Followers

Carian dalam Blog ini

03 April 2010

Tahu atau buat buat tak tahu...

Salam to all,

Saya terkilan dan sedih masih ada lagi rakan guru yang terpaksa menderita mental dan fizikal. KPM sepatutnya lebih mengutamakan keselesaan para guru lebih dari segalanya agar guru-guru yang berdedikasi ini tidak luntur semangatnya. YAB Tan Sri Menteri renungkanlah sejenak.. jika kena batang hidung sendiri sanggupkan menggalas cabaran ini. Tak rasa terbebankah dengan situasi begini?

**************************************

Tiga tahun tidur bawah bilik darjah demi murid


2010/04/03

Guru kaum Penan cekal walau tempat tinggal tidak sempurna

LONG LATIN (Ulu Baram): Empat guru disebuah sekolah rendah di sini termasuk sepasang suami isteri terpaksa tidur dalam sebuah bilik sempit berukuran 20 kaki panjang dan 10 kaki lebar dengan ketinggian hanya tujuh kaki sejak tiga tahun lalu kerana kediaman guru yang sedia ada tidak mencukupi.

Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Lutin, Edward Ngullie Anggun, berkata sekolah itu yang dibina awal 1980-an hanya mempunyai empat unit kediaman guru termasuk satu unit yang sudah uzur serta hampir runtuh dan tidak cukup untuk menampung 12 guru serta keluarga mereka.

Kami terpaksa membina dua bilik untuk kediaman guru di bawah kelas serta satu lagi dijadikan bilik darjah kerana kemudahan kediaman yang sedia ada memang tidak mencukupi, katanya.

Kami terpaksa membina dua bilik untuk kediaman guru di bawah kelas serta satu lagi dijadikan bilik darjah kerana kemudahan kediaman yang sedia ada memang tidak mencukupi, katanya.

Helleh Lihan, 29, guru kelas peralihan di sekolah terbabit berkata, dia dan suaminya, Fanuel Gerawal Edom, 26, terpaksa tinggal dalam sebuah bilik yang sempit di bawah bilik darjah sejak tiga tahun lalu.

Katanya, walaupun begitu mereka tetap bersyukur kerana mempunyai tempat untuk tinggal dan ia sedikitpun tidak mematahkan semangat untuk memberikan pendidikan terbaik untuk anak-anak orang Penan di kawasan Ulu Baram.

Seorang lagi guru di sekolah itu, Benjamin Lenjan, 45, berkata dia kini terpaksa tinggal dalam sebuah rumah guru yang hanya menunggu masa untuk runtuh.

Katanya, sejak enam tahun lalu pelbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah untuk mendapatkan kediaman baru guru namun setakat ini tidak berjaya.
Kalau difikirkan rumah guru ini memang tidak lagi selamat untuk diduduki lebih-lebih lagi kedudukannya di tepi sungai dan ketika hujan memang banyak ruang yang basah, katanya.

Hampir 100 peratus daripada 209 murid di sekolah terbabit adalah anak-anak kaum Penan dari tujuh kampung dari sekitar Long Lutin dan semua murid terbabit tinggal di asrama. - Bernama

No comments: