Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

05 August 2010

'Kunyah' Gula-Gula Getah Untuk Kesihatan Dental Lebih Baik?

05 Ogos, 2010 11:39 AM

Oleh Hazlinda Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Kanak-kanak memang gemar mengunyah gula-gula getah tetapi ibu bapa mereka tidak menyukainya bahkan melarang perbuatan itu. Bagaimanapun golongan remaja tetap gemar melakukannya.

"Saya kunyah gula-gula getah bagi menghilangkan stres terutamanya bila saya perlu memberi perhatian bila perlu menyelesaikan tugas dalam masa yang singkat. Saya akan menjadi gusar kalau tidak mengunyah (gula-gula getah) dan ia membantu saya fokus terhadap apa yang saya perlu buat," kata Raja (bukan nama sebenar).

"Mengunyah gula-gula getah boleh dianggap sebagai mengurut otot-otot muka", kata seorang lagi peminat 'chewing gum', Salmah Kasno.

Ada juga mereka yang tidak menyukai gula-gula getah kerana kandungan gulanya yang agak tinggi.

Mengandungi pelbagai perasa, gula-gula getah ini mungkin terlalu 'artifisial' buat mereka yang peka tentang apa yang dimasukkan ke dalam mulut mereka.

"Saya sememangnya tidak suka mengunyah gula-gula getah. Dari kecil lagi, ia bukanlah kegemaran saya," itulah jawapan Dahlia Aziz-Monsen bila ditanya tentang gula-gula tersebut.

Bagi Shazleena Zainuddin, beliau kadangkala ada mengunyah gula-gula ini, tetapi katanya bukanlah satu aktiviti kebiasaan atau yang perlu.

"Saya bukannya perlu (gula-gula getah) sangat," kata Shazleena sambil menambah ada benda-benda lain yang boleh mengganti bahan ini seperti 'bubble gum' yang dikunyah mereka yang mahu meninggalkan tabiaat merokok.

KESIHATAN DENTAL

Xylitol adalah bahan kandungan pada gula-gula getah yang dikeluarkan dan dipasarkan oleh Lotte Group International di Shinjuku-ku, Jepun.

Gula-gula getah kesihatan dental Lotte Xylitol merupakan gula-gula getah kesihatan gigi yang pertama mengandungi lebih daripada 50 peratus xylitol yang terbukti dapat mencegah terjaduinya karies dan kaviti gigi.

Gula-gula getah ini dikatakan semakin mendapat perhatian bertentangan dengan kepercayaan tentang mengunyah gula-gula getah adalah tidak baik untuk kesihatan gigi.

Xylitol adalah pemanis asli, bahan yang diambil dari kulit pokok birch putih di Finland. Bahan ini dijumpa oleh Profe sor Kauko Makinen.

Henry Yap, Pengurus Besar Lotte Malaysia berkata:

"Xylitol adalah selamat dan merupakan pemanis asli yang mengeluarkan sensasi sejuk dan menyegarkan dalam mulut. Mengunyah Lotte Xylitol empat hingga lima kali sehari boleh membantu menghalang kerosakan gigi. Kami yakin rakyat Malaysia menyokong produk ini kerana ianya telah terbukti kebaikannya".

JADI PILIHAN

Produk ini mungkin masih baru di Malaysia tetapi ianya telah dikeluarkan Lotte Jepun lebih dari 10 tahun dahulu.

"Gula-gula getah mengandungi xylitol ini telah dilancarkan pada tahun 1997 di Jepun. Ianya baik bagi semua peringkat umur. Ia juga mempunyai perasa limau pudina, bluberi dan juga pudina. Ianya juga telah menerima pengesahan halal," kata Ketua Pegawai Kewangan Lotte Malaysia, Fujiki Tatsuya.

Menurut Tatsuya, gula-gula getah xylitol telah diterima sebanyak 90 peratus di Jepun dan gula-gula getah keluaran Lotte memegang 65 peratus dari pasaran gula-gula tersebut di negara matahari terbit itu.

"Ini menunjukkan gula-gula getah manis hanya 10 peratus popular di Jepun dan itu adalah baik bagi kesejahteraan kesihatan gigi dalam masyarakat.

"Kilang-kilang kami adalah di Indonesia dan Thailand dan pengedaran produk sihat ini meluas ke sebahagian besar Asia Tenggara yang tidak lama lagi akan merangkumi Singapura dan Brunei Darussalam.

"Export dan jualan akan dikendalikan oleh Lotte Malaysia", katanya kepada Bernama.

Satu botol 66 gram gula-gula getah Lotte Xylitol tanpa gula berharga tidak kurang dari RM7. Konsumer dinasihatkan mengunyah dua dari gula-gula getah ini lima kali sehari sekurang-kurangnya bagi lima minit untuk penjagaan gigi.

REMAJA MALAYSIA DAN XYLITOL

"Kawan saya kunyah gula-gula getah Xylitol sejak lima ke enam tahun dulu. Saya baru mencubanya tetapi harganya tidak murah. Kalau ia mengurangkan insiden karies dan kaviti gigi serta baik untuk kesihatan dental, mengapa tidak (mencubanya)?".

Itulah kata-kata Zhe Hei Lang, 16, bila ditanya tentang gula-gula getah xylitol. Kini remaja belasan tahun di Malaysia bersikap proaktif mengenai kesihatan dental mereka.

"Kebanyakan daripada kami mahu gigi yang sihat, tidak mahu terpaksa melawat doktor gigi bila sakit (gigi) nanti," tambah Zhe.

Ini adalah penerangan seorang doktor gigi, Dr. K.S. Sieh tentang mengunyah gula-gula getah:

"Mengunyah gula-gula getah terutamanya pergerakan otot boleh membantu menguatkan tulang serta ligamen struktur gigi. Ia juga menjadikan gusi menjadi sihat.

"Dan kerana ia tidak menggunakan gula tebu seperti yang biasa kita guna, menggantikannya dengan pemanis asli xylitol, maka insiden kejadian kaviti adalah kurang.

"Bagaimanapun mengunyah gula-gula getah secara berlebihan adalah tidak digalakkan," kata doktor gigi itu.

-- BERNAMA

No comments: