Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

27 April 2010

Perubahan iklim sebabkan penyakit bawaan vektor lebih kerap

BH
2010/04/27

KUALA LUMPUR: Kesan peningkatan suhu global yang membawa perubahan kepada iklim negara boleh menyebabkan penyakit bawaan vektor seperti taun, malaria dan demam denggi berlaku lebih kerap, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, berkata menurut analisis rekod suhu di Malaysia, terdapat trend pemanasan yang konsisten dengan trend pemanasan suhu global dan ini boleh menyebabkan corak taburan hujan berubah, sekaligus akan berlakunya kejadian banjir dengan lebih kerap.

"Melalui pemerhatian terkini suhu purata negara telah meningkat sebanyak 1.1 darjah celsius dalam masa 50 tahun lalu. Paras laut pula telah meningkat pada kadar purata 1.25 milimeter setahun.

"Berdasarkan 'climate modelling' yang telah dilakukan untuk tempoh 100 tahun yang akan datang suhu dijangka meningkat antara +0.7 darjah celsius hingga +2.6 darjah celsius dan taburan hujan juga dijangkakan berubah dalam julat -30 peratus hingga +30 peratus," katanya ketika menjawab soalan Senator Dr Syed Husin Ali.

Syed Husin ingin tahu kesan pemanasan global kepada negara ini dari sekarang hingga hujung abad ini dari segi perubahan suhu, hujan serta paras laut.

No comments: