Followers

Carian dalam Blog ini

13 March 2010

Beramal sebelum sampai lima perkara

Bimbingan

Zaharuddin Abd Rahman
Metro

2010/02/21

SUDAH lumrah manusia sentiasa alpa selagi tidak diberi peringatan yang mengakibatkan hilanglah kenikmatan hidup dan barulah mula mengingati Allah.

Rasulullah SAW bersabda: “Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama, masa sihat sebelum sakit. Kedua, masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga, masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat, masa muda sebelum datang masa tua, dan kelima, masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

SIHAT SEBELUM SAKIT

Ketika sihat, hamba Allah harus mengenang nikmat dikurniakan ke atas dirinya dengan membandingkan nikmat sihatnya dengan kesengsaraan mereka yang terlantar sakit.


Ini pasti membantu kita untuk insaf dan berusaha mengisi masa sihat dengan cara membanyakkan ibadat.


KAYA SEBELUM MISKIN


Pengisiannya ialah menggunakan harta kekayaan itu dengan sebaik-baiknya yang dapat memberi keuntungan, terutama di dalam kehidupan akhirat seperti membantu mereka yang kesempitan, memperbanyakkan sedekah terutama kepada anak yatim, orang miskin, menunaikan haji dan berzakat.


LAPANG SEBELUM SEMPIT


Sebahagian besar umat Islam terarah akal mereka kepada kegiatan atau aktiviti yang mendatangkan keseronokan semata-mata ketika masa lapang.


Sepatutnya, mereka perlu mengisi masa berharga itu dengan amalan yang boleh menghalakan hati untuk memberi sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap Allah SWT, bukan semata-mata melampiaskan dorongan hawa nafsu buas.

MUDA SEBELUM TUA


Umat Islam kini lemah kerana generasi mudanya lebih gemar kepada perkara yang mendatangkan keuntungan duniawi.


Akibatnya, mereka leka dalam mengejar kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan di hari tua.


Mereka seolah-olah tidak sedar kudrat yang kuat pada masa muda lebih mampu melakukan perkara mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri selain masyarakat Islam keseluruhannya jika digunakan sebaik-baiknya.


HIDUP SEBELUM MATI


Inilah kesudahan yang mana kalau terlepas akan ditindih oleh penyesalan tidak akan habis-habis walaupun mata terpaksa bermandi dengan pancaran air darah.


Jika didatangi kematian, maka berakhirlah segala-galanya.


Malah untuk mengerjakan sembahyang sunat sekadar dua rakaat di dalam kubur yang mana sangat diinginkan oleh setiap mayat tidak lagi diizinkan oleh Allah SWT.


Kenapa? Kerana di sana bukan lagi tempat untuk beramal ibadat.


Justeru, demi memperoleh keselamatan hidup dunia dan akhirat, umat Islam perlu mengambil peringatan Rasulullah.


Firman Allah SWT: “Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh. Mereka berpusu-pusu dengan kebenaran dan berpusu-pusu dengan kesabaran.” (Surah al-Asr, ayat 1-3)

Amalkan Lapan Tonggak Perdana Bagi Transformasi Negara

13 Mac, 2010 12:31 PM

Oleh Normalazwa Jamaludin & Elimi Rizal

PUTRAJAYA, 13 Mac (Bernama) -- Perkhidmatan awam yang dianggotai kira-kira 1.2 juta kakitangan tidak terkecuali daripada perlu melakukan transformasi segera sejajar dengan tuntutan untuk menzahirkan aspirasi kerajaan.

Peranan penjawat awam amat signifikan dalam melaksanakan agenda negara dan mereka perlu melihat dengan sepasang mata yang baru melalui lensa yang segar bagi memastikan ia mampu menghadapi cabaran yang diletakkan di hadapan dengan penyelesaian yang tidak mempunyai cacat dan cela.

Usaha itu sangat perlu khususnya ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sudah mula melaksanakan transformasi besar-besaran dengan memperkenalkan lapan tonggak perdana yang melibatkan empat tiang utama dan empat nilai asas pelengkap di dalam pentadbirannya.

Empat tiang utama itu ialah Gagasan 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan; Program Transformasi Kerajaan (GTP), Model Ekonomi Baru (MEB) dan Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK10) manakala empat nilai asas pelengkap ialah Membudayakan Kreativiti dan Inovasi; Mementingkan Kepantasan Bertindak dan Membuat Keputusan; Nilai Untuk Wang dan Nilai Integriti.

Lapan tonggak itu yang diilhamkan oleh Perdana Menteri ialah sebagai panduan kepada penjawat awam menggalas amanah dan tanggungjawab bagi mencapai matlamat menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi.

Lebih signifikan lagi, cetusan idea Perdana Menteri itu diperkenalkan kepada 4,000 penjawat awam ketika hampir setahun pentadbirannya, semasa Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Ke-11 (MAPPA XI) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini Selasa lalu.

Beliau memilih persidangan itu sebagai platform menjelas dan menekankan peranan yang perlu dimainkan oleh sektor awam untuk melaksanakan gagasan dan hasrat kerajaan.

Gagasan 1Malaysia adalah satu falsafah induk yang bersifat merentas dasar serta pelaksanaan kerana matlamat itu adalah perpaduan nasional.

"Inilah matlamat yang menjadi cita-cita dan aspirasi semua warga Malaysia sejak dulu lagi. Sama ada suka atau tidak, sebagai sebuah negara majmuk tanpa dipacu perpaduan nasional, apa pun cita-cita kebangsaan yang lain seperti usaha mencapai taraf hidup yang lebih baik untuk setiap warga akan hanya tinggal angan-angan kosong.

"Terbukti tanpa perpaduan nasional, tidak mungkin wujud kestabilan politik yang menjadi teras kepada segala-galanya," kata Perdana Menteri.

Tranformasi kerajaan pula bertujuan menjadikan kerajaan lebih responsif terhadap aspirasi dan lebih prihatin kepada denyut nadi rakyat, seperti yang sering disebut Perdana Menteri bahawa era kerajaan tahu segala-galanya sudah berakhir dan perlu bersifat sebagai pemudahcara.

Tiang utama ketiga dan keempat, iaitu MEB dan RMK-10, merupakan dua insiatif ekonomi bagi memeta hala tuju jangka panjang, sederhana dan jangka pendek.

Empat tiang utama dan empat nilai asas pelengkap itu saling melengkapi antara satu sama lain dan bagi membudayakan kreativiti dan inovasi, penjawat awam mesti berfikiran kritis dan konstruktif dalam menunaikan tanggungjawab dan amanah dengan mencari penyelesaian kreatif dan inovatif di luar kelaziman.

Peranan pantas bertindak dan membuat keputusan itu pula amat penting kerana tindakan sedemikian akan meningkatkan "velocity of money" atau halaju kitaran wang dalam sistem ekonomi negara.

Begitu juga dengan nilai untuk wang supaya mengelakkan pembaziran dalam usaha memastikan setiap ringgit dan sen yang dibelanjakan mendapat pulangan nilai paling maksimum kepada kerajaan dan rakyat.

Aspek integriti turut ditekankan oleh Najib kerana padanya, transformasi ke arah menjadi masyarakat maju bukan sahaja diasaskan kepada kemajuan ekonomi dan teknologi malah turut melibatkan kemajuan dalam pembangunan sosial, budaya, intelek dan rohani.

Amanat lebih sejam oleh Perdana Menteri itu disambut baik oleh para penjawat awam dan para pegawai kanan kerajaan yang sudah tentunya beriltizam untuk memberikan perkhidmatan terbaik.

Malah, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan berkata semua penjawat awam perlu berganding bahu demi merealisasikan aspirasi kerajaan yang mengutamakan prestasi dan berpaksikan keutamaan kepada rakyat.

Katanya, Perdana Menteri telah meletakkan kepercayaan penuh kepada anggota perkhidmatan awam untuk bersama-sama memenuhi janji dan memberikan sepenuh komitmen dalam memperkukuhkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan.

Presiden Institut Integriti Malaysia (IIM) Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata lapan tonggak yang digariskan oleh Perdana Menteri boleh dicapai dengan kerjasama daripada penjawat awam dan anggota pentadbiran yang bekerja sebagai satu pasukan.

Beliau berkata tiada perbezaan objektif di antara penjawat awam dan anggota pentadbiran kerana matlamat akhirnya ialah untuk membantu rakyat.

"Langkah untuk merealisasikan aspirasi negara itu sedang berjalan, tetapi seperti kata Perdana Menteri sebelum ini, sekarang bukan lagi pada gear satu, tetapi gear tiga dan empat kerana cabaran yang mendatang itu begitu besar.

"Jika berdasarkan kepada daya saing negara, kita tidak berada pada tahap tinggi yang sepatutnya kita berada," katanya.

Beliau berkata penekanan yang dibuat oleh Najib itu bukan sahaja kepada penjawat awam malah turut membabitkan pihak swasta.

"Beliau menekankan sektor korporat juga perlu menyinsing tangan untuk sama-sama bergerak. Tidak ada perbezaan di antara sektor awam dan sektor swasta kerana semua mesti bergerak selari.

"Tahun 2020 hanya 10 tahun sahaja lagi dan jika ini tidak dilakukan, matlamat ini tidak akan dapat dicapai," katanya.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman menyifatkan lapan tonggak perdana itu sebagai amanat yang komprehensif dan memberi visi yang jelas kepada anggota perkhidmatan awam dalam menetapkan hala tuju negara pada masa depan.

Langkah itu selaras dengan agenda transformasi kerajaan selain meningkatkan imej perkhidmatan awam di mata rakyat, selain memacu negara menjadi sebuah negara maju, katanya.

Omar berpendapat perubahan di dalam perkhidmatan awam perlu membabitkan pelbagai peringkat termasuk hubungan yang rapat daripada peringkat atasan hingga ke bawahan bagi mewujudkan perkongsian pintar.

Kesimpulannya, sektor awam diakui sebagai nadi dan jentera sesebuah kerajaan untuk membuat pacuan ke arah pentadbiran yang dinamik, cekap dan memenuhi aspirasi seseorang Perdana Menteri.

Transformasi perlu dalam sektor awam sekarang kerana berjaya atau gagal pentadbiran Najib itu turut bergantung kepada sektor itu.

Persoalannya sekarang ialah, apakah mereka mampu mengikuti gerak tindak Najib yang begitu pantas? Jentera kerajaan mesti mampu mengikut rentak Perdana Menteri, jika tidak aspirasi beliau akan tergendala.

Jika jentera kerajaan dipacu perlahan sedangkan Perdana Menteri bergerak jauh lebih pantas dan ke hadapan, maka di sini akan berlaku sesuatu yang merugikan semua pihak.

Oleh itu, jentera kerajaan mesti menyerapkan mantera kepantasan bertindak menerusi perubahan pemikiran dan kaedah bekerja, seiring dengan pembangunan inovasi dan pembaharuan yang berterusan.

Transformasi ini, seperti yang dikatakan oleh Mohd Sidek, boleh merubah landskap sosioekonomi negara dengan pantas dan berkesan.

Ia akan terus membantu visi Perdana Menteri yang jelas dalam mewujudkan sebuah negara maju yang mengutamakan rakyat, agar tiada siapa pun walau berada di pelosok mana di dalam negara akan merasakan diri mereka tercicir atau terpinggir daripada manfaat arus kemajuan.

Ini adalah masanya bagi penjawat awam untuk merealisasikan matlamat negara sebagaimana yang dihasratkan oleh Perdana Menteri.

Dengan semangat yang lebih komited, mereka tentu boleh membantu mempertingkatkan mutu pentadbiran, memperkukuhkan pengurusan serta melaksanakan khidmat penyampaian yang melambangkan keprihatinan yang tinggi di dalam negara.

-- BERNAMA

Suntik semangat Perlembagaan

HAMPIR setahun gagasan 1Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Tetapi sayangnya, masih ramai di kalangan rakyat Malaysia gagal memahami maksud sebenar di sebalik semangat 1Malaysia itu. Salah satu kesilapan besar adalah salah tafsiran sehingga ada yang berani menyatakan bahawa 1Malaysia itu membuka pelbagai kesempatan yang tidak pernah ada sebelum ini.

Seolah-olah 1Malaysia itu adalah Perlembagaan baru. Ini adalah satu pemahaman yang terpesong. Justeru, bukanlah sesuatu yang menghairankan apabila desakan untuk menghapuskan keistimewaan bumiputera dan orang Melayu di dalam Perlembagaan sangat lantang kedengaran kebelakangan ini. Isu-isu bahasa Melayu, agama Islam, raja-raja, biasiswa dan banyak lagi disentuh oleh sesetengah pihak yang jelas tidak memahami Perlembagaan.

Kerana itu, Gabungan Penulis-Penulis Nasional (Gapena) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) berasa bertanggungjawab untuk mengenengahkan kefahaman mengenai Perlembagaan dalam ruang usaha kecil mereka. Wacana 153 yang akan berlangsung pada 15 Mac ini misalnya, adalah kesempatan yang sangat baik untuk menarik perhatian masyarakat awam bukan sahaja mengenai Perlembagaan.

Tetapi lebih penting adalah fasa-fasa di dalamnya yang perlu di uar-uarkan dan diyakini oleh semua orang yang mengaku rakyat Malaysia. Wacana yang akan berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam itu akan dibarisi oleh barisan akademik terkemuka yang akan mengupas isu 'jurang pembangunan dan kewajipan melaksanakan 153'. Mereka termasuklah Prof. Datuk Dr. Abd. Halim Sidek, Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam dan Prof. Datuk Dr. Mohd. Abu Bakar. Tokoh-tokoh lain yang terlibat ialah Datuk A. Aziz Deraman selaku moderator dan Ketua Satu Gapena, Tan Sri Prof. Emeritus Ismail Hussein yang akan merumuskan perbincangan.

Prof. Datuk Dr. Abdul Latiff Abu Bakar pula akan menyampaikan ucaptama bertajuk Sejarah dan Cabaran Terhadap 153. Wacana sehari itu dijangka akan dirasmikan oleh Naib Canselor UiTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar. Menurut Ismail, Gapena terpanggil mengadakan wacana seperti itu kerana merasakan Perlembagaan tidak begitu menonjol di kalangan orang ramai. Ramai yang tidak mempedulikannya sedangkan tanpa Perlembagaan, sebuah negara Malaysia seperti yang kita diami hari ini tidak mungkin akan terbina.

Katanya, Gapena percaya bahawa istilah Malaysia itu sendiri adalah istilah Perlembagaan dan hanya hidup atas semangat Perlembagaan. ''Maka, setiap yang menamakan dirinya rakyat Malaysia mestilah pada asasnya menerima Perlembagaan Malaysia itu sendiri," katanya. Ismail menambah, Wacana 153 itu adalah lanjutan daripada forum serupa iaitu Wacana 152 yang diadakan pada 15 Februari lalu.

Wacana itu katanya, mendapat maklum balas yang sangat besar daripada orang ramai yang mula memberi perhatian kepada perkara yang dibincangkan. Dengan pengalaman itu, Gapena berharap Wacana 153 ini juga akan membawa impak yang sama terutama dari sudut pandang terhadap fasa-fasa penting di dalam Perlembagaan yang cuba dilupakan. Menurut Ismail, Gapena melihat ramai yang memikirkan semua bangsa di Malaysia ketika ini berdiri di atas padang yang sama.

Kerana itu, mereka merasakan hak-hak istimewa kepada kaum bumiputera dan orang Melayu seperti yang dijamin di dalam Perlembagaan wajar dihapuskan. Mereka yang mendesak itu seolah-olah cuba menafikan hakikat bahawa jurang di antara kaum bumiputera dan orang Melayu dengan kaum bukan bumiputera sangat besar.

Pelbagai statistik sebenarnya membuktikan bahawa taraf masyarakat berbilang bangsa di negara ini tidak seimbang. Kerana itu, tambah Ismail, Gapena sangat berharap gagasan 1Malaysia itu akhirnya akan dilihat dari sudut pandang yang lebih wajar. Yang mana pada akhirnya, semua rakyat Malaysia mengimpikan 1Malaysia yang utuh dan harmoni. Rakyat Malaysia juga mesti realistik bahawa pembentukan Malaysia adalah daripada satu Perlembagaan yang telah dipersetujui oleh generasi terdahulu.

Jika ada pengertian seperti itu di kalangan generasi baru hari ini, maka sebuah Malaysia yang satu dapat dibina dan kita semua akan menjadi lebih saksama. ''Tetapi jika 1Malaysia itu dibiarkan porak-peranda dalam keadaan setiap daripada kita bebas untuk membuat tafsiran sendiri dan mengetepikan Perlembagaan, saya fikir Malaysia yang kita impikan ini tidak akan tercapai," katanya.

Gapena sudah semestinya akan meneruskan usaha menyebar luas kefahaman mengenai semangat Perlembagaan itu menerusi pentas mereka sendiri. Tetapi Gapena tetap merasakan, usaha seperti itu sewajarnya diteruskan dalam usaha yang besar oleh pihak lain terutamanya kerajaan. Barangkali kata Ismail, kerajaan harus memperkenalkan Hari Perlembagaan Malaysia.

Pada hari itu, intipati Perlembagaan disebarkan kepada orang ramai. Ini mengambil hakikat bahawa Perlembagaan itu seharusnya berada di tangan setiap orang yang menamakannya rakyat Malaysia. Gapena ketika ini juga tambah Ismail, sedang mencetak sebuah buku yang menyentuh mengenai Perlembagaan negeri untuk disebarkan.

''Apa yang saya risaukan, tidak banyak pertimbangan yang diberikan kepada Perlembagaan. Sedangkan kaum bumiputera dan orang Melayu pastinya tidak akan berkompromi dengan perkara itu," katanya.

12 March 2010

Pembangunan Modal InsanTiang Seri Pembentukan Model Ekonomi Baru

Pembangunan Modal Insan Tiang Seri Pembentukan Model Ekonomi Baru - Najib

BANGI, 12 Mac (Bernama) -- Pembangunan modal insan merupakan salah satu daripada tiang seri dalam pembentukan model ekonomi baru untuk negara yang akan dilancarkan hujung bulan ini, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat.

Dalam konteks ini, Perdana Menteri berkata jika kualiti modal insan, modal intelek dan keupayaan minda di kalangan warga universiti seperti ahli akademik, pensyarah, mahupun pelajar tidak dapat dipertingkatkan, maka akan terencatlah hasrat kerajaan untuk mentransformasikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berteraskan pengetahuan dan inovasi.

"Bila kita sebut negara maju dan berpendapatan tinggi, maka eleman yang boleh menyokong objektif tersebut tidak lain dan tidak bukan ialah kemampuan kita dari segi modal intelektual dan juga kemahiran," katanya semasa berucap di hadapan lebih kurang 200 orang ahli akademik, pegawai tadbir, kakitangan dan pelajar di foyer Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Lawatan beliau ke UKM pada Jumaat merupakan sebahagian daripada siri lawatannya untuk berinteraksi secara tidak formal dengan warga universiti. Sebelum ini beliau telah mengadakan lawatan yang sama ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Najib berkata pembangunan modal insan dari segi keintelektualan dan kemahiran dan juga nilai-nilai murni termasuk etika kerja ini adalah merupakan prasyarat dalam usaha kerajaan melakukan transformasi besar terhadap negara ini.

Katanya, dalam misi mencapai hasrat ini, maka kedudukan sistem pendidikan bermula dari peringkat bawah iaitu pra-sekolah sehinga peringkat universiti akan diberi perhatian oleh kerajaan.

"Kita telahpun mula dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kita perluaskan lagi pendidikan pra sekolah ...kita ada program Permata dan sebagainya untuk bangunkan peringkat akar umbi atau peringkat seawal mungkin dan seterusnya sampai ke peringkat menara gading," katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut menyentuh mengenai pengumumannya pada Selasa lepas mengenai peningkatan skim lebih baik untuk para profesor di universiti tempatan yang bertujuan membuka peluang kepada mereka meningkatkan kedudukan setimpal dengan pengetahun mereka.

"Saya harap dengan ini kita dapat 'membuka potensi' di kalangan warga universiti terutama di peringkat warga akademik yang ada kemampuan besar bagi menyumbang kepada pembangunan modal intelektual," katanya.

Perdana Menteri berkata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan akan memperincikan lagi mengenai pengumuman tersebut dalam satu mesyuarat minggu depan.

"Dengan ini, kita akan mewujudkan satu sistem yang boleh memberi suntikan, semangat dan motivasi untuk mereka (para pensyarah) terus mendalami ilmu pengetahuan serta mempertingkatkan kemampuan mereka setanding dengan universiti-universiti terkemuka di negara-negara lain," katanya.

-- BERNAMA

10 March 2010

"Creativity - What Is The Islamic View?"

Datuk Nik Mustapha bin Nik Hassan
Ketua Pengarah

09/03/2010 | The Star

The Economic Planning Unit, Prime Minister Department had gathered heads of Ministries and Senior Officials for a briefing on 10th Malaysia Plan (2011-2015). Interestingly one of the strategic approaches to be adopted in the Plan is to develop creative and innovative human capital with 21st century skills.

In addressing this issue one cannot deny that the role of individual commitments at all levels will be a determining factor. For the Muslim workers, the religion guidelines in improving one's performance can be a very supportive factor for them to be more committed.

The Holy Prophet of Islam (p.b.u.h) said: "Allah loves those workers who perform their works to their best abilities". (Al-Bayhaqi). This saying of the Holy Prophet (p.b.u.h) is a general principle for all Muslims to work hard and continue to improve their work performances. Performing excellent work is a religious virtue and effort taken towards achieving this noble objective becomes an act of worship in Islam. Islam believes in human potential and all individuals can create value through creative and innovative approaches to work.

In the present reality of Digital Era, the challenges of creating value for example in business sector, require Muslims to understand the business reality and to acquire right attitude, knowledge and skills to enable them to play leading positions in order to realise the above principle. The ultimate objective is to improve human quality living.

It is a recognised fact that the business world is being transformed, as digital technologies shift the basis of competition from machine-intensity to human-intensity. Alf Chattell in his very recent book entitled: Creating Value in the Digital Era commented that the challenges of creating value in the Digital Era require a revolution in thought, outlook and practice. New models of business are required to provide new perspectives on what it takes to create value in an economy founded on insight, imagination and innovation.

In order to succeed in the present business, Alf Chattell is of the view that the companies need to generate unique insights into customers' needs, and their dreams. Customers' tastes and requirements today are becoming very complicated. They are more well-informed and can made better choices. Failure on the part of business company to develop this insight can be detrimental to her performance.

The power of imagination is also highly demanded for business performance. In this competitive era, companies must be comfortable with viewing imagination as the raw material of the future. The ability to imagine the market demand of the future, generate vision for future business. The vital purpose in applying insight and imagination, is to guide our perceptions of what is require to meet the customer demands in the future.

The present digital revolution enable all companies to have the opportunity to develop learning relationships with customers. They can stay in touch with and influence their customers' evolving needs. This reflects that the capacity for intelligent behaviour will be central to success in the 21st century.

Despite this realistic analysis of the importance of intelligent behaviour attributed by knowledge to the future strength of business companies, it will equally important to appreciate the understanding of knowledge in its comprehensive sense. In our approach to human intensity of the Digital Era, knowledge should not be understood in its limited scope or only within the realm of economic production. Instead, it should be understood as an instrument to build a strong business company which fulfill all dimensions of human requirements at individual and company levels. The true knowledge will also guide individuals towards recognising the importance of spiritual fulfilment. This holistic approach to knowledge can produce workers who are able to lead and orchestrate change from within and can co-operate with others as a team.

The development of proper worldview, character refinement, and organisational responsibility of all workers in a business organisation are equally as importance as in the advancement of their knowledge in technology and communicative skills. The integrating requirements of all these branches of knowledge acquired by all workers can develop them into well-rounded personalities, who possess a noble attitude, character and skills to be creative and innovative.

A sophisticated society in the making like Malaysia, requires a serious thinking, highly trained business captains and working forces. The noble interest to follow-up with new findings and ideas of others can generate interests among our business leaders and workers to undertake initiatives to explore and discover their own new findings in order to add value in the present Digital Era.

The demand for our business sector to be more creative and innovative are more paramount now than ever before under the present economic crisis. To Nick Kirkbride: "The greatest risks lie in doing nothing, and there are ..... companies whose record in innovation makes them look as if they are frightened rabbits .... caught in the headlights of an oncoming car." The human capital can be the true force that can turn around the present business predicament.

A central goal in the development of human capital is to guarantee that all individuals in business company have the courage and ability to be creative and credibility to continuously improve their performance and the inclination to change the business condition for the better. The valuable human resource of the future will be that which is capable of creating something that did not exist before. Alvin Toffler is of the view that the manager who can't conceive of a radical alternative now to the way things are being done in his or her own organisation isn't going to survive very long.

The challenges ahead for all of us in creating value in the Digital Era require us to adopt a revolution in thought, outlook and practice guided by religious divine guidance. This is because religious guidance provides the sense of mission and views the future as something that everybody should work hard to improve the quality living of the entire mankind. In Islam the future is an opportunity for everybody to strive for success.

Islam guides humanity to continuous success by maintaining human idealism. It does not envisage any change and transformation in human society merely by concentrating on economic forces alone. It is a change in the inner being of man that crystalises itself in a change in external conditions. By upholding human ideal, an organisation can attain success continuously.

Perangi jenayah jalanan: Kenapa Tidak Tentera?

Salam to all,

Saya dgn ini ingin mencadangkan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri berganding bahu memerangi jenayah jalanan yang semakin berleluasa. Mengapa tidak kita gunakan anggota tentera untuk menambah bilangan anggota penguatkuasaan untuk membantu memerangi jenayah ini. Psikologinya jika penjenayah melihat anggota keselamatan maka modus operasinya mungkin akan terbantut. Moga kedua-dua kementerian dapat menimbangkan cadangan ini.

TQ

************************************************

09 Mac, 2010 23:53 PM

415 Polis Bantuan Bantu Perangi Jenayah

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Seramai 415 anggota polis bantuan daripada 19 Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) akan membantu pihak berkuasa menjalankan tugas rondaan untuk memerangi jenayah jalanan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, kesemua mereka dari Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor akan memulakan tugas rondaan di sekitar kawasan tempat mereka bertugas dalam masa terdekat ini.

"Anggota ini akan mengawasi kawasan sekitar tempat mereka bertugas bukan sahaja di dalam kompleks, malah di luar kompleks atau pejabat mereka bekerja," katanya pada sidang media selepas melawat kawasan Metro Prima, Kepong di sini hari Selasa.

Beliau berkata kerjasama itu bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah jalanan kepada 20 peratus penghujung tahun ini bagi mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kementerian.

Katanya, kadar jenayah di Kuala Lumpur menurun sebanyak 1,911 kes dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini dari 6,478 kes yang dicatatkan pada tempoh yang sama tahun lepas.

Kadar jenayah jalanan seluruh Kuala Lumpur pula menunjukkan penurunan sebanyak 1,236 kes dalam dua bulan pertama tahun ini dari 2,883 kes dalam tempoh sama tahun lepas.

-- BERNAMA



09 March 2010

Halimah Jongang.. maklumbalas..

Salam to all,

Saya sekeluarga sering tertunggu siri ini lebih-lebih lagi my special hero yang cukup suka melodi lagu temanya. Saya juga terpanggil memberi pandangan seperti penulis-penulis akhbar arus perdana yang mempersoalkan kewajaran pernerbit drama ini A. Aida memilih tajuk Halimah Jonggang. Drama ini di katakan memperlekeh dan menghina orang yang jonggang. Pada saya tontonlah dulu siri ini sehingga selesai episodnya adakah banyak unsur menghina atau ada isu moral dan pengajaran yang ingin disampaikan kepada penonton. Sebagai penulis berita yang berpengalaman di akhbar-akhbar, saya merasakan adalah tidak bertepatan penulis/pengkritik drama memberi komen sebelum menonton siri ini tiba ke penghujungnya. Betulkan orang jonggang rasa terhina dengan tersiarnya drama bersiri ini?.....tunggu Fatimah Juling plak..maka kecoh plak dgn si juling......dulu-dulu ada cerita sebongkok......ada heboh ke?

*********************************************************

‘Halimah Jongang’ beri pengajaran


HEBOH segelintir masyarakat meminta filem Halimah Jongang diberhentikan dengan alasan ia menjadi bahan ejekan kepada individu. Tetapi bagi saya filem adalah hiburan... mengapa tidak melihat dari segi kebaikan?

Masyarakat kita terlalu sensitif bila menonton sebuah filem. Mereka hanya melihat satu skop, tidak secara menyeluruh. Saya mendengar lagu Halimah Jongang kerana memang pun tajuknya ‘Halimah Jongang’.

Cerita ‘Halimah Jongang’ pula sangat menarik, dia menguji kesabaran dan ketabahan seorang insan seperti Halimah. Mengapa kita tidak melihat ketabahan dan kekuatan seorang gadis bernama Halimah? Halimah mempunyai sifat amat mulia, sabar dan jujur dengan sahabatnya.

Babak mengejek ‘Halimah Jongang’, bagi saya itu adalah perkara biasa dalam kehidupan kita. Ia adalah realiti dalam masyarakat kita. Kita hidup senang ke, susah ke, cantik atau hodoh, orang akan tetap mengata. Jadi kenapa takut dengan realiti hidup? Tak perlu melatah dengan hanya ‘Halimah Jongang’.

Bersama kita hayati sikap kesabaran dan ketabahan gadis bernama Halimah. Lihatlah perkara positif dan anggap sajalah perkara negatif dalam drama itu sebagai landasan agar kita tidak melakukan begitu.

Saya juga ingin menasihatkan kepada anak-anak agar tidak mengejek atau ketawakan orang seperti watak dalam drama itu.



MAK DARA,

Melaka. 9/3/2010

08 March 2010

LADAP 2, 2010 :Kajang High School

Program Perkongsian Ilmu berkaitan penyediaan Jadual Spesifakasi Ujian (JSU) telah berjaya dilaksanakan dengan cemerlang pada hari Sabtu 6/3/2010 di Pusat Sumber sekolah.



Mr. Ng Kok Lye sedang memberikan ilmunya kepada rakan setugas.



Sebahagian guru yang hadir...

Terima Kasih Datuk Seri KDN

Salam to Datuk Seri KDN,

Terima kasih kerana bertindak seperti yang telah saya cadangkan melalui posting saya pada 18/2/2010 yang lalu.

"8 February 2010

Warga Asing... Buatlah sesuatu sebelum parah..!!!

Salam to Pemimpin,

Saya rasa terpanggil untuk memberikan pandangan berkaitan warga asing yang kian menimbulkan masalah sosial dan jenayah di negara tercinta ini. Mana tidaknya negara kita menjadi 'syurga' bagi warga yang entah dari ceruk mana datangnya itu, menikmati kedamaian negara kita yang seantero dunia mengiktiraf sebagai sebuah negara yang tinggi tahap kedamaian dan perpanduan berbilang bangsanya. Nah, bila dah hidup bersenang lenang mulalah kelompok ini mencipta episod hitam yang mana sesetengahnya "lebih hitam" daripada warna si pelakunya.

Berbalik kepada isu warga asing ini atas apa tujuan sekalipon kemasukan mereka ini hendaklah mempunyai satu sistem rekod kemasukan yang cekap dan terkini agar tempoh mereka berada di negara ini dapat dikesan sama ada sudah melebihi tempoh atau sebaliknya. Satu sistem di mana nama-nama warga asing yang sudah atau menghampiri tamat tempoh berada di negara ini dikeluarkan agar warga asing ini dapat dicari atau diburu sama ada melalui majikan atau pusat-pusat pengajian yang telah mereka berdaftar. Pihak imigresen/polis perlu segera menahan mereka ini agar tidak sewenangnya berada di negara kita setelah tamat tempoh dan melakukan pelbagai aktiviti yg tidak sihat.

Jika kemasukan warga asing atas tujuan memenuhi keperluan tenaga kerja, maka adalah menjadi tanggungjawab majikan segera melaporkan kepada pihak berkuasa jika pekerjanya sudah menghampiri tamat tempoh berada di negara ini.


Moga satu sistem yang lebih mantap dapat difikirkan bersama agar masalah warga asing ini tidak membengkak menjadi "bisul bernanah" yang boleh meletup umpama gunung berapi yang boleh memberi impak yang besar kepada persekitaranya."

TQ

*******************************************************

08 Mac, 2010 18:32 PM

Pangkalan Data Nasional Warga Asing Perlu Diwujudkan, Kata Hishammuddin

PUTRAJAYA, 8 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) Isnin memutuskan perlunya diwujudkan pangkalan data nasional berhubung warga asing bagi memastikan pemantauan dan penguatkuasaan terhadap warga asing dilakukan secara berkesan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Penambahbaikan Pengurusan dan Pemantauan Warga Asing yang dipengerusikannya hari ini dan ia antara perkara utama bakal dibincangkan dalam mesyuarat Makmal Pengurusan Warga Asing.

"Kita mengutarakan cadangan itu berasaskan kepada tinjauan daripada kaedah dan amalan terbaik pengurusan warga asing yang dilaksanakan oleh beberapa buah negara.

"Pangkalan data itu dapat memastikan proses pemantauan dan penguatkuasaan dapat dilaksanakan secara berkesan kerana aktiviti warga asing sepanjang berada di negara ini dapat direkodkan dengan cepat dan boleh digunakan oleh agensi penguatkuasa pada bila-bila masa untuk rujukan," katanya dalam kenyataan di sini Isnin.

Hishammuddin berkata menerusi pangkalan data nasional itu, rekod keluar masuk dan aktiviti dalam negara semua kategori warga asing akan dapat disepadukan dengan sistem pemantauan.

Daripada aspek penguatkuasaan pula, katanya pangkalan data itu akan dapat menyediakan keperluan maklumat berhubung status semasa setiap warga asing termasuk jenis permit dan pas dan tempoh sah laku pada bila-bila masa operasi dilaksanakan oleh semua agensi penguatkuasa seperti pihak imigresen, polis, RELA dan pihak berkuasa tempatan.

"Dengan wujudnya pangkalan data itu, semua pihak yang berurusan dengan warga asing di negara ini seperti pihak hotel, pengusaha rumah sewa, pusat pengajian tinggi, hospital dan majikan diwajibkan menghantar maklumat kepada pihak berkuasa yang akan bertanggungjawab menguruskan pangkalan data tersebut kelak," katanya.

Hishammuddin berkata penyediaan pangkalan data itu turut memerlukan kepada penggubalan undang-undang bagi membolehkan pelaksanaannya secara menyeluruh dan melibatkan semua pihak berkaitan.

Mengenai penubuhan Makmal Pengurusan Warga Asing yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini, Hishammuddin berkata kementeriannya telah membuat persiapan yang diperlukan dan bersedia untuk memulakan pelaksanaan makmal dalam masa terdekat.

"Butiran lanjut seperti tarikh, tempoh dan keanggotaan makmal ini akan diputuskan dalam Mesyuarat Peringkat Menteri Berhubung Pelaksanaan Makmal Warga Asing yang akan saya pengerusikan pada 17 Mac 2010," katanya.

Penubuhan makmal itu bertujuan mencari kaedah penyelesaian secara holistik untuk menangani isu-isu berhubung warga asing khususnya mengelakkan lambakan Pendatang Asing Tanpa Izin daripada terus berleluasa.

Dalam kenyataan media yang sama Hishammuddin memaklumkan bahawa Ketua Pengarah International Organization for Migration (IOM) William Lacy Swing akan bertemu dengannya esok, bagi membincangkan beberapa perkara berhubung kait dengan isu pemerdagangan orang.

"Antara perkara yang akan dibincangkan dalam pertemuan itu ialah berhubung cadangan mewujudkan pejabat cawangan IOM di Kuala Lumpur sebagaimana yang telah diwujudkan di Jakarta, Bangkok, Manila, Yangon serta di beberapa negara Asean yang lain," katanya.

IOM adalah sebuah badan bebas yang berpusat di Geneva dan berperanan dalam soal-soal berhubung kait dengan migrasi seperti aspek pengurusan, pembangunan dan penempatan semula.



-- BERNAMA


07 March 2010

Terima Kasih Tan Sri M

Salam to Tan Sri M,

Terima kasih tak terhingga saya ucapkan kepada YAB Tan Sri yang berusaha memertabatkan profesion perguruan. Insentif yang bakal dianugerahkan kepada guru yang membawa sekolah mencapai kecemerlangan amat dialu-alukan. Pada pandangan saya guru-guru merasa lebih gembira sekiranya rintihan mereka berkaitan beban tugas yang tidak ada kaitan dengan proses P&P diberi perhatian serius oleh YAB Tan Sri. Bebanan tugas yang rencam mengurangkan fokus guru kepada proses P&P yang sepatutnya menjadi agenda utama warga guru. Moga YAB Tan Sri tidak terlepas pandang akan hal ini...

TQ.


**********************************************************

Guru tingkat pencapaian sekolah turut diberi insentif


MUHYIDDIN Yassin bersalaman dengan orang ramai ketika melancarkan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak di Slim River, semalam.


TANJUNG MALIM 6 Mac – Semua pengetua, guru besar dan guru yang berupaya meningkatkan pencapaian sekolah dari semasa ke semasa akan diberi pelbagai insentif termasuk kenaikan pangkat mulai tahun depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pemberian tersebut perlu diberikan secara menyeluruh kerana kejayaan sesebuah sekolah bukan hanya bergantung kepada seorang pengetua atau guru besar tetapi membabitkan kerjasama semua guru.

Beliau berkata, maklumat terperinci berhubung pelaksanaan insentif baru menerusi Pelan Menambah Baik Sekolah-Sekolah itu akan diumumkan pada 16 Mei ini.

“Kalau mereka menunjukkan kecemerlangan tak kira di bandar atau luar bandar, ikut ukuran apa yang kita sebut kumpulan-kumpulan tertentu.

“Tetapi kalau meningkat sedikit pun (cemerlang) kita akan bagi juga imbuhan kepada guru besar, pengetua dan guru-guru di sekolah itu.

“Maknanya, bukan hanya bagi pengetua atau guru besar tetapi kepada semuanya, kerana kita iktiraf peranan itu bukan hanya dimainkan oleh seorang pemimpin dalam sekolah, sebaliknya semua guru mesti bekerja sama. Kalau (sekolah) meningkat, semua dapat kredit,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Juara Rakyat Peringkat Negeri Perak di Slim River dekat sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) Pusat dan negeri Perak.

Muhyiddin berkata, pemberian insentif tersebut adalah sebagai galakan kepada pihak sekolah tanpa mengira sama ada ia sekolah bandar atau luar bandar untuk bekerjasama dalam mencapai kecemerlangan.

“Kita boleh melihat kalau di sekolah itu ada kepimpinan yang baik, walaupun tidak mendapat peruntukan tetapi mampu meningkatkan pencapaian, maka ia akan diberi penilaian dan akan diiktiraf,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan akan memberi geran pelancaran kepada pihak swasta yang membuka kelas-kelas prasekolah di negara ini.

Langkah tersebut, katanya, bagi menjayakan matlamat memastikan 87 peratus kanak-kanak yang akan memasuki alam persekolahan dalam tempoh tiga tahun lagi mempunyai pendidikan asas.

Selain itu, jelas beliau, kementerian juga akan menampung kos melatih guru-guru yang ditempatkan di prasekolah terbabit.

Terdahulu, dalam pertemuannya dengan warga pendidik di Politeknik Sultan Azlan Shah (Polisas) Behrang, Muhyiddin mahu guru-guru berusaha bersungguh-sungguh ke arah mencapai kecemerlangan pendidikan.

Beliau berkata, langkah kementerian memperkenalkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) adalah sebagai persediaan untuk melonjakkan lagi bidang pendidikan negara ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kita minta guru-guru bersama-sama membantu mencapai matlamat Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang disasarkan kerana kita tidak mahu juara kampung tetapi yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

“Kalau guru-guru bersemangat meningkatkan pencapaian murid-murid dan para pelajar, langkah-langkah ini akan diiktiraf oleh pihak kementerian dan juga layak untuk mendapat imbuhan insentif tahun depan,” katanya.