Syarikat tidak seharusnya menyalahkan negara-negara selatan. Sebaliknya, kesan fenomena Rumah Hijau boleh dikurangkan melalui perkongsian teknologi pintar dan perkongsian untuk membaik-pulih alam sekitar global.
>Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada masyarakat pengguna seperti menggunakan peralatan yang tidak mengeluarkan CFC/mesra alam, mencegah pembakaran terbuka agar konsentrasi gas-gas Rumah Hijau dalam atmosfera dapat dikurangkan.


Soalan 8

a) Maksud El-Nino

-Satu fenomena cuaca luar biasa yang berlaku pada arus lautan.Arus lautan menjadi panas melebihi keadaan biasanya sehingga boleh mengubah pola tiupan angin lazim. Hal ini mengganggu cuaca dunia sehingga menyebabkan sesetengah bahagian di dunia mengalami panas dan kemarau manakala sesetengah bahagian pula mengalami ribut dan banjir. Contoh pada 1997, berlaku El-Nino di kawasan lautan Pasifik Khatulistiwa.

-Kejadiannya:
>Tumpuan tenaga matahari di Lautan Pasifik(bahagian khatulistiwa) menyebabkan pemanasan permukaan laut secara luar biasa.Arus Lautan Pasifik panas melebihi 5°C.
>Arus lautan yang panas bergerak ke arah timur telah mengubah pola tiupan angin timuran yang membawa hujan lebat khususnya ke kawasan Asia Tenggara. Suhu tinggi dan tekanan udara menjadi rendah telah melemah,berhenti,dan mengubah pola tiupan angin timuran menyebabkan cuaca di kawasan timur pasifik(Asia Tenggara) menjadi panas.
>Berlaku perubahan kepada lapisan termoklin di lautan menyebabkan proses pembuakan di lautan(upwelling) tidak terjadi.Air laut berterusan panas.

b)Fenomena El-Nino mempengaruhi keadaan jerebu di negara-negara Asia Tenggara.
>El-Nino menyebabkan cuaca panas/kemarau berpanjangan-udara menjadi kering(dry air) yang menjadi syarat penting untuk partikel-partikel terampai(PM10) berada lebih lama dalam udara seterusnya menghasilkan jerebu.
>Menyebabkan kekurangan hujan/ketiadaan hujan yang berterusan-partikel-partikel terampai sukar dihapuskan/dihilangkan dalam atmosfera sebaliknya terus berkitar dalam udara kering. Hujan amat penting untuk menghilangkan jerebu.
>El-Nino turut menyebabkan cuaca panas-cenderung berlakunya kebakaran hutan secaara semulajadi atau dibakar oleh manusia sehingga cepat merebak seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera, Indonesia pada tempoh El-Nino pada tahun1997. Kebakaran hutan menjadi penyumbang terbesar kepada PM10 yang menghasilkan komponen jerebu.

c) Cadangan mengatasi masalah jerebu di bandar industri utama Asia Tenggara.
>Langkah perundangan seperti kawalan pembakaran terbuka dan mengawal pelepasan asap daripada kilang dan kenderaan menerusi Akta Kualiti Sekitar 1974 dan enakmen-enakmennya.
>Kawalan mekanikal seperti menyediakan sistem penapisan asap dan meninggikan cerobong asap kilang.
>Penghijauan persekitaran bandar/menanam pokok-pokok peneduh yang boleh berfungsi sebagai penapis dan perangkap bahan pencemar/jerebu.
>Mewujudkan hujan tiruan/pembenihan awan untuk menjernihkan udara sekitar dan jerebu atau meningkatkan kelembapan udara dengan pancutan air.
>Beralih kepada bahan-bahan bakar yang mesra alam dan tidak terlalu bergantung kepada penggunaan bahan api fosil seperti menggunakan tenaga hidroelektrik, tenaga solar, petrol tanpa plumbum dan lain-lain.
>Kempen dan pendidikan alam sekitar khususnya kepada masyarakat pengguna dalam bandar-ke arah udara yang bersih dan berkualiti untuk menjamin hidup yang sihat.


Soalan 9

A) Maksud pemanasan global.

-Peningkatan suhu dunia yang diakibatkan oleh kesan rumah hijau dan penipisan ozon-ketidakseimbangan bajet haba iaitu input haba yang diterima oleh sistem bumi melebihi output dari bumi.

b) Penerangan tentang kegiatan ekonomi yang menyebabkan pemanasan global.
>Kegiatan perindustrian-membebaskan gas rumah hijau yang berpunca daripada pembebasan gas karbon dioksida,contohnya Revolusi Perindustrian di Eropah sebanyak 4000 000 billion tan karbon dioksida dibebaskan ke atmotsfera, pada masa kini hampir 5.5 billion tan molekul karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera setiap tahun. Gas CFCs yang dibebaskan oleh perindustrian pembuatan peti sejuk dan aerosol, serta gas CO²(karbon dioksida) dan N²0(nitrus oksida) yang dibebaskan loji tenaga dan bahan bakar dari kilang akan bergabung dengan karbon dioksida yang membentuk bumbung atmosfera buatan manusia dan berfungsi memerangkap haba bumi.
>Kegiatan pengangkutan-kenderaan menggunakan bahan api fosil akan membebaskan asap yang mengandungi karbon monoksida seterusnya menyumbang kepada gas rumah hijau.
>Kegiatan pembalakan dan penyahutanan-menyebabkan lebihan karbon dioksida dalam udara,menjejaskan imbangan gas.
>Kegiatan pembakaran terbuka-seperti pelupusan sampah,pembakaran sisa pertanian,menyebabkan hutan yang terbakar membebaskan karbon dioksida.


c) Tiga kesan pemanasan global terhadap alam sekitar fizikal.
>Mempercepatkan fenomena penggurunan-luluhawa fizikal dan layangan angin menjadi giat,saiz gurun bertambah.
>Pencairan litupan ais benua dan pergunungan tinggi-isi padu laut meningkat-kawasan rendah akan tenggelam.
>Menggalakkan kejadian El-Nino-suhu laut cepat naik, tekanan udara rendah menyebabkan tiupan angin timuran berubah, lemah dan berhenti- hujan kurang di Asia Tenggara, cuaca panas.
>Menggalakkan kebakaran hutan secara semulajadi-berlakunya jerebu.
>Gangguan ke atas kitar hidrologi-sejatan terlalu cepat, simpanan air bawah tanah berkurang, paras mata air dalam tanah menurun dan sistem akuifer kekurangan sumber air.
>Gangguan sistem ekologi-pemanasan global mengancam, mengganggu dan merosakkan kitaran ekosistem pelbagai flora dan fauna.

d) Hurai tiga langkah mengurangkan masalah pemanasan global.
>Mewujudkan kawasan hijau di bandar.
>Pengekalan tumbuhan melalui hutan simpan, taman negara, penanaman semula hutan.
>Mengurangkan pembakaran hutan dan pembakaran terbuka.
>Kempen kesedaran-pendidikan formal dan informal.
>Penguatkuasaan undang-undang alam sekitar.
>Memasang penapis asap-merawat asap sebelum dilepaskan ke udara.
>Menggunakan tenaga alternatif-mesra alam.

Hasil kerja : Nur Hidayah, Nadiah, Erna Suzana 6AA KHS 2010

Soalan Sistem Atmosfera

1.
a) Huraikan lima faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi.[15 m]

b) Bagaimanakah perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera?[10 m]

c) Semakin tinggi sesuatu tempat, suhu udaranya semakin rendah. Jelaskan mengapa.[10 m]

d) Jelaskan bagaimana olak suhu boleh berlaku.[15 m]
Cadangan jawapan.

a) Faktor-faktor yang mempengaruhi taburan suhu secara mendatar yang tidak seragam di permukaan bumi.

> Konfigurasi muka bumi-seperti kebenuaan dan kepulauan/pengaruh laut.Kawasan yang terletak di pedalaman benua suhunya lebih tinggi berbanding dengan kawasan yang dikelilingi laut.Hal ini kerana kawasan pedalaman benua jauh daripada sumber air dan peratus kelembapan udaranya amat rendah.Misalnya di kawasan gurun panas seperti Gurun Gobi,Gurun Kalahari,dan Gurun Turkistan.
> Litupan permukaan bumi-seperti tumbuh-tumbuhan litupan,bangunan,awan,salji dan sebagainya.Kawasan hutan tebal suhunya lebih rendah berbanding kawasan yang dipenuhi bangunan ekoran daripada proses serapan dan balikan haba.Kawasan awan nipis di gurun adalah lebih panas berbanding kawasan awan tebal.
> Kandungan tanah dan warna tanah yang berbeza-beza menghasilkan pemanasan dan suhu yang berbeza-beza.Warna permukaan tanah bergantung kepada warna geologi yang mendasarinya.Warna cerah seperti batu kapur membalikkan haba lebih banyak berbanding dengan warna gelap seperti batu riolit.
> Nilai albedo permukaan bumi yang bebeza-beza.Albedo merujuk peratus balikan bahangan matahari oleh sesuatu permukaan.Kawasan gelap seperti permukaan bertar akan lebih panas kerana ia menyerap haba lebih banyak berbanding permukaan cerah.
> Jangka masa dan sudut pancaran matahari yang berbeza mengikut garis lintang.Di kawasan khatulistiwa,suhunya lebih tinggi kerana menerima cahaya matahari dalam keadaan sudut tepat berbanding dengan kawasan kutub yang lebih condong/serong.
> Aspek.Merujuk cerun yang menghadap matahari juga cerun yang terlindung.Cerun menghadap matahari lebih panas berbanding cerun terlindung.
> Angin.Angin sejuk seperti mistral merendahkan suhu.Angin panas seperti Angin Chinook dan Fohn meningkatkan suhu.Hal ini kerana angin yang berbeza membawa kelembapan udara yang berbeza.Angin panas membawa udara kering,manakala angin sejuk membawa udara lembap.
> Arus lautan.Pegerakan arus laut panas dapat menaikkan suhu dan arus sejuk menurunkan suhu.Contohnya semasa tempoh El-Nino,arus lautan menjadi panas menyebabkan suhu di daratan meningkat.Hal ini kerana arus panas akan meningkatkan suhu laut,mengurangkan peratus kelembapan udara dan udara menjadi kering.

b) Bagaimana perbezaan taburan suhu secara mendatar mempengaruhi edaran umum atmosfera.

> Ketidakseimbangan bahangan bersih yang diterima antara garis lintang dunia menyebabkan perbezaan taburan suhu.Taburan suhu berbeza yang diterima oleh bahagian muka bumi akan mempengaruhi tiupan angin lazim dunia.Angin akan bertiup dari kawasan tekanan tinggi(bersuhu rendah) ke kawasan tekanan rendah(bersuhu tinggi).
> Perbezaan suhu antara sesuatu tempat akan mewujudkan kecerunan tekanan.Kewujudan kecerunan tekanan antara sel tekanan tinggi dengan sel tekanan rendah akan menyebabkan pergerakan udara atau angin.Lazimnya,sistem tiupan dunia seperti angin monsun akan bertiup dari tekanan tinggi ke tekanan rendah.


c) Sebab-sebab suhu udara semakin rendah apabila sesuatu tempat semakin tinggi.

- Suhu udara sekitar biasanya berkurangan mengikut ketinggian.Hal ini dapat dibuktikan apabila dibandingkan kawasan puncak gunung dengan kawasan kaki gunung.Puncak gunung lebih sejuk berbanding dengan kawasan kakinya.Perbezaan suhu ini dipanggil taburan suhu secara menegak.Mengikut kadar tukaran Adiabatik,setiap kenaikan ketiggian 165meter maka suhu udara akan turun pada kadar 1 darjah Celcius. Penurunan suhu udara mengikut ketinggian adalah disebabkan oleh:

> Udara tidak dipanaskan secara langsung oleh pancaran matahari.Sebaliknya permukaan bumi yang dipanaskan secara langsung terlebih dahulu.Permukaan bumi yang telah panas pula akan memanaskan udara melalui proses pengaliran haba.Oleh itu,udara di bawah yang bersentuhan dengan permukaan bumi menjadi panas terlebih dahulu sedangkan udara di bahagian atas masih lagi sejuk.Pemanasan udara sebenarnya berlaku dari bawah ke atas.Oleh itu,suhu udara bahagian atas/lebih tinggi adalah rendah.

> Ketumpatan udara berbeza.Udara di bawah lebih panas berbanding dengan udara di atasnya juga disebabkan oleh udara di bawah lebih tumpat berbanding dengan udara di atas.Oleh itu,udara di bawah lebih berupaya menyerap lebih banyak haba berbanding dengan lapisan udara atasnya.Keupayaan udara untuk menyerap haba amat bergantung kepada jumlah kandungan wap airnya,debu dan karbon dioksida di dalamnya yang bertindak sebagai penyerap.Adalah jelas lapisan udara di bawah lebih banyak mengandungi bahan-bahan penyerap haba.Oleh sebab itu,ia lebih cepat panas.Manakala lapisan udara di atas lebih kering,nipis dan bersih atau tidak banyak penyerap menjadikannya lebih sejuk/lambat panas.

d) Kejadian olak suhu dan kesan-kesan kejadian olak suhu

- Olak suhu ialah keadaan sonsangan suhu daripada keadaan lazimnya. Suhu semakin tinggi apabila ketinggian sesuatu tempat bertambah.Apabila olak suhu/sonsangan suhu berlaku bermakna udara yang lebih sejuk terdapat di sebelah bawah, udara yang panas pula di sebelah atasnya.Olak suhu biasanya berlaku sementara sahaja di sesuatu tempat dan pada sesuatu masa.Olak suhu terjadi dalam beberapa keadaan:

> Olak suhu daratan/sonsangan waktu malam,disebabkan kehilangan haba yang cepat dan berlebihan melalui bahangan bumi.Daratan lebih cepat kehilangan haba berbanding laut. Apabila daratan menjadi cukup sejuk,ia akan menyejukkan udara berdekatannya.Oleh itu ,udara di lapisan bawah menjadi lebih sejuk berbanding udara di sebelah atas.Kesonsangan udara ini tidak kekal lama dan hilang pada waktu siang.Keadaan-keadaan yang menggalakkan kejadian sonsangan daratan ialah,waktu malam yang panjang seperti musim sejuk.Ianya baik kerana memberikan masa yang mencukupi untuk bahangan bumi dibebaskan. Kedua,langit yang cerah adalah baik kerana membolehkan kehilangan haba berlaku dengan cepat. Ketiga,udara yang kering pula membantu mengehadkan penyerapan haba semasa matahari memancar. Keempat,udara yang tenang dapat mengurangkan percampuran udara.Selain itu,olak suhu daratan banyak berlaku di kawasan kutub kerana permukaannya yang diselaputi salji, berupaya menjalankan pembalikan cahaya matahari dengan berkesan.

> Olak suhu iklim tanah tinggi. Di kawasan pergunungan,sonsangan suhu biasanya berlaku di kawasan-kawasan lembah,terutamanya pada musim panas.Pada waktu siang,bahagian lembah menjadi lebih panas daripada kawasan cerun-cerun yang lebih tinggi.Pada waktu malam pula,udara sejuk di cerun-cerun tinggi akan bergerak ke bawah dan menolak udara yang panas di kawasan lembah naik ke atas.Dengan itu,sonsangan suhu pun berlaku.Kesonsangan suhu tidak kekal lama kerana lembah akan kembali panas pada waktu siang.

> Olak suhu ataman.Sonsangan suhu berlaku di kawasan tekanan udara tinggi. Terjadi akibat ataman udara secara besar-besaran di kawasan tekanan tinggi.Udara yang mengalami ataman ini akan mampat dan suhunya akan naik,tetapi di bawahnya masih terdapat lapisan udara sejuk yang tidak ke mana-mana.Akibatnya,suhu udara di atas lebih panas berbanding dengan suhu udara di bawah.Sonsangan udara ini lebih jelas terjadi di bahagian-bahagian timur sistem antisiklon.

> Olak suhu perenggan. Berlaku apabila kumpulan udara panas bertemu dengan kumpulan udara sejuk ‘di perenggan udara’.Perenggan udara ini biasanya berada di kawasan sederhana dunia.Pertemuan kumpulan udara panas dengan kumpulan udara sejuk menyebabkan kumpulan udara panas yang lebih ringan terangkat ke atas,manakala kumpulan udara sejuk termendap ke bawah.Maka terbentuklah sonsangan suhu.

> Olak suhu permukaan yang dinamik.Berlaku apabila kumpulan-kumpulan udara bergerak secara mendatar yang menyebabkan udara panas bergerak di atas permukaan udara sejuk,contohnya di kawasan litupan ais.Apabila ini berlaku,satu lapisan tebal udara sejuk akan terbentuk di bawah sedangkan di atasnya adalah udara panas.Sonsangan suhu jenis ini lebih kekal lama dan tersebar lebih luas.

> Sonsangan suhu angin timuran berlaku dekat pantai kawasan tropika.Kawasan daratan menyerap dan membebaskan haba lebih cepat berbanding dengan laut.Oleh itu,suhu udara daratan lebih tinggi pada musim panas dan lebih rendah pada musim sejuk berbanding suhu udara lautan.Ini menghasilkan sonsangan suhu yang kecil di kawasan daratan pada musim sejuk dan di kawasan lautan pada musim panas.
Hasil kerja: Nur Hidayah, Nadiah, Erna Suzana 6AA KHS 2010

05 January 2010

Tingkatan 6 Bersedialah

Salam 1Malaysia,

Cikgu menghadiri mesyuarat pengurusan tingkatan 6 tadi... ada perubahan masa melaksanakan aktiviti tingkatan 6 tahun ini. Bersedialah semua agar anda tak merasa tertekan dengan perubahan ini.

Selamat maju jaya...tunggu taklimat untuk anda semua...daripada PK F6

01 January 2010

Mahkamah Persekutuan Malaysia

MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA

Mahkamah Tertinggi

Mahkamah Persekutuan merupakan otoriti kehakiman yang tertinggi sekali di Malaysia. Ianya ditubuhkan di bawah Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan. Keputusannya mengikat semua mahkamah. Sebelum 1hb. Januari 1985, sistem mahkamah atasan di Malaysia adalah sistem tiga peringkat iaitu–
Majlis Privy
Mahkamah Agung
Mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Borneo
Majlis Privy merupakan mahkamah rayuan tertinggi bagi Malaysia sehingga 31hb. Disember 1984. Pada 1hb. Januari 1985, semua rayuan dari Malaysia ke Majlis Privy telah dimansuhkan. Bagi menggantikannya, Mahkamah Agung Malaysia ditubuhkan menjadikannya mahkamah rayuan terakhir di negara ini. Pemansuhan rayuan ke Majlis Privy telah mengakibatkan perubahan sistem tiga peringkat mahkamah atasan kepada sistem dua peringkat iaitu Mahkamah Agung dan dua (2) Mahkamah Tinggi.
Pada 1994, perubahan yang ketara berlaku kepada Badan Mahkamah Persekutuan Malaysia. apabila Parlimen meminda Perlembagaan Persekutuan. Melalui pindaan tersebut, Mahkamah Rayuan telah ditubuhkan. Mahkamah Agung dinamakan semula sebagai Mahkamah Persekutuan. Oleh yang demikian sistem tiga peringkat mahkamah atasan dihidupkan semula.
Mahkamah Persekutuan diketuai oleh Ketua Hakim Negara. Sebelum pindaan Perlembagaan Persekutuan, jawatan tersebut dikenali dalam Bahasa Inggerisnya sebagai “Lord President”.
Ahli-Ahli
Mengikut Perkara 122(1) Perlembagaan Persekutuan Mahkamah Persekutuan hendaklah terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, kedua-dua Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan tujuh hakim lain. Pelantikan Hakim-Hakim Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim-Hakim Besar Mahkamah Tinggi dan lain-lain hakim Mahkamah Persekutuan hendaklah dilantik oleh Yang di Pertuan Agong yang bertindak atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding dengan Majlis Raja-Raja. Sebelum Bilik Bicara Mahkamah Persekutuan mengemukakan nasihatnya, Perdana Menteri hendaklah, kecuali bagi pelantikan Ketua Hakim Negara berunding dengan Ketua Hakim Negara.
Pelantikan Hakim-Hakim Tambahan
Perkara 122(1A) Perlembagaan Persekutuan membolehkan Yang di-Pertuan Agong, atas nasihat Ketua Hakim Negara, melantik mana-mana orang yang telah memegang jawatan kehakiman yang tinggi di Malaysia untuk menjadi hakim tambahan bagi Mahkamah Persekutuan. Pelantikan ini boleh dibuat bagi apa-apa maksud atau bagi apa-apa tempoh masa yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
Komposisi
Setiap prosiding Mahkamah Persekutuan hendaklah, mengikut seksyen 74 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 didengar dan dilupuskan oleh tiga hakim atau lebih yang bilangannya hendaklah ganjil dan sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara. Semasa ketiadaan Ketua Hakim Negara, ahli mahkamah yang kanan sekali hendaklah mempengerusikan persidangan itu.
Perkara 122(2) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Ketua Hakim Negara boleh menamakan seorang hakim Mahkamah Rayuan selain daripada Presiden Mahkamah Rayuan untuk bersidang sebagai hakim Mahkamah Persekutuan sekiranya beliau berpendapat, demi kepentingan keadilan, ianya perlu.
Persidangan
Mahkamah ini bersidang pada masa dan tempat yang ditentukan oleh Ketua Hakim Negara dari masa ke semasa. Pada kebiasaannya Mahkamah Persekutuan bersidang di Palace of Justice, Putrajaya. Bagaimanapun, Mahkamah Persekutuan juga bersidang secara litar di bandar-bandar utama seperti di Pulau Pinang, Ipoh, Kota Bharu, Johor Bahru, Alor Setar, Kuantan, Melaka, Kuching dan Kota Kinabalu (seksyen 75 Akta Mahkamah Kehakiman, 1964).
Bidangkuasa
Mengikut Perkara 121(2) Perlembagaan Persekutuan, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidang kuasa :–
(a) untuk memutuskan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Tinggi atau seseorang hakimnya;
(b) asal atau runding sebagaimana yang ditentukan mengikut Perkara 128 dan 130 ; dan
(c) lain-lain seperti yang diberikan oleh atau di bawah undang-undang persekutuan.
Rayuan Jenayah
Mahkamah Persekutuan boleh, menurut seksyen 87 Akta Mahkamah Kehakiman 1964, mendengar dan menentukan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes-kes jenayah yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam bidangkuasa asalnya.
Rayuan Sivil
Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964 memperuntukkan bahawa rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan boleh dibuat ke Mahkamah Persekutuan dengan kebenaran Mahkamah Persekutuan. Kebenaran itu boleh diberi jika :–
(a) keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai apa-apa kausa atau perkara sivil yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi di dalam menjalankan bidangkuasa asalnya dan ianya melibatkan persoalan prinsip umum yang diputuskan bagi kali pertama atau sesuatu persoalan penting yang memerlukan penghujahan lanjut dan keputusan Mahkamah Persekutuan di atasnya akan memberi manafaat awam; atau
(b) keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah mengenai kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan termasuklah kesahihan mana-mana undang-undang bertulis berhubung peruntukan Perlembagaan itu. (seksyen 96 (a) dan (b) Akta Mahkamah Kehakiman 1964).
Hanya Mahkamah Persekutuan sahaja mempunyai bidangkuasa eksklusif untuk memutuskan :–
(a) apa-apa persoalan samada sesuatu undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Dewan Negeri itu adalah tidak sah atas alasan bahawa badan itu membuat peruntukan berhubung sesuatu perkara yang mana Parlimen ataupun Dewan Negeri mengikut mana-mana yang berkenaan tidak ada kuasa untuk membuat undang-undang; dan
(b) pertikaian atas apa-apa persoalan lain antara Negeri dengan Negeri atau antara Persekutuan dengan mana-mana Negeri. (Perkara 128(1) Perlembagaan Persekutuan).
Rujukan Perkara 128(2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan – “Tanpa menjejaskan apa-apa bidangkuasa rayuan Mahkamah Persekutuan, jika dalam mana-mana prosiding di hadapan suatu mahkamah lain suatu soal berbangkit tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan mempunyai bidangkuasa (tertakluk kepada mana-mana kaedah Pegawai dan kakitangan Pejabat Pendaftaran Mahkamah Persekutuan mahkamah yang mengawalselia penjalanan bidang kuasa itu) untuk memutuskan soal itu dan menghantar balik kes itu kepada mahkamah yang satu lagi untuk dibereskan mengikut keputusan itu”.
Nasihat
Perkara 130 Perlembagaan Persekutuan menyatakan–“Yang di-Pertuan Agong boleh merujukkan kepada Mahkamah Persekutuan untuk pendapatnya apa-apa soal tentang kesan mana-mana peruntukan Perlembagaan ini yang telah berbangkit atau yang tampak padanya mungkin berbangkit, dan Mahkamah Persekutuan hendaklah mengumumkan pendapatnya tentang apa-apa soal yang dirujukkan sedemikian kepadanya itu di dalam mahkamah terbuka”.
SUMBER:http://portal.kehakiman.gov.my/