Followers

Selamat Sejahtera Ke Atas Kamu : Dengan mengingati Allah hati akan jadi tenang - Ar-Raad 28.

Salam Persaudaraan dari ambo...email cikgunikmie@gmail.com

Carian dalam Blog ini

11 July 2013

Globalisasi Ekonomi

Globalisasi ekonomi
ialah satu proses di mana sempadan negara-negara di dunia kini menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat atau lebih dikenali dengan ‘Dunia Tanpa Sempadan’ menerusi ledakan dan kemajuan yang dicapai dalam teknologi maklumat ( IT ) maka segala pergerakan modal, teknologi, kepakaran (R&D), bahan, informasi pasaran dan perdagangan boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan. terdapat dua konsep penting yang dibawa oleh arus globalisasi ekonomi iaitu:

Ø Liberalisasi Ekonomi,

iaitu dasar pasaran bebas yang memberikan peluang kepada sesiapa sahaja yang termasuk pemodal-pemodal asing memasuki seterusnya menguasai pasaran dan ekonomi sesebuah negara tanpa batas. Persaingan pasaran dan ekonomi akan menjadi terbuka dan bebas. Aliran keluar – masuk modal dan perdagangan dalam sesebuah negara itu juga tidak boleh disekat atau dikawal oleh kerajaan. Ia bergantung sepenuhnya kepada kuasa-kuasa pasaran ( kuasa permintaan dan penawaran ). Seluruh dunia akan menjadi sebuah negara yang terbuka kepada semua yang berkemampuan dan berkesanggupan mengeksploitasi pasaran.

Ø Deregulasi Ekonomi,

iaitu penghapusan segala peraturan dan sekatan ekonomi yang diamalkan oleh sesebuah negara yang selama ini menghalang aktiviti perdagangan, pengairan dan pemilikan modal, teknologi, perniagaan pasaran barangan serta serta perkhidmatan dan lain-lain dasar perlindungan penghapusan subsidi, penghapusan sekatan tariff, penghapusan skim keutamaan dagangan ( PTA ), penghapusan dasar kawalan modal berpilih seperti mana yang diamalkan oleh Malaysia kini dan lain-lain yang bertentangan dengan tuntutan pasaran bebas.

No comments: